Assalamualaikum....bukan salah ibu mengandung ya!...Apatah lagi bukan juga salah tuan empunya resepi.....salah Akak yang terlebih masak bahagian atas talam tu.....!Walaupun rasanya..okay....sedap..rasa talam ubi lah kan..tak kan nak rasa kek cokelat pulak!!!!
Namun untuk tujuan tayangan perdana...tak memenuhi piawaian Akak....frust sgt..tapi Akak dah bedal dekat suku pelengat dah!!!Tu tak menjadi...kalau menjadi tak sempat nak update n3 agaknya dah selamat...hehehe! Memang hantu raya hantu bingka ubi.....talam ubi.......ubi kayu rebus....
Tapi sendiri mahu ingat...Akak ni semput.....dah tahu bendanya berangin....makan tak ingat.....
Bukan selalu kan....ubi kayu ni akak beli kat "roadwalk"...Chik Min....dan orang Penang mesti tahu ni....kat Lorong Kulit....Abang yang jual ubi ni pun dah jadi gang dengan Akak....dia jual sekilo RM2 jer...tapi ubi dia memang elok!
Cantik kan texture ubi tu..rebus sekejap jer dah empuk!
Anak-anak tak suka kelapa parut......jadi ada yang makan dengan brown sugar....Akak suka makan dengan sambal tumis.....hehehe...(oops! gambo cicah sambal...tak de...dah habisssss!) .
Dan yang ini dah jadi talam ubi..akak kukus semalam ......
Resepi yang Akak edit sana sini...mengikut cara Akak ya!
Bahan-bahannya:
Untuk lapis bawah :
1) 1 kilo ubi kayu (sagat dan tapis, buang air tapisan)
...ambil sagunya campur dgn hasil sagat tadi lepas tapis
2) 3 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) 1 cawan gula pasir
5) 2 helai daun pandan
Campurkan, masak hingga
mendidih dan tapis)
Untuk lapis atas :
1) 3/4 cawan tepung gandum
2) 3/4 cawan tepung beras
3) 4 ½ cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam
Cara-caranya:
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½
jam.
Untuk lapis atas :
1) Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
2) Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana
besar.Kacau selalu supatya tidak berketul-ketul
dan tutup api.
3) Cakar cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama 25 minit.
4) Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.
2) 3 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) 1 cawan gula pasir
5) 2 helai daun pandan
Campurkan, masak hingga
mendidih dan tapis)
Untuk lapis atas :
1) 3/4 cawan tepung gandum
2) 3/4 cawan tepung beras
3) 4 ½ cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam
Cara-caranya:
Untuk lapis bawah :
1) Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2) Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½
jam.
Untuk lapis atas :
1) Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
2) Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana
besar.Kacau selalu supatya tidak berketul-ketul
dan tutup api.
3) Cakar cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama 25 minit.
4) Sejukkan dan potong.
Sedia untuk dihidangkan.
Well hari ni ada kenduri kahwin anak office mate Abang so....tengahari...dapur tak beroperasi....
Selamat berhujung minggu!!!