Memaparkan catatan dengan label perhitungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perhitungan. Papar semua catatan

Isnin, 25 November 2013

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW



Khutbah ini disampaikan pada 9 haribulan Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Padang Arafah

Wahai manusia!
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan ini. Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini. Dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia!
Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota suci ini , maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang islam itu amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah! Kamu pasti menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu , segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Waspadalah terhadap syaitan , demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar , maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai manusia!
Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri-isterimu , maka mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas diri kamu , maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanlah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia dan hak kamu ke atas mereka ialah , mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

lima bahasa kasih sayang

1. pemberian hadiah 2. masa berkualiti (meluangkan masa bersama-sama) 3. beri khidmat (membantu kerja di rumah) 4. belaian fizikal...