Pencinta Novel
February 14, 2006
Adam dan HAwa
Sinopsis : ADAM & HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Harga : RM 19.90
Halaman :0
ISBN : 983-124-216-5
Komen saya:
Cerita yang mendayu2, penangan Aisya Sofea, memang tak dinafikan best.
SEcara peribadi, kisah di masjidilharam tu banyak menyentuh perasaan liya.
Bintang:
**** (boleh dijadikan koleksi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
Boleh cek laman web alaf selalu http://www.alaf21.com.my
Assalamualaikum!! Minta maaf kalau komen saya ini akan menyingungkan banyak pihak tetapi perkara ini harus di suarakan.
1. Kenapa novelis malaysia terutamanya bahasa melayu cenderung ke arah novel cinta?
2. Jika sebab pasaran memang bole diterima tetapi setahu saya ada novelis yang terbit kan sendiri novel mereka. Jadi kenapa tak diambil kesempatan membuka satu ruang dalam dunia penulisan.
3. Kalau diperhatikan novel-novel berbahasa melayu ini tidak cukup mendalam tulisan nya. Sebagai contoh jika watak/karakter itu seorang arkitek, watak arkitek itu tidak dirungkai secara mendalam terutama kerjayanya. Adakah novelis-novelis ini tidak membuat kajian?
Bukan niat saya merendah kan novel-novel melayu ini. Saya telah membaca novel-novel karya A. Samad Said, Usman Awang, Arena Wati, Abdul Talib semasa saya di menengah rendah (tingkatan 1-3). Apabila saya menjejak menengah atas saya telah beralih ke arah novel-novel inggeris. Disini saya dapat membuat perbandingan jikalau untuk novel fiksyen, novelis kita masih kurang dan perlu diperbanyakkan. Dan novel-novel cinta ini tidak menambah pengetahun am. Dimana perginya peribahasa membaca itu jambatan ilmu.
best jugak novel ni....
to.. hisham basri...
Sebagai seorang pembaca saye rasa apa yang awak cuba perketegahkan.. itu memang sesuatu yang bagus. Saya setuju dengan pandangan awak.Tetapi ada satu perkara yang saya rasa kurang setuju,mengenai tentang pandangan awak sama ada novelis- novelis tidak membuat kajian untuk membuat novel.
Tidak semua novel, seperti apa yang anda perkatakan.Selalunya novelis akan membuat 'research' tentang watak yang mereka akan cipta di dalm novel.Seperti novel ADAM DAN HAWA hasil karya Aishah Sofea,beliau telah membuat kajian terlebih dahulu tentang kerjaya juru terbang seperti yang di nyatakan di penghabisan ceritanya.Karakter Adam Mukhriz di dalam novel culup jelas dan nyata. Perbualan tentang kerjayanya juga jelas.Contohnya sewaktu Adam keluar bersam Ain, dia menceritakan bagaiman seorang juruterbang menjalani sesi latihan penerbangan dengan cukup jelas sekali.Terdapat banyak lagi contoh untuk menunjukkan bahawa karakter dan kerjaya Adam Mukhriz dinyatakn dengan jelas sekali.Pembaca juga sedikit sebanyak mendapat pengetahuan tentang juru terbang dan kelayakan untuk menujadi seorang juru terbang,bukankah itu juga di ketegorikan sebagai ilmu?
Jika tidak keberatan Encik Hisyam Basri boleh membaca novel ini untuk lebih jelas tentang apa yang saya perkatakan. Sekian..
Puan Aisya Sofea, saya sudah memiliki ke semua novel Puan... kini saya ke'boringan' menunggu kelahiran novel kelahiran Puan yang terbaru...agaknya bila ye novel daripada tulisan Puan yang terbaru akan keluar....budget untukmembeli novel telah saya kumpul dan kongsi bersama kakak yang sama-sama meminati hasil Puan...suka kami membaca novel cinta yang menyentuh jiwa...cinta saya pada pembacaan novel mula timbul apabila seronok membca novel Puan yang pertama 'Jauh'. Sejak itu saya sentiasa mengikuti perkembanga novel-novel Puan yang lain. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya satu minat yang amat saya gemari dan sayangi iaitu membaca novel cinta..
salam.......sy merupakan antare pembaca yg telah membace novel adam dan hawa.......sy mengucapkan syabas kpd penulis novel ini krn telah menghasilkn novel yg sgt menarik...bg sy ini merupakan novel terbaik yg pernah sy bace selain novel badai semalam karya khadijah hasyim.....moga terus berkarya dan maju jaya
tahniah...cite nie bes sgt...
For a guy like me, I never read any love novel especially malay novel... But, when I was celebrate hari raya in Kelantan this year, my cousin asked me to read this novel... FYI, I started love this novel when I just read the prolog... What I tried to say is, I love this novel so much...
I'm just so addicted to this novel...
It change my point of view in every single things in my life... I already post a comment to this blog, but i just don't know why, because of this novel, Adam and Hawa, it can't stop me... One the things that make me realized is, its not easy to get married. Morever, there is no actor or actress in Malaysia can act as Adam Mukriz and Ain Hawani... And now, I frequently read Malay nover especially from Alaf21 and Aisya Sofea...
assalamualaikum...
saya sangat minat baca novel ni. dah banyak kali saya baca novel ni tak pernah rasa jemu. jalan cerita yg sangat baik. dan juga damya hanna salah satu penulis novel yg sangat saya minati. novel karya damya hanna tidak ketinggalan untuk saya dapati.
the best love novel I ever read!!!have more information about pilot career!!
novel y menarik
kali pertama membaca "Adam&Hawa" saya terpikat utk membaca karya AS. Selagi Ada Dia (SAD) & Buatmu Kekasih (BK)telah saya baca. "Idris" dlm SAD membuat saya jatuh cinta lagi oleh kerana perwatakannya yg hampir menyamai bekas kekasih pertama saya yg bisa membuatkan suami saya cemburu. Watak Kay dlm BK membantu membuka minda para suami agar meluangkan masa utk berdua2an dgn isteri selain dlm bilik tidur. membuat aktiviti spt zainal & kay pd cuti kecemasan dpt membantu menghangatkan cinta & sayang seorg isteri setelah bekerja tanpa henti mengurus r/tangga & tugas2 di pejabat.
setiap org berbeza. ada yg suka membaca novel cinta ada yang tak. sesetengah org cenderung membaca novel english. takde ape yg salah klu bace novel english mahupun novel melayu. kita membaca setakat untuk menambah pengetahuan. saya sendiri pun suka membaca novel. at least, saya dapat menulis dengan baik dalam penulisan bahasa melayu saya. tp sekarang, minat sy untuk membaca novel cinta semakin menurun. hal ini kerana, saya dapat agak jalan cerita yang seterusnya, dan ini menjadikan saya menjadi bosan. benda sama yang diceritakan. cuma berbeza watak, tempat dan situasi. tp jalan ceritanya lebih kurang. apa kata, para penulis membuat cerita yg lain dari kebiasaan. cerita yg mana pembaca tidak dpt mengagak jalan cerita yang sebenar. saya suka membaca novel yg dikarang hm.tuah iskandar. ceritanya tidak hanya menjurus kpd percintaan, malahan agama dan sedikit mistik maybe. namun, pengarangan aisya sofea juga tidak kurang hebatnya. saya mula membaca novel aisya sofea ialah jendela hati. syabas sy ucapkan kpd novelis melayu. anda menjadikan sy mahir menulis karangan bahasa melayu. terima kasih...
the nice novel
Assalamualaikum....
Menarik lah Novel nie...
Minatlah bidang penulisan nie..
tapi tak pandai nak garapkannya... :-)
apa pun Tahniah!!!!
Assalamualaikum...
Menariklah Novel nie..
suka sangat...
Minat gak bidang penulisan nie..
tapi tak pandai nak garapkan.. :-)
apa pun TAHNIAH!!!
nOveL >aDaM & hAwa< mMg beSzZZ...
i liKe diZz nOveL..
cOngraTs tO aiSyaH sOfeA..(",)
gUd LuCk..!!
memang best giler la novel adam dan hawa ni.tak jemu saya nak membacanya..watak adam dan hawani memang perfect la..terima kasih sebab saya dapat informasi tentang kerjaya seorang pilot..
to en.hisham basri
mmg semua kebnykkn novel melayu brbntk cinta. novel cinta inilah mnrk para pmbaca dan ianya di selit kan dgn nilai2 moral yg lain.
satu lg,pasal watak2 dlm novel..
sy rasa da ckp mndalam satu watak perwatakan itu di cerita,,mmg btul novel hanya sebuah cerita(yg blum tau ksahihannya) yg telah di olah dan ianya dibukukan oleh penulis TAPI penulis yg mahu mencipta sesuatu karakter itu dia terlebih dahulu mkaji watak tersbt..its not just main hentam aje.
mmg kebnykan org melayu selalunya,,suka sgt dgn novel english..jika org melayu buat the same thing tp kita ttp ckp bnda yg sama,,dan sy pn nah baca novel english...so??
to ahmad naim:
baca dulu br tau kan..
mmg best..truskan
salam...
Adam dan Hawa was my first novel...the story was sooo cool and romantic...starting that day... i love to read alaf 21 novel.. love Adam mukhriz and Ain hawani
love the story soo much.. love ain hawani and Adam mukhriz... sweetttt couple.. they meant together
salam...Adam & Hawa.
terpisah jauh...tp bertemu akhirnya d tanah tandus padang arafah....
begitu juga Ain Hawani & Adam Mukhriz..bertemu d dpn masjidilharam stlh 8 thn...
saya & Adam bertemu selepas 5 thn tidak berjuma...
anugerah Ilahi patut disyukuri, mencari keredhaanNya.
sy suke novel ni... cite ye best sgt ... smpat roomete sy ngis... huhuhu...
novel nie memang best.... tak cukup sekali nak baca... kena berulang2 kali baca baru puas hati.... tahniahlah buat puan aisya.... novel2 awak semuanya best2.....
novel adam dan hawa memang best.... skali baca memang tak puas, kena baca berkali2 baru puas hati..... tahniah buat puan aisya, novel terbitan awak semuanya best2....
"my love for you dies when the last petal of these roses falls" (4kuntum fresh roses, sekuntum bunga plastik) ... OMG, I'm so in love with Adam Mukriz character...
The best malay love novel that I've ever read... kagum dengan scene waktu bertemu di hadapan masjidil haram..terasa mcm diri ini di sana*oneDay* ... scene satu lg biler Ain Hawani jatuh cinta pada suaminyer tatkala lelaki itu mengimamkan solat maghrib masa kenduri....wow *speechless*...
Memang best...dok ulang2 baca...
sye minat sgt ngan novel kak aisya sofea ,, novel aka sumenye bezt2 taw .. kbanyakn novel sye sume nye hasil karya akak ..
bez glew cter ny !!
suke sngat2 . .
trutma prangai am !!
love it . .
bez glew cter ny !!
bes sesngat .
i love am !!
Nak kena reread balik Adam Dan Hawa ni, dan imagine Aaron Aziz as Adam Mukhriz and Nadiya as Ain Hawani
salam.sedikit pandangan mengenai komen en. hisham basri:
tidak semua penulis novel di malaysia tidak membuat kajian sebelum menulis karya mereka.terdapat banyak input yang terdapat dalam karya mereka.kebanyakan novel alaf21 telah saya baca dan saya dapati cara penulisannya baik.kita boleh terbawa2 dengan cerita tersebut.lagipun,tidak salah membaca nove cinta.ianya adalah hiburan ringan dan pada saya ia merupakan satu cara beriadah.saya ada membaca satu rencana yang mana menyatakan penduduk malaysia malas membaca.sekurang2nya dengan adanya penulis+dengan cerita yang hebat,ia dapat menarik minat kita untuk membaca.kalau kita sebagai rakyat malaysia tidak menyokong karya tempatan,siapa lagi yang kita harapkan?mungkin ada sebahagigan kita yang terlalu mengagung2kan karya luar sehingga memandang sepi karya tempatan...
Post a Comment