Adakah ini satu Tabungan???

Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Al Fatihah - Buat Anakanda Farizal

Assalamualaikum.....



Hari Jumaat yang lepas Akak dikejutkan dengan berita yang sangat tragis tentang kemalangan yang telah mengakibatkan kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga Akak...Muhammad Farizal Bin Rofaizi. Arwah yang berusia 17 tahun agak rapat juga dengan Alang Nizam anak kedua Akak yang dua tahun lebih tua darinya. Arwah ialah anak kepada adik sepupu Akak yang tinggal di Kg Batu 10 Terap...antara Kulim dan Serdang. Arwah juga merupakan cucu kedua kepada Arwah Pak Ngah Akak yang pernah Akak paparkan satu ketika dulu. Arwah terlibat dalam kemalangan motosikal dengan lori....Akak tak tahu cerita detail sebab masih dalam siasatan polis.

Kejadian berlaku pada tengahari sebelum Jumaat dan Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 6:30 petang. Jenazah selamat disemadikan lewat jam 1 pagi kerana mengalami pendarahan berterusan jadi disempurnakan secepatnya. 

Kami sekeluarga mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambanya yang beriman.Amin!

Semoga Ani (ibu Arwah) yang mengidap sakit buah pinggang dan mendapat rawatan dialisis terus tabah menghadapi dugaan ini....dan Faizi (adik sepupu Akak) juga redha dan terus tabah menerima ketentuan ini.Yang paling menyayat hati kerana adik bongsu (Fadzli) Arwah yang baru darjah 2 tidak dapat menerima kenyataan ini....kerana masih kecil dan tersangat rapat dengan Arwah. Mereka cuma tiga beradik dan ketiga-tiganya lelaki. Akak juga berharap Abang Sulong Arwah (Firdaus) yang cuma beza setahun dari beliau juga terus cekal menerima takdir yang telah ditentukan ini. Akak rasa Firdauslah yang lebih rapat dengan Arwah kerana beza umur mereka cuma setahun...dan sebagai anak lelaki sulong dia masih mampu tenang di hadapan kami sekeluarga!

Keadaan kesihatan Akak masih sangat tidak stabil dan ditambah pulak dengan kami berulang alik dari Penang ke Kulim ....beberapa hari ni...jadi maaflah ya...sekiranya Akak masih belum mampu menziarahi rakan taulan atau menjawab tegus sapa kalian ya!

Moga Allah memudahkan segala urusan buat keluarga Arwah dan Allah menerima doa dan sedekah Al Fatihah dari kita semua buat arwah Muhammad Farizal...Al~ Fatihah!





Monday, May 24, 2010

~......Innalillahiwainnailaihirajiuun....ALFATIHAH....~

*.*


AL FATIHAH

Innalillahiwainnailaihirajiuun....

Abang Bakar...sepupu Akak yang keluar CCU hari tu....telah  kembali kepada Penciptanya...pada pagi Jumaat kerana barah paru-paru. Telah selamat dikebumikan pada petang Jumaat selepas Asar.

Moga Allah menempatkan arwah bersama Hambanya yang beriman......Amin!

Akak agak sibuk....dengan pelbagai urusan keluarga....dengan kunjungan ibu mertua pada hujung minggu....dan kesihatan Akak yang juga kurang baik....Akan kembali bersiaran bila keadaan kesihatan Akak mengizinkan.....Asthma....datang lagi....akibat batuk dan selsema....




*.*

Thursday, October 8, 2009

ALFATIHAH


*.*

AL FATIHAH

Innalillahiwainnailaihirajiuun....

Pak Ngah telah kembali kepada Penciptanya...baru terima panggilan dari suami..10 minit yang lepas...



Akan bertolak ke Kulim...



*.*

Thursday, August 13, 2009

Innalillahiwainnailaihirajiuunn...Al-Fatihah

*.*


Ustaz Asri...di tengah...Rabbani

Ustaz Asri...Ketua Kumpulan Rabbani telah kembali ke Rahmatullah....

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

(Sedutan berita dari Berita Harian On-line)

Semoga Roh beliau di cucuri rahmat dan tergolong didalam golongan hamba nya yang di rahmati...Al- Fatihah.....AMIN!




*.*