Showing posts with label my wedding. Show all posts
Showing posts with label my wedding. Show all posts

Thursday, 15 May 2014

.. photoshoot bersama drenjisphotography ..

assalammualaikum

masih ader satu lagik sesi bergambar selepas selesai tiga majlis penting tie dan suhaizal. dress untuk photoshoot outdoor pun dah settle hari tu kann, kami memilih tarikh 10.11.12 untuk sesi bergambar outdoor. cantik sungguh date nih. kalau ikutkan nak jerk nikah date nih. tapi tak kesampaian :)

macam biasa, cameraman yang terlibat adalah Kak Syud sendiri, owner drenjisphotography . die turun lagik sekali dari Johor and untuk make up pula dari butik Kak Sha. kali ketiga tie makeup dengan die selepas majlis akad nikah and majlis persandingan pihak tie.

kali nih, tie pergi makeup dengan suhaizal. farah anak saudara tie pun follow jugak. suhaizal tinggalkan tie di butik Kak Sha and die pergi ke butik Ixora d Changlun Kedah untuk ambil baju. then baru die balik semula untuk ambil tie.

siap makeup dalam pukul dua petang macam tu. then terus gerak ke kawasan pokok buluh Timah Tasoh. sampai sana Kak Syud dah ready tunggu tie. memang puas hati bila bekerja dengan Kak Syud. die memang ajar dari A sampai Z. tambah tambah suhaizal yang agak kaku bila berdepan dengan camera. hahahaha. die suka main main!

drenjis photography & design nih memang famous dengan kepandaian editing.
memang puas hati lah semua gambar yang di edit oleh Kak Syud. yang tak cantik, jadi lawa beb! hahahaha

salah satu gambar yang dah siap diedit oleh Kak Syud
tie copy kat facebook :)

yang ni pun tie suka :)

lagikkkk :)

lepas bergambar d pokok buloh Timah Tasoh, kami gerak ke kawasan Mata Ayer. kata Kak Syud kat sini ader kereta antik. actually kereta yang sangat buruk. time sampai tu, tie nak tak nak jerk nak naik atas kereta tu. risau weh! tapi nak bergambar punya pasal, tie gagahkan diri! hahaha. dan hasilnyer, memang puas hati. tengok gambar yang Kak Syud edit nih :)


suhaizal pun nampak lain tau!
ala ala hero dalam drama Mr.Arrogant beb! hahaaha. sapa lagik nak puji suami, kalau bukan isteri sendiri :) 
gambar nih tie paling suka tau!


tempat terakhir, kami pergi ke bangunan lama kawasan roundabout kangar.
puas bergambar weh! sampai farah anak saudara tie tu tarik muka. hahaha. bosann dah katanyer!

dengan berakhirnyer entry sesi outdoor nih, berakhirlah entry wedding tie.
alhamdulillah. segalanyer berjalan dengan lancar.
terima kasih kepada semua yang terlibat. nanti tie update entry kitaorang pergi langkawi.

Wednesday, 14 May 2014

.. majlis perkahwinan Tie & Zal , 8 December 2013 ..

assalammualaikum

esoknyer, 8 December 2014, berlansungnyer majlis perkahwinan  tie dan suhaizal di rumah pengantin lelaki pulak. tema yang digunakan adalah hijau oren. kalau ikutkan rancangan asal, majlis ini akan berlansung seminggu selepas majlis di rumah tie. tapi atas sebab musibab yang tak dapat nak dielakkan, tepaksa lansungkan pada 8 December 2013.


tema oren hijau

untuk makeup bagi majlis d rumah suhaizal, tie makeup dengan Baya Brown. kakak Baya nih datang dari Kepala Batas, Alor Star Kedah. dalam kul 11 pagi macam tu die sampai rumah tie. makeup die pun okeyh. macam kak sha jugak. tie memang puas hati. sampai petang bedak kat muka tie memang tak rosak lansung. means maintain jerk. memang tahan lama beb.

sebelum tu, pukul 5 pagi awal tu, tie ke stesen bas kangar untuk ambil pika dan boy. bff tie dari KL datang weh. alhamdulillah. thanks pika!

lepas makeup, lepas semua rombongan pihak tie dah bekumpul depan rumah, kitaorang gerak ke rumah suhaizal. pihak kami disambut dengan baik disana. sampai jerk sana terus menjamu selera.

kami mengenakan busana pengantin dari Butik Norsalela yang bertemakan hijau gold
dan pastinyer ini adalah warna pilihan suhaizal

kami di meja makan pengantin

kenduri di pihak suhaizal memang serba simple. tiada pelamin, tiada cameraman khas. yang ader cuma meja makan pengantin dan bilik pengantin. itupun semuanyer family dia buat sendiri. cameraman khas pun tak der. sedara sendiri yang jadik cameraman :)

i love u hubby!

gambar bersama shida, cousin suhaizal

ini pulak hazira.
cousin suhaizal yang stay kat KL tu. yang tie selalu keluar lepaking time kat KL dulu.

bergambar dalam bilik
kononnyer ala ala cinderella melayu la tu bila tie kembangkan kain. hahahaha

nih adik bongsu suhaizal

dan ini pulak rombongan dari pihak tie.
kami bergambar dulu sebelum dorang gerak balik

along, kawan tie time belajar di kelantan dulu datang dari kedah
die tak dapat datang time majlis di rumah tie, sebab tu die datang d kenduri suhaizal.


pika dan boy merangkap pengapit kami pada hari tu
apepun, thanks pika sebab sanggup datang dari KL

bff forever
love u so much!

petang sikit, kitaorang keluar bergambar di pantai kuala perlis.
layankan gambar kami


ini pulak gambar dari kak Baya Brown lepas tie siap makeup



sebelum ke pantai kuala perlis, kami singgah dulu di padang bola dekat dengan rumah suhaizal. nak jugak die ambil gambar kat padang nih. dasar pemain bola la kononnyer kan. hahaha


alhamdulillah. segalanyer bejalan dengan lancar. settle lah tiga majlis penting dalam hidup kami. majlis pernikahan, majlis sanding di rumah tie dan majlis sanding di rumah suhaizal. ianya akan menjadi kenangan yang tak mungkin kami lupakan.

kalau di fikirkan balik, punya la buat persiapan berbulan bulan, tapi majlis selesai dalam masa tiga hari sahaja. dan bila dah settle nih, hati rasa lapang sangat. hilang segala penat lelah, stress dan tekanan jiwa selama ini. hahaha.

gambar time tie hantar pika ke stesen bas kuala perlis pada keesokkan harinyer.
thanks again sayang sebab datang. tak sabar tunggu majlis u pulak nanti :)

tie dan suhaizal memohon maaf sekiranyer terdapat apa sahaja kekurangan sepanjang majlis berlansung. ribuan terima kasih jugak diucapkan kepada semua yang membantu. doakan kebahagiaan tie dan suami. semoga hubungan kami akan berkekalan hingga akhir hayat. aminn

tunggu entry pasal perut buncit ni pulak (",)

Monday, 12 May 2014

.. majlis persandingan Tie dan Zal, 7 Dec 2013 ..

assalammualaikum

entry bergambar

7 December 2013, tarikh yang tak akan tie lupakan sampai bila bila. berlansungnyer majlis persandingan tie dengan pasangan pilihan, Suhaizal Radin Mustaffa. tiada ungkapan lain selain ucapkan rasa syukur alhamdulillah.

dalam pukul 11 pagi macam tu, hanis datang ambil tie untuk pergi makeup. dua jam lebih jugak tie kat butik kak sha tu. then baru lah siap makeup. balik jerk rumah, tetamu dah mula datang. segalanyer da disiapkan oleh family tie. alhamdulillah.

tie buat dua banner
yang satu lagik tak sempat ambil gambar

tayang sekali lagik meja candy corner buatan sendiri nih :)

dan ini pulak meja makan pengantin.
yang nih memang tie buat sendiri. memang simple dan nampak biasa jerk.
tie tak der ambil kat mana mana butik pun

sekitar keadaan depan rumah tie time majlis berlansung

ini lah kak sha
owner butik yang makeup kan tie
thanks kak sha
makeup akak memang tahan sampai ke petang. terbaik :)

sementara tunggu rombongan lelaki sampai, memang tie banyak bergambar dulu. sebab time tu dah ramai kengkawan yang datang. so tie memang layankan dorang dulu.
nih baju pengantin dari butik norsalela
lukisan inai dan makeup dari butik kak sha
dan tema pilihan adalah purple kuning

cake nih pulak, cousin tie yang buat sendiri
senang kan, banyak yang buat sendiri
tak payah tempah tempah (",)

tie dan suami time majlis potong cake
hiasan meja cake and background belakang tu pun tie buat sendiri. ala buat kipas guna kertas tu bukan susah sangat kan. dah siap, main tampal jerk kat kain tu :)

jop layan gambar gambar tie di majlis persandingan
yang kat blakang tu fiza and izyan
kat depan pulak, ader faiz, ilyas dan shidi
shidi datang dari pahang, ilyas dan izyan dari kedah, fiza dari KL and faiz memang keje kat perlis
dorang nih kawan time tie belajar diploma di kelantan dulu.
thanks korang sanggup datang kenduri tie.
dan ini pulak bff yang akan kekal sampai bila bila
aya dan tunangnyer adnan, farah dan suami
dylla sorang yang tak bawak pasangan sebab seminggu lepas majlis tie nih die akan melansungkan perkahwinan. sebab tu bakal suami die tak dapat datang. thanks korang. love korang sampai bila bila. moga hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila bila. aminn
  
and ini pulak kengkawan dari tmpoint kangar
lelaki yang depan sekali tu boss tie
thanks sebab datang tau!

linda dan suami
classmate sekolah teknik kangar dulu
die sanggup datang dari Kl
thanks darling

ini pulak geng geng muda dari tmpoint kangar
thanks pada semua yang datang
ini lah hanis
die yang banyak tolong tie. bawak tie kesana sini. dan die jugak merangkap sebagai pengapit tie
thanks hanis. love you!

dalam pukul dua macam tu, baru lah rombongan pihak lelaki sampai. lepas dorang menjamu selera, kitaorang bergambar sebelum dorang gerak balik. jop tengok :)
bergambar bersama mak dan abah mertua

adik adik suhaizal

dan ini sebahagian dari keluarga pihak lelaki yang datang

adik dan cousin suhaizal

selesai semuanyer, keluarga suhaizal gerak balik. alhamdulillah semuanyer berjalan lancar.
then, tie bergambar dengan family tie pulak
dengan bonda tersayang
mak pakai tudung fareeda lagikk tau!
muka mak terserlah keletihan. love you mak! tiada insan lain yang dapat menggantikan mak! moga Allah sentiasa merahmati mak.

sebahagian ahli keluarga tie.
tak semua dapat bergambar sebab semuanyer sibuk diluar

mak di majlis perkahwinan tie
ape lah yang mak sedang pikir nih kan :)
ayah tie yang sentiasa senyum
tak tahu lah dia angkat tangan kat sapa nih. hehehe

and yang paling penting, mestilah bergambar bersama suami :)
antara gambar gambar kami.


gambar dalam bilik pulak :)

tengah tie sibuk bergambar kat dalam, kat luar tengah asyik berlansungnyer cabutan bertuah antara family tie. yang nih kakak tie yang kat perak yang uruskan. die yang sponser semua hadiah hadiah untuk pemenang.
bukan main abg sulung tie jadik mc. hahaha

dalam pukul 5.30 petang macam tu kitaorang keluar outdoor. adik adik and cousin suhaizal pun ikut sekali. then anak sedara tie and cousin. memang ramai lah yang follow. meriah weh. kami pergi bergambar d kampung wai, kuala perlis.
semua gambar gambar nih belum di edit
untuk album, tie ambil dengan drenjis photography . and tie still belum dapat lagik album tie. kena tunggu giliran sebab customer die terlalu ramai. harap harap gambar gambar yang diedit nanti semua nyer memuaskan hati.

alhamdulillah, selesai majlis di rumah tie
alhamdulillah segalanyer bejalan lancar. tie ucapkan terima kasih kepada semua yang banyak membantu dalam menjayakan majlis nih tak kira secara lansung atau tidak lansung.

tapi, setiap insan didunia ini, tiada yang akan sempurna. begitu jugak dengan majlis tie. tak kan sempurna dalam segala hal. pasti ader jugak kekurangan dan keburukkan. tie mohon maaf kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan layanan atau apa sahaja yang berkaitan dengan majlis tie. tiada orang yang nak kan kesilapan. dan tiada perkara yang akan berlaku dengan sempurna. tie mohon maaf.

apepun, syukur alhamdulillah dengan segala pemberian Allah pada tie.
tinggal entry majlis dirumah suhaizal pulak yang berlansung pada keesokkan hari nyer.
nanti tie update tau :)