Dilihat ramainya waratawan dan ramai juga pemerhati. Semua datang mengharapkan sesuatu akan berlaku dan mereka ingin menjadi penyaksi kepada peristiwa bersejarah. Ada merasa hampa apabila tiada apa2 berlaku. Mereka meminta kita maklumkan bila kita ingin melakukannya.
Di pihak kerajaan pula, banyak pula kerusi yang kosong. Mereka tahu beberapa MP2 di luar Negara, dari BN dan juga dari PR, menghadiri program peringkat antarabangsa. Oleh itu tiada apa2 yang akan berlaku. Mereka pilih tidak ke Parlimen. Sebaliknya mungkin sibuk dengan politik dalaman BN, khususnya UMNO. Ini bergolak dengan begitu hebatnya. Kembalinya dinasti Mahathir. Tumbangnya dinasti Badawi.
Di pihak PR, lebih ramai yang hadir. Yang pergi keluar Negara dari PAS hanya YB Mahfuz. Dia ke Geneva, program IPU (International Parliamentary Union), mewakili PAS. Saya sepatutnya ke China tetapi oleh kerana ingin tumpu kepada isu politik Negera, pada saat terakhir saya batalkan. Maka saya hadir. Itu pun sampai lewat kerana ke Hospital pada waktu pagi untuk pemeriksaan wajib setiap 6 bulan.
Dalam keadaan itu sekalipun, perbahasan hangat. Soalan2 saya difahamkan menarik. Bila saya masuk, saya hanya berpeluang mengikuti perbahasan Budget. Anwar sebagai ketua pembangkang sedang berucap. Beliau ingin budget dikaji semula kerana semua angka, pendapatan dan perbelanjaan, telah berubah. Budget yang dibentangkan tidak lagi tepat. Angka2nya semuanya tidak lagi realistic. Pendapatan berkurangan jauh, sambil perbelanjaan meningkat jauh juga. Membahas budget yang tidak betul hanya membuang masa.
Kerajaan diminta untuk kaji balik Budget yang telah dibentang dan ubah angka2nya supaya lebih tepat mengambil kira penurunan harga minyak dan komoditi yang lain. Kos barangan naik maka semestinya perbelanjaan naik juga. Ketua pembngkang mencadangkan dewan ditangguh beberap jam supaya angka2 baru boleh dikemukakan. Cadangan ditolak.
Usul berhubung perkara sama ingin dikemukakan oleh ahli Parlimen PR tetapi tidak dibenarkan oleh Timbalan Speaker. Anwar diminta terus bahas. Dia terus bahas sehingga jam 5.30 petang. Esok (14 Oktober) dia sambung lagi.

Comments