Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Deklarasi Rakyat

Deklarasi Rakyat dan Kerjasama Bersama Tun Mahathir

MUQADDIMAH Terdapat pihak yang mempertikaikan penglibatan AMANAH dan Pakatan Harapan bersama Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat. Mereka sentiasa mengingatkan kami bahawa kesemua masalah Negara, khususnya dari sudut sistem pemerintahan dan kuasa semak imbang telah dirosakkan Dr. Mahathir. Oleh itu, menurut mereka ini, berkerjasama dengan Tun Mahathir adalah satu pengkhianatan dan tidak wajar dilakukan. Turut ditekankan adalah bahawa beliau hanya ingin menjatuhkan Najib dan bukan kerajaan UMNO/BN. Oleh itu menurut mereka lagi, kebersamaan dengan Mahathir akan hanya menyelamatkan UMNO/BN dan bukan menjatuhkannya. Ini adalah kerana sekiranya Najib dijatuhkan dan diganti dengan pimpinan UMNO yang lain, maka UMNO/BN akan mendapat nafas baru di bawah pimpinan baru. Saya akan cuba menjawab kegelisahan pengkritik dengan menjelaskan niat dan matlamat di sebalik keterlibatan bersama Tun Mahathir dalam usaha menjatuhkan Najib. Matlamat kami sebenarnya bukan sekadar menjatuhkan Najib tetapi