Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel love

Me & Baby

Salam 'alaik.. Rasa macam tak percaya, macam baru je semalam kawen hari ni dah ada baby depan mata? Ohmaiii... betul ke ni? I am now.. A MOM! Like seriously tak pernah terfikir macam mana ada anak sendiri. Uruskan anak sendiri, main dengan anak sendiri. But now, semua tu aku buat sendiri without any helps from my mum. Tak sangka pandai jugak aku uruskan anak. Hehe Menunggu kelahiran... Masuk kandungan aku 37 minggu aku still bekerja, masuk office yang berada jauh di Shah Alam dan aku menetap di Kajang. Tapi nasib baik minggu tu husband aku bercuti. Nak habiskan annual leave katanya. Hari Rabu, 28 Dec, aku masih lagi pergi meeting dengan client dan macam minggu minggu sebelumnya Rabu dah disetkan khas untuk 1 client ni. Since client ni ada collaboration dengan other company untuk produk dia jadi kami setkan khas Rabu sebagai hari appointment kami dengan mereka. Masa ni aku dah start duduk tak senang dah. Bos aku kat depan tengah bagi training pasal Risk Management, a...

Baby & Meow..

Imej
Salam'alaik.. Lain rasanye bila bergelar bakal ibu ni. Rasa excited tak lama lagi jadi ibu, happy bila rasa ada benda bergerak-gerak dalam perut, takut bila fikirkan bagaimana lah agaknya bila nak bersalin nanti. Bila fikir nak bersalin, terfikir pulak barang-barang yang kena sediakan untuk bersalin. Sejak disahkan hamil, aku kerap tengok post di facebook sama ada di group Kelab Ibu Mengandung Malaysia ataupun page Info Ibu Hamil. Kat situ memang banyak info dan pengalaman yang ibu-ibu dan bakal ibu kongsikan. Seronok baca pengalaman diorang, ngeri pun ada terutama yang bercerita mengenai saat-saat nak bersalin tu. Disebabkan jarak tempat kerja dan rumah aku sangatlah jauh, ambil masa sejam drive kalau ulang alik dari rumah ke office. Aku decide tinggal di rumah makcik aku weekdays memandangkan rumah makcik aku dekat dengan office. Lama jugak dah duduk ulang alik dari rumah makcik ni, sejak kandungan aku 4 bulan lagi. Dekat ok sikit takde lah stress dengan jalan jem ...

Ada Yang Suka Dikongkong.

Imej
"Saya nak jumpa kawan saya. Lelaki," "Ok," "Tak marah ke kalau saya keluar dengan lelaki?" "Awak normal kan? Buat apa saya nak marah awak nak keluar dengan kawan-kawan awak," "Ok," "Ke nak saya marah awak? Kongkong awak?" Diam. Mesej tidak dibalas sampai esok. Si awek nak merasa dikongkong barangkali. Mungkin ada yang berpendapat kalau pakwe kongkong kita (takde lah tahap teruk sangat sampai keluar rumah pun tak boleh) tu maknanya pakwe dia sayang dia. "Tak payahlah jumpa kawan tu. Lagipun dah malam, tak elok anak dara balik lewat malam," Macam ni bukan kongkong, caring namanya. Bagi akulah. Situasi lain. "Jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan saya!" Selalunya perempuan akan buat camni. Sudah semestinya perempuan yang QC atau queen control. Setiap tindak tanduk dan perilaku balak dia, dia akan amek tahu. Kalau dia kata jangan buat, so tak payahlah buat nanti dia akan membebel sam...

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Imej
Salam 'alaik.. Lama sudah ku tinggalkan belog ini setelah seminggu aku berangkat ke KL, takde sape yang nak tengok-tengokkan blog aku. Tapi terima kasih banyak-banyak kepada yang masih sudi menyinggah walaupun tiada entri baru. Sampai ke KL ada orang suruh aku balik update blog. HAHA. Bajet sungguh aku ni. Macam ada peminat pulak... Sepanjang tak beronline aku terfikir pasal ni. Apa korang rasa, bila buah hati pengarang jantung pisang korang tak ingat tarikh hari jadi korang, tak kisahlah tak ingat birthday senang cerita tak ingat tarikh penting macam anniversary. Rasa nak bagi sebijik kat muka dia Serius, aku memang nak bagi sebijik biar dia ingat sampai bila-bila. Tapi tak sempatlah nak bagi mungkin sebab tak sampai hati. Buah hati den tu! Kang lebam biji mata dia, aku juga yang kena tuduh dera pakwe sendiri. nasib baik aku tak bagi kasut. Rasa tak dihargai Bagi aku, bila dah tak ingat tarikh-tarikh macam tu mungkin dia tak ingat kita. Dalam hati timbullah syak wasangk...

Antara Dua Lelaki.

Imej
Salam 'alaik.. Selamat pagi dan selamat hari jumaat, penghulu segala hari. Ehem.. Biar aku mulakan entri ni dengan bagi korang satu situasi. Ada sorang awek biasa-biasa je macam orang lain takde special sangat muka pun bolehlah tahan. Awek ni paling tak suka orang yang merokok terutamanya lelaki, normal lah tu aku pun tak suka orang yang merokok ni. Dia siap dah aim dah lelaki-lelaki yang merokok dalam kelas dia memang ramailah kan, tapi ada sorang ni dia paling tak suka sampai tahap benci dah hanya sebab lelaki tu tak sengaja cucur baju dia dengan putung rokok dan sebab lain lelaki tersebut agak nakal. Kalau aku, aku pun marah nak nak baju yang baru beli. Grrr! Kalau dah sekelas mestilah ada grouping untuk assignment. Entah macam mana ada satu subjek ni pensyarah dengan selamba meletakkan awek dan lelaki yang beliau benci tersebut dalam satu group. Woa! Kalau aku, susah sikitlah nak kerja macam ni. Tapi awek tu professional macam aku gak jadi dia terima dengan hati yang terb...

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Imej
Salam 'alaik.. Ada fakta yang mengatakan lelaki saja yang sanggup kahwin dengan perempuan miskin, perempuan kaya tak tentu lagi akan kahwin dengan lelaki miskin. Dah macam cerita korea pula pasal lelaki kaya dan perempuan miskin ni. Contoh lain, macam cerita Nora Elena yang sedang hot kat tv3 pukul 7 malam sekarang ni, dan minggu ni adalah minggu terakhir cerita tersebut. Ok, bukan pasal drama Nora Elena yang aku nak cakap tapi pasal lelaki kaya dan perempuan miskin atau perempuan yang sederhana ni dan tak kaya ni.   Kalau ikutkan memanglah ada perempuan kaya yang sanggup kahwin dengan lelaki miskin tapi tak ramai yang berani buat sebab; Perempuan kaya nak jadi lebih kaya Perempuan kan banyak nafsu sebab tu lah kekayaan antara salah satunya. Yang miskin pun mestilah ada juga terdetik cakap nak kahwin dengan orang kaya inikan pula yang sedia kaya. Takkanlah dia bodoh sangat nak sia-siakan kekayaan dia semata-mata hanya seorang lelaki. Nanti harta dia kurang Ada yang...

tangisan dalam tidur...

Salam.. aku dapat nightmare. nightmare yang sama dengan keadaan sebenar tapi versi penyelesaian yang aku sendiri tak sangka-sangka. mungki aku terlalu fikir pasal benda tu. bila tersedar, aku terus check benda yang aku asyik check start dari pukul 4 pagi semalam a.k.a. pada 10 april. tapi sama je. air mata dah mula menitis. sama seperti dalam mimpi tadi. kenapa aku ni? dah macam orang gila. kenapa aku sensitif sangat pasal benda ni? aku taktahu lah apa yang akan berlaku kalau keadaan ni berterusan dalam jangkamasa yang lama. mungkin aku lebih teruk dari ni... maafkan saya...

jangan mainkan hati orang dengan perkataan SAYANG...

Imej
Salam.. pergh! agak lama blog ini tidak ber-update. nak kata busy mungkin jugak walaupun minggu ni kelas takde lah banyak sangat sampai boleh membuat aku tak sempat nak makan. mahupun berhibur dengan kawan-kawan. mungkin jugak sebab minggu ni aku kena hadapi beberapa lagi test yang belum habis. ataupun disebabkan emosi aku yang tak stabil. lupakan jelah pasal emosi yang takkan pernah dalam keadaan steady state condition ni. huhu. "apa pendapat kau tentang perkatang SAYANG ?" "erk? pehal kau ni tiba-tiba tanya camtu?" "saje nak tanya," tiba-tiba je kawan aku tanya pendapat tentang SAYANG . aduh.. kenapa dia ingin berjiwang dengan tanya soalan camtu kat aku.  bagi aku, perkataan tu sangat mahal untuk diungkap. memanglah orang boleh cakap je walaupun tak bermaksud pun nak cakap macam tu ataupun main redah je cakap dengan sape-sape ntah orang walaupun baru kenal. tak kisahlah orang tu lelaki atau perempuan. biar aku bagi situasi, seorang lelaki yang meng...

ni nak entri apa sebenarnya ni?

Imej
Salam... sebelum meneruskan baca entri ni sila play muzik di bawah sebagai background. *saje-saje nak jiwang. hehe.. ihsan tumblr [ shut up and kiss me tumblr] (caption for the post) All I wanted was to be a girl falling asleep in a boy’s arms and not caring about anything else in the world except how I feel right there with him. Just give me a hug and wipe away my tears. Smile at me and promise that everything will be okay.  Sit here and listen.  Tell me I’m fine the way I am cause it always sounds best coming from you.  Hug me and say that I don’t deserve this because I’m starting to believe that I do. Please just once be there to steady my shaking hand.  Be there to laugh away all my problems. Be there to tell me that it’s all going to be okay.  And then you came along and your so much more then that. ok, mood jiwang tapi takde kena mengena pun dengan valentine's day sebab aku tak sambut pun benda alah tu. tadi dok belek tumblr yang ag...

she's gone...

"ja, miyu dah mati!" terkejut aku bila mak aku call bagitahu miyu dah mati. taktahu nak kata apa. aku tahan air mata aku sebab aku taknak lah reunion aku dengan member sekolah aku terganggu sebab air mata aku. tahan je lah sikit je lagi nak balik. terpaksa jadi hati kering konon macam takde apa yang berlaku. terpaksa membuat kegembiraan yang sangatlah fake depan diorang. bukan sebab tak suka keluar dengan diorang tapi sebab berita yang menyedihkan itu.  dalam pukul 7 malam baru aku dapat bas nak ke telok mas. dan pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 jugaklah bas baru gerak. dalam bas sementara menunggu sampai ke destinasi. tiba-tiba je aku teringat saat-saat aku selamatkan miyu dari kena langgar. sebak rasanya bila ingat dia dah mati. dan masa dia mati aku takde dengan dia. baru je semalam aku pangku miyu tido. lepas ayah aku mandikan dia selalunya aku yang akan lapkan badan miyu. semalam miyu macam lemah sangat, lepas aku siap lapkan badan dia, dia terus tertido. lama jugak aku...

kongkong ke kongkang?

"awak rasa saya ni mengongkong awak ke?" mesti pernah walaupun sekali terdetik mahupun cakap sendiri kat pasangan ayat kat atas ni. tak kisahlah macam mana bentuk ayatnya, bahasa ke tapi niat mesti sama kan? aku pun pernah je tanya kat mr. raksasa macam ni. memang aku tak rasa pun yang aku ni mengongkong hidup dia tapi aku taktahu apa yang dia pikir. mungkin jugak benda yang kecik pun bagi dia mengongkong. tapi Alhamdulillah dia tak pernah cakap pulak aku ni mengongkong. kalau jeles sikit-sikit tu mungkin lah ada. "u nak pilih i ke perempuan tu? kalau u pilih i, u remove dia dari friendlist facebook u!"  perempuan kalau mengongkong semua benda nak kawal. dengan sape laki dia kawan pun jadi satu masalah. bagi dia pakwe dia tu untuk dia sorang je orang lain tak boleh pandang langsung. sape pandang siaplah kena maki.  sosial network akaun sosial network pakwe dia adalah akaun dia jugak. bak kata mr. raksasa, "facebook saya, facebook awak jugak," dulu je...

kawen sebab ikut cakap parents?

Salam... aku yakin mesti ada diantara korang yang sedang ataupun pernah mengalami cinta jarak jauh. dan mungkin juga keadaan tu tak jadi masalah pun kat korang sebab korang masih dapat bersayang-sayang di dalam telefon mahupun di facebook. tapi cuba kalau jarak korang tu tak boleh nak kontek langsung. alah, macam cerita lagenda budak setan. berbulan pergi kampung pedalaman pastu takde line telefon pulak tu. then, balik tempat asal cari kekasih lama yang diharapkan menunggu korang tapi tengok-tengok dia dah kawen dengan orang lain. pergh! drama gile. cliche kot. HAHA.  persoalannya, kenapa boleh berlaku perkahwinan tersebut? kekasih korang tu tak setiakah? ataupun dia terpaksa sebab kena ikut kata mak atau ayahnya yang kononnya berniat dari kecik-kecik dulu lagi nak satukan mereka. orang kata perjanjian dari dalam perut. hentam je ni. HAHA. nak balas budi kawan lah katakan. bagi diorang satukan anak boleh balas budi. nak tolak tak boleh sebab mak atau ayah dia masa tu dah nazak on ...

berubah kerana cinta?

Salam.. cinta boleh buat kita jadi orang lain kadang-kadang aku setuju dengan ayat kat atas ni. cinta boleh buat kita jadi orang lain. mungkin sebab nak berjaya dalam cinta kita try jadi sangat caring walaupun pada asalnya kita tak pernah  nak ambik tahu pun pasal orang lain. aku lah terutamanya. betul, aku ni kadang-kadang teruk jugak selfish tapi sebab orang yang aku sayang aku boleh jadi caring pulak.  bagusnya kalau jadi yang lebih baik. tapi ada orang kata kalau berubah sebab orang lain atau bukan dari keikhlasan hati tak guna. betul ke? bagi aku mungkin perubahan macam tu adalah satu permulaan seseorang untuk berubah. atau dalam bahasa sains macam catalyst lah. lama kelamaan baru timbul hidayah untuk berubah kerana Allah. pendapat aku lah. apesal lah pulak aku cakap pasal cinta dan perubahan ni? saja-saja je. HAHA. idea datang dari seorang kawan. semoga beliau mendapat ketenangan selepas berlaku sesuatu yang mengejutkan semalam. insyaAllah. aku akan doakan untuk kau, ...

aku dipanggil dewasa. erk? macam pelik je..

Salam.. tak silap aku takde lah awal aku tido semalam tapi hairan sungguh bila dapat bangun agak pagi macam ni. dah macam aku pulak yang nak pergi kerja. diorang yang nak pergi kerja takde pulak nak sibuk-sibuk nak bangun pepagi buta.  birthday aku dah habis untuk tahun ni. alaaa... tak puas lagi. HAHA. tapi aku rasa birthday tahun ni adalah the best birthday ever. terasa ramai yang sayang kat aku. semalam kakak aku keluar entah ke mana yang peliknya aku tak ikut. HAHA. bukan nak menyibuk tapi memang selalu dia akan ajak aku. takpelah sabar je lah. dia mesti ada hal penting taknak ajak aku tu. balik je dah dekat pukul 10 masa tu aku tak makan lagi sebab belum ada selera. cehh!.. padahal mak aku dah ajak makan berkali-kali dah. dari luar kakak aku dok teriak panggil aku, "ja! angkat barang kau ni!" barang? bila masa aku pesan? ke aku ada pesan aku tak ingat? berlari-lari anak aku menuju keluar tengok apa kecoh-kecoh kakak aku ni. aku datang kat dia, dia bagi aku satu...

hadiah birthday tahun ni, nasi lemak lima posen dan satu ciuman.. hehe

Salam.. pagi-pagi lagi kakak aku dah kejutkan aku ajak temankan dia hantar mak aku pergi sekolah. ok, aku bangun sendiri sebab nak ucap selamat jalan untuk ayah aku yang ingin ke indonesia pagi ini kerana ada majlis apa entah berkaitan dengan kerja. tapi bagun bangun je ayah aku dah pergi. sedih jugak sebab dia tak sempat nak ucap 'selamat hari jadi' kepadaku. mak aku cikgu tadika tapi agak jauh dari rumah sebab tak boleh nak jalan kaki ke sekolah tadika tersebut. selepas menghantar mak aku, kakak aku ajak aku pergi beli nasi lemak. belanja sempena hari jadi katanya. adeh! bagi le mahal sikit kok ye pun. takpe lah, telankan aje apa yang dia bagi tu. asalkan dia ingat hari jadiku walaupun bukan orang pertama yang mengucapnya. masa nak beli nasi lemak, kakak aku dok pilih-pilih kuih muih yang ada terjual di gerai berdekatan dengan rumah aku. ada pulak sorang makcik ni, dengan kereknya berkata, "tepi sikit," bak kata kakak aku, "eh, tak nampak ke orang tengah na...

aku dah tua rupanya. rasa macam baru je semalam aku masuk darjah satu.hehe

Salam.. dah tengah malam masih tak boleh tido. ceit! sengal sungguh. padahal menunggu orang wish. HAHA. ok, fine. aku dah tua rupanya. tapi kenapa tak rasa tua bahkan aku rasa muda setahun. hehe. memang pun, tu lah yang orang-orang yang lahir awal macam aku rasa. mungkin sebab kalau yang birthday lambat-lambat ni orang dok tunggu sebab tu lah rasa ketuaannya. tapi yang awal, tiba-tiba, "eh eh, dah tua rupanya aku," HAHA. tepat pukul 11.30 pm sampai dua orang melayan aku semata-mata nak jadi orang pertama. sorang kat facebook sorang lagi kat ym. HAHA. yang kat facebook tu taktahu lah dia pun menunggu nak jadi orang pertama atau dia hanya merindui aku? lala. "tahu tak dari tadi saya tengok jam je sebab nak jadi orang pertama," tiba-tiba handphone aku berbunyi mesej. adik angkat aku bagi mms le. tak dapat lah insan di atas ini jadi orang pertama. kedua mungkin. dan kemudian seseorang yang sudah lama tidak kontek aku muncul semula di kaca skrin handphone aku. ehem. ...

aku sayang dia tapi dia ni.....

Salam.. ada encik anonymous tanya aku kat formspring... kalau kamu perlu memilih di antara orang yang kamu sayang dengan orang yang menyayangi kamu sape yang kamu akan pilih? kalau korang tanya aku, aku akan memilih orang yang sayang aku daripada orang yang aku sayang. biarlah aku kempunan pun tak dapat bersama dengan orang yang aku sayang. orang kata biar kempunan sekarang jangan kempunan kemudian hari. entah sape pulak yang sebut aku main cakap je. HAHA cuba korang pikir, adakah orang yang korang sayang itu juga menyayangi korang sepertimana korang menyayangi mereka? ye, memang. kasih sayang tak perlu ditunjuk tapi kita dapat rasa bila seseorang itu menyayangi kita, ambik berat tentang kita. tapi kalau orang yang korang sayang tu tak mengambil berat tentang korang sepertimana korang buat kat dia. atau selama korang bersama dia lebih banyak bagi masalah dari meringankan beban. baik tinggalkan saje pilih orang yang lebih menyayangi korang. sebab orang yang menyayangi korang akan be...

gransazer, zaza dan jajabin'..mana datang nama tu daaa?

Imej
Salam.. tak sangka betul aku sejak aku berkecimpung dalam dunia blogging ni aku ada banyak juga nama samaran atau nama glamer. ehem.. glamer ke? takde lah banyak pun sebab ada lah dalam tiga nama yang tersenarai di atas. di sini aku saje-saje nak cerita sikit mana datang nama-nama pelik yang semestinya jauh sama sekali dengan nama asal aku yang cantik itu. Nur Azza . GRANSAZER asalnya dari sepupu kesayangan aku yang sangat suka menonton cerita superhero jepun iaitu gransazer. masa kemunculan cerita ni kat TV aku selalu lepak kat rumah sepupu aku ni. so, secara tak langsung aku pun join sekalilah dia tengok cerita tu. nama pun budak-budak yang baru berumur 3 tahun. setiap pergerakan yang nampak cool dalam cerita tu semua dia ikutnya. contohnya ketika gransazer ingin bertukar dari seorang manusia menjadi superhero ataupun gransazer. aksi gransazer sebelum bertukar. (ihsan google imej)  inilah dia budak yang bagi idea nama gransazer. hehe   aku google tadi tengok ada gambar-g...