Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kawan

Jadi Surirumah Berjaya.

Salam 'alaik.. Hai! Sejak dah jadi separa menganggur ni rasa macam-macam aku nak buat. Macam-macam nak try dan macam-macam aku nak ceburi. Uicehh! Dalam kepala otak aku, kalau tak dapat kerja yang berkaitan dengan apa yang aku belajar selama 4 tahun lebih ni pun takpelah asalkan aku ada duit. Baru-baru ni aku jumpa dengan kawan yang agak lama tak jumpa, ada la dalam 6 tahun tak bersua. Sejak habis sekolah sampailah minggu lepas baru jumpa. Bak kata dia, banyak aku ter-miss perjalanan hidup dia. Yelah, dari sekolah dua-dua outsider balik sekolah jalan sesama, plus dua-dua pengawas sekolah pergi buat duty pun sesama, nak buat jahat sesama gak. Tapi naik form 5 dah masuk hostel dah tak dapat buat benda-benda tu sesama lagi. Last week jumpa dengan cik zati mohd (nama sekali dengan nama ayah, sebab ada more than 1 zati dalam kelas) cerita-cerita pasal kehidupan dia tanpa aku. Hahah. Cam poyo kan. Konon aku sorang je kawan yang dia ada. Kawan dari sekolah rendah kot, walaupun masa

Tahun Baru Update Baru.

Imej
Salam 'alaik.. Hai semua. Sebenarnya aku dah sepuloh kali bukak tutup bukak tutup blogger dot com kononnya nak update blog. Tapi selepas beberapa perenggan ditaip, dan tentunya isinya dari kotak pemikiran aku, aku discard semula apa yang ditulis. Ada juga yang hanya mampu disimpan tak mampu ku terbitkan di blog ini. Terlalu banyak berfikir dan apa yang difikir tu kadang-kadang boleh menimbulkan marah pun tak boleh jugak kan. Eh? Abaikan.. Hehe. Aku dah lama tak bersosial. Tipu. Mungkin lebih tepat terlalu banyak bersosial sampai gambar sendiri takde sape nak snap. Sobbs. Sampai hati diorang. Teman berfoya-foya. Eh, macam cantik pulak guna kamera fon aku yang baru 2 MP saja ni. Bila dilihat satu persatu fon aku tak banyak gambar aku. Ok lah kan. Dah kurang bergambar, maknanya dah kurang upload gambar sendiri dan kemudian kurang sikit syok sendiri. Hehe. Azam tahun baru 1434 H, kurang upload gambar kat mana-mana sesawang. Insha Allah.. Rasanya belum terlambat lagi nak

Gadis Wayang.

Imej
Salam 'alaik.. Waahhh! Lama tak update encik belog hitam-hitam manis ni. Sampai kerja jadi gadis wayang dan dah nak berhenti pun. Sepertimana yang dinyatakan di atas, aku memang kerja kat wayang tapi bukan buat wayang k. Aku jadi penjual tiket di GSC Dataran Pahlawan Melaka. Kalau nampak kat kaunter gadis comel bertudung yang paling kecik tengah jual tiket tu lah aku. Kihkih.. Datanglah tegur-tegur aku. Tapi kalau datang nak mintak tiket free memang dapatlah, dapat cop 18 tahun ke atas kat muka. Hoho.. Malam Selasa hari tu kitorang staff GSC ada party sempena menyambut 4 tahun anniversary GSC Dataran Pahlawan dibuka, dan itu adalah kali pertama aku menghadiri party. Serious, party harijadi member aku pun tak pernah pergi. Parti buih? Parti liar? Perghhh! Lagi lah aku tak pernah pergi! Invitation card. Tema: Glamorous rock! Memang dalam 5 hari jugaklah aku duk pikior apa baju aku nak pakai untuk malam tu. Serius, buntu kepala otak den ni ha. Aku yang sopan lagi ay

SEGMEN: Kau Blogger Ku Blogger | Kazen Blog

Imej
Salam 'alaik.. Aku baru habis satu paper untuk final hari ni. huiihh.. Dasyat jawapan aku kali ni. Entah betul ke tidak aku pun taktahu.  Kembali kepada tajuk, entri ni sebenarnya untuk segmen yang kazen buat. Dah lama rasanya tak masuk segmen-segmen macam ni. Segmen suka-suka je pun. Bersegmen masa exam yeahh, nampak cara tak? hehe.. Entri blog mula-mula dulu masa zaman muda-muda: Kejadian Satu Malam... Sebenarnya entri yang kat atas ni bukan entri pertama aku, entri kedua. Sebab entri pertama aku tak jumpa. Mungkin sebab aku pernah delete atas sebab-sebab tertentu. Entri paling lawak dan kelakar dalam blog ni: 'Kuroneko No Tango' Tu Lagu Sape? Kalau ikutkan entri aku yang paling lawak memang takde sebab aku tak reti melawak. hehe..  Entri paling famous atau paling syok dalam blog ni: Megan Fox Tu Sape Sebenarnya? Ni entri syok sendiri kot. HAHA Pastu pastu kena tag blogger lain. hurmm.. Kalau aku tag mesti depa takna

Kat Mana Nak Download Cerita?

Imej
Salam 'alaik.. Aku dapat request dari encik kawan baik . Eh, ingat lagi tak encik kawan baik yang aku pernah sibuk cerita kat sini satu ketika dahulu? Takkan dah lupa dengan mamat pembuli masa aku kerja kat Parkson Mahkota Parade dulu. hehe.. Tiba-tiba semalam dapat mesej daripada dia yang dah lama tak kontek. Agak terkejut tapi pura-pura tak terkejut balas mesej dia. Apa taknya dia pun mesej dengan tiba-tiba pastu terus tanya aku pasal blogwalking. Kalau korang berada di tempat aku rasa-rasa korang terkejut tak dapat mesej camtu? "za, kau ada blogwalking lagi tak?" "ada la kadang-kadang, kenapa?" "kau pernah pegi blog Meduimquality tak blog yang share movie dan drama?" "tak," Aku terus google benda alah apa Meduimquality yang dia duk tanya tu tapi keluar ntahapehape link. Pastu aku tanya balik, kenapa dengan link tu. Oh, patutlah link entahapehape yang keluar. Blog tu memang dah takde. Dia kata tiba-tiba je hilang. Mula-mula

Tinggalkan kawan-kawan lama.

Imej
Salam 'alaik... Seronok bila jumpa kawan-kawan lama borak tentang sekolah, kawan-kawan, kenangan...  "Sape je member-member kita yang kau kontek?" "Tak ramai pun, aku kontek yang dekat-dekat je lah........ (menyenaraikan nama-nama).." "Oh, ramai jugak. Fikri (bukan nama sebenar) pun kau kontek ek. Tapi Fikri yang mana? Bukan ada dua ke?" "Yang tinggilah. Yang lagi sorang kan dah meninggal," Terkedu bila dengar berita tersebut.  "Dia meninggal? Bila?" "Kan dulu ada budak mati kat Pulau Besar, dialah orangnya," Sekali lagi terdiam tak berkata apa-apa. Teruk sungguh aku ni bawa diri sampai kawan sendiri dah pergi pun aku taktahu. "Tu lah kau, suka sangat bawa diri jauh dari member lama," Lepas sekolah rendah aku bersekolah jauh dari rumah dan semestinya tak ada sorang pun member sekolah aku yang sama-sama belajar di sana. Bak kata kawan aku, aku ni macam merajuk bawa diri sorang-sorang. Dan ianya berterus

sukma tahun ini (2011) sedang berlangsung.

Imej
Salam 'alaik.. "Aza..ku  kat putrajaya dah. sukma dah start. doakan ku yang baik-baik k," mesej dari kawan seperjuanganku atau lebih tepat lagi member satu kelas. seperti yang beliau mention, dia sekarang berada di putrajaya untuk sukma yang sedang berlangsung di sana. dari tahun lepas masa sukma buat kat melaka dia dah join wakil melaka untuk acara kayak. walaupun dia bukan orang melaka. hehe. semoga dia baik-baik saja dan berjaya mendapat pingat bagi acara yang dia wakili.. aku rasa ni gambar baru ni masa kitorang pegi jerangkang aku rasa korang boleh teka dia yang mana satu melalui gambar-gambar ni.  dah lama tak berkayak anyway, dia juga partner kayak aku dulu

kawan makan kawan, banyak je.

Imej
Salam 'alaik.. "aku tak pernah anggap sape-sape yang rapat dengan aku kawan baik aku lepas apa yang pernah berlaku kat aku dulu," ungkapan yang selalu disebut oleh kawanku. mengikut apa yang aku nampak walaupun tak berlaku kat diri aku sendiri, aku observe kat orang-orang yang terdekat je lah. depan 'kawan baik' kononnya cakap kencang, "kaulah kawan aku sehidup semati," "kaulah kawan sejati aku," "kaulah itu...." "kaulah ini...." tapi belakang kita dialah hempedu, dialah punca segala kepahitan yang berlaku dalam hidupku. ihsan google imej memang betul, bukan semua kawan macam tu. ada yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. tapi sejauh mana keikhlasan mereka tu kita masih taktahu. bukan nak kata jangan percaya kawan kita tapi apa yang betulnya jangan terlalu percaya. ataupun percayakan orang biar bertempat janganlah percaya sampai keluarga sendiri dibuang jauh.  contoh paling mudah, pernah korang

dulu dia buli aku, sekarang dia kawan baik aku.

Imej
Salam 'alaik... sejak akhir-akhir ni aku rasa macam dah kurang idea. mungkin takde idea langsung yang membuat blog ni jadi sunyi. takde entri yang menarik takde perkongsian seperti dulu. seperti dulu? ya, dulu aku sangat suka berkongsi mengenai cinta dan kawan baik . macam tips dan ianya sangat banyak dengan idea dan cadangan. bagi aku itu adalah zaman kegemilangan blog ini. dan ketika itu aku bekerja sebagai seorang promoter bersama encik kawan baik . dengan kata lain, dialah orang yang selalu bagi aku idea! dan sekarang tiada lagi idea menarik. mungkin kerana tiada lagi encik kawan baik di depan mata. rindu.. orang pertama yang buat aku berfikir dan terima persahabatan berlainan jantina, buat aku buat perbezaan sedalam-dalamnya di antara kawan baik dan cinta , dan kadang-kadang buat aku jadi semakin jiwang. HAHA. mesti beliau sedang tersenyum lebar, kalaulah beliau baca entri ni. mungkin tidak, sebab beliau sekarang adalah seorang yang sangat sibuk dengan kerja ataupun dengan aw

teman sejati...

Imej
Salam.. sebelum aku panjang lebar cerita, jom layan video ni dulu. lagu favorite aku masa sekolah menengah dulu. aku hari-hari nyanyi lagu ni dengan member dorm aku lagipun mungkin sebab masa tu lagu ni tengah famous dengan cerita see you di IPT.  bila ingat kisah kawan-kawan pastu kaitkan pulak dengan cerita see you di ipt aku teringat member sekolah rendah aku yang dah lama meninggalkan kami, arif. masa tu aku baru darjah 5. dulu masa kami dikejutankan dengan pemergian beliau aku takde lah rasa sedih sangat mungkin sebab aku tak berapa nak rapat dengan dia. sebenarnya sebelum dia pergi dia mengalami kemalangan. masa tu dia on the way nak pergi sekolah dalam pukul 6 lebih tak silap aku. aku pun tak pasti macam mana dia kena langgar tapi aku tahu dia cedera agak parah dan kecederaan beliau melibatkan kepala. tapi dia selamat dalam beberapa bulan lepas accident tu dia agak sihat dan dah mula datang sekolah. lama jugaklah sebenarnya, dia accident masa kami darjah 4 tapi dia mula data

jerangkang, balik pun terkangkang-kangkang...

Imej
Salam.. sepertimana yang aku bagitahu korang, aku tak online selama 3 hari. so, rindu tak? HAHA.. ke korang langsung tak kisah? "tak online pun nak bagitahu bajet ada orang nak amek tahu letteww," "kau online ke tak aku camni jugak," "aku tak hadap pun blog kau ni," fine! fine! yelah, yelah.. aku tahulah sape aku. aku hanya blogger picisan yang mengharapkan support dari korang. sob..sob.. tapi aku tak kisah pun kalau dialog-dialog di atas ni betul. memang pun, bukan ada pekdah pun aku online ke tak kan?  balik dari camping aku rasa macam nak tidur sepanjang hari, penat sioott!! satu badan aku sakit-sakit, nak 'ughugh' pun susah. aduhai, aku rasa esok lagi dasyat kesakitan badan aku ni. jalan pun dah tak betul. sepanjang-panjang jalan on da way nak ke dapur je pun dah ada bunyi, "adeh! adeh!" jalan pun dah macam orang dalam pantang. pergh! tu tak masuk calar balar kat kaki dan tangan ni ha. nasib baik muka takde. kalau tak larik pak

oh, follower ku..

Salam.. aku kalau berblogwalking benda pertama yang aku akan tengok kat blog tu adalah jumlah follower. opss! bukan nak bandingkan dengan aku sebab aku tahu follower aku pun bukannya ramai. segan aku nak tunjuk sebab tu widget follower aku pun aku remove. biarlah aku saje yang tahu berapa ramai jumlah follower blog aku ni. orang kata kalau nak buat sesuatu mestilah dengan hati yang ikhlas dan bagi aku samalah jugak dengan blogging ni. kita bukan mengejar populariti dalam dunia blogging ni. biarlah tak ramai yang menyergah blog kita tapi hati biar ikhlas. cehh! kadang-kadang aku rasa entri aku banyak yang poyo. korang mesti rasa macam tu jugak kan? nak buat camne aku memang jenis poyo je ni. mengaku.. HAHA. berbalik kepada isu follower tadi. selain follower satu blog tu aku juga akan tengok pengunjung blog tu macam komen ke takpun widget trafik yang blog tu letak. alah, macam kat aku ni lah. '1 gransazer sesat' . hehe. kebanyakan blog yang mempunyai follower yang ramai, trafik

kerisauan bagaikan tiada penamat...

Salam.. aku sedang menunggu kedatangan ayahku untuk membawa aku pulang ke rumah bercuti raya cina. bajet aku sambut lah raya cina. hehe. sibuk-sibuk pulak nak cuti. dok Alor Gajah diam-diam pun bagus lepas tu makan tak menentu. memang ada yang makan megi je kang.  tinggal aku sorang je kat rumah sewa yang tersergam indah ni. kina berpoya-poya keluar tinggalkan aku. yang lain dah balik rumah dah. tak sabar nak cuti agaknya. cuti ke tak sama je bagi aku. kerja masih perlu disiapkan. mini projek kena setelkan malam ni jugak kalau tak member group aku tak dapat nak buat the rest of mini project. sebab aku student 1 so aku yang kena mulakan. huhu. tapi mungkin cuti kali ni ada beza sikit dengan pendatang baru. yeay! tak sabar nak pegang 'dia'.  sepanjang menunggu ayah aku yang belum sampai lagi ni aku dok baca update yang terbaru dari twitter, facebook dan website- website yang boleh dipercayai mengenai keadaan di Mesir. makin banyak baca pasal tu makin konpius aku dan timbul pelb

kawan-kawan...

Salam.. dah dekat seminggu aku tido awal dalam pukul 9 malam then bangun balik paling awal pukul 11 paling lambat pukul 4 pagi. pergh! gile minah ni buat apa pepagi buta. banyak keje nak kena setel. dari report yang tersusun rapi jadualnya sampailah ke mini projek yang tak lama lagi kena hantar hasil kejenye. dan semoga mini projek kali ni bukan lagi macam mega projek sem 2 yang lepas. huhu. kau tahu tak, kau perempuan kedua yang buat aku hepi bangga aku dengar kata-kata member baik aku ni. walaupun bukan yang pertama sebab yang pertama tu awek dia. simple je aku jawab balik kat dia, "aku kan kawan baik kau," jap lagi cakap lebih-lebih ada yang kena smash dengan mr. raksasa takpun dia yang kena smash dengan awek sendiri. opss! kadang-kadang susah nak pahamkan orang yang kite ni hanya sangat baik dan rapat dengan orang-orang yang tertentu. fine, memang pun ada rasa lain macam sebab berlainan jantina tapi status tu tetap kawan. jeles tu biasalah kan, nak nak kalau cara perg

sesi meluahkan perasaan kat kawan baik

Salam.. hari ni dapat komen anonymous di dua entri blog ini. penulisan tak dapat dikenal pasti ditambah pula dengan kebengangan yang belum habis dek masalah yang bakal atau sedang aku dan housemate aku alami. aku jawab macam mahu nak taknak je komen anonymous. mood tengah tak betul. baca komen membina pun rasa tercabar. HAHA. ak da xdknali rpenye dlm blog ni,k ak akn lpe kn azam tok slalu tgk blk ni... =( ok, kalau bab dah tachink macam ni aku tahu dah sape orangnya. ALAMAK!! kawan baik aku lahhh! berposak aku nak pujuk dia ni. explain bagai. aduhai.. memang susah nak pujuk dia ni. aku bukan selalu pujuk orang pun. even dengan raksasa dia yang selalu pujuk aku. hehe. kejam tak? tak pasal-pasal dia tutorkan aku macam mana nak pujuk orang. HAHA.  ok, setelah dipujuk dirayu dan semua yang berkaitan aku cerita masalah aku kat dia. kitorang jarang kontek. so, masa ni je lah aku nak bermanja-manja dengan dia. jap lagi raksasa baca memang ada yang kena fire ni kang. HAHA. nama pun kawan ba

happy birthday to you.. happy birthday to you...lala..

Imej
Salam.. hari ni 23hb.. ada apa dengan tarikh ini?birthday rakanku zati . HAPPY BIRTHDAY ZATI!!! hurm.. lama kami tak jumpa. setiap kali plan nak jumpa pun mesti aku tak dapat pergi dan aku lah orang yang selalunya tak pergi. bukan setakat tu, aku juga suka cancel last last minit. nak buat macam mana memang dah tak boleh nak buat apa. masa tu juga lah ada benda nak buat. aku tak boleh nak berjanji dengan orang mesti ada je yang tak dapat aku tepati. bukan aku nak pun mungkir janji dengan orang. aku tahu mesti kawan-kawan aku ada terasa dengan aku. tak kisah lah besar mana walaupun sekecil kuman. maaflah korang, aku memang tak boleh nak ikut masa tu. kadang-kadang aku fikir kelakuan aku yang suka cancel last minit ni membuatkan friendship aku dengan kawan-kawan aku jadi renggang. aku selalu rasa jealous bila tengok gambar-gambar diorang hang out sama-sama dan ketika tu aku takde sebab cancel last minit. padan muka aku! takpe lah, yang lepas tu biarlah lepas. hari ni birthday member a

facebook atau tumblr?aku pilih tumblr!

Imej
Salam readers.. aku perasan lepas aku buat akaun facebook baru aku dah tak addict macam dulu.good for me.buka tu memang buka, tapi tak sampai seminit aku akan log out atau tekan 'x' untuk tab tersebut.kenapa ek?adakah aku memang dah tak dapat apa-apa keseronokan dalam berfesbuk?(ayat tak boleh blah!hehe)atau sebab kawan aku tak ramai macam akaun yang lama?mungkin juga.. banyak juga benda yang aku sampai sekarang tak paham kat facebook tu.contohnya poke.apa benda sebenarnya tu?lepas tu yang lagi pelik orang-orang yang aku tak kenal duk add.kalau dulu aku main approve je.tu yang sampai beriban kawan-kawan aku.tapi lepas di-approve di manakah mereka?hilang sudah..tapi kalau orang yang betul-betul nak kawan dengan aku lepas aku approve ada je komen-komen or post kat wall aku.ok la tu dari tak kenal terus jadi kenal.tu cara yang betul nak berkawan.bukan sekadar untuk membanyakkan kawan lepas tu hilang macam tu je. aku terjumpa satu video ni.berkaitan dengan facebook la.facebook in

jom tido dalam phone..

Imej
(ihsan dari tumblr) Salam readers.. penah tak korang tengok keadaan macam kat atas ni? orang bercinta bergayut sampai tertido..ish..ish..aku tak penah buat camtu k..huhu aku teringat masa kat matrik dulu..benda ni kawan aku yang cerita kat aku sebab dia yang alami.. masa tu pagi dalam pukul 3 pagi la lebih kurang.kawan aku ni terbangun sebab terasa nak dah tak tahan nak membuang.biasa la tu, korang pun macam tak biasa bangun tengah tengah malam pegi tandas.dah selesai keje-keje beliau di tandas masuklah kawan aku tu kat bilik dia balik.. niat di hati nak study alang-alang dah terbangun kan.bukan senang nak tersedar pagi-pagi macam tu.fresh kot kalau nak study. tengah syok study (syok memandang dinding dan hafal nota!hehe..)tiba-tiba... "krrrrooohhhhh....krrrooohhhh..." beliau terdengar suara lelaki berdengkur.rasa takut mula menyelubungi beliau sampai ke tulang.dia yakin rumet-rumet dia semua tak berdengkur.kalau penat pun takkan la baru malam tu nak berdengkur kan. cepa

sem 3 dalam kenangan..

Imej
Assalamualaikum w.b.t.. tiba-tiba je aku terasa nak buat entri special pasal semester 3 aku berada kat unikl micet..kenapa aku excited sangat nak buat entri ni?sebab bagi aku sem 3 adalah sem yang agak agak memenatkan!busy!dan banyak lagi perkara yang berlaku semasa sem ni..tak kisah la yang menyakitkan jiwa ke ataupun menyakitkan fizikal aku..huhu.. busy nye gadis kat belakang tu..huhu.. 1. subjek tambahan seperti yang aku penah bagitau sebelum sem3 adalah sem yang busy..sebab utama kitorang amek subjek-subjek yang agak killer bagi aku..dah la amek subjek killer pastu ada masalah pulak pada awal sem tu..kami dikehendaki amek lagi satu subjek tambahan..actually subjek tu sepatutnye kami amek masa sem 1 dulu tapi ada kesilapan teknikal yang berlaku menyebabkan kami tak amek..bila dah sem 3 baru perasan subjek tu belum amek..perasan pun sebab ada 1 subjek tu memerlukan subjek tersebut sebagai pre-requirement..kelam kabut la kami masa tu..yela, kalau kami tambah lagi 1 subjek jam kred