Sinopsis : RIA QISTINA
Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.
Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'
Harga : RM 15.00
Halaman :416
ISBN : 983-124-130-4
Sedikit Sedutan:
Qistina menyentuh lembut wajahnya. Mata, hidung, bibir... semua ada! Lubang hidung pun ada. dia melihat wajah kacak itu tanpa berkelip.
'Yes, I'm waiting. boleh kenalkan diri awak?"
Qistina mendengus. Kalau ya pun tunggu aku memperkenalkan diri, tak payahlah tenung aku sampai nak terkeluar biji mata. Dia bingkas berdiri.
"Ria Qistina Umar." Lantan terus duduk tanpa menantikan arahan guru muda tersebut.
"Ria Qistina?"
Cikgu Zarif merenung wajah itu. Qistina diperhatikannya dari atas ke bawah. Dia mengangkat kening. Seolah-olah hairan.
Qistina masih tak lepas memandang wajah Cikgu Zarif. "Cikgu ada masalah dengan nama saya?"
Sememangnya ramai yang akan menayang muka pelik mendengar namanya. Tapi untuknya, ia tidak pelik kerana nama itu adalah pilihan orang tuanya. Nama yang cukup simbolik, dan lain dari yang lain.
"Ria Qistina? Nama yang unik, seunik orangnya."
Unik? Nampaknya aku bertemu lagi dengan Cikgu Liana dalam diri kau. Hai, kenapalah guru akaun sentiasa ada masalah dengan aku? Asyik tak ngam aje. Dulu, Cikgu Liana dah aku halau dengan seekor lipas, lelaki ini macam mana pulak aku nak buat? Qistina menggigit bibir.
3 comments:
Askum....hehehe,dlam byk2 novel yg sy bce inilah stu2 nye novel yg menjadi kn nama sy sbgai wtak utama...jlan crita nya jgk sronok dn amat mnarik prhatian sy...akhir kta smoga sukses slalu dlam dunia pnulisan tanahair...ten q for reading...wassalam.
QISTINA BT. CHE MOHAMED NUZI
SMK Kg. Chengal
k.b. qlate.
haii
sy slh seorang peminat novel nie..
best sgt jln ceritanya...
semoga penulis buku nie success slalu..
Hai... Saya mmg peminat setia novel melayu.. Terutamanya karya Bikash Nur Idris.. Juz nak tanya U all lah.. Kat mana agaknya ada jual novel2 lama Bikash. (Princess, Kau Yang Bernama Seri, Ria Qistina).. Dah jenuh saya cari tp x jumpa... Saya kehilangan 3 novel nie....Tuk makluman.. sy stay kat Klang..
Post a Comment