Followers

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Buku Terbaru Untuk Dimiliki

Terbitan DBP (2015)

Terbitan DBP (Disember 2014)

Terbitan Telaga Biru (2015)

Sunday, January 26, 2014

Wednesday, January 23, 2013

Friday, January 18, 2013

Sunday, May 16, 2010

Mushaf al-Burhan 17 in One


Dapatkan segera Mushaf al-Burhan 17 in One terbitan 2010 dengan harga yang amat istimewa. Antara keistimewaan Mushaf ini ialah menampilkan doa-doa amalan, indeks ayat ekonomi, atlas, panduan tadabbur al-Quran, tajwid, Asbabun Nuzul dan sebagainya. Sesuatu yang istimewa juga dalam buku ini ialah ia menampilkan setiap hadis Rasulullah yang menerangkan serta membahaskan ayat-ayat al-Quran. Sesiapa yang berminat, sila email saya dengan segera : shauqi02@yahoo.com. "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah mereka yang mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya" (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Monday, March 29, 2010

Buku Terbaru - Etika Perniagaan Dalam Islam : Mengaut Laba Menggandakan Pahala



Pada hari ini ramai umat Islam hanya mengambil motivasi untuk berniaga dari Islam, tetapi meninggalkan segala hukum dan akhlak yang menjadi tonggaknya. Ungkapan 'perniagaan adalah sunnah Rasulullah' dijadikan sebagai sumber motivasi dalam perniagaan mereka. Namun sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahui apakah maksud perniagaan yang dikehendaki oleh Islam dengan cara yang sebenar, dan apakah yang boleh dan yang tidak boleh dalam perniagaan? Bagaimanakah hendak menjadikan perniagaan itu mencapai matlamat kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan terutamanya para peniaga dan pembeli . Buku setebal 185 halaman ini diterbitkan oleh Soul Excellent pada Mac 2010. Mereka yang menjayakan penulisan buku ini ialah Mohammad Zaini Yahaya, Mohd Sukki Othman dan Muhammad Adib Samsudin

Thursday, March 18, 2010

Dapatkan Segera Buku Mengurus Stres



Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini, sila hubungi saya segera. Antara tajuk yang dibincangkan dalam buku setebal 146 halaman ini ialah Stres: Realiti Tetapi Misteri, Tanda-Tanda Berlaku Stres, Punca-Punca Stres, Stres Boleh Ditangani, Mengurus Stres Mengikut Cara Yang diketengahkan oleh Ajaran Islam dan sebagainya. Buku terbitan Mac 2010 ini diterbitkan oleh Soul Excellent dan ditulis oleh Ustaz Mohamad Zaini Yahaya dan Mohd Sukki Othman. Harga pasaran di Semenanjung Malaysia ialah RM13.90 manakala di Sabah dan Sarawak ialah RM16.90. Harga promosi ialah RM15.00 termasuk belanja pos penghantaran dengan menggunakan pos ekspres.