Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel renungan bersama

Me & Baby

Salam 'alaik.. Rasa macam tak percaya, macam baru je semalam kawen hari ni dah ada baby depan mata? Ohmaiii... betul ke ni? I am now.. A MOM! Like seriously tak pernah terfikir macam mana ada anak sendiri. Uruskan anak sendiri, main dengan anak sendiri. But now, semua tu aku buat sendiri without any helps from my mum. Tak sangka pandai jugak aku uruskan anak. Hehe Menunggu kelahiran... Masuk kandungan aku 37 minggu aku still bekerja, masuk office yang berada jauh di Shah Alam dan aku menetap di Kajang. Tapi nasib baik minggu tu husband aku bercuti. Nak habiskan annual leave katanya. Hari Rabu, 28 Dec, aku masih lagi pergi meeting dengan client dan macam minggu minggu sebelumnya Rabu dah disetkan khas untuk 1 client ni. Since client ni ada collaboration dengan other company untuk produk dia jadi kami setkan khas Rabu sebagai hari appointment kami dengan mereka. Masa ni aku dah start duduk tak senang dah. Bos aku kat depan tengah bagi training pasal Risk Management, a

Bila Aku Nak Kahwin?

Salam 'alaik.. Hai sekali lagi. Oh mungkin nampak kerajinan aku kali ini update blog walaupun selang beberapa hari. Sekurang-kurangnya blog ni tak dibiarkan sampai sebulan mahupun setahun. Minggu lalu, sekali lagi aku bekerja sebagai seorang gadis wayang. Walaupun agak pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya. Eh? Tapi bukan orang yang buat wayang, tentunya orang yang menjual tiket wayang. Hehe. Bila dah lama sangat tak jual tiket wayang rasa macam rindu je. Rasa nak keje pulak. Bila keje, walaupun tiga hari dalam seminggu pun dah rasa beban sebab kerja banyak tak siap. Thesis, lab, nak pergi kelas lagi. Haihh Tapi bukan itu yang aku nak bebel kat sini. Wah, dengar bebel je macam panjang pulak entri kali ni kan. Insha Allah, kalau takde idea secara tiba-tiba pendek jugak jadinya. Hehe. Sejak kebelakangan ni macam kerap sangat aku bukak page islamik yang update pelbagai info yang sedikit sebanyak menambahkan ilmu agamaku. Insha Allah.. Tapi dalam masa yang sama, diri ini meront

Facebook Jadi Berfaedah Bila...

Imej
Salam 'alaik.. Semakin rajin nampaknya aku update blog ni. Walaupun kerja masih banyak yang perlu disiapkan, assignment yang perlu dihantar minggu ni bertimbun-timbun sampai tak larat nak pandang, presentation pula berderet-deret, test pula.. Tak perlu bagitau busy nye diri ini mesti dah dapat agak memandangkan aku memang sangat suka mencuri masa-masa busy dengan update blog. heh. Masa tengah takde kerja jengah blog pun tak. Kalau dulu facebook dan twitter menjadi medium aku stalk orang-orang yang entah sape-sape. Tapi semestinya manusia tersebut telahpun jadi kawan aku kat facebook kalau tak mesti susah nak stalk. hehe. Atas alasan, aku care pasal diorang sebab tu aku stalk. Boleh terima ke alasan tu? Sekarang tak lagi lepas buat account twitter baru dan deactivate account yang lama, dan facebook pula jadi kegilaan aku log in untuk main game favorite, Hidden Chronicles. Eh, ada sape-sape yang main game tu tak? Add lah aku pastu kita jadi neighbour. kihkih.. Dan sementara men

Leggings Are Not Pants

Imej
Salam 'alaik.. Apa khabar semua? Cehh.. Tanya soalan macam nak buat konsert pulak plus soalan yang tak sesuai untuk penulisan blog. pfftt! Maaf kerana dah lama sangat tak update blog. Entah masih ada yang sudi baca ke tak aku pun tak pasti. Jarak masa entri aku sekarang pun dah semakin jauh, kesian cik belog yang hitam-hitam anggun ni takde sape nak jenguk. Tuan dia pun tak rajin nak jenguk inikan pulak pengunjung kan. ptuiihh! Jangan harap lah ada pengunjung..huhu Ok berbalik kepada tajuk, panjang benar muqaddimah. hehe.. Aku nak elaborate panjang-panjang pasal tajuk pun tak guna rasanya sebab dah ramai dah blogger duk buat entri pasal ni. Kalau nak ikutkan aku ni boleh dikira ketinggalan jugak lah kan. Takpe, biar video kat bawah ni saje yang cerita panjang-panjang. Hahh.. 18 tahun ke atas je tau. Yang bawah 18 tahun tu tak payah lah tengok, tak sopan rasanye. Aku sebenarnya tak paham tiba-tiba ada Justin Bieber dalam video ni. haha.. Dia minat Justin Biebe

Siapa Yang Suka Dengan Masalah?

Imej
Masih tak mampu meyakinkan orang, kenapa? Mungkin sebab diri sendiri pun belum yakin sepenuhnya. Sigh.. Keluhan yang mampu dikeluarkan dari mulut. Mak cakap, jangan mengeluh. Sebab sekali kita mengeluh, banyak masalah yang akan datang kat kita. Cukuplah masalah-masalah sedia ada yang aku terima, taknak lagi masalah lain yang bakal aku hadapi. Tapi mungkin jugak masalah-masalah sedia ada tu sebenarnya dari keluhan-keluhan sebelum ni. Wallahu a'lam.. Itulah aku. Bila ada masalah je perkara pertama yang aku akan buat adalah mengeluh. Sepatutnya cari solution untuk masalah tu, bukannya mengeluh. Biasalah, kalau orang lain pun mungkin tak semua tapi majoriti manusia akan mengeluh dulu bila hadapi masalah. Betul tak? Aku pun tergolong dalam majoriti tersebut. Jangan terus menerus memikirkan masalah, fikirkan cara untuk selesaikan masalah tersebut. "Kau cakap senanglah, sebab bukan kau yang hadapi masalah tu," Cakap memang senang, hanya perlukan mulut dan lidah untuk berka

Al-Fatihah...

Imej
Salam 'alaik.. Agak mengejutkan walaupun tak mengenali beliau.. Setiap permulaan ada pengakhirannya, daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah..

memfitnah lebih berat dosanya dari membunuh.

Imej
Salam 'alaik.. manusia zaman sekarang sangat pandai mengguna kata-kata yang boleh membuat orang berfikir dengan kata lain memutar belitkan cerita, apa yang aku perhatikanlah. sampaikan kata-kata itu, fitnah contohnya dapat menutup setiap kesalahan yang mereka buat. nak larikan diri dari dipersalahkan. walaupun dia tahu dialah dalangnya. bila orang dah percaya dengan fitnah yang dilemparkan kat ntahsapesape kemudian orang sebarkan pula dengan perisa yang terbaru. pergh! memang terangkatlah. err. maksud aku memang sedaplah cerita tu jadinya. kemudian 'penjahat' sebenar rasa diri tak bersalah pula sebab bagi dia, dia takde pun tambah-tambah perisa sampai jadi cerita yang lebih dasyat. so bukan salah dia walaupun dialah 'penjahat' yang sebenar! lagi best, kalau 'penjahat' tersebut tunjuk baik dan innocent kat depan orang nak bagitahu yang dia teraniaya, akulah orang yang paling baik pernah kau jumpa. padahal dialah yang menganiaya orang. hurm.. dah macam drama

gambar korang mudah dicari dengan google..

Imej
Salam... sabtu yang kononnya takde keje padahal keje berlambak perlu disiapkan, aku duk meng-google imej yang bakal keluar jika nama-nama mereka yang terpilih ditaip. sape orang tu? tak perlu tahu, biar aku saje yang tahu. kamu mungkin kenal dan mungkin juga tidak. "apa masalah aku dok menggoogle gambar orang ni?" saje, nak buang tebiat barangkali. tak sanggup nak tengok buku setebal kayu balak raw yang belum dijadikan papan. mahupun memandang result experiment yang aku dah nampak macam double cheese burger ni. *fuh! nasib baik dah sampai hajat makan mekdi kalau tak mungkin laptop ni yang aku telan nanti. berbalik kepada tajuk. maka dengan penuh ketekunan aku menggoogle namaku dulu. dari cik zaza username blog aku sampailah ke gransazer nama yang pernah aku gunakan dalam blog ni dulu. tak ketinggalan nama-nama dalam facebook aku. erk! wajahku! aku dah start seriau. kemudian nama-nama terpilih. lagi banyak! ouh, lupa orang yang aku google tu memang feymes. tak hairanlah. 

suara perempuan adalah aurat jika...

Imej
Salam.. buat eksperimen dengan suara sendiri. record suara sendiri masa tengah borak dalam telefon dengan kawan baik aku (perlu mention nanti ada yang kata pakwe.HAHA). kemudian dengar balik suara tersebut. lepas dengar; "erk? suara aku macam ni ke bila bercakap dengan lelaki?" "aduh! mesti ada yang kata aku gedik + manja," sampai aku tanya housemate aku bertubi-tubi suara aku gedik ke bila cakap dengan lelaki? tapi dia kata; "taklah biasa je aku dengar. dengan perempuan pun camtu," ok, tu maknanya dah tak boleh nak buat apa lagi dah. suara aku memang natural macam ni. tapi mungkin bagi orang yang tak kenal aku akan cakap aku gedik atau manja. yang manja tu memang dah ada yang cakap tak silap aku tapi gedik belum lagi. hope takdelah. bukan aku sengaja pun nak buat suara manja. tiba-tiba aku teringat kata-kata budak kelas aku; "aza hot kot semua nak call dia, takde sorang pun call kite," "kenapa h**** seboleh-boleh nak cakap dengan

rungutan dan rintihan...

Imej
Salam.. internet semakin menjadi-jadi cemburu terhadapku dan blog ni. tak dapatlah aku nak update blog walaupun memang takdelah penting sangat nak update blog ni dengan keadaan aku yang tak berapa nak stabil atau dengan kata lain 'sewel' ( aimi yang cakap). dan kalau aku mengupdate blog untuk setiap hari-hariku perlukah aku menceritakan segala yang berlaku sebijik-sebijik?  "hari khamis malam aku ada test biochemistry lepas tu hari jumaat pagi pulak aku ada test fermentation boleh pecah kepala aku macam ni," dah macam diari. ye, aku memang suka tulis diari dan mungkin kadang-kadang aku ter jugak menceritakan kebizianku di blog ni. bak kata member aku, "biasalah perempuan kan suka merungut," yelah agaknya... perempuan merungut mungkin perkara biasa tapi kalau lelaki yang merungut? luar biasakah? jarang tapi ada je yang kuat merungut. "penat tau tak arini kelas sampai petang," padahal kelas dia start tengahari habis pukul 4 dan 2 kelas unt

bencana alam di Jepun adalah satu petanda jelas..

Salam.. bercerita mengenai bencana alam yang sedang berlaku sekarang. mungkin ini satu petanda bahawa bumi dah sangat tua atau dengan kata lain amaran untuk manusia sedar. kalau kita pikir balik, hari tu baru je setel satu isu yang menggegarkan dunia iaitu mengenai rusuhan di Mesir. dan sekali lagi dunia digemparkan dengan bencana alam yang melibatkan beberapa buah negara termasuk Malaysia. Astaghfirullah... renungan bersama kita dah dekat sangat dengan pengakhirannya..

kejap cakap ni, kejap cakap tu..mana satu ni?

lepas ni aku taknak tepek gambar aku kat facebook! yosh! kata-kata seorang member aku. kata-kata ini diungkap setelah beliau menghadapi satu masalah yang entah aku pun taktahu. tapi kata-kata kat atas ni versi aku lah. hehe. biasalah tu kan, bila dah kena something menyesal itu menyesal ini. so, dia decide taknak orang tahu wajah sebenar dia sebab bagi dia itu adalah punca utama problem tu berlaku kat dia. ok lah kot bagi aku. suka hati kau lah nak buat apa. asalkan kau tak letak gambor aku dah lah. HAHA. tapi, apa yang aku dok pikir. erm.. memang betul lah. kejap je semua tu. tak sampai seminggu dah upload a bulk of photos kat facebook walaupun baru je seminggu sebelum tu dia delete semua. erk!.. suka hati dia lah.. gambor dia bukan gambor aku. HAHA. yang penting apa yang dia buat tak melibatkan aku bahkan tak memudaratkan aku dah lah. kan? kan? aku pun kadang-kadang jadi macam dia jugak. bila dapat masalah macam-macam berjanji kat diri sendiri. tapi tak lama lepas tu buat balik. is

kesabaran yang tiada batasnya..

Salam.. first day kelas untuk sem 4, wahh! busy giler. semua pergi jumpa mak angkat dan ayah angkat masing-masing. aku pun sama lah. nak dapat keberkatan untuk sem ni. HAHA. takdelah, aku tak dapat buat keputusan nak add dan drop subjek kenalah pilih betul-betul jap lagi fail sia-sia je kan. memang menurut mak angkat aku, aku kena tahu kedudukan aku kat mana sekarang dan kemampuan aku. susah betul nak buat keputusan. mungkin ada subjek bio yang aku tak amek sebab nak perbaiki pointer punya pasal. esok pepagi kena jumpa mak angkat aku balik sebab nak bagitahu dia aku amek subjek apa. hehe. serius, lepas jumpa mak angkat rasa macam dah tak stress sangat pasal subjek-subjek ni. just balik kena fikir masak-masak lah nak ambik subjek apa. dan yang paling penting, lepas jumpa dia aku rasa macam disayangi dan macam ada yang care pasal aku. hehe. lepas kelas, aku dan housemate aku dok bincang pasal bil-bil yang tertunggak. pergh! banyak gile walaupun rasanya adalah dalam sebulan lebih kit

bertudung tapi pakai leggings? samalah jugak bertudung tapi tak pakai seluar..

Salam... dalam banyak-banyak isu, aku rasa isu bertudung agak sensitif bagi wanita. kenapa? bila bertudung menjadi satu trend mengikut peredaran masa. memang betul bagus bertudung litup. tapi kalau tutup di kepala saja yang bawah macam tak pakai baju baik tak payah. apa yang aku maksudkan di sini bila perempuan bertudung tapi masih tak menjaga pemakaian mereka seperti memakai baju ketat nampak bonggol-bonggol pastu pakai leggings? "dah tutup lah tu tak nampak skin," kalau dah nampak bentuk badan dari atas sampai ke bawah tu bukan menutup aurat namanya. orang masih boleh tahu bentuk badan korang walaupun korang tak bogel. dan bukankah pemakaian macam tu menaikkan ghairah lelaki? kira tak tutup sepenuhnya lah kan? aku nak cakap lebih-lebih jap lagi ada yang dok serang kata aku pun lebih kurang sama je. memang ye, aku mengaku aku lebih kurang je pakai baju kecik. HAHA. aku pakai baju saiz S weyh kadang-kadang tu XS. kecik kan? tapi selama aku hidup yang dah masuk 20+ tahun ni

entri mengumpat ke entri fitnah ni?

Salam.. aku baru saja membaca entri tahun baru di blog UnikL blogger . katanya blogger harusnya mengubah penulisan kepada yang lebih baik. apa maksudnya? macam ni, kalau kita lihat mesti ada saja blogger yang membuat entri umpatan sebab tak suka orang tu, sakit hati dengan orang ni, atau apa-apa saja entri khas yang di-update semata-mata nak bagi targeted person tu terasa. kalau diorang tak terasa macam mana? HAHA yelah, mana tahu apa yang dia tahu sebenarnya bukan cerita sebenar. manusia kan ada yang suka membuat mitos bagi menyedapkan lagi cerita asal. nak bagi rasa yang sedap letak perencah itu, perencah ini. goreng bagi orang percaya. tapi sebenarnya apa yang mereka dengar adalah fitnah semata-mata. kadang-kadang benda yang macam ni orang yang takde kaitan yang dok goreng. takpun orang yang tahu cerita sebenar tapi taknak mengaku salah. yelah, ikut cerita asal dia yang salah. kalau dia cerita yang betul nanti kawan dia hentam dia balik tu yang putar belit bagi sedap tu. nak bagita

pelakon Faizal Yusof meninggal dunia.

Imej
Salam. aku baru balik dari rumah nenek aku. dan rasanya dah sehari aku tak menaip di sini. takde apa yang ingin aku update mungkin update yang paling ringkas di sini. aku buka facebook je terbaca status member aku pasal pemergian seorang pelakon yang bagi aku masih muda. faizal yusof. beliau dikatakan meninggal dunia kerana serangan jantung. innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. setiap yang hidup pasti menemui mati dan kembali kepadaNya.  semoga rohnya berada di kalangan orang-orang yang soleh. al-fatihah..

salam maal hijrah

Assalamualaikum w.b.t. salam maal hijrah semua sempena 1 muharram yang menjelma pada tahun ni 1432hijriah.. tahun baru dengan lembaran baru, semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. hijrah yang bakal dilakukan dengan usaha dan kecekalan.insyaAllah.. segala yang telah berlaku sebelumnya dijadikan sebagai teladan untuk kita berubah kepada yang lebih baik..aku taknak taip panjang sebenarnya.. ada video untuk tatapan korang.. wardatuddiniah ni sebenarnya kumpulan nasyid sekolah aku..masih aktif dengan nama tersebut..dan telah banyak membanggakan nama sekolah.. harap video ni sedikit sebanyak dapat memberi semangat untuk kita meneruskan hijrah kita..insyaAllah..

berpada-pada dalam mendidik anak..

Imej
salam.. aku nak berkongsi cerita yang aku baru terima daripada cikgu matrik aku dulu..cerita yang amat menyentuh perasaan..sesuai untuk yang sudah berkeluarga.. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya... Kisah Si Kecil Ita... Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan i

surat kepada bakal suami...(18 tahun dan ke atas)

Imej
Surat daripada seorang wanita kepada future HUSBAND…. Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu). Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?) Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya. Oh Laling (chewah geli pulak dah ni) Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni. So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal,

malaikat kecil...

Imej
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama. Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”. Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu be