Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Artistry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artistry. Papar semua catatan

Rabu, 17 Mei 2017

Perjalanan Artistry Mekla : Set Ideal Radiance

Assalamualaikum,

Hari ini aku masih mahu bercerita tentang perjalanan Artistry yang aku pakai sejak tahun 2015. Bermula dengan set Hydra V kemudian campur-campur dengan Youth Xtend. Ikutkan harga produk Artistry ni memanglah agak mahal berbanding jenama X yang ada di pasaraya tapi percayalah kawan, ianya adalah produk yang terbaik di dunia. Selain dijamin selamat, penghasilan produk ini melalui kajian saintis dan sudah tentulah ianya terhasil dari produk yang berkualiti.

Kesan penggunaan pun bukan calit-calit terus putih tapi insya Allah kalau terus gunakan secara istikomah, makin berusia muka akan makin berseri ;)


Bulan ini dengan pembelian produk Artistry melebihi RM600 akan dapat beli set travel Ideal Radiance yang penuh. Dapat pencuci muka, losyen pelembut (toner), serum, spot esen dan juga 2 jenis pelembab (kulit kering atau berminyak lain-lain tau)

Setelah menggunakan secara konsisten tiap-tiap malam, Mekla dapati memang kulit muka sudah kembali bermaya, kalau dulu kering sampai menggelupas dan ada satu tempat tu gatal-gatal (macam eczema gitu) tapi sekarang ni sudah kering. Memang terasa sangat perubahan di muka. Niat di hati nak bagi kulit muka ni sekata memandangkan kulit muka Mekla ni jenis kombinasi, ada kering kat bahagian dahi dan berminyak di pipi dan hidung. Biasalah, ke arah penuaan, macam-macam berlaku kat muka ni T___T"
Haritu terlihat di laman fanpage Artistry Malaysia gambar di atas ini. Wah! Produk Ideal Radiance Spot Essence ni menjadi pilihan majalah CLEO bagi bulan Mei 2017 sebagai produk terbaik untuk hilangkan tompok hitam. Kalau kat muka tu lebih kurang jeragatlah, wanita dan jeragat memang tak dapat dipisahkan tau. Ramai kawan aku yang bagitahu keluar hitam-hitam kat muka selepas melahirkan anak. Kalau diambil enteng, nanti "pulau" jeragat akan timbul. Agak-agak malu tak?

Mestilah malu kan? Jadi sebelum terlambat tu, eloklah kita rawati dulu. Bagi sesiapa yang berminat nak beli boleh Whats App Mekla di 012-970 6828. Produk ni takde kat mana-mana pasaraya tau, hanya boleh didapati melalui pengedar Amway sahaja.


Katanya kesan penggunaan produk Ideal Radiance boleh dilihat seawal 4 minggu. Sempat lagi dengan nak raya ni. Jangan korbankan muka dengan memakai produk kosmetik timbang kilo tau, kalau melabur untuk produk terbaik, insya Allah dengan izin Allah akan makin cantik walaupun sudah berusia. Memang kita tidak boleh menahan diri dari menjadi tua tapi sekurang-kurangnya dapat melambatkan kesan-kesan penuaan. Yang penting, niatkan dalam hati untuk menjaga amanah Allah (segala apa yang ada di muka kita ni anugerah Allah) dengan baik, jangan sesekali salah guna pula. Kalau dah cantik mula riak dan hentam orang lain hodoh. NO NO NO

Jangan kawan.

Oklah, Mekla nak keluar ambil anak pula. Seronok pula berkongsi pasal produk kecantikan ni. Kalau waktu bujang memang nak cantik ni menjadi sebahagian hobi Mekla. Dulu gigih kumpul majalah Cleo sebab nak dapatkan sampel produk yang akan diselit celah majalah tu, ada masa guna ada masa jadi hiasan atas meja. HAHAHA

Tapi sekarang ni gigihlah kumpul duit nak beli set Ideal Radiance tau. Bukan apa, nak cantik untuk keyakinan diri dan bahagian diri juga. Kalau diri kita bahagia insya Allah kita akan membahagiakan orang lain.


Kalau kawan-kawan berminat nak beli (jangan minta sampel sebab Mekla takde sediakan sampel lagi buat masa sekarang) boleh Whats App 012-970 6828. Insya Allah dengan penggunaan yang konsisten akan membuahkan hasil.

Bye!

Isnin, 15 Mei 2017

Perjalanan Artistry Mekla

Assalamualaikum,

Sabtu yang lepas, aku pergi kelas penjagaan kulit di Amway Petaling Jaya. Sebenarnya lebih kepada untuk belajar buat facial di rumah. Maklumlah surirumah macam aku ni, perlukan sesuatu pekerjaan yang tidak ada ikatan masa untuk menjana pendapatan sendiri. Kan ramai yang sekarang ni buat facial bergerak, buat kat rumah je senang. Kosnya lebih murah dan sudah tentulah masa pun boleh pelanggan tentukan sendiri.

Sebenarnya aku ni baru lagi dalam Amway, nak jual produk pun banyak lagi kena tuntut ilmu dari yang pakar. Selepas menjadi ahli Amway pada tahun 2014, perkara pertama yang aku buat adalah menukar produk dari jenama X kepada jenama hak Amway jual. Kalau produk penjagaan muka ni aku tukar kepada Artistry. Orang kata produk mereka mahal, tapi bagi aku mahal kalau berkualiti tak salah. Tapi sebenarnya takdelah mahal mana sebab produk Artistry ni tahan lama. Macam aku ni yang selalu hangat-hangat tahi ayam dalam menggunanya, adalah bertahan hingga setahun juga.

Tapi kalau nak cantik kenalah rajin pakai ye dak? Produk Artistry ni memang takde jual kat pasaraya ke pasar malam ke, semuanya kena beli melalui pengedar Amway, haaa nak beli boleh Whats App aku di 012-970 6828. Insya Allah aku akan bagi peneraangan yang mudah dan jelas. Eh terpanjang pula membebelnya, ingat nak cerita tentang pengalaman menggunakan Artistry.


Oklah, jadinya pagi Sabtu tu awal-awal pagi lagi dah terpacak di Petaling Jaya meninggalkan anak-anak di dalam jagaan en suami. Masa tu sedih juga sebab pergi seorang diri kan, rasa macam "Alahai, best je kalau duduk rumah tidur ni" tapi bila memikirkan akan ilmu yang Mekla mahu cedok dari yang pakar, gagahkan juga melangkah. Bukan senang untuk melawan perasaan malas tu tapi bila fikirkan anak-anak, kuatkan semangat. Apa yang Mekla buat sekarang insya Allah demi mereka juga. Doakan ya moga Mekla terus bersemangat. Tahun depan nak pergi Hokkaido bawa anak-anak. Eh!

Ok sambung lagi. Mekla awal-awal kenal Artistry masa pergi kelas make up di Kota Kemuning. Boleh baca entri ni : Seronok Belajar Make Up Bersama Yang Pakar dan entri ini : Bestnya Balik Kampung. Masa tu tak pakai lagi tapi lepas pergi kelas beli sikit-sikitlah memandangkan kalau nak beli sedebab tu telan air liur juga. Bukan apa, Mekla ni surirumah, kalau nak beli pun ambil dari duit gaji hak Amway bagi pada setiap pertengahan bulan.


Gambar ni masa awal-awal pergi kelas. Masya Allah, debabnya aku masa ni :P Waktu ni muka pun tak jaga sangat. Tak ingat dah pakai jenama apa untuk cuci muka, rasanya hak beli di Watsons kot, jenama dari Korea ke apa, sekali pakai pedih-pedih muka, terus berhenti pakai.

Permulaan aku pakai Hydra V sebab nak rawat kulit muka, bagi seimbang dulu kandungan air dan minyak kat muka ni. Lepas tu perlahan-lahan beli set Youth Xtend sebab nak bagi awet muda. HAHAHA

Setahun lepas tu aku pergi lagi kelas make up di Petaling Jaya bersama biras dan kawan blogger yang juga downline aku. Waktu ni muka boleh tahan kembang sebab masa ni mengandungkan Arman. Sifat nak jaga muka tu malas yang amat. Mereputlah kau bila tengok muka kusam. Tapi lepas bersalinkan Arman, atas semangat nak cantik untuk diri sendiri dan suami, aku gagahkan juga buat rutin cuci muka pakai skrub pakai toner dan pelembab. Kalau nak pakai semua produk masih belum berkemampuan lagi. Takpe, kita kumpul beli sket-sket naaaa


Kulit muka aku memang takde masalah sangat cuma kusam jelah. Sekarang ni selalu keluar rumah ambil anak-anak di sekolah, jadi memang muka sangat terdedah dengan cahaya matahari. Lepas tu kalau stress sket mesti muka keluar gatal-gatal. Ini kes kulit kering lah. Jadinya tahun ini aku rasa gatal nak tukar kepada set Ideal Radiance pula. Baru beberapa hari aku pakai set Ideal Radiance yang penuh. Bermula dari pencuci muka, toner, serum, spot esen dan pelembab. Bestnya bila dapat beli satu set lengkap hanya pada harga RM29 sahaja (nanti kalau sesiapa berminat boleh Whats App aku di 012-970 6828) nanti aku bagitahu bagaimana caranya.


Tahun 2017 kali ini ke kelas facial & spa. Best kelas ni sebab ada belajar buat urutan facial dan muka. Aduh, banyak lagi produk Artistry yang best-best yang aku kena beli. Takpe kita kumpul pelan-pelan, kena gigih jual produklah nanti ;)

Uols ada nampak perubahan tak pada kulit muka Mekla? Kalau aku sendiri, mestilah rasa ada. Kulit lebih lembap dan sihat berbanding dulu, tapi ada masa kalau terlupa pakai dan tak jaga, memang akan terasa kering sket.

Terus terang aku jenis tak reti make up. Kalau setakat yang asas tu bolehlah, pakai bedak pakai blusher dan lipstik (oghe Klate panggil lecu) he he he Macam nak keluar pergi kenduri ke apa, rasa segan pula nak make up lebih-lebih.


Ini muka make up nipis.

Gambar bawah pula lepas kelas facial haritu diberikan pula peluang belajar make up, merasalah pakai foundation bagai. Kalau peserta lain siap buat make up kat mata tapi Mekla malas, acah-acah buat sendiri aje. HAHA Memang tak nampak sangatlah tang mata tu


Yang pasti lepas kelas terus pergi shopping bedak sebab bedak lama sudah habis. HA HA HA Aku bab make up takde lah beria sangat cuma bab penjagaan muka ni aku fikir kena pentingkan juga. Bukan nak cantik depan suami aje tapi untuk diri sendiri. Apabila kita tak bekerja ni, pandangan orang terhadap kita pun lain (biasanya dipandang sebelah mata, aku pernah kena masa pergi kenduri kahwin, adalah mak pengantin ni salam aku dan tanya aku kerja apa, lepas aku cakap tak bekerja, dia terus pandangkan muka ke arah lain) Ya Allah, waktu tu memang terasa sangat, mungkin makcik tu tak berniat tapi iyalah kita ni manusia, ada hati dan perasaan juga. Jadinya lepas itu aku tanam niat dalam hati nak cantik untuk keyakinan diri sendiri juga. HAHA

Lagi satu en suami pun ada tegur haritu kulit muka aku kusam, jadinya terus rasa sentap sampai dalam hati. Tegurannya penuh kasih sayang bukan nak buat kita "down" tapi nak bagi kita tahu hakikat sebenar rupa paras kita, jadi jangan main-main dengan teguran suami. HAHA



Ok, nak raya ni aku tahu semua orang nak cantik kan? Kalau mahu cuba set Ideal Radiance hak travel kit boleh Whats App aku di 012-970 6828 ya.

OK nanti sambung lagi. Bye!

Selasa, 9 Mei 2017

Tips Make Up Cepat, Dengan Cushion Foundation Exact Fit Muka Flawless Selalu

Assalamualaikum,

Tempoh hari Mekla pergi majlis kenduri kahwin di One City Mall Putra Heights, tempatnya lawa dan ekslusif, tapi maklumlah kami ni orang kampung masuk majlis dengan muka kusam tak bermake up pun. He he he Mekla ternampak seorang ibu kepada anak 4 (kalau tak silap) wah dalam hati terus cakap "mak aih, rajin betul dia make up". Maksud make up di sini bukan make up biasa tapi macam artis nak pergi show tu. Memang lawa lah kan. Mekla terbayang juga agaknya pukul berapa dia mula make up untuk dapatkan hasil kebabom macam tu :)

Alang-alang sudah terfikir macam tu, Mekla suarakan dalam group Whats App yang Mekla sertai, maka macam-macamlah jawapan yang ada. Paling terkesan apabila ada kawan cakap "Jangan gunakan alasan sebagai anak untuk tidak make up" Pang, sedas terasa di pipiku, maklumlah sebagai seorang isteri kena jaga penampilan juga, isteri ni lambang keunggulan suami. Kalau pun malas sangat nak make up cukuplah muka waktu keluar rumah tu sedap mata memandang (peringatan buat diri juga ni)

Kalau uols nak tahu, Amway ada produk make up yang baru iaitu Exact Fit cushion foundation. Hanya dap dap sedikit aje muka dah pelowless gitew, tak perlu nak bancuh foundation ke basahkan span ke semata-mata untuk tutup parut jerawat dimuka tu ;)



Tips make up senang untuk ke pejabat. Sumber gambar dari sini : Artistry Malaysia Fanpage
Kalau berminat untuk dapatkannya, boleh Whats App Mekla di 012-970 6828 tau

Kat bawah ni ada testimoni pengguna ;-




Buat masa sekarang, Mekla masih tak pakai lagi. Tengah tunggu duit gaji dari Amway nanti untuk beli produk best ni. Untuk kaum Hawa, nasihat Mekla pilihlah produk yang selamat dan tidak membahayakan tubuh. Tak salah untuk kelihatan cantik buat suami, kena betulkan niat dulu.


Kulit muka Mekla memang takde masalah jerawat tapi biasalah dah menginjak usia ni makin kusam. Ditambah pula selalu keluar rumah ambil anak-anak, panas matahari lagi pastu selalu mengadap henset, maka penuaan sedang berlaku. Nak tak nak memang kena terima tapi sekurang-kurangnya pilihlah produk yang dapat melambatkan kesan penuaan tu.

Kalau penjagaan muka pilihlah produk yang sesuai dengan kulit muka, dalaman juga harus kena jaga dan kalau nak keluar rumah pastikan guna produk yang ada SPF untu melindungi dari sinar UV. Oh Mekla pakai lip gloss Artistry tau. Siap ada lampu dan cermin lagi di bekasnya ;)


Dalam kehidupan kita seharian memang tak dapat lari dari terdedah dengan semua benda ni kan (pancaran sinaran TV, Tab, smartphone, komputer, LED dan matahari) jadi memang kulit perlukan perlindungan supaya tak mudah kedut (dalam erti kata lain nampak tua).

Dalam cushion foundation Exact Fit ni ada teknologi ANTI BLUE LIGHT yang boleh melindungi kulit muka, bolehlah kan dari takde apa-apa perlindungan ;)


Ada 3 pilihan warna sesuai untuk semua jenis kulit tau. Kalau berminat bolehlah Whats App 012-970 6828 sekarang juga. Jangan lambat-lambat nanti melepassssss :P

Bye!

Isnin, 7 Disember 2015

Bestnya Kelas Asas Penjagaan Kulit

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak kongsikan pengalaman aku menyertai bengkel asas penjagaan kulit di HQ Amway Petaling Jaya pada 21hb November 2015 yang lepas. Memang best sangat sebab boleh dapat ilmu mengenai penjagaan kulit dan produk apa yang sesuai untuk kulit kita. Hari itu aku pergi bersama kawan seperjuangan dalam ABDR dan bersama kakak ipar dan anak buah juga. En suami duduk rumah diam-diam jaga anak :)

Untuk bengkel ini sudah tentulah produk yang digunakan adalah Artistry yang terdiri dari pelbagai pilihan penjagaan berdasarkan jenis kulit, ada set Hydra V, Youth Extend, Ideal Radiance dan terbaru sudah tentulah krim penjagaan yang mampu membuatkan kita kelihatan muda 15 tahun dari usia sebenar. Sejak bulan April lagi aku memang sudah berjinak-jinak dengan Artistry kerana aku percaya akan keberkesanan produk ini setelah melihat dengan mata sendiri mereka yang menggunakan produk ini secara konsisten memang tampak begitu muda dan kulit kelihatan sihat dan bukannya kelihatan palsu (make up tebal untuk sorokkan cacat cela).

Pertama sekali kena tahu dulu jenis kulit dan baru lah boleh membeli segala set penjagaan kulit bermula dari pencuci muka, losyen pelembut (toner) dan pelembap. Sekarang ini aku pakai set Youth Extend dan memang best sangat sebab dahlah bau wangi (macam masam-masam sitrus) dan esoknya bangun tidur kulit terasa lembut. Betul ni tak tipu! Tapi kalau nak berterusan cantik kenalah rajin tepek kat muka setiap malam tau :)


Tak diakui harganya sedikit mahal berbanding jenama biasa tapi percayalah boleh tahan hingga beberapa bulan. Di dalam bengkel kami diajar cara membersihkan muka dan memakai losyen pelembap dengan betul. Sebenarnya tak perlu gunakan produk dengan banyak pun, hanya beberapa titik sudah memadai bagi menyapu seluruh muka. Pada sesiapa yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk rangkaian penjagaan muka Artistry boleh Whats App aku ke 012-970 6828 atau boleh juga hadiri bengkel seterusnya pada 26hb Disember 2015 ini.


Sebelum balik, bergambar dengan upline dalam bisnes Amway diamond Dr Azi dan juga bersama biras aku iaitu Kak Mar (sebelah aku) dan Huda (kanan sekali) anak sulungnya. Haaa semua nampak muda kan?


Sebenarnya tak rugi pun sertai bengkel asas penjagaan kulit ni sebab banyak ilmu yang kita akan dapat. Antaranya bagaimana nak tahu jenis kulit, bagaimana nak buat facial sendiri dan bagaimana untuk jaga kulit muka. Selama ini aku hanya ingat kalau cuci muka tu main tonyoh-tonyoh aje di muka tapi rupa-rupanya salah! Bila dah belajar ni tiap-tiap malam semangat sket nak tepek-tepek di muka sampaikan en suami tegur bila masuk bilik je "bau apa ni yang?" Ehem ehem semangat bini dia nak cantikkan muka yoouuuuu T_____T"

Tapi kalau bukan diri kita yang ambil inisiatif untuk cantikkan diri buat suami nak harapkan siapa lagi kan? Biarlah orang nak kata apa pun, yang penting kita jaga penampilan muka buat suami, nak tidur tu kasi tepek segala lotion biar lembut sket kulit pipi, laki nak cium pun takdelah segan sangat! Ha ha ha melalut dah Mekla ni :P


Oh ya, hari tu kami diberikan kesempatan untuk mencuba krim malam Supreme LX dan krim mata Supreme LX juga. Memang lepas pakai esoknya pun masih terasa kelembutan di muka sendiri. Tak percaya boleh cuba sendiri. Nak beli sila Whats App aku di 012-970 6828. Betul tak tipu! Boleh tengok muka akak ni yang merupakan pengguna setia Artistry Youth Extend dan kini pengguna Supreme LX pula

Sila percaya yang gambar di atas ini adalah orang sama. Kiri semasa usia 40 tahun dan kanan sekarang usia 49 tahun. Wanita ini sudah mempunyai 2 orang cucu dah pun! Best kan? Siapa yang tak nak kulit muka kekal remaja tapi kalau nak kekal cantik kenalah korbankan sikit kemalasan dan duit untuk beli produk penjagaan muka tu :)

Bulan ini ada promosi belian produk Artistry akan dapat set rantai Swavroski seperti di bawah. Best kan? Kalau nak beli, cepat-cepat cari Mekla ya >>> 012-970 6828



Oklah cakap banyak pun tak guna juga, kita hanya perlu beri peluang untuk cuba dan lihat sendiri hasilnya. Oklah kita berhenti cerita pasal bengkel penjagaan muka, sambung lagi kisah hari tu balik dari Petaling Jaya aku tumpang Kak Mar terus ke Wangsa Maju untuk ke rumah Abang Zul dan Kak Rah yang baru sahaja berpindah di kediaman baru mereka. Balik dari Vietnam terus pindah rumah baru yang super cantik! Alhamdulillah kami tumpang gembira :) Mak mertua pun ada sekali di sini dan kami sama-sama sambut majlis harijadi mak mertua yang ke errrrrrrr menantu tak tahu :P


Makanan memang best-bestlah haritu, rasanya macam-macam jenis ada; keo teow sup, laksa penang, keropok lekor, pizza Noxxa, buah-buahan, ayam bakar, udang bakar dan macam-macamlah. Ya Allah tak pernah rasa begitu penuh perutku. Anak-anak aku menyusul datang kemudian dan memang mereka apa lagi bertambah suka lah bila dapat berjumpa sepupu-sepupu. Mainlah sampai lebam!


Waktu potong kek ni ada lagi yang tak datang. Kalau ada semua memang tak muatlah ruang tamu ni. Inilah kelebihan ada anak ramai yang aku rasa cukup bersyukur bila dikelilingi oleh ramai anak-anak. Memang penatlah nak layan karenah mereka tapi sesekali bila melihat mak mertua yang sentiasa disayangi oleh anak-anak, aku doakan yang aku juga satu hari nanti akan disayangi oleh anak-anak aku. Biar susah-susah dahulu kita senang-senang kemudian. Insya Allah.

Semoga Allah panjangkan usia aku dan en suami agar kami dapat melihat anak-anak kami membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Aamin.

Oklah, hingga bertemu lagi. Jom kita bertukar kepada Artistry :)

Isnin, 16 November 2015

Jom Daftar Bengkel Penjagaan Asas Muka

Assalamualaikum,

Lamanya tak menulis di sini. Sejak menjadi supir kepada anak-anak ni rasa macam makin penat pula. Ewah! Tapi sebenarnya seronok juga sebab bila ada kereta sendiri nak bergerak ambil stok barang berniaga pun senang. Setiap minggu selalunya aku akan pergi mengambil stok barang parti dan menguruskan pesanan di kedai Amway di Bukit Tinggi pada hari bekerja. Bukan apa, waktu ini trafik pun tak sesak dan orang pun tak ramai jika dibandingkan dengan hujung minggu.

Kalau hujung minggu pula selalu sibuk dengan urusan bisnes dan ke kelas menimba ilmu. Bukan senang nak senang ya, semuanya harus bermula dengan diri sendiri. Kalau diri kita yang tak nak buat, maka tak boleh nak kata apa lah. Jangan pula berputih mata apabila melihat orang lain berjaya ;)

Eh panjang pula intro mak buyong ni. Ok terus terang aku sebenarnya sedang cari beberapa orang yang berminat untuk sertai kelas demo penjagaan asas untuk muka. Kiranya selepas sertai kelas ini boleh ketahui jenis kulit dan mula guna produk serta buat "facial" sendiri. Sangat bagus bagi mereka yang sedang intai peluang untuk menjual produk kecantikan.

Terima kasih kepada pembaca blog ini (hai Nabila) yang pernah Whats App aku bertanyakan kelas make up di Melaka. Alhamdulillah, kebetulan ada kelas dan dia sertainya. Apabila ditanya tentang kelas, ini jawapannya ;


Nampak enjoy aje kelas make up ni dan bayaran pun tak mahal. Tak sampai RM50 pun!

Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh Whats App aku di 012-970 6828 sebab tempat dah penuh sebenarnya cuma bolehlah nak selit seorang dua lagi (untuk muslimah sahaja tau). Lokasi adalah di Petaling Jaya. Jangan lepaskan peluang ya :)

Sekarang ini facebook kan apabila kita buka mereka akan kongsikan kembali gambar kita yang lama-lama dulu. Terimbaslah kembali gambar aku sewaktu tahun 2009. Masa ni kenduri kahwin rakan sepejabat dan kalau tak silap anak pun baru 2 orang youuuuuuuuu. Hari ini rajin sket aku letak gambar 2009 dan 6 tahun selepas iaitu 2015. Rasanya tahun ini lagi lawa kot. Choiiiiii HAHA Uols jangan muntah tau tapi aku bercakap ni dari pengalaman sendiri :P


Rahsianya bukanlah kerana produk QuPuteh ke apa sebab hakikatnya aku sedar yang diri ini takdelah cerah mana dan selamanya tak akan cerah cuma aku hanya mahukan kulit yang bersih; tiada jerawat atau jeragat atau apa-apa masalah kulit yang lain. Faham-faham jelah kita orang perempuan ni makin meningkat usia makin menjadi-jadi kedutan di muka kan?

Sejak diperkenalkan dengan produk yang aku pakai ni iaitu pada bulan April 2015. Boleh baca entri ini di mana ini kali pertama aku ke kelas make up produk tersebut. "Seronok Belajar Make Up Bersama Yang Pakar" memang terus aku jatuh cinta dengan produk Artistry ni. Ditambah pula pada bulan Mei aku ke kelas penjagaan asas muka di Kelantan dan sudah tahu jenis kulit muka sendiri jadi memang senanglah untuk gunakan produknya! Oh ya lupa pula nak kongsi gambar kelas penjagaan asas muka di Kelantan tempoh hari.


Perkongsian daripada Prof. Marohaini Yusoff merupakan salah seorang pengguna tegar Amway juga. Bayangkan walaupun sudah berusia 61 tahun tapi muka masih berseri-seri i tell youuuuu! Ini yang kita mahukan, makin berusia tapi tampak makin muda remaja gittewww

Uols yang berminat jangan lepaskan peluang sebab aku hanya buka tawaran untuk hari ini sahaja ya. Kalau nak cepat-cepat WA ke 012-970 6828 untuk tempahan. Yuran hanya serendah RM30 sahaja :)

Bye!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^