Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel layan je

Study Week!!

Imej
Salam 'alaik... Yeay! Study week!... Ok, muka gembira bila study week. Bukan sepatutnya kau risau ke za, sebab lagi seminggu je nak final?! Abaikan manusia yang taktahu expression sebenar untuk study week.  Bagi aku bila dah study week, tu maksudnya dah takde esaimen yang nak kena buat walaupun pada hakikatnya aku kena study gile-gile untuk final sebab aku tahu coursework aku tak gempak! Dan aku tahu FYP aku tak start lagi! Aku tahu sem depan which means my last sem in Micet akan jadi bertambah busy. *sigh.. "Jangan mengeluh za, tak baik. Mak cakap sekali mengeluh, beribu masalah akan datang," Bila start study week barulah rajin download movie dan drama jepun macam sebelum ni. Barulah rajin sambung tengok One Piece yang aku tertinggal hari tu. Eh, tapi takdelah jauh sangat aku tertinggal One Piece. *kantoi sambil buat esaimen sambil tengok anime. kihkih..* Barulah kembali merapatkan ukhuwah dengan senpai-senpai tersayang tanya movie dan drama yang a...

Perigi Cari Timba Atau Prince Charming Atas Kuda Putih Datang Sendiri?

Imej
Salam 'alaik... "saya suka awak, terimalah saya sebagai awek," Aku terfikir macam ni ke perempuan-perempuan jepun confess kat lelaki-lelaki yang mereka suka? Kalau perempuan malaysia yang confess macam ni orang sekeliling dia mesti cakap dia perigi cari timba. Aku tengok perempuan jepun ok je kejar lelaki yang dia minat sampaikan sanggup jadi stalker. Tapi perempuan malaysia pun ada jugak jadi stalker cuma keadaannya agak berbeza. Perempuan J First time jumpa lelaki hensem. "Wahh.. Hensemlah dia aku nak try cakap dengan dialah," Tapi tak terluah kononnya terlalu 'bercahaya'. "Aku suka sangatlah kat laki ni, tapi dah ramai sangat perempuan minat kat dia probability dia nak suka kat aku balik mesti kurang. Jadi nak taknak aku kena la stalk dia tengok apa dia suka pastu amek gambar dia banyak-banyak tampal kat dalam bilik. At least kalau aku tak dapat dia aku still boleh peluk gambar dia," Perempuan M "Wahh.. Hensem...

aku dan internet

Imej
Salam.. lama dah tak update blog ni lepas kes internet connection rumah aku takde. pasal apa ntah nak kena tunggu sampai 2 hari untuk itu dan selama dua hari kerja aku terbengkalai. dah le banyak assignment yang nak kena hantar minggu ni. ok, fine. tipu. satu assignment je.   tenet!tenet!tolonglah ada.... selama lebih kurang 3 hari aku tak ber-online terasa macam duduk dalam hutan tapi bercondo mewah di afamosa. bila dapat online je, rasa macam, "buat apa nak online? bukan ada apa pun," "alahai facebook ni. den nak deactivate jo laa," ditambah dengan benda-benda yang menjadi catalyst untuk aku deactivate facebook.  "pergh! memanglah. aku dah le tengah serabut, tahu pasal ni lagi lah aku serabut," TAPI... alhamdulillah ada jugak good news yang aku dapat. kawan baikku dari sekolah rendah yang sangat lama tak berjumpa dan dah lama lost contact aku jumpa kat yahoo. google je beb. cari kat facebook takde hamek kau google terus. tapi feymes pulak sampai ju...

bila rumah kata mari, assignment kata pergi..hehe

Imej
Salam.. terasa sangat lama aku tak update blog ni. busy lah kot dengan assignment, lab report dan test dalam minggu yang sama. rasanye biological clock aku pun dah tak betul. masa orang tido aku buat keje dalam gelap lepas tu orang bangun aku... mane ada tido! aku terus pegi mandi sebab ada kelas pagi. huhu.. nak buat macam mana aku tumpang orang kan terpaksalah ikut. malam semalam test terakhir aku untuk minggu sebelum cuti. tapi lepas cuti ada lagi. cuti mid sem aku tak cuti sebab kena siapkan lab report yang belum siap-siap lagi pastu nak kena study 2 subjek yang belum test 1 lagi. pergh! memang bukan cuti lah aku. lepas test reaction semalam rasa macam baru habis final. HAHA. walaupun dalam masa yang sama aku tak puas hati dengan soalan test. mana conversion? apa yang kena cari ni? kenapa orang jawab sampai tak cukup kertas? aku dah mula gelabah dah. tu yang jadi taktahu apa yang nak cari tu. semua benda aku kira. HAHA. balik je dari test dah rasa malas-malas nak buat kerja. ma...

jodoh pertemuan Allah yang tentukan..

Salam... dah besar rupanya anak kak sal tak lama lagi dapat menantu pulak lah ye aku selalu sangat jadi saksi kejadian babak macam kat atas ni. baba bermula bila kawan-kawan mak aku tanya, "anak dah berapa?",  "yang umur berapa?",  "yang bongsu sekolah lagi?".. tak sangka aku. rupanya aku ni selalu sangat dengan mak aku. mana mak aku pergi mesti aku ikut. hehe. kalau setakat nak kawen tu sekarang pun boleh sebab dah pergi kursus kawen dah. hehe. bila dengar statement macam kat atas ni aku mesti dok pikir sape yang akan kawen dulu ek? adakah kakak aku sebab dia paling tua? abang akukah? sebab dia macam tengah kumpul duit. kumpul untuk apa tu aku masih tertanya-tanya. adik akukah? sebab aku macam terdengar-dengar je dia nak kawen after grad diploma. tapi bila tanya kepadaku sendiri macam tak nampak bayang-bayang pun yang mengatakan aku akan kawen dulu daripada adik beradikku. kakak aku ada je cakap macam aku je yang kawen dulu sebab aku je yang tengah ...

ini bukan cerita sedihku tapi aku tetap menangis

Salam... semenjak dua menjak ni aku jadi semakin jiwang dengan melayan dan menghayati lagu-lagu tangkap leleh punya. aduh! apa dah jadi dengan aku sebenarnya. kadang-kadang penghayatan aku membuatkan aku menangis. adehh! agak-agak la kalau nak menghayati lagu pun. aku sangat merindui saat-saat aku berada di matrik dulu di mana aku digelar hati batu  oleh rakan-rakanku. apa taknya tengok cerita yang boleh dikatakan ramai orang melelehkan airmata menontonnya tapi bila aku tengok... sikit pun tak meleleh. tiada perasaankah aku? yang paling best ketika kami beramai-ramai menonton cerita seram di dalam kesuraman malam dengan lampu bilik farah di tutup. yang lain menjerit-jerit dek terkejut dengan hantu yang menyergah (kadang-kadang hantu tak keluar bunyi je lebih) tapi aku boleh pandang skrin laptop farah macam takde rasa takut pun.tapi itu semua berakhir sejak hari itu. sudah! malas nak cakap lagi peristiwa yang meragut hati batuku.  masuk hari ni dah berpuluh l...

Jom Study... ^^

Imej
salam readers.. start mengenang cerita lama..aduh!..mulalah..asal study week je teringat matrik perak..sebab kat sana study week adalah masa yang paling sesuai beriadah..haha..sebelum tu taknak pulak beriadah..penat kot, habis kelas pukul 4 pastu nak pegi beriadah..kalau latihan silat tu sekali seminggu je..ok la jugak..huhu.. tapi kalau study week, bukan hari latihan pun aku sanggup pegi bukit kmpk tempat kami berlatih silat..wah!semangat betul!..hehe..pengaruh kawan-kawan..coz kawan-kawan aku budak silat kebanyakannya..so, kalau depa rajin aku pun kena rajin..ngeh3.. tu aktiviti waktu siang..dalam pukul 5 la siap-siap pegi latihan..balik bilik ada la dalam pukul 7..paling lambat pun masa azan berkumandang..balik terus pegi cafe takpun bistro..hehe..makan je keje..aktiviti malam pulak..study week kan..sebelum study..kitorang tengok movie!haha..tak boleh blaa...rilek je masing-masing..selalunya cerita yang jadi pilihan cerita-cerita seram..aduh!rindu kot saat aku tengok cerita seram m...

ふたつの唇 (Futatsu no kuchibiru) ღ EXILE ღ

Imej
salam readers.. jom layan lagu ni..aku baru dapat list lagu dari senpai aku cik nanieloy..hihi..aku rase cam menarik je lagu ni..lirik pun boleh tahan..hehe.. Kimi to no jikan dakega hontou no jibun Fuku wo nukusuteta no wa kokoro Futatsu no kuchibiru sae areba jyuubun Kotoba jyanai houhou de hanasou Daremo umaretekuru hoshi erabu koto wa dekinai Demo ima koko de kimi to deaeta Meguriaeru made ni nagareta jikan kurai Boku no kuchizuke de umeyou your lips Dakishimeru tsuyosa de omoi wo hakaretara Kitto futari wa koibito ijou nanoni Meiro no youna machi meguriaeta kiseki Koe ni dasazu futari de sakebou Kuchibiru wo kasanetara mawaru chikyuu Futari wo oikakeru Moon glow Yoru no tobari ni tsutsumare tesaguri de kawasu ai Mabuta wo nadete mahou wo kakeruyo Boku no atsui mono wa kimi ni todoiterukai Sotto kuchizuke de tomosou Fire Kizutsukeainagara jounetsu tashikamete Hohoemi kawashi kokoro no hoteri wo samasu Kakushitai koto wa nai kimi wo mamoritai dake Yam...

nak iPhone 3G free tak??

Imej
salam.. possible tak kalau kite boleh menang iPhone dengan klik pada banner yang macam ni? Kad Kahwin klik saje pada banner anda berpeluang mendapat iPhone 3G..kontest ni anjuran WALIMATULURUS.net ..bermula dari 1 Oktober 2010 sehingga 31 Oktober 2010..tak menarik ke?kontest ni mudah je..hanya dengan klik pada banner, dan jumlah referrer yang paling ramai klik pada banner tersebut akan akan dikira sebagai pemenang! CEPAT!CEPAT! jom masuk kontest ni ramai-ramai! jangan lupa klik banner aku!

be part of CHURPCHURP today!!

Imej
salam readers.. sedang aku sibuk-sibuk 'study' encik nuffnang aku ternampak pulak burung kecik yang sedang menjeling kerek tapi bukan pandang aku la yang pastinya.. huh!tapi kerek-kerek burung kecik ni aku klik jugak sebab macam menarik je untuk di-klik..bila buka tengok..huh..ada slide..slide apakah? Welcome to Churp Churp View more presentations from Churp Churp . CHURPCHURP ..dengar nama pun dah cukup cute..sebenarnya churpchurp ni macam nuffnang jugak..korang boleh dapat duit melaluinya..sama-sama bersosial networking kita dapat duit..tapi kalau nak duit mestilah buat assignment beb..dunia realiti..takde keje, no money laa..hehe..aku dah join..korang bile lagi?hehe.. ni ada benda lagi nak bagitahu korang..CHURPCHURP ada menganjurkan contest untuk churpers..kalau menang korang berpeluang dapat RM100 ..sape taknak weyh..buat entri je..free RM100 ..sesiapa yang berminat bolehlah klik sini ye..aku memang suka join benda-benda camni walaupun ni baru first time join..heh...

kenapa earning NuFfNaNg aku tak naik-naik?..::o_O::..

Imej
ok, setelah beberapa hari aku kemurungan dan kesedihan dengan beberapa perkara yang menimpa aku sekarang aku kembali bersemangat!ching!macam kawan aku pulak suka buat bunyi camni..haha..betul kata orang setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya.jadi, jangan jadikan masalah itu satu alasan buat kita jadi terus murung dan hilang semangat..ok, za stop cakap pasal kesedihan kau!! entri kali ni aku nak tanya betulkah cara lain untuk dapatkan earning kat nuffnang adalah melalui traffic blog kita?sebenarnya aku tension jugak sebab dah hampir setahun aku berblogging dan ber-nuffnang tapi aku masih belum boleh dibayar lagi..earning aku pun sekarang tak cukup untuk dibayar..aku tengok blogger lain ada yang dah dapat cek pertama atau dah banyak kali dapat cek dari nuffnang walaupun diikutkan aku lebih lama berblogging daripada mereka..huhu..mungkin aku dapat terima kalau visitor blog aku ni tak klik kat iklan nuffnang aku..tapi macam mana nak dapat earning tanpa klik kat iklan nuff...

manisnya CoKLaT...::(-_-")::..

Imej
orang kata perempuan suka makan coklat..kadang-kadang masa dating pun mesti si balak belikan coklat untuk si awek..errkk..apasal la tiba-tiba je aku nak buat entri pasal coklat pulak ni?huhu~sebenarnya aku baca entri blog jijie ..tak silap aku dah dua entri dia cakap pasal coklat..aku pun nak jugak la cakap pasal coklat.. kaklong, maap la ye..hihi~ tak tahu la sejak bila dan ketika aku start tak suka makan coklat ni.sebelum ni aku pernah jugak dapat coklat.tapi selalunya coklat-coklat yang aku dapat tu bukan aku yang habiskan.aku mungkin akan makan sebar dua atau seketul dua.tapi selebihnya akan dihabiskan oleh abang dan adik aku..huhu~dulu masa sekolah pun kalau beli coklat yang besar tu mesti aku ambik masa nak habiskan..biasalah nafsu tu memang tinggi..kuikui~ apa yang aku tahu aku tak suka makan coklat sebab coklat itu manis..huhu~eerrkk..tak suka manis!rasa nak muntah kalau makan benda manis-manis sangat ni.. kadang-kadang aku terpikir jugak, adakah disebabkan aku tak makan bend...

SuKaN vs DrAmA...::(-_-")::..

"oii!sana sikit aku nak tengok sukan ni!" ok, ni kata-kata seorang peminat sukan yang sedang menontonnya dan tidak mahu diganggu.aku pulak seorang yang tidak minat dengan sukan dan akan selalu mengganggu penontonnya..hikhik.. begitu juga dengan drama yang baru saja tamat dan hangat diperkatakan sebelum ni.ok, aku tak tengok pun drama tu.kakak dan adik aku tengok episod terakhir aku di dalam bilik sibuk menghadap laptop.lala~ "apa la budak ni, orang duk minat sume tu dia boleh pulak tak minat," bukan tak minat langsung tapi kurang berminat terutamanya sukan.tapi kalau ada yang pengaruh aku duk sekali depan TV tu mugkin aku jugak yang menjerit-jerit di saat-saat genting bola atau bulu tangkis sedang mempermain-mainkan pasukan Malaysia.huhu~ tapi kalau drama melayu yang aku sebutkan di atas tadi, pertama kali aku tengok iklan di TV.... "ermm...aku tahu apa ending cerita ni," ok, tu yang aku katakan..susah bagiku menonton cerita yang sudah ku anggap clic...