Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TGNA

Tertubuhnya Parti Kita (PH) Hari Ini Adalah Kerana AMANAH

Kata-kata yang dikeluarkan Tun M, seperti diatas, masih saya kedengaran hingga ke hari ini. Dan ianya menjadi di antara kebanggaan semua ahli AMANAH walaupun dikatakan sebaliknya oleh golongan yang tidak memahami. Ada yang cuba mendakwa bahawa agihan itu bukti bahawa AMANAH diakui lemah dan tidak berpengaruh. Sedangkan agihan itu bukannya berdasarkan siapa kuat dan siapa lebih berpengaruh. Ianya berdasarkan strategi kemenangan atau “a winning strategy” yang dipersetujui bersama. Ianya juga berdasarkan usaha kerjasama di mana kita tidak melihat masing-masing sebagai lawan dan saingan tetapi kawan dan rakan yang berkerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama. Mungkin ianya sukar difahami oleh sesetengah pihak, tetapi inilah yang dinamakan kerjasama.

Perbandingan Sikap Almarhum TGNA dan TGHH dalam Persoalan Tahaluf

Saudara Nordin Ali telah memberi respon kepada tulisan saya berhubung pengkhianatan yang dilakukan PAS terhadap PR semasa di bawah kepimpinan TGHH . Dia menjawab bahawa TGNA juga mempunyai sikap yang sama dengan TGHH dan oleh itu sepatutnya saya gelarkan tindakan Almarhum TGNA sebagai suatu pengkhianatan juga. Dia telah memberi beberapa hujjah dan alasan untuk menyokong dakwaannya itu . Dia berusaha menyamakan tindakan TGHH di Kota Damansara dengan tindakan TGNA di Kota Bharu pada 2004 dan 2008 sedangkan kedua-dua peristiwa ini bukan sekadar berbeza tetapi bercanggah di antara satu sama lain. Sebelum saya jelaskan mengapa ianya bercanggah dan berlainan, biarlah saya kemukakan dulu hujjah saudara Nordin.

Sikap Inklusif TGNA: Antara Ulama’ & Profesional

Tulisan saya pada 23 Jun yang lalu menerangkan serba sedikit sikap inklusif yang ditonjolkan oleh kedua orang tokoh PAS yang disegani dan dikasihi, iaitu Almarhum UFN dan TGNA, dalam usaha mereka untuk merobohkan tembuk pemisah antara PAS dan masyarakat jelata. Ianya merupakan usaha untuk membawa PAS ke arus perdana politik negara dan ianya dilaksanakan dengan menunjukkan sikap keterbukaan terhadap semua . Sambil itu PAS diperlihatkan sebagai pembela nasib seluruh rakyat. Hasil itu maka tertubuhnya APU, BA dan PR (selepas UFN) yang merupakan usaha kerjasama yang jujur oleh mereka berdua. Ianya contoh sikap inklusif yang jelas semakin diketepikan dewasa ini. Tulisan saya semalam pula akan cuba menumpukan kepada pendekatan Almarhum UFN terhadap NGO Islam dan bukan Islam . Almarhum telah berusaha menyatu-padukan semua di bawah kepimpinan PAS dalam perjuangan menentang kezaliman. Mereka boleh terus dalam jemaah mereka sambil berkerjasama dengan PAS. Ini adalah atas sebab keyakinan mere...

Wawasan Almarhum UFN dan Almarhum TGNA

Ramai yang menyebut nama kedua Almarhum UFN dan Almarhum TGNA dengan penuh kagum dan kasih sayang. Tidak kurang juga yang mengaku diri mereka sebagai pengikut kedua-dua tokoh ini. Namun malangnya, ramai pula yang tidak memahami dengan jelas wawasan yang dibawa oleh kedua tokoh ini. Kedua-dua mereka mempunyai wawasan untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana dengan Islam dilihat sebagai pembela nasib rakyat. Selama ini, sebelum mereka berdua berjaya membawa wawasan mereka ini, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang membawa isu-isu yang dipentingkan oleh hanya sebahagian kecil ummat Islam. Pengaruh PAS terhad hanya kepada golongan tertentu dan PAS tidak dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan untuk keseluruhan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim.

Karpal Singh: Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip [TGNA]

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Video: Siti Nurhaliza - Lelaki (Tribute untuk Tok Guru Nik Aziz)

-Pejabat YB Khalid Samad-

Siasatan Polis Berhubung Gambar Pimpinan PR Yang Dipijak dan Dikencing

Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau" yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang. Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu. Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Undi PAS masuk Syurga!?

Ini pun satu lagi kepelikan Mufti Perak. Beliau sanggup memfitnah TGNA dengan menuduh TGNA berkata bahawa “undi PAS masuk Syurga”. Sedangkan apa yang selalu disebut TGNA ialah “undi PAS boleh pahala”.

Pejuang Bangsa

Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.

Perutusan Sempena Dua Tahun Pakatan Rakyat [TGNA]

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya, 1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam. 2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya gol...

Doa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Media memainkan isu doa Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) seolah-olah beliau telah melakukan satu kesalahan besar kerana membaca doa memohon Allah memusnahkan masa depan politik Perdana Menteri dan parti yang dipimpin beliau, iaitu UMNO. Sepertimana biasa, mereka memberikan gambaran seolah-olah TGNA telah menyeleweng dari prinsip Islam kerana mendoakan kehancuran seorang saudara seagama. “Bukankah Islam mengajar kita bahawa kita bersaudara? Tidak mungkin kita boleh mendoakan kemusnahan saudara seagama! TGNA sah sudah sesat dan tersasau!” kata mereka dengan megah dan bangga, yakin dengan kebenaran hujjah mereka. Bagi yang tidak memahami, mereka akan terus melenting dan menempelak TGNA. Tetapi, apa yang dilakukan TGNA adalah satu usaha menetang kezaliman dalam bentuk yang paling minima. Doa beliau bukan tidak berasas. Ianya bukan timbul tanpa sebab, secara tiba-tiba mengikut 'mood' , bangun pagi dan seterusnya menyatakan bahawa hari ini hendak doakan kemusnahan Najib! Hakikatnya...

Isu EGM dan Seminar

Dengan berbagai isu yang begitu hangat diperkatakan seminggu dua ini, ramai yang bertanya ke mana telah saya menghilang. Sebenarnya saya tidak ke mana-mana tetapi berbagai program menyebabkan saya tidak berpeluang untuk menulis dan berkongsi pandangan saya dalam isu-isu ini. Semenjak bermulanya mesyuarat ketiga, penggal kedua Dewan Rakyat, kebanyakkan masa di antara Isnin hingga Khamis telah digunakan sepenuhnya untuk persiapan Parlimen. Di samping itu, saya juga telah berkesempatan menghadiri program-program berikut sepanjang minggu ini: Selasa 27 - Forum ISA di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur anjuran SUARAM. Rabu 28 - Program Ceramah PAS cawangan Palm Grove Klang bersama masyarakat India. Khamis 29 - Majlis Makan Malam PKR Johor ( Video Part I ) ( Video Part II ) dan Ceramah PAS Kawasan Pulai, Johor . Jumaat 30 - Tazkirah dan Khutbah Jumaat di Masjid Al-Huda Seksyen 19 Shah Alam dan Ceramah PKR di Kuala Terengganu. Sabtu 31 - Jambori Jabatan Amal Malaysia 2009 di Sungai Bes...

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa? [TGNA]

Latarbelakang: Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini. Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiw...

Warkah Takziah Daripada TGNA Kepada Keluarga Mendiang Teoh Beng Hock

27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009 Ibu bapa kepada Mendiang Teoh Beng Hock D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor Tingkat 21, Bangunan SSAAS 40502 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Warkah Takziah Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan. Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya. Bagaimanapun, apa yang berlaku di P...

Video: TGNA Tarik Balik Kenyataan Terhadap Nasha

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara. Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz: "Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno. "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaul...

Peta Tunjuk Arah ke Program TGNA di Rawang (20/12)

Sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini , PAS kawasan Bandar Tasik Puteri akan menganjurkan program Pelancaran Buku dan Ceramah oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang akan turut dihadiri oleh YB Khalid Samad. Bersama ini kami sertakan peta dan tunjuk arah ke kawasan ceramah bagi memudahkan mereka yang berhajat untuk menghadiri program ini. Jumpa di sana! Rawang Toll 1. Head north 0.3 km 2. Exit left onto Jalan Batu Arang 5.0 km 3. Turn left at Jalan Tasik Puteri 6.1 km 4. Slight left at Jalan Puteri 0.3 km 5. Turn right at Jalan Puteri 7 0.6 km 6. Turn left at Jalan 7/ 1 0.1 km Peta dan tunjuk arah adalah ihsan dari Mr. Chin-yau Chia , terima kasih kami ucapkan. -Pejabat YB Khalid Samad-

Pengumuman: Program Ceramah & Pelancaran Buku Oleh TGNA (Rawang, Selangor)

Dengan izin Allah SWT, gabungan PAS cawangan Bandar Tasik Puteri, Lembah Hijau, Blok 29 dan Park Avenue akan menganjurkan satu program ceramah dan perlancaran buku oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 20 Disember 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Maklumat program tersebut adalah seperti berikut: Tarikh: 20 Disember 2008/22 Zulhijjah 1429 (Sabtu) Masa: 9:00 malam – 12:00 tghmalam Tempat: Padang Bolasepak Blok 7 Bandar Tasik Puteri, Rawang Hubungi: Nazri Abu Kassim (012-2118993) atau Zulkifli Sulong (019-3824134) Penceramah: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Musyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan Darulna’im) YB Hj Khalid bin Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) Tn Hj Mohamad bin Abdul Rahman (YDP PAS Kawasan Selayang) Wakil Parti Keadilan Rakyat Semua pihak dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program ini. Bagi pihak penganjur, PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri. -Pejabat YB Khalid Samad-