Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel blogku

Comeback.

Imej
Salam 'alaik.. Sebenarnya aku baru je lepas tengok cerita Cinta Vlog. Eh, tengok kat youtube. Ntah macam mana boleh terbukak, niat di hati nak tengok cerita lain. Tetiba lepas tengok video tu terpanggil pulak nak update blog kan.  Setelah lama tak bukak website nuffnang, aku pun merajinkanlah diri ini padahal aku memang tengah bosan. Sepuloh minit depan laptop, then keluar kejap pegi tengok tv. Pastu nampak mak tengah siang ikan bilis. Tanya mak nak buat apa ikan bilis banyak-banyak. "Kaklong kau nak buat sambal, nak bawak pegi ofis dia esok," Oh ok. Bukak Disney takde cerita menarik. Tekan Nick channel, tengok Jimmy Neutron kejap, dah habis masuk bilik semula. Godek twitter, godek facebook, godek youtube. Vlog? Eh, not interesting. Bukak website poplook, window shopping kononnya tapi terbeli jugak. Errkkk.. Bukak twitter balik, nampak suggestions people ada nuffnang. Teringat nak tengok keyword kat nuffnang. Dan... Ok lah untuk blogger yang jar

Pembaca Setia dan Pembaca Dalam Selimut.

Imej
Salam'alaik.. Semalam update entri macam biasa orang yang akan komen setiap kali entri di-up kat dalam blog ni dak YM.Bundle . Kadang-kadang rasa bersalah jugak kat dia sebab aku jarang pegi blog dia sekarang tapi dia rajin je komen blog ni bila ada entri baru. Biasalah kalau dah malas tahap cipan nak update blog, engko ingat rajin pulak aku nak pegi blog satu-satu. Mr. lappy ni pun dalam sehari tu kadang-kadang aku tak bukak langsung melainkan ada kerja or esaimen nak buat. Ceiit! Pemalas.  Terasa bila YM.Bundle up entri tips kekalkan pembaca setia. Bagai dicuit-cuit pulak bila baca pasal tu. Pembaca setia aku? Ada ke? Alhamdulillah kalau ada. Macam mana nak tahu ada pembaca setia ke tidak, tak kisahlah bila-bila kau update blog mesti ada orang yang komen walaupun masa tu kau dah hampir setahun tak update blog atau blog kau sebenarnya dah bersawang tahap bersemak dah macam haunted mansion cuma belum ada hantu atau jembalang je yang menyergah pengunjung blog kau tu. Perg

SEGMEN: Kau Blogger Ku Blogger | Kazen Blog

Imej
Salam 'alaik.. Aku baru habis satu paper untuk final hari ni. huiihh.. Dasyat jawapan aku kali ni. Entah betul ke tidak aku pun taktahu.  Kembali kepada tajuk, entri ni sebenarnya untuk segmen yang kazen buat. Dah lama rasanya tak masuk segmen-segmen macam ni. Segmen suka-suka je pun. Bersegmen masa exam yeahh, nampak cara tak? hehe.. Entri blog mula-mula dulu masa zaman muda-muda: Kejadian Satu Malam... Sebenarnya entri yang kat atas ni bukan entri pertama aku, entri kedua. Sebab entri pertama aku tak jumpa. Mungkin sebab aku pernah delete atas sebab-sebab tertentu. Entri paling lawak dan kelakar dalam blog ni: 'Kuroneko No Tango' Tu Lagu Sape? Kalau ikutkan entri aku yang paling lawak memang takde sebab aku tak reti melawak. hehe..  Entri paling famous atau paling syok dalam blog ni: Megan Fox Tu Sape Sebenarnya? Ni entri syok sendiri kot. HAHA Pastu pastu kena tag blogger lain. hurmm.. Kalau aku tag mesti depa takna

Blog Budak Botak.

Imej
Salam 'alaik.. Terkembang hidung sekejap bila berjaya mengedit background pinky winky kepada blacky... Err.. Blacky ape ek? Dah macam nama viva kakak aku si blacky pulak. Tapi takdelah hitam sangat kan, kelabu-kelabu macam bulu dak Bubu je. Uihh... Seharian jugak aku nak siapkan ni. Dari pagi bangun tido, tido balik pastu bangun sekali lagi. Barulah siap benda alah ni. Kepakaran mengedit background dengan menukar-nukar coding makin merosot. Terlupa pulak macam mana nak cari code yang aku pernah tampal-tampal dalam blog ni. Ni semua gara-gara jarang buka blog. Adehh... Yang pasti aku mengekalkan post background aku dengan warna hitam sebab aku memang tak berapa nak berkenan letak wane putih atau wane-wane lain untuk post background. Mungkin hitam dah sebati dengan diriku. Orang cakap hitam nampak evil, tapi bagi aku hitam itu menawan.auuwww.. Header pulak aku memang saje letak gambar tu, tu gambar Taeyang versi kartun. *Comeelll!* Minat yang macam nak mati tapi belum mati

Ini Bukan Segmen Aku, Hanya Minta Tolong.

Salam 'alaik... Di sini aku nak minta bantuan korang yang berminat (tak minat takpe, siapalah diri ini.. sobbss). Aku sebenarnya nak buat facebook fanpage aku bertambah menarik setelah beberapa hari aku tengok kesuraman di sana hanya post dari aku dan beberapa orang kawan dan juga beberapa blog yang aku suka autoping di page tersebut. Jadi, aku nak minta bantuan kepada sesiapa yang berminat nak letak url blog korang kat fanpage aku dengan kata lain, autoping entri korang. Tiada syarat di sini, mungkin ada yang berpendapat jika nak autoping kat fanpage tu kena 'like' dulu kan? Tak pun. Aku tak kisah korang nak 'like' fanpage tu ataupun tak. Aku nak memeriahkan saja tapi kalau ada yang sudi 'like' dah bonus untuk aku. Apa benefitnya? Senang beb, dah tentu korang dapat trafik dari aku. Walaupun dari aku sorang pun trafik jugak tuh... Betul tak? Dan mungkin entri yang menarik akanku share di personal facebook aku sendiri mana tahu dapat trafik dari kawan-

kenapa aku berblogging?

Imej
Salam 'alaik.. pernah tak kita tanya diri sendiri kenapa kita buat blog ye? apa yang membuatkan hati aku tergerak nak buat blog dan kekal hingga sekarang? tak dapat dinafikan masa mula-mula blog ini terbina aku memang saja-saja je nak buat blog. tujuan sebenar blogging pun aku taktahu. aku ingat lagi masa blog aku dok siarkan entri-entri kutukan tahap, 'wow' tak sangka aku tulis macam tu. tapi entri tu dah lama aku delete rasa tak patut pun ada. kepada yang terlibat, maafkan saya. mungkin saya jahil ketika itu. ihsan google imej kemudian, entri mengenai kisah hidup aku (bukan pengalaman) diceritakan. mungkinlah ada yang berminat nak baca tapi bukan semua atau boleh dikatakan 1% je pengunjung yang berminat. aku sendiri tak suka baca blog yang ala-ala diari kehidupan sebab aku tak kenal penulis blog kalau kenal mungkin best lah jugak nak amek tahu. tips tentang cinta juga pernah disiarkan (dah macam channel youtube lah pulak). entri tersebut adalah sumber inspi

link twitter kat header.

Salam 'alaik.. dari semalam aku mencuba tutorial header dengan twitter update yang diberikan oleh blogger ini tapi niatku terbantut apabila mengingat kembali twitterku yang private.  "oh, takpelah nak cuba kejap je. lepas ni kalau rasa tak best tukarlah balik," so, aku update twitter bagitahu ketidak private-an aku. cepat aje 'dia' tanya. yelah aku tukar balik sebab memang nak tengok ok ke tak je letak twitter update kat header. memang taklah. pfft! tapi, takpe aku telah buat header blogku link terus ke profile twitter. so kalau terasa atau sudi follow aku di twitter silalah tekan header di atas ni ye. kalau sudi... follow mem-follow  di twitter kan amalan blogger.

"blog aku DoFollow kalau komen dapat backlink"

Imej
Salam 'alaik.. apa!!bagi idea kini telah bertukar wajah yang hitam gelap kepada hitam jugak tapi masih ada cahaya di sini. hehe. sebenarnya aku tak terfikir pun nak edit sampai tukar terus satu blog aku ni. tiba-tiba je kononnya.     tab menu kartun-kartun masih dikekalkan sebab aku rasa macam comel. background berubah dan mungkin akan bertukar sekali lagi ikut mood aku. punca utama perubahan ini mungkin disebabkan kebosanan yang sampai ke tahap gaban yang mana aku sanggup menghadap blog dari dalam ke luar. mengenai shoutbox, aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya mana shoutbox aku. maaf ye, aku sedang menjalankan experiment terhadap blog aku ni. mungkin tak lama lagi ada lah balik shoutbox yang sudah hilang entah ke mana. sementara takde shoutbox sila-sila komen entri sebab blog aku ni dofollow kalau korang komen nanti dapat backlink. hehe. aku pinjam ayat syedgraphix kejap. masih pikir background yang sesuai..

jangan buat aku marah boleh?

Imej
Salam 'alaik... rasa ketidakpuasan hati melanda apabila domain yang aku baru guna tak sampai setengah tahun buat hal lagi. aku mungkin boleh tunggu kalau masalah ini untuk beberapa hari atau beberapa ketika. tapi aku takkan dan tak boleh sabar kalau masalah ini mengambil masa yang lama dan penyelesaiannya masih lagi tiada jawapan. jadi, aku ingin memberitahu bahawa mulai hari ini aku hanya  akan menggunakan dotblogspot sebagai urlku. dan mungkin akan bertukar jadi seperti seorang blogger yang baru mengenal dunia blogging. tunggukan saja perubahan ini.  aku dah mula menyampah!

sabar je lah.

Salam 'alaik... semalam, blogger seluruh dunia tak dapat update blog kerana blogger dot com tak boleh nak buka. dah lama aku berangan-angan nak update blog sejak exam week lagi. idea dah mencurah-curah bagai di ladang gandum dah tapi blogger dot com tak boleh buka, takde makna! dan sekarang, idea aku entah hilang ke mana di bawa pergi dek angin lalu. cehh! berdrama betul. apa taknya, selama ni 'dia' lah peneman aku ketika bosan dan keseorangan di rumah tapi semalam.. aku dah boleh dikatakan mati kutu taktahu nak buat apa. nak baca blog orang pun tak berapa nak best lah sebab tak boleh komen.  so semalam dengan hati yang lara lagi pilu ini, aku layan movie online je. 3 movie straight! hamek kau! ni betul-betul bosan tahap gaban dah ni. mula-mula tengok cerita cicak (rango) pastu tengok red riding hood then aku sambung tengok the phantom of the opera. lepas tengok phantom of the opera, "weyhh! aku nak karok lah," release tension final exam tak habis lagi beb. *g

BOO!!!.. terkejut tak?

Salam.. ehem..ehem.. kejutan yang aku gembar-gemburkan akan reveal kejap je lagi. dah aku malas nak selindung dan bajet kejutan tu sangat mengejutkan kononnya. aku tahu korang kompem tak terkejut dan mungkin korang akan cakap, "cehhhh! ingatkan apa lah kejutan dia," "blah laaaaa! minah bajet betul," fine, fine.. aku nak bagitahu aku dah ada domain sendiri je. takde lah penting sangat sampai buat korang terkejut. saje-saje nak perabis duit aku bayar domain tiap-tiap tahun. aku beli untuk kepuasan diri aku sendiri tapi still guna blogspot tak pandai aku nak guna hosting sendiri. huhu.. ok, dah selesai dengan kejutan. sori lah kalau kejutan den tak buat korang punya bijik mata terkeluar. korang kalau berminat nak berdomain silalah ke SINI .. murah je..serious..

FACEBLOG pulak..

Imej
Salam... ape itu faceblog? hanya komuniti blogger untuk mengenali blogger-blogger di seluruh Malaysia.. kalau korang berminat sila klik pada gambar di atas.. tak suka pink boleh piilih banner wane lain..hehe

jangan tinggalkan aku....

Imej
Assalamualaikum w.b.t... selamat hari ahad..hehe..aku nak share gambar dari tumblr..(ceh, pompuan ni tumblr tumblr je la, ni blogspot..)aku tahu..korang mesti cakap camtu..huhu..ala, gambar tu menarik kot..angkut je la buat entri..macam menarik buat entri pasal gambar tu je..huhu.. (ihsan tumblr) "at least reblog before leaving meeee~ the number is just a sample. I don’t mind you guys leaving, but people! don’t often click follow button if you’ll leave me after an hour!! O_O" tu caption dari tumblr..tapi boleh je diguna pakai untuk kita kan? ni pasal follower ni haa..aku terase jugak ni..huhu..insyaAllah aku takkan jadi macam gambar..yosh! thanks for reading..love u all!..wasalam..

blog kita wajah kita..bukan wajah makcik pisang goreng belakang rumah..

Imej
salam.. kenapa orang suka letak gambar kat blog? ok, kalau gambar yang diletak tu sekeping dua mungkin boleh terima lagi kot sebab visitor mesti nak tahu muka tuan blog tersebut kan..tapi kalau yang letak gambar berkeping-keping tu?gambar berposing maut punya..semua gambar nak bajet cun..apa tujuan sebenarnya pulak kalau camtu? orang nak bace entri kau je la..kalau sekali sekala tu letak gambar kat entri ok la jugak..ni tak letak gambar kat sidebar..pastu ditambah pulak entri yang memang menepek gambar cun+hot korang lagi..ok fine, korang memang hot la..clap!clap!clap!sebab korang memang pandai berposing dan berlensa..fuh!cun habis!tapi perlu ke semua tu? mungkin la ada visitor ataupun follower suka tengok tuan blog yang kiut miut baru nak follow..katanye kalau tak kiut takde selera nak tengok blog..haha..yela tu..tapi cuba bayangkan kalau tu sebenarnye bukan muka sebenar mereka??atau dengan bahasa sopan, indah khabar dari rupa..haaa...tak tahu.. sebelum ni aku suke jugak duk tepek g

warning virus ke ni?

Imej
salam aidilfitri.. aku nak tanya ni..apa efek kalau aku proceed jugak kat website yang tibe-tibe keluar macam ni? adakah ini penyebab laptop aku kena format aritu?huhu..sebab sebelum ni aku proceed je bila dapat macam ni..yelah, kebanyakan blog yang aku blogwalking semua keluar benda ni dulu.. tapi sekarang agak takut nak masuk lepas laptop kena format..so, aku nak tanya ni..ni ke penyebab sebenar?sila bagitahu aku yang tak tahu ni..huhu.. terima kasih..

kembalilah si itam legam

Imej
blogku sudah kembali itam legam seperti blog jijie ..hehe.. bukan apa, tadi aku duk blogwalking aku tengok blog orang nampak kemas je..pastu aku bandingkan dengan blog aku dengan background bunga-bunga pink dan lolipop..erk!ini bukan aku!tak macho betul bila gransazer jadi girly..huhu.. di manakah keganasan dan ke-macho an ku?(adeh!konon la ganas dan macho..haha..tak sesuai betul..)..setelah aku sibuk men-download gambar-gambar konachan aku dapat idea untuk buat header yang cute kat atas ni..hehe.. walaupun nampak sengal dengan muka konachan dengan air liur basi, apa aku kisah ni blog aku..huhu..aku rase macam telah berjaya..bukan berjaya apa pun, just rase dapat buat header yang sangat simple dan cute..weee~~ huh!nyaris-nyaris nak patah tangan aku buat header ni..nak editnye lagi, aku guna photoscape je..mungkin kalau guna photoshop lagi mudah..tapi nak buat macam mana photoshop aku telah lenyap selepas laptopku diformat..huhu.. lagi satu, sape-sape yang terase nak follow aku sila kli

lappy yang baru kembali ke pangkuanku...

Imej
salam 1 malaysia.. ok tiba-tiba je..dah lama aku tak update blog ni..rase macam dah lupa camne nak update..HAHA..poyo di situ..actually blog ni tak ber-update disebabkan raya yang sangat busy kononnya dan reason lain mr. lappydoo aku di format..ntah macam mana ntah dapat nama baru untuk lappy aku ni..ni gara-gara tengok cerita kartun banyak sangat la ni.. seminggu yang lalu mr.lappydoo ni telah diserang oleh virus yang aku dapat dari facebook!err, tak sure sebenarnya dari facebook ke atau memang dah lama ada.huhu.. sebelum mr. lappydoo ni jadi sangat teruk a.k.a hang bila buka apa-apa plus my google chrome terus tak boleh buka!aku tertekan link yang telah di post kat wall facebook aku..orang yang post tu adik aku sendiri..aku ingat dia nak suruh aku tengok something yang menarik..aku pun tanpa berfikir panjang terus klik kat link tu..tibe-tibe lappy download software mende ntah..dan google chrome terus tertutup dan tak boleh buka balik..sedih betul..terpaksa la aku guna browser lain

hasil diet belog aku..

Imej
yeay!! setelah lama aku berusaha untuk meringan encik belog ni..akhirnye, blog aku dah ringan!!! tapi ada kemusykilan berlaku..agak pelik di situ. sebab semalam aku check berat blog aku 115kb tapi arini aku check balik berat blog makin kurang! aku rase aku takde buang widget aku lagi lepas check berat blog aku semalam.. pelik betul..huhu~ p/s tapi load time masih tak memuaskan....huhu~

ada ViRuS??...::o_O::..

Imej
sakit tengkuk aku meng-upgrade encik belog ni..huhu~dah macam-macam aku letak,tapi letak delete balik sebab aku rasa berat sangat pulak aku punya belog ni lepas letak macam-macam.. iyahh!iyahh!terjatuh-terjatuh aku upgrade belog ni..hihi~ sebelum ni belog aku ni berat sampai 300++kb..mungkin sebab ada banyak benda yang tak perlu kot..huhu~excited sangat bertutorial kat belog miss intan ..aku letak cursor la..tajuk belog bergerak la..sparkle cursor..tapi benda tu semua memberatkan lagi belog aku ni..kalau dah berat lambat la belog ni nak load..huhu~ taknak aku load lama-lama..so, aku decide delete sikit benda-benda yang rasa tak perlu..tapi pelik, tak berjaya jugak..tetap 300++kb..erm...kenapa ek?..huhu~ aku delete setiap widget then check..erkkk!sama jugak!ohh.tidak!belog aku ada virus!!huhu~ aku rase bukan widget yang buat belog aku berat..then aku berpindah ke entri-entri aku pulak..satu-satu aku check..aku save kat draft dulu..pastu check lagi..mula-mula memang tak efek sangat..sam

tajuk belog aku "ApA!!bAgI iDeA..."...:::(^_^)v:::..

Imej
entri pertama setelah menukar banner..hikhik..ada yang cakap banner baruku ni cool.lala~terima kasih la kepada insan-insan terpilih itu.tapi kenapa aku nak tukar banner?aku tak puas hati dengan banner yang lama ke?erm..takde kot..sebab banner yang lama tu gambarnya dah sangat sesuai dengan tajuk blog ni.. sebenarnya aku nak sangat tukar banner sebab aku berniat untuk menukar tajuk blog ni..tapi niat aku terbantut kerana sayang dengan tajuk APA!!BAGI IDEA ..korang pertama kali mendarat ke blog aku ni mesti fikir tajuk blog aku seperti kanak-kanak yang tak cukup umur ataupun lebih tepat lagi budak hingusan di tepi jalan ..mungkin ya untuk aku ketika blog ini mula-mula dibuat.sememangnya ketika tu aku tiada idea.lala~ ok, sedikit sejarah blog ini dibuat.seperti biasa kakak aku yang pengaruh aku buat blog dan ketika pemprosesan blog ni dibuat pun dia yang buatkan untuk aku. aku hanya tengok di sebelahnya..kemudian bila tiba di tajuk blog,aku yang blur mintak ideanya sambil memekik, "