Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Happy 3rd Blogiversary Watiermanlife! Happy Labor Day !... 1st May 2012...Jom makan Samprit Reena!


Credit gambar untuk Mr Google!! TQ ya!


Assalamualaikum....Selamat beristirehat sempena cuti umum buat semua para pekerja!!! Pasti semua punya perancangan masing-masing untuk hari ni....moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar!

Di kesempatan ini juga ingin dirakamkan bersempena ulangtahun yang ke 3 untuk WATIERMANLIFE....kerana telah tiga tahun lama nya kewujudan blog ini...yang ada kalanya terang...ada ketikanya pula malap seakan-akan pelita yang kehabisan minyaknya!...Corat-coret dan rentetan kehidupan harian Akak sebagai suri dalam kehidupan keluarga Watiermanlife....sedikit sebanyak dikongsikan dalam blog ini.....

Bermulanya blog ini atas usul Along...anak sulong Akak....yang ketika itu sedang belajar di Bangi...agar memaparkan semua masakan Akak...jadi dia dapat tahu apa yang Akak masak setiap hari.Atas sebab itulah wujudnya WATIERMANLIFE!

Rupa-rupanya dunia blogger ni sangat luas kerana ianya merupakan dunia tanpa sempadan....maka setiap hari Akak mula belajar meningkatkan taraf blog...ni ke satu peringkat yang lebih baik...dan mula kenal lebih ramai rakan taulan dan saudara maya....mula berkongsi segala macam ilmu.....tak kira apa bangsa dan agama sekali pun!...Atas dasar....biarlah Aku mengambil selangkah setiap hari...rupa-rupanya...langkah ku semakin jauh...dalam tempoh tiga tahun....perjalanan ini telah jauh dari tempat permulaannya. Syukur Alhamdulillah....Semuanya dengan Izinnya! Moga hubungan & Ukhwah yang terjalin terus mekar dan terus kekal Insyallah!

Memandangkan hari ni....para pekerja sedang bercuti....makanya...pelajar ini telah mengambil alih tugas pekerja di dapur......




Terima kasih kepada penyumbang asal resepi kuih samprit yang sedap ini.....juga buat saudara maya...Adik dZana dari blog Inspirasiku.....Cikgu...Akak mohon ampun kerana telah selongkar dapur adik untuk dapatkan resepi kuih ni ya...tapi dah kemas siap mop lantai lagi sebab ada tertumpahkan tepung tadi.....Mohon halal ya Dik!

SEMPERIT PANDANSumber : Chef Zubaidah via Maklang Azie
Akak ambil dari blog Dik dZana @ Inspirasiku

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan 
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
Coklat masakan putih dan gula manik
Akak letak ceri merah

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan picitkan adunan ke atas dulang. 
  4. Letak ceri diatas bunga yang di tekan
  5. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  6. Sejukkan biskut .
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.




Well ......kudapan Akak sekeluarga sempena hari cuti ni!!....Buat satu adunan jer pun....sekejap jer siap!


Have a nice day !

Wednesday, November 3, 2010

Let's do the Conga!!!...opps..Congo Bars!

*.*

Assalamualaikum....first...lets do the Conga Dance.....


Sambil kita hiburkan hati jom kita kunyah....makanan sedap tak hengat ni....





Resepi Akak cedok dari rumah Dik Izahdaut @ Izah Muffin Lover Terima kasih dan mohon halal ya kepada sumber asal Dik Rima di Singapore sana...walaupun Akak tak pernah menjenguk Dik Rima...tapi ilmu tu tetap sampai juga melalui saudara maya yang lain.....seperti Dik Izah, Dik Zana, Dik Ika.....terima kasih yang tak terhingga atas perkongsian yang kalian panjangkan hingga kepada Akak. Hanya Allah yang membalas dengan pahala atas ilmu yang diberi....melalui perkongsian ini...Amin!



CONGO BARS
source: RIMA

Bahan-bahannya:

  • 2  3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum(Akak pun)
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
  • 1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm(Akak guna 1 cawan bumbun)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang(Akak guna segenggam)
  • 1 cawan kacang pecan dicincang- saya guna kacang gajus(Akak guna campuran badam & walnut)
  • segenggam kismis hitam- saya tambah
Caranya:

Menggunakan mixer:

  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  • Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
  • Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
  • Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan. 
  • Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.
Kalau Menggunakan tangan:
  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Satukan butter  dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
  • Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  • Masukkan vanila, kacang dan coklat.
  • Akhirnya masukkan adunan tepung.
Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.
Akak keluarkan...potong dan masukkan balik selama 5 minit





Jom layan hasilnya lagi......!



Menurut testimonial......anak-anak prefer chocolate chips COOKIES dari cookie bars yang cam gini.....but it is worth trying.....sebab kalau nak beli.....mahal kan! I bet I know why...sebab cookies lebih crispy....and they are not a nut fan!....Tapi kalau letak masa menonton TV...rasanya tak perasan pun tangan menggagau balang bars tu...hehehe....mulut tetap mengunyah!



*.*

Thursday, August 5, 2010

Annoucement. lagi kuih untuk jualan....&....................................Blog Updates ....Resting ....seketika!


*.*
Assalamualaikum...

Akak nak minta maaf pada semua kerana terlalu busy nak update kebelakangan ni...atas sebab tak pandai nak bahagi kan masa ...dengan beberapa usaha memajukan business menjelang Ramadhan dan Syawal....jadi BLOG UPDATES will be resting seketika....sehinggalah Akak pandai mengimbangkan masa.....jadi I will still be around tapi just that my blog akan senyap sekejap jer!!

Di kesempatan ini Akak ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan sama-samalah kita mengerjakan ibadah puasa dengan penuh kesyukuran dan patuh pada perintah dan menjauhi segala larangannya....Moga Allah memudahkan segala urusan buat kita semua!

Sedang mengusahakan kuih tart bunga with my homemade jam dan kuih maruku gunting di samping bunga dahlia yang telah Akak warwarkan terdahulu!




Tart Nanas Bunga - 50 biji @ RM20


 

Maruku Gunting - sekilo @ RM13

Okaylah I really have to go sebab sekarang ni tengah sibuk buat marketing dan handling out samples...dan sambutan...setakat ni Alhamdulillah.....at a good start!Syukur...semuanya rezeki dari Allah....and tak sangka pulak something dari minat memasak Akak akan menjirus ke arah menjana pendapatan....so kalau ada yang nak ikut jejak langkah Akak....it's never too late to start.....ada rezeki kita...insyaallah!

Well I really have to go.....will try to make time to visit you guys.....hopefully soon! Moga Adik2 dan kawan2 diluar sana .....selamat menyambut Ramadhan alMubarak!

Sila buat tempahan segera dengan panggilan terus atau SMS ke 

019-4800424
Kak Watie



*.*

Monday, August 2, 2010

Kuih Bunga Dahlia......untuk tempahan Raya!

*.*

Assalamualaikum.....

Sekirannya ada yang berminat dengan Kuih Bunga Dahlia .....ini ada berita baik...terutama bagi peminat atau pengemar kuih ni di sekitar Pulau Pinang.....Akak sedia menerima tempahan mulai sekarang sehingga 15 Ramadan sahaja(Itu pun tertakluk sekiranya sambutan melebihi keupayaan Akak ....Akak terpaksa pendekkan tempoh pesanan!)


Harga untuk 50 keping ++ ialah RM15.00



 




Sila buat tempahan segera dengan panggilan terus atau SMS ke 

019-4800424
Kak Watie





*.*

Tuesday, February 23, 2010

"Famous Amos " Cookies ....Precious Queen Thank you!!!

Assalamualaikum

Salam kembali selepas sepi beberapa hari....biasalah sibuk dengan urusan rumah tangga....Along pun dah selamat balik ke Bangi....Kehidupan di teruskan....tapi tahap sibuk Akak ni tak ada sempadan....ada kalanya terlalu banyak.....kerja nak dibereskan...tercungap juga   Akak...tambah dengan cuaca yang panas  sangat sekarang ni! Kalau sempat duduk-duduk sekejap pun....dah datang pulak kerja lain pulak....it's a never ending work!!!

Kalau nak tahu....kerja sebagai housewife ni tak ada MC...tak ada Annual Leave...infact tak ada Public Holiday pun!....The only time Akak tak bekerja bila Hubby bawa keluar jalan2 ....meaning....memang keluar dari rumah lah! Once step in side the house......ada saja lah....!!!Masa Akak kerja dulu pun ada juga MC ke Annual Leave....& Public Holiday....dari office lah...tapi Akak ni dari azali memang jenis yang suka kerja2 dapur....

Okaylah....just nak share resepi bekalan yang akak buatkan untuk Along hari tu....Akak buat "Famous Amos" punya resepi chocolate chips cookies....yang Akak dapat dari Blog Precious....Akak nak linkkan....tapi tak tahu kenapa tak boleh nak masuk pulak! Actually Akak panggil Blog owner ni Queen....she is a teacher....she offered the recipe dalam entry dia a few weeks ago....tapi Akak jer bertangguh nak try it out!...Resepi ni ada cerita nya tersendiri....

A customer sent this recipe via e-mails since she had to pay for 250 for it....due to miscommunication! Salah faham punya pasal.....ketika menjamu selera di Famous Amos....the customer ask the sales person kalau2 dia boleh bagi resepi cookies tu....& the sales person jawab....tak boleh...tapi kalau nak beli resepi boleh lah!....bila pelangan tu tanya....berapa...she answered...two fifty.....so the customer agreed!...and the amount was charged to her credit card.........She only realized that she was charged TWO HUNDRED FIFTY   for the recipe much later.....so....to get back to Famous Amos....is by spreading the recipe via e-mails.Akak got the recipe...& credit to Precious sebab buat special entry for this!

Since Akak tak boleh nak masuk blog Precious.....I have to type it back.....!And  I have given a name to it!

"ALMOST FAMOUS" CHOCOLATE CHIPS COOKIES

I made 1/2 batch of the recipe given!

Ingredients:
  • 2 cups butter ( Akak guna 1 cup)
  • 4 cups flour ( Akak guna 2 cups)
  • 2 tsp baking soda ( Akak guna 1tsp)
  • 2 cups granulated sugar ( Akak guna 2/3 cup)
  • 2 cups brown sugar ( Akak guna 2/3 cup)
  • 5 cups blended oatmeal ( Akak guna 2 1/2 cups)~ measure oatmeal then blender to fine powder
  • 24oz choc chips ( Akak guna 450 g)
  • 1tsp salt (Akak guna 1/2 tsp)
  • 18oz Cadbury bar grated (Akak tak letak....tak beli)
  • 4 eggs (Akak letak 2 biji)
  • 2 tsp baking powder (Akak letak 1 tsp)
  • 3 cups chop nuts ( Akak sprinkle sikit jer...anak2 tak suka nuts)
  • 2 tsp vanila essence (Akak guna 1 tsp)
Method:

  • Cream the butter & sugar
  • add eggs & vanila, mix together
  • add in flour,oatmeal powder, salt, baking powder, soda....all the ingredients
  • roll into balls and place 2 inches apart and bake for 10 minutes at 180 degrees (Akak guna spoon jer)

Rasanya.....memang sedap.....!!!





Monday, December 21, 2009

Terlalu Sibuk....Tak sempat nak Update....Maaf yer!!!

*.*

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah Buat Semua.....

Terlebih dahulu ampun dan maaf di awal tahun baru Hijrah ni.....sebab dah lama tak bersiaran...rasa macam dah lama sangat.....menjenguk pun tak sempat nak bagi salam.....Itu pun sekejap-sekejap.....maklum sajalah...di akhir-akhir cuti persekolahan....masih sibuk nak melayan permintaan anak-anak....nak makan itu ini....tambahan pula ni dah minggu-minggu akhir Along nak enjoy family gathering.....Lepas Xmast dah nak balik Bangi semula....tentu sunyi balik rumah ni....

Hujung minggu yang panjang....kami sekeluarga tak ke mana-mana cuma melayan kerenah anak-anak bermain online games, menonton DVD dan movie di Astro, main board games...keluar beli buku-buku sekolah Reena dan Nizam.....pergi pasar......most of the time....masak...makan minum...main.....bersantai dan beriadah di rumah aje!

Nak di ikutkan kerja rumah ni tak pernah-pernah habis.....ni pun curi-curi masa aje....sebab dah janji nak buat kek dan muffin dengan budak-budak tu....Infact....nak juga buatkan kek untuk Along....siap-siap since setiap kali Birthday dia...dia dah balik KL....so kali ni...biar buat awal sikit....sebab Birthday dia 5 hb Januari nanti.....dah nak masuk 20tahun anak bujang Akak yer!! Cadang nya Akak nak buat 4 sekali.....Along 5 hb Januari, Nizam 27hb Januari, Hubby 28hb Januari dan Wedding Anniversary yang ke 21....pada 15 Januari!!!Kalau buat kek sebiji....jimat 4 event dalam 1....adil tak....???Ini Akak yang contribute....kalau ada extra....dia orang nak contribute tu...suka hatilahkan!!

Entah jadi ke tidak tak tahu lah....tapi kalau jadipun...buat ....potong...sendiri juga yang makan...tak adalah nak buat majlis segala....tengah budget ni....nak buka sekolah....banyak nak pakai duit kan!!Sendiri kena ingat....belanja mesti berhemah...!!

Kali ni....Akak nak tepek semua juadah secara rawak....sepanjang Akak tak update beberapa hari ni....tapi ada jugak yang tak snap....gambar...terus ngap...dan selamat sejahtera...kenyang...syukur Alhamdulillah...antaranya..nasi goreng, cucur udang...ni siap kuah kacang lagi tau....tapi boleh cerita jer lah...bukti dah selamat!!!!

Layan jer lah apa yang ada ni.....

Kita mulakan dengan juadah pagi ni....dan bekal lunch hubby......then all the dishes during the weekend....tak ingat exact time dah....layan jer lah okay!!!


















































Ini sajalah paparan yang sempat Akak rakamkan......bagi para pengunjung yang sudi singgah di dapur sempit Akak ni.....terima kasih dan Akak sangat-sangat berbesar hati.....jangan serik....datang lagi yer!!!



*.*

Wednesday, September 30, 2009

Daging Goreng Padprik.....& Roti Butter Bergula

*.*

Salam semua.....mari kita makan sarapan pagi yang mudah.....la...apa yang susahnya..beli roti gardenia ke Hi-5 ke....apa2 brand lah.....sapu butter...then tabur gula...!!! Sekali sekala sedap jugak...dengar krup...krap..gula dalam roti tu!!!


Nak minum air apa??...Teh...Kopi...Nescafe....Milo....????? Baca Bismillah & doa makan...jangan lupa....!!!





Untuk Lunch...Daging Goreng Padprik.....dah...cukup satu menu...lauk semalam ada sikit lagi....ingat...dah tinggal empat orang aje.....dan bukannya kaki makan...ops!!...tak baik guna kaki...tak ada ahli keluarga ni...yang hobinya makan yer....yang ada ...jenis yang makan bila dia orang lapar aje!.....akibatnya...yang membulat...Akak jugak..sebab nak habiskan apa yang akak masak!>>Huhuhu.....tak suka...tak suka.....dah over sized dah sekarang ni!!!!









Dan ini pulak menu semalam untuk...anak dara akak...yang memang minat nasi impit...panggil...ni... nasi bantal dalam sup....dia sorang aje yang makan macam ni.....!





Dah.....nak pergi sidai kain pulak ni...ada yang nak hulurkan bantuan...ringankan beban!




*.*

Monday, September 28, 2009

Entry Tertunggak....persiapan menjelang Aidil Fitri 2009

*.*

Salam semua...pastinya ada hutang kukis yang akak belum jelaskan....pada pengunjung yang sering tertanya-tanya...tengah buat kuih ker???Atau ada yang mungkin ingat akak dah siap tunjuk2...kukis kat kedai ker....Buat semua.....sejak berkahwin.....rasanya akak jarang sangat beli kukis untuk hari raya....mesti buat....tambahan...anak2 dah besar-besar....memang suka sangat nak mengukis.....

So ....akak nak tempek jer gambar-gambar untuk tatapan pengunjung blog akak ni....hasil kerjasama....kami anak beranak...di saat-saat akhir menjelangnya Syawal 2009.....jangan le gelak tengok kuih yang tak seberapa tu yer....apa-apa pun kami anak beranak enjoy buat kukis sama-sama!!!!































































*.*