Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Friday, 5 February 2016

.. majlis aqiqah baby boy zaza ..

assalammualaikum

31 january 2016 yang lepas berlansungnya majlis aqiqah anak lelaki kepada zaza. kalau tak silap tie time nih baby die dah berumur 50 hari kot. atau lebih kurang cenggitu lah. zaza pun dah slim melim dah lepas pantang. bersiap macam bukan orang baru lepas bersalin. hehe

mommy bawak kak ipar dan anak saudara temankan mommy ke rumah zaza. papa kerja and mak pulak tak berapa sihat. alhamdulillah banyak betul menu yang ader and semua sedap belaka :)

zaza, tie dan ruwaida. kawan masa belaja diploma dulu

mommy yang tak turun lagik berat badan. diet tak sangga dah! hahha boleh caya ke diet?

tie dan zaza bersama anak dara masing masing

nak jugak mommy bergambo sengsorang :)

yang mana lagik cun yer? hahhaha

tak lama stay d rumah zaza. lepas makan and bergambar terus gerak balik. then tie ke rumah suria dan makngah hubby untuk majlis aqiqah. malam nyer baru lah balik kangar.

selit gambar hari jumaat yang lepas, kereta mati tepi jalan. nasib baik time nih dengan hubby. die ambik tie balik kerja then singgah makan kat kangar. time nak gerak balik, kereta pulak tak boleh hidup enjin.

rupanya air bateri kong weh! nampak tak kecuaian mommy. lansung tak check. haha. nasib baik ader orang yang lalu lalang kat situ tolong kami. alhamdulillah settle dah :)

azam baru kononnya nak amalkan hidup sihat, nak diet, nak jogging, berbasikal dan bersenam. nak turunkan berat badan nih. tapi tak tahu lah tercapai atau tidak azam nih. hahaha

yang nih paling latest. bawak hubby ke klinik mata. die potong besi time kerja and besi tu masuk dalam mata. memang sakit la weh! tu lah tak nak pakai protection, sekali dah kena kan syg. tapi alhamdulillah dah okeyh.

dan ini pulak kisah yang paling sedih d awal tahun 2016. kak nadhirah, kakak angkat tie telah mengalami kemalangan jalan raya time die otw nak balik ke kampung abg wan d jitra. actually kitaorang dah plan nak temukan qaleesya dan nedya bila akak dah sampai jitra nanti.

anak syurga, nedya el syasya

tapi Allah lebih sayangkan nedya el syasya. anak syurga ini telah kembali kerahmatullah dalam perjalanan ke hospital. nedya meninggal atas pangkuan kak dira. Allahuakbar.. time tie dapat berita nih, menggigil satu badan. rasa sedih sangat. hati meronta nak pergi jumpa akak. tapi time tu tie lansung tak dapat hubungi akak. hanya mampu berdoa dari jauh untuk keadaan akak yang dikhabarkan cedera parah

malamnya, alhamdulillah abg wan balas whatsup tie dan bagi tahu kak dira dah sedar. tangan dan paha kak dira patah. allah. berderai air mata mengenangkan keadaan kak dira. maklumat terkini yang tie dapat, besi dah di masukkan ke tangan akak tetapi untuk kaki masih belum kerana tulang paha nya hancur. terpaksa gantikan tulang sintetik dulu. itu yang di khabarkan oleh abg wan

sampai sekarang kak dira masih tak on phone dan sampai sekarang jiwanya masih tertekan. tie hanya contact dengan abg wan untuk mengetahui perkembangan kak dira. besar sungguh dugaan dan kesakitan yang kak dira dan abg wan alami. tie sendiri tak mampu kalau tie d tempat mereka. perasaan seorang ibu apabila kehilangan anak yang baru berusia setahun. allah.. bukan senang nak terima hakikat ini

tapi ianya sudah ditetapkan. tie berdoa dan terus berdoa agar kak dira di beri semangat yang kuat, kesabaran yang tinggi untuk menghadapi dugaan besar ini. dan semoga kak dira kembali pulih seperti sedia kala. dan alfatihah untuk anak syurga nedya el syasya. aminn

Tuesday, 28 May 2013

.. hadiah perpisahan ..

assalammualaikum

entry masih dalam mood KL. padahal dah tiga minggu balik Perlis, tapi entry pasal KL tak habes habes. erm! ni pun bukan entry terakhir, ader lagik yang tak update. tak tahu la bile nak habes :)

entry nih tie nak tayang hadiah hadiah yang tie dapat dari kengkawan HQ KL sebelom tie balik Perlis.

sebelom tu nak selit gambar menu fish manhattan yang tie makan dengan officemate sebelom berangkat pulang ke kampung. rindu nak makan nih, kat Perlis tak der :(

and yang ni pulak gulai ketam terbaik dari kak na! memang sedappp! teringat pulak kat masakkan abg aziz and kak na :(

sehari sebelom balik, AGM tie, Cik Intan belanja tie lunch kat SR. tie ajak pieka untuk temankan tie :)

time makan tu, die banyak bagi semangat kat tie tentang tempat kerja baru. apepun, thanks Cik Intan, thanks untuk apa saja ilmu yang pernah Cik Intan bagi pada tie.

apa ntah nama menu tie makan hari tu, tie tak ingat :)

thanks kat kak dira sebab kasi chocolate kat tie. tie sempat pergi jumpa die sebelom tie balik kampung. rindu akak sangat!!! then kak jijah bagi baju kurung vietnam. warna biru ada bling bling lagik. tie dah try, memang ngam ngam dengan badan tie. thanks kak jijah. love u!!

thanks pada kak liza sebab kasi telekung vietnam. alhamdulillah tie pakai telekung nih kat TMpoint. and thanks pada kak nita sebab kasi kain lace dari Bandung nih. warna pink weh! memang santek. thanks korang (*_*)

dan ini pulak gift dari FCD team. sangat sangat touching lorh. tie memang suka sangat dengan purse merah dari Mango nih. thanks kat kak deela yang pandai pilih, memang kena dengan citarasa lah. tie jugak dapat kad perpisahan dari dorang. penuh dengan ucapan dan tandatangan kat kad nih. pasti menitik air mata setiap kali tie buka kad ni. time tu, rasa teringat sangat kat semua. harap korang tak lupakan tie :(

yang nih gift dari kak deela. katanyer gift sementara. ader gift lain dari vietnam kot?! haha. nanti tie nak tuntut yer kak deela! haha. die kasi tie casing iphone and si chumell kat atas ni. tie dah pakaikan kat iphone. thanks darling. thanks untuk kad perpisahan yang kamu buat sendri tu. kuning diraja sangat. tema babyboo:)

kak deela last kat office hari Khamis. sebab esoknyer die cuti. so hari tu lah last tie jumpa die. memang menangis lah jawabnyer. kak ros sempat pulak ambil gambar nih. muka tie buruk! haha. yg sebelah tu sengih jerk kan. apepun., thanks 4 everything dear! miss u! rindu nak begambar sesama :(

and music box yang sangat romantik nih d hadiahkan oleh kak ros. yang tak sangka nyer tie ader time kak ros beli hadiah nih. time tu kitaorang keluar pergi Mid Valley. tie lansung tak tahu yang die belikan untuk tie. siap ader music and si patung seksi tu akan menari nari bila buka kotak tu. sweet kan? haha. thanks kak ros. love u laju laju!

ini pulak hadiah dari azeera and zihah.
dorang kasi teddy bear and ferrarorocher. thanks korang.
tambah lagik koleksi Cik Tedd tie :)

zaza pun ader kasi hadiah. dia belanja tie makan kat burger king KL Sentral sehari sebelom tie balik kampung. time tu memang rushing sangat. sempat borak sekejap jerk. apepun, syukur alhamdulillah Allah masih selamatkan hubungan persahabatan nih. thanks zaza bagi bantal chumell and toys colourful. appreciate sangat. takecare okeyh, jaga baby dalam perut tu bebaik (*_*)

ni gambar tie dengan bff, pieka. die kasi buku Tentang Cinta pada tie. kamu tak bagi apa2 pun tak per dear. kamu kan dah belanja makan kat Restoran Cerana hari tu. apepun, thanks dear! keep in touch. miss u, miss everything :(

3 May lepas last day tie kat HQ KL. sebelom balik tie salam dengan kengkawan. memang berat betul rasa hati nak menanggung perpisahan nih. thanks kat korang yang banyak bantu tie, ajar tie and thanks 4 everything. tie sayang korang sampai bila bila.

owh yer, kak hajar ader bagi kain telekung dari bandung. tapi tie tak ambil gambar. telekung warna pink. cantek. thanks yer kak hajar :)

last day d HQ :(

sebelom balik, tie kemas meja and barang barang tie. bila bawak balik semua barang, cenggini lah rupa meja tie. kosong :) ntah ntah sekarang nih dah jadi tempat letak barang kak Ros kot?haha!

thanks kat korang semua. love u all! haisshhh macam tak percaya jerk tie kerja d TMpoint sekarang. rasa masih lagikk staff HQ TSSSB :)

Wednesday, 15 May 2013

.. suprise @ secret recipe ..

assalammualaikum

minggu terakhir tie d KL, tie di suprisekan dengan cake secret recipe yang sangat menyentuh hati. wah dasar ayat orang baca novel. cenggini lah!

pieka, kak ros n kak deela yang plan semua ni. awal awal lagik dorang dah pergi order kat secret recipe kat bawah. then bila lunch, dorang ajak ke secret recipe. awal tu tie ingat dorang memang teringin nak makan kat sr ni. tie pun join lah. dan tak sangka ader pulak cake yang menyentuh perasaan ni :)

ni lah cake nyer. thanks korang :)

sebelom makan, sempat lagik berposing mosing ha. sementara nak tunggu menu lunch memasing sampai, kitaorang makan cake dulu :)

sumpah tie sangat sedih, tapi muka tetap senyum

ala ala potong cake besar pulak kann. haha

sehingga menjilat jari ha, licin :)

kak ros dan pieka

with kak deela

ader lagik gambar kitaorang dengan menu masing masing (*_*)

thanks pieka.
even time nih kamu belum gaji lagi, tapi kamu join juga. love u darl!

kak ros
kawan makan, kawan solat, kawan rrm, kawan semua lah. miss u :(

kak deela
kawan gosip,kawan bergambar,kawan jumba jumbi. miss everything :(

minggu nih dah masuk minggu kedua tie d TMpoint Kangar. tie masih lagi belajar apa saja ilmu baru d sini. nak jugak update blog pasal keje kat sini, tapi still tak sempat. nanti lah. inshaallah ada masa nanti :)

apepun, thanks pada kak ros, kak deela n pieka. tie sayang korang sampai bila bila. thanks jadi kawan tie.. thanks for everything.. tie tak kan lupakan korang.. and pls jangan lupa tie yer :(

saat saat perpisahan memang terasa sangat time tu. tie rindu sangat saat saat d HQ. nanti tie update lagik okeyh :)

moga Allah mempermudahkan segalanya. kawan kawan doakan tie tau :)

Friday, 3 May 2013

.. transfer ke TMpoint Kangar ..

assalammualaikum

"kadang kadang kita perlu lepaskan sesuatu yang kita sayang bagi mendapatkan sesuatu yang kita inginkan"
dan ini lah yang tie alami sekarang. tie terpaksa lepaskan segala yang tie ader d KL nih, untuk mendapatkan kebahagiaan dan masa depan tie d Perlis.

kalau ader yang follow blog tie, mesti korang tahu yang tie ader minta tukar ke Perlis. tie hantar borang minta transfer bulan 7 last year. dan tak sangka permohonan untuk ke Perlis dah d luluskan. alhamdulillah. tie baru dapat tahu last week.

faiz banyak tolong tie.
die jugak yang bagi tahu tie yang pemohonan tie dah d luluskan

mulanyer faiz kata tie akan start bertugas d Tmpoint Kangar pada 1 June. tapi bila dapat offer letter, date kat situ adalah 1 May. memang sangat terkejut weh. kelam kabut jadinyer. yerla last minute macam ni memang buat tie susah hati. mana nak handover kerja, nak kemas barang, nak beli kasut bagai. stress.

tie ambil inisiatif sendiri untuk call SBM Perlis, minta tangguhkan sikit date report duty and alhamdulillah die tukarkan pada 6 May. even hanya lewat beberapa hari, sekurang kurangnyer sempat lah tie nak buat apa yang patut walaupun tie rasa still tak cukup masa yang tie ader.

offer letter 

tie memang bersyukur sesangat. alhamdulillah. berkat doa mak dan memang ini yang mak tie nak. die memang nak tie balik kampung n stay d cc die. setiap kali call, memang perkara nih yang die selalu sebut. tak henti henti doa minta tie dapat transfer ke Perlis.

tapi dalam masa yang sama, tie sedih sangat. sedih nak tinggal kawan2, sedih nak tinggal HQ, sedih nak tinggal family kak na and sedih nak tinggal KL. Ya Allah satu lagi dugaan yang perlu tie hadapi. masuk tahun ni dah 3 tahun tie kerja kat sini. tie dah rasa cukup selesa dengan keadaan sekeliling and kawan2. tapi mungkin dah takdir tie kena balik Perlis. 

pasti ader hikmahnyer. Allah tahu aper yang Dia lakukan untuk umatNya, Dia juga tahu aper yang terbaik untuk umatNya. moga tie kuat untuk hadapai dugaan ini. Moga Allah mempermudahkan segalanyer.

hari nih tie last kat Offie, kat kampung baru and jugak KL. waaaa sedihhhhnyer. tak nak balik... :( kenapa cepat sangat masa berlalu. berat sungguh hati ini untuk berpisah dengan kengkawan. tie pasti akan rindukan korang..

tie email kat kengkawan semalam.
waa sedihhh :(

owh yer, sebelom balik HR ader bagi tie tshirt and tudung. pakai uniform lah lepas ni yer. agak2 nyer baju kurung and kemeja yang bersepah sepah tu nak buat apa yer?


dulu waktu kali pertama tie jejak kaki ke KL, tie dah tekad dalam hati yang tie nak stay KL, nak kawin dengan org KL n memang nak menetap kat KL.tapi Allah itu maha kuasa. Dia jodohkan tie dengan suhaizal yang memang menetap d Perlis. kiter manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan segalanyer.

tie redha dengan apa yang dah d takdirkan ini. 6 May nanti tie akan mulakan hidup baru dengan menjadi staff Tmpoint. memang macam2 tie dengar orang cakap. kadang2 semua tu buat tie takut sangat. tapi demi mak, family tie dan rumah tangga yang bakal tie bina dengan suhaizal, tie akan sahut cabaran dan dugaan ini. tie akan buat yang terbaik. moga tie kuat untuk hadapi semua ni.

sajerk selit gambar time pakai baju tema negeri Perlis, kuning biru

tie harap kengkawan office tak kan lupakan tie. sebab tie memang tak kan lupa kan korang. Ya Allah rasa macam nak menangis sekuat hati.. sedih nya nak berpisah dengan korang.. tambah tambah lagi dengan team Trading, kwn makan, kawan solat. tie sayang korang sampai biler biler.. tak mampu nak tulis apa apa lagik. sambung next entry lah nanti :( 

tie beli Cik Tedd ni untuk kengkawan FCD. ni jerk yang mampu time last minute cenggini.
tie akan ingat korang sampai bila bila.. love u all!!