Kesian Perdana Menteri kita. Kembali daripada satu program ‘fail’ kepada satu program yang ‘super fail’! Adakah ini petanda bahawa Najib sedang hilang kawalan ke atas program-program yang direncanakannya dalam persiapan untuk menghadapi PRU ke 14? Dan sekiranya jawapannya adalah “Ya”, sudah pasti Najib dan pasukanya sedang ketakutan! Kegagalan pada saat-saat terakhir seperti ini hanya menjamin kekalahan BN semasa PRU kelak! LAWATAN KE AMERIKA Program ‘fail’ yang pertama adalah lawatan Najib ke Amerika Syarikat. Mungkin dia tidak sedar ucapan sumpah setia dan sedia berkhidmat untuk Amerika Syarikat ditularkan sedemikian rupa. Kelihatan dan kedengaran secara jelas, Perdana Menteri Malaysia meletakkan segala kekayaan Negaranya di kaki Presiden Amerika untuk digunakannya mengikut keperluan dan kepentingan Amerika Syarikat, maka terus terbayang mentaliti seorang anak jajahan yang membodek penjajahnya. Tidak saya terfikir satu aksi dan senario yang lebih menghina dari apa yang telah saya...
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘