Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

.. Arriana Nurqaleesya dalam pantang ..

assalammualaikum

entry nih nak tayang gambar arriana nurqaleesya dalam tempoh berpantang. dari hari kehari muka die berubah. rambut die pun cepat naik. dalam masa seminggu selepas cukur, rambut die dah naik.

actually nama arriana nih tie pilih lepas tengok drama arriana rose kat tv3. suka sungguh drama tu. lastly letak nama anak arriana. tapi rose nyer tak der. hahaha.

panggilan untuk tie dan suhaizal pulak adalah mummy and papa. suhaizal tak nak daddy. die kata nampak macam orang kaya sangat. haha. kelakar alasan die. padahal bersepah orang guna panggilan daddy tu. die kata kitaorang nih orang sederhana jerk, so panggil papa lah. haha. okeyh lah hubby, apa saja alasan mu :)

mummy pulak memang menjadi keinginan tie dari zaman berlajar lagik. haha. nampak tak kegatalan kat situ. time belajar pun ko dah pikir nak jadi mummy! alhamdulillah, akhirnyer tie dah jadi mummy sekarang. macam tak percaya pulak dah ader anak :p

tok abah belikan buaian untuk rumah kangar. thanks yer! tapi tie tak ajar sangat qaleesya naik buaian. nanti susah pulak nak kemana mana.

yang nih kat rumah simpang. duduk diam diam dalam katil kecik yang tok abah belikan nih.


ni fiza, adik kepada suhaizal. time qaleesya baru lahir, muka die sebijik macam maksu die nih. macam copy paste. tapi sekarang dah berubah dah. orang cakap macam muka suhaizal pulak. tapi muka tie lansung tak der. 

tok abah, maktok and maksu datang melawat qaleesya. sepanjang tempoh berpantang tie memang stay d rumah mak di kangar. ader jugak lah kejap stay d rumah fil. so fil memang selalu datang untuk tengok qaleesya.

cucu pertama tok abah :)

time nih umur qaleesya baru dua minggu kalau tak silap tie

ramai jugak kengkawan yang datang melawat. antaranya mama ida and azreen. kebetulan dorang datang pada hari yang sama.

ida, firdaus dan azreen

thanks yer mama ida and auntie azreen datang melawat qaleesya

ini pulak hari ke 19 kalau tak silap tie.
time nih nak pergi klinik rasanyer. ntahla, ni lah padahnyer bila dah lama2 baru nak update.haha

hari ke 26
yang nih pun tie pergi checkup

kelakar pulak tengok gambar leesya time dalam pantang nih. sebab sekarang die dah agak besar, dah nak masuk tiga bulan. muka pun dah banyak sangat berubah. nampak lain sangat pulak. haha.

tak per, nanti tie update gambar terkini. banyak lagi entry akan menyusul lepas nih. gambar pun terlalu banyak. sampai rasa tak tahu maner satu nak masuk dalam blog nih :)

Tuesday, 5 August 2014

.. persiapan barang baby ..

assalammualaikum

diam tak diam, kandungan tie dah masuk lapan bulan. perut pun dah makin memboyot bukan main. Ya Allah, cepat kan masa berlalu. hari tu rasa macam perut nih kecik jerk lagik. apepun tie sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah ini. semoga tie akan selamat bersalin nanti. semoga Allah permudahkan segalanyer. aminn

raya ketiga, tie dan suhaizal pergi shopping serba sikit barang baby. dah kena buat persiapan. beg baju baby pun dah kena letak dalam kereta dah. doktor kata itu adalah persiapan yang terbaik. sebab kita tak tahu kita akan bersalin awal atau lambat. kalau ikutkan due tie, pada 8 september 2014. means ader lebih kurang sebulan jerk lagik. tetiba rasa takut pulak!

jom tengok barang apa jerk yang dah dibeli :)

tie beli set bakul nih. boleh letak baju, barang barang mandian, minyak and bekas susu. ader empat barang dalam set nih. tiga bakul and satu set tilam.

nih tilam nyer. ikutkan hati bukan nak sangat warna nih. tapi warna yang cun cun semua dah habis. so nak tak nak ambil jerk lah warna hijau nih.

dari awal kandungan tie amalkan minum susu enfamama.cuma bila masuk kandungan enam bulan, tie stop minum sebab berat badan makin naik. tapi baru baru nih doktor minta tie minum anmum pulak. sebab kalsium kurang pada badan tie. sebulan jerk lagik. try jerk lah minum anmum kan :)

ini baju pertama untuk baby dalam perut nih.

time nih kami shopping kali pertama. tak banyak sangat pun. just beli apa yang bekenan jerk.

ini yang paling latest. shopping hari raya ketiga. kami cuba settlekan barang barang yang belum beli. tapi itupun ader sikit lagik yang belum habis dibeli. insyaallah dalam bulan nih jugak kena usahakan. memang kena pergi beli cepat! kang baby keluar dulu., baru kelam kabut kan. haha

tie beli nih khas untuk cuci baju baby. kakak tie yang suggest kan.

bila dah beli, kena lah basuh dulu semua baju baju yang ader. pastu lipat and simpan elok elok. tak sabar menanti anak mummy nih. memang kami excited.

suhaizal tolong tie lipat baju baby :)

yang nih pulak tie beli kelambu, pampers dan bakul bakul yang perlu

kakak linda and kakak mala banyak kasi baju and barut pada tie. baju anak anak dorang yang sebelum nih. semua cantik cantik lagi. pandai kakak kakak tie jaga. boleh lah buat pakai kat rumah jerk. so tak perlu lah nak beli banyak banyak. tunggu lepas pantang, badan baby dah besar sikit, boleh shopping lagik.

hari tu ader pergi scan 4D. tak nampak sangat muka, sebab die asyik tutup jerk dengan tangan. setakat scan sekarang, doktor kata baby gurl. tapi semua tu kan kuasa tuhan. tie tak kisah gurl or boy. yang penting baby sihat and semua nya dipermudahkan Allah.

yang nih jerk yang nampak sikit muka die. tu pun tak brapa nak jelas sangat. aktif sungguh dalam perut mummy yer.

nampak tu, tangan tu asyik nak tutup muka jerk

nih satu lagik. tak per la sayang, mummy tak marah. yang penting kamu baik baik jerk dalam perut tu tau :)

 sepanjang pregnant, buku buku nih la peneman setia tie.

tie sentiasa amalkan doa nabi yunus nih. mak yang suruh amalkan. katanyer mudah untuk bersalin nanti. insyaallah dengan izin Allah. kita kena lah sentiasa usaha kan :)

satu lagik doa. yang nih yus yang kasi. die yang suruh amalkan.

bila dah makin sarat cenggini, tie dah tak mampu nak buat kerja sangat. memang banyak rehat jerk. kalau g jenjalan tu memang rajin and semangat lebih, tapi kejap kejap kena berhenti lah sebab tie dah penat. hahah! nasib baik suhaizal sanggup melayan segala kerenah tie. sayang hubby!

doakan tie dan kandungan selamat and dipelihara oleh Allah. moga Allah permudahkan tie bersalin nanti. aminnn.