Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PR

Kerajaan PR Memerintah di Selangor?

Ada yang bertanya kepada saya samada benar “kerajaan PR yang memerintah di Selangor?”. Saya jawab PR telah lama terkubur dan yang memerintah di Selangor sejak selepas Muktamar PAS tahun 2015 bukan lagi kerajaan PR tetapi satu gabungan longgar antara Keadilan, DAP, AMANAH dan PAS. Ianya gabungan yang sekadar ingin memenuhi janji-janji manifesto PR 2013 walaupun gabungan PR itu sendiri sudah tiada.

Desakan Cikgu PA

Saya agak hairan dengan desakan Cikgu Pa untuk saya menceritakan kisah pertemuan PAS dan UMNO yang telah berlangsung selepas sahaja menerima keputusan PRU ke 12 pada 2008. Ianya kisah lama dan telah pun saya ceritakan berkali-kali. Saya turut merujuk kepadanya dalam blog saya melalui beberapa tulisan. Kisah 2014 semasa krisis MB Selangor lebih jelas niatnya dan ianya jauh lebih releven berhubung dakwaan Husam. Itu yang saya maksudkan apabila saya sebut bahawa dakwaan Husam lebih berhubung peristiwa 2014 berbanding yang berlaku pada 2008. Peristiwa 2008 ditimbulkan Husam sekadar untuk membuktikan bahawa usaha untuk berbaik dengan UMNO telah wujud semenjak 2008. Dari sudut itu, tiada siapa yang boleh menafikan. Adakah Cikgu Pa cuba menafikannya? Atas kehendak itu juga timbulnya cadangan UG kemudiannya dan berlakunya perbalahan antara Almarhum TGNA dan beberapa pimpinan PAS pada 2009. Cikgu Pa sudah pasti masih ingat. Namun atas permintaan ramai, termasuk Cikgu Pa sendiri, saya kisahk

Perbandingan Sikap Almarhum TGNA dan TGHH dalam Persoalan Tahaluf

Saudara Nordin Ali telah memberi respon kepada tulisan saya berhubung pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap PR semasa di bawah kepimpinan TGHH . Dia menjawab bahawa TGNA juga mempunyai sikap yang sama dengan TGHH dan oleh itu sepatutnya saya gelarkan tindakan Almarhum TGNA sebagai suatu pengkhianatan juga. Dia telah memberi beberapa hujjah dan alasan untuk menyokong dakwaannya itu . Dia berusaha menyamakan tindakan TGHH di Kota Damansara dengan tindakan TGNA di Kota Bharu pada 2004 dan 2008 sedangkan kedua-dua peristiwa ini bukan sekadar berbeza tetapi bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum saya jelaskan mengapa ianya bercanggah dan berlainan, biarlah saya kemukakan dulu hujjah saudara Nordin.

Penjelasan Berhubung Dakwaan Arutchelvan PSM

Sehari dua ini telah keluar kenyataan dari Saudara Arutchelvan Ahli JK Pusat PSM menuduh saya dan YB Ong Kia Meng menipu berhubung pendirian PSM terhadap Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Salah faham ini timbul oleh kerana laporan media berhubung sebab mengapa PSM tidak dijemput ke sidang meja bulat parti-parti pembangkang tempoh hari. Dalam soal ini saya ingin menjelaskan keadaan yang sebenarnya supaya salah faham ini tidak menjadi lebih parah.

Kerjasama Dengan 'Pengkhianat'

Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya disebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina. Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai ‘pengkhianat’, maka kami perlu respon. Dalam masa terdekat ini saya akan turut mengemukakan respon terhadap fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya. Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

Persoalan Meletak Jawatan Sebagai Ahli Parlimen dan Pelanggaran Bai’ah

Sejak pengumuman penyertaan saya dan sahabat lain dari PAS dalam parti Pekerja-Pekerja Malaysia melalui mana perjuangan yang dibawa gerakan Harapan Baru dapat diteruskan, maka terdapat kedengaran tuntutan untuk kami meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN. Mengikut mereka ini adalah yang sewajarnya kerana kami telah dipilih atas lambang PAS dalam PRU yang lepas. Saya telah memberi penjelasan mengenai persoalan ini dalam satu sidang akhbar pada 25 Ogos yang lepas. Oleh kerana persoalan ini masih ditimbulkan, maka saya ingin menjelaskan pendirian saya kembali untuk pengetahuan semua pihak. Seseorang wajar diminta meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri hanya atas dua sebab. Pertama kerana melanggar asas di atas mana dia dipilih dan kedua kerana tidak berperanan di Parlimen dan kawasannya.

Kes Mahkamah TSKI dan Keanehan Politik Malaysia

Baru-baru ini kes saman TSKI terhadap Saifuddin Nasution dan PKR hendak dibicarakan. DSAI disapina sebagai salah seorang saksi pembelaan. Apabila DSAI tiba dia telah berjaya memujuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan saling bermaafan. Melalui itu, ianya diharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik, isu berhubungnya tutup, selesai dan kedua-dua pihak boleh memberikan tumpuan kepada masalah semasa, bukan masalah yang telah berlalu. Namun, ini Malaysia , di mana segala kemungkinan boleh berlaku. Tindakan bermaaf-maafan yang seharusnya bermakna ‘seri-seri’, diperlihatkan sebagai kemenangan besar bagi pihak TSKI. Seterusnya diketengahkan pula dakwaan betapa ‘ketepatan’ pendirian TGHH terbukti semasa krisis MB berlaku dahulu. Oleh itu matlamat bermaafan itu tidak tercapai, malahan menjadi lagi parah apabila ianya dijaja dan dipolitikkan sebagai isu untuk kepentingan pihak berkenaan. Inilah dunia politik Malaysia, di mana bermaafan boleh dijadikan peluru per

Persoalan ‘Dominasi PAS dan Melayu Islam’

Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah rumuskan bahawa punca perbalahan dalaman PAS baru baru ini adalah ketidak-selesaan pimpinan utama terhadap keadaan PAS yang tidak dominan dalam PR . Akan tetapi saff pimpinan AJK PAS Pusat lama terlalu pro-PR dan tidak melihat persoalan ini sebagai masalah yang mewajarkan PAS keluar dari PR. Begitu juga sikap kebanyakan ahli pada ketika itu dilihat terlalu pro-PR. Maka suasana ini ditangani dengan diubah saff pimpinan dengan yang lain dan dikeruhkan hubungan PAS dan PR supaya ahli PAS turut mempertikaikan PR . Memandangkan persoalan ‘dominannya PAS’ begitu utama sehingga menyebabkan PAS berpecah, adalah amat penting untuk semua, lebih-lebih lagi ahli PAS, memahami persoalan ini dengan baik dan jelas. Jika tidak, maka ianya bakal mengundang perbalahan sekali lagi pada masa hadapan, lebih-lebih lagi sekiranya pembentukan kerajaan bersama PR di peringkat Pusat menjadi satu realiti.

Menjawab Tulisan Fathi Aris Omar dan Mereka Yang Masih Skeptikal

Kebelakangan ini saya banyak ‘terbaca’ tulisan seorang yang bernama Fathi Aris Omar. Tulisannya telah ‘diwhatsappkan’ kepada saya oleh seorang kenalan yang meminta saya memberi komen balas. Jarang saya berminat untuk respon tulisan orang yang tidak saya kenali, tetapi setelah membaca beberapa tulisannya, saya merasakan ada keperluan untuk saya respon bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada mereka yang turut berfikiran skeptikal seperti beliau.

Minggu Pertama Selepas Muktamar Ke-61

Muktamar PAS ke-61 telah berakhir pada hari Sabtu 6 Jun 2015. Saff pimpinan baru yang dipilih menjanjikan satu perubahan dan perbezaan berbanding yang sebelumnya. Ada yang menamakan perubahan saff kepimpinan sebagai kejayaan mengembalikan PAS kepada “landasan yang betul”; kononnya berubah kembali seperti asalnya. Kata-kata ini seolah-olah menuduh pimpinan sebelum ini telah menyimpang dari landasan asal PAS. Maka ahli menunggu-nunggu supaya pembaharuan dan perbezaan ini dizahirkan. Pada masa sama, mereka menunggu juga penjelasan berhubung penyimpangan yang telah dilakukan pimpinan lama. Mereka ingin tahu samada pendekatan Almarhum TGYR, UFN dan TGNA turut dianggap sebagai suatu penyimpangan dari landasan asal PAS.

DAP Mahu Menguasai Pas Melalui Muktamar?

Saya telah membaca dengan penuh teliti tulisan Dr. Zuhdi yang bertajuk seperti di atas . Cuma tajuk tulisan beliau agak berbeza sikit, ianya tanpa tanda soal. Bagi saya tulisannya ini merupakan usaha beragenda beliau yang diteruskan dengan bersungguh-sungguh dan dilakukan sejak sekian lama. Mesej tulisan ini adalah selari dengan ‘print screen WhatsApp’ yang telah dibocorkan pada tahun lepas. Tulisannya ini hanya menambahkan keyakinan saya bahawa ‘printscreen’ tersebut bukannya satu “scenario-planning” atau “pandangan beberapa anggota AJK PAS Pusat dalam whatsapp group tersebut” sepertimana yang cuba didakwa, tetapi adalah isi hati beliau secara seikhlas-ikhlasnya .

Kukuhkan PR, Hargai Kekuatan Rakan

Saya melihat dengan penuh kerisauan, arah tuju yang ingin dibawa oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan PAS dalam PR dan sesama PAS. Kenyataan sombong dan angkuh yang tidak sama sekali menggambarkan usaha menyatupadukan atau mencari perdamaian atas asas yang dipersetujui bersama. Yang mana asas yang dipersetujui bersama ini amat banyak atas sebab keinginan bersama untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dirosakkan oleh UMNO dan BN. Maka di sini mungkin terdapat perbezaan antara cara kepimpinan yang ingin mencari persamaan dan yang ingin mencari perbezaan, inginkan persepakatan dan inginkan perbalahan. Saya telah sebut sebelum ini bahawa amat mudah mencari perbezaan dan perbalahan. Mana-mana ‘samseng jalanan’ pun mampu melakukannya. Tetapi untuk mencari persamaan dan persepakatan, ianya hanya mampu dilakukan pemimpin yang bijak dan berhemah. Oleh itu, di sini terletaknya kelebihan Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mereka memahami

Kontroversi Ucapan LKS Di KB (Bhgn II)

Ada yang kurang berpuas-hati dengan ulasan saya berhubung ucapan LKS yang saya siarkan kelmarin . Maka berbagai komen dan soalan ditanya melalui media sosial. Salah seorang yang mengemukakan soalan adalah saudara Hizman Husin . Maka di‘PM’nya saya melalui akaun FB dan ditanya saya dua soalan seperti berikut: 1. Kenapa beriya2 sangat mempertahankan LKS walaupun dia tidak bersalah pada pandangan YB ? Adakah ingin menimbulkan polimik or perhatian? 2. Kenapa tidak beriya2 mempertahankan Presiden bila mana DAP memutuskan kerjasama dengan Presiden? Adakah ini demi PR? Di sini saya sertakan jawapan saya kepada Saudara Hizman dengan lebih jelas lagi agar lebih mudah difahami dan dapat dikongsi bersama.

Kontroversi Ucapan LKS Di Kota Bharu

Saya diberi teks ucapan Lim Kit Siang (LKS) yang disampaikan beliau pada 10 Mei sebelum mulanya sesi dialog saya di Hotel Habib Kota Bharu pada 14 Mei . Saya membacanya dan hingga sekarang masih merasa pelik mengapa ada yang begitu marah dengan ucapan beliau. Mereka menuduh LKS “menghina Islam, Hudud dan ummat Islam” dalam ucapannya. Sedangkan tidak terdapat kata-kata menghina yang saya dapati dalam teks ucapan tersebut.

Kewajipan Mengundi Wan Azizah Di Permatang Pauh (Bahagian II)

Tempoh hari saya telah mengulas kewajipan ummat Islam menyokong dan mengundi DS Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh . Hujjahnya berasaskan dalil wajib menentang kezaliman dan membantu pihak yang dizalimi. Dalam bahagian kedua ini, saya ingin menegaskan kewajipan yang khusus bagi PAS dan ahlinya untuk menyokong DS Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh. Kewajipan khusus ini adalah disebabkan wujudnya perjanjian antara PAS dan PKR yang telah menghasilkan pembentukan PR. Tiada mana-mana pemimpin PAS yang waras akan menafikan kewujudan perjanjian dan persepakatan ini. Ianya berteraskan usaha untuk menjatuhkan UMNO/BN secara bersama dan melaksanakan beberapa prinsip pemerintahan yng dipersetujui bersama sekiranya berkuasa. Kesemua prinsip yang dipersetujui bersama ini adalah dituntut Islam serta akan membuka ruang yang luas ke arah rakyat memahami politik Islam dan menyokongnya. Apabila perjanjian dan persefahaman ini diakui wujud dan selagimana ianya tidak diisytiharkan batal dan dimansuhk

GST, Gaji Minumum dan Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

Isu kenaikan elaun Ahli Parlimen turut menjadi bahan perbualan di kalangan anggota masyarakat. Ada yang menyebut, “setelah meluluskan perlaksanaan GST beberapa bulan sebelumnya, elaun Ahli Parlimen pula dinaikkan!” Ada yang mendakwa Ahli Parlimen bersetuju untuk membebankan rakyat dan selepas bersetuju pula untuk mengambil manfaat dari kedudukan mereka demi keuntungan diri mereka sendiri. Yang malangnya, semua Ahli Parlimen dimasukkan dalam satu bakul yang sama. Dalam soal ini perlu diteliti tiga fakta utama seperti berikut:

POTA: Di Antara Hak Dituduh Pengganas dan Hak Rakyat

Ada yang masih keliru mengapa Ahli Parlimen PR membantah POTA (Prevention of Terrorism Act) dengan begitu gigih sekali sehingga melakukan belah-bahagi di setiap peringkat sehingga jam 2.30 pagi. Ini dilakukan walaupun kami tahu bahawa kami akan kalah apabila dilakukan belah-bahagi. Sebenarnya, kami melakukannya demi membantah undang-undang zalim sampai ke tahap maksimum, sehingga tiada lagi yang mampu kami lakukan untuk menzahirkan bantahan. Saya telah menjelaskan proses belah-bagi yang telah dijalankan di dalam artikel saya sebelum ini yang bertajuk: Perbahasan dan Bantahan Terhadap POTA di Parlimen Pada 6 April 2015 .

Pengumuman: Ceramah Perdana [28 April @ Kota Bharu]

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program. -Pejabat YB Khalid Samad-

Tahniah PAS Permatang Pauh!

Sebaik sahaja menerima berita, saya segera mengucapkan tahniah kepada PAS Permatang Pauh melalui Twitter . PAS bersama PR menentang kezaliman. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Permatang Pauh dan Kemunculan ‘PAS Ekstrim’

Saya menyambut baik teguran Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini melalui FBnya terhadap tulisan saya; tanpa disebut nama. Beliau mempersoalkan sebab mengapa saya “ membuat dakwaan rambang terhadap masa depan PAS berdasarkan apa yang berlaku di PRK Permatang Pauh ” yang bersifat negatif pada pandangan beliau. Pada masa yang sama, beliau menegur sikap yang melukakan imej parti oleh mereka yang “melanggar keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat secara terbuka”.