Showing posts with label photoshoot. Show all posts
Showing posts with label photoshoot. Show all posts

Wednesday, 2 August 2017

.. photoshoot raya 2017 ..

assalammualaikum

tie nak update gambar gambar photoshoot raya yang lepas sebagai kenangan dimasa hadapan. tie ambil dengan cameraman ayu aishah di studio area jejawi. memang puas hati weh. bergambar sampai nak pengsan dengan harga rm85 sahaja. memang berbaloi!

beratus keping yang dia snap. memang unlimited. tapi dia printkan cuma 4 keping. yang lain dia bagi soft copy. bagi tie memang okeyh sangat. kalau dulu ambil kat kedai gambar, sekeping sahaja tapi bayar dekat seratus. baik ambil kat studio macam nih. jimat dan rileks sangat :)

salah satu gambar yang menjadi pilihan kak ayu untuk print

ni satu lagik

ini pilihan mommy

yang nih memang kelakar. qaleesya tak henti gelak sakan. sebab tu gambar dia jadi cenggitu

nasib baik anak dara mommy nih jenis giler gambar. tak susah lah kerja kami :)

mommy suka gambar ni walaupun kantoi qaleesya lipat kain dipinggang. hahaha

gambar nih pilihan kak ayu

dan dan dan gambar mommy and papa yang menjadi pilihan mommy

kalau puas hati cenggini, tahun depan boleh lah ambil lagi kan :)

Friday, 1 August 2014

.. gambar raya @ tmpoint kangar, perlis ..

assalammualaikum

enrty beberapa hari sebelum raya, kitaorang staff tmpoint di wajibkan memakai baju raya. konon la baju raya kan! tujuannyer untuk bergambar and membuat ucapan raya dan dihantar kepada pihak HQ. tapi tak semua yang datang pada hari tu. so tak lengkap jugak staff tmpoint kangar dalam gambar nih.

aksi bebas kononnyer

yang nih pulak skema habis

bergambar bersama mummy buyung :)

geng geng muda tmpoint kangar

tie memang tak der lah kan baju raya. memang pakai jerk baju yang ader and sesuai dengan keadaan perut memboyot nih!

azreen dan ida

kak shima dan kak rakiah

husna dan hapiz

tie dan ida sedondon pakai biru hari tu. memang kebetulan

dengan husna


 dan ini lah gambar yang dihantar ke pihak HQ tanda ucapan raya dari pihak tmpoint kangar.

Thursday, 15 May 2014

.. photoshoot bersama drenjisphotography ..

assalammualaikum

masih ader satu lagik sesi bergambar selepas selesai tiga majlis penting tie dan suhaizal. dress untuk photoshoot outdoor pun dah settle hari tu kann, kami memilih tarikh 10.11.12 untuk sesi bergambar outdoor. cantik sungguh date nih. kalau ikutkan nak jerk nikah date nih. tapi tak kesampaian :)

macam biasa, cameraman yang terlibat adalah Kak Syud sendiri, owner drenjisphotography . die turun lagik sekali dari Johor and untuk make up pula dari butik Kak Sha. kali ketiga tie makeup dengan die selepas majlis akad nikah and majlis persandingan pihak tie.

kali nih, tie pergi makeup dengan suhaizal. farah anak saudara tie pun follow jugak. suhaizal tinggalkan tie di butik Kak Sha and die pergi ke butik Ixora d Changlun Kedah untuk ambil baju. then baru die balik semula untuk ambil tie.

siap makeup dalam pukul dua petang macam tu. then terus gerak ke kawasan pokok buluh Timah Tasoh. sampai sana Kak Syud dah ready tunggu tie. memang puas hati bila bekerja dengan Kak Syud. die memang ajar dari A sampai Z. tambah tambah suhaizal yang agak kaku bila berdepan dengan camera. hahahaha. die suka main main!

drenjis photography & design nih memang famous dengan kepandaian editing.
memang puas hati lah semua gambar yang di edit oleh Kak Syud. yang tak cantik, jadi lawa beb! hahahaha

salah satu gambar yang dah siap diedit oleh Kak Syud
tie copy kat facebook :)

yang ni pun tie suka :)

lagikkkk :)

lepas bergambar d pokok buloh Timah Tasoh, kami gerak ke kawasan Mata Ayer. kata Kak Syud kat sini ader kereta antik. actually kereta yang sangat buruk. time sampai tu, tie nak tak nak jerk nak naik atas kereta tu. risau weh! tapi nak bergambar punya pasal, tie gagahkan diri! hahaha. dan hasilnyer, memang puas hati. tengok gambar yang Kak Syud edit nih :)


suhaizal pun nampak lain tau!
ala ala hero dalam drama Mr.Arrogant beb! hahaaha. sapa lagik nak puji suami, kalau bukan isteri sendiri :) 
gambar nih tie paling suka tau!


tempat terakhir, kami pergi ke bangunan lama kawasan roundabout kangar.
puas bergambar weh! sampai farah anak saudara tie tu tarik muka. hahaha. bosann dah katanyer!

dengan berakhirnyer entry sesi outdoor nih, berakhirlah entry wedding tie.
alhamdulillah. segalanyer berjalan dengan lancar.
terima kasih kepada semua yang terlibat. nanti tie update entry kitaorang pergi langkawi.

Wednesday, 27 November 2013

.. photoshoot pre wedding @ muzium kota kayang ..

assalammualaikum

hari sabtu yang lepas, tie pergi bergambar dekat muzium kota kayang. memang lansung tak rancang okeyh. semua nyer last minute. kononnyer nih gambar pre wedding lah kann. tapi pre wedding bidang terjun! tie bawak barang barang yang sedia ada d rumah jerk :)

citer pre wedding nih bermula bila tie temankan suhaizal beli kemeja putih untuk sesi outdoor nanti. dan kebetulan ader pulak saiz tie untuk kemeja perempuan. so tie pun beli sekali. and bila dua dua dah beli, kitaorang pun decide bergambar pakai kemeja putih nih.

lokasi pilihan : muzium kota kayang
makeup : sdn bhd
barang barang : sdn bhd
tema : biru kuning, negeri Perlis

tak der photographer hebat, tak der editing gambar, tak der makeup dari memana butik, semuanyer sendirian berhad punyer. kawan tie sendiri yang tolong ambilkan gambar.

bersungguh habis tie pegang cik tedd nihh

konon nyer sweet sangat lah nih kann sampai leh bergurau gurau cenggini. ohooiiii


kiter baca novel, die pun nak baca novel.
tapi buat muka sombong! tak bleh blah kann :)

terserlah bibir merah ala ala kak ton! hahahaha

nampak jerk cool, padahal hakikatnyer kami control habis!


tie suka gambar nih!
suhaizal nak muncungkan mulut tapi tak sempat

harap tak der yang muntah yer tengok gambar tie! hahahhaha

tema biru kuning sempena negeri Perlis :)


semoga pasangan ini akan berkekalan hingga akhir hayat

lots of love


save the date, 06.12.13


haisshhh nyampah pulak tengok! dah macam nak menari pun ader jugak nih :p




yang depan makin gemok, tapi yang belakang makin kurus 


dari kiri tu, farah anak saudara tie, and yang kanan tie tu pulak jieny
die lah yang tolong ambilkan gambar kitaorang
thanks yer jieny

suhaizal candid gambar nih
kitaorang tengah kemas nak balik

alhamdulillah. jadik jugak pre wedding tie walaupun dalam keadaan serba kekurangan. even tak dapat buat seperti yang d idamkan, sekurang kurangnyer ader kann :)

tinggal 8 hari lagi status tie akan bertukar menjadi isteri orang.
kadang kadang kita rasa tak bersedia untuk buat sesuatu. tapi, insyaAllah bila kita dah menerima sesuatu yang baru, nak tak nak, kita akan bersedia. tie sendiri tak tahu tie bersedia atau tak untuk bernikah, tapi insyaAllah, bila dah sampai masanyer, tie akan bersedia dengan semua ini. semoga Allah mempermudahkan segalanyer. aminn

Monday, 8 July 2013

.. photoshoot @ tasoh lake, Perlis ..

assalammualaikum

balik dari wedding zaini , tie singgah di tasik tasoh. tasik nih tak jauh dari padang besar. tasik nih memang famous kat perlis. banyak pengantin yang selalu photoshoot kat sini. alang alang tie dah lalu, itu yang singgah.

kami kena bayar rm5 untuk sebuah kereta. kalau pengantin kena bayar rm50 kalau tak silap tie. dulu tak kena bayar tau. free jerk! dorang memang ambil kesempatan kann. mentang mentang dah famous. huhu

bila sampai apa lagik, bergambar tak ingat!! jangan sia sia kan bayaran rm5 tu kannn! hahahaha

dan inilah farah, anak sedara tie. die jugak merangkap camerawomen tie. haha
nasib kamu lah farah kena layan autie yang giler gambar nihh!

pinjam ray ban Encik suhaizal kejap! 

suka sungguh gambar nihhhhh

tie nampak gemokk kann. nasib lahh. cenggini lah keadaan nyer kalau stay dengan mak :)

tie control cun! hahaha

orang tu bajet bajet jerk.



korang, okeyh tak warna purple kuning? kalau jadi, warna nih la akan jadi tema majlis perkahwinan tie nanti. inshaallah. moga Allah mempermudahkan segalanyer :)

lepas puas bergambar, kitaorang gerak and singgah d Kuala Perlis. then baru balik rumah.