Showing posts with label majlis aqiqah. Show all posts
Showing posts with label majlis aqiqah. Show all posts

Thursday, 5 March 2015

.. majlis aqiqah baby boy owner butik norsalela ..

assalammualaikum

hari sabtu baru baru nih, tie dan hubby pergi kenduri aqiqah dan majlis cukur jambul owner butik norsalela. kak lela and abg wan datang bagi kad jempiutan kat rumah and d sebab kan tak der hal yang menghalang, memang kami akan pergi lah kan :)

kalau ader yang ingat, tie ambil pakej time kawen dulu dengan butik norsalela nih la. tie ambil baju sanding dua dua pihak, pelamin dan bilik tido d rumah tie. tak sangka dorang masih ingat kitaorang and jemput kitaorang ke majlis mereka nih.

alhamdulillah, cuaca baik hari tu. majlis memang berjalan dengan lancar.

baby muhammad nafis nih adalah baby boy pertama untuk family kak lela. anak anak die yang lain semuanyer gurl. alhamdulillah dapat jugak baby boy kan :)

buaian yang d hias indah

siap ader photo booth lagik okeyh

banyak giler hadiah untuk baby boy

dah balik rumah baru tie perasan gambar nih, qaleesya pegang kepala baby nafis. nasib baik lah anak mummy nih tak cubit ker apa,. sebab tangan die dah macam ketam sekarang. semua bende nak kutip and nak cubit.

yang nih bersama abg wan and kak lela

mummy and qaleesya

papa pun nak jugak!

siap makan, kitaorang bergambar kejap, then terus gerak balik.

happynyer anak mummy

gambar terakhir sebelum gerak

thanks untuk abg wan and kak lela sebab jemput kitaorang. and untuk baby, semoga kamu menjadi anak yang solehah dan bijaksana. kalau ader yang berminat dengan hiasan buaian untuk majlis berendoi, boleh hubungi butik norsalela 012-4477143

Thursday, 20 November 2014

.. majlis aqiqah dan cukur jambul ..

assalammualaikum

rasa tak bersedia lagik untuk tie kongsikan pasal pengalaman bersalin. so tie update pasal kenduri aqiqah dulu okeyh.

tie telah selamat bersalin pasa 3 september 2014. alhamdulillah syukur pada Allah. setelah mendapat kata sepakat dari family, family in law and hubby, kami bersetuju untuk buat kenduri aqiqah dan cukur rambut anak tie pada hari ketujuh kelahiran iaitu pada 9 september 2014.

kalau nak ikutkan persiapan, memang ala kadar. sebab semuanyer last minit. tambahan pulak tie memang tak boleh nak uruskan apa2. tie tengok jerk apa diaorang buat and siapkan. ikutkan hati tie nak buat lewat sikit contoh pada hari ke 21 kelahiran ker, time tu mesti tie dah kuat and sihat sikit, tapi memikirkan demi untuk mendapat pahala sunat yang terbaik, tie setuju untuk buat kenduri pada hari ketujuh kelahiran. 

sempena hari kelahiran ketujuh dan majlis aqiqah, kami namakan putri sulung kami dengan nama Arriana Nurqaleesya Binti Suhaizal. 

Arriana bermaksud yang bersungguh sungguh. Nur pulak bermaksud cahaya dan Qaleesya bermaksud permata murni/hati yang murni.

semoga kamu menjadi anak yang beriman, bijaksana, cemerlang dunia akhirat dan berbakti kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat.

gambar sebelum cukur rambut.
inilah wajah arriana nurqaleesya pada hari ketiga. mak kata qaleesya ikut rambut tie. tebal sangat rambut die

tie start mengurut pada hari ketiga. dan bidan ini jugak lah yang cukurkan rambut anak tie. memang sedap weh die ngurut. berat badan tie pun cepat turun lepas die ngurut. memang menampakkan hasil.

bidan nih cukur rambut dulu, then die potong kuku and lastly baru mandikan. die jugak yang siapkan qaleesya hari tu. kemudian ader jugak buat manis mulut.

satu lagik gambar qaleesya kena cukur rambut.

ini pulak menu yang disediakan
nasi putih, kambing masak gulai, ikan keli goreng, sayur kobis, ayam masak merah, sambal belacan and ulam ulaman. pulut kuning pun ader. 

dan inilah muka qaleesya lepas cukur rambut

arriana nurqaleesya dah botak :)

tie cuma jemput officemate tmpoint, kengkawan rapat, saudara mara terdekat, saudara pihak in law and orang kampung. tak sempat nak roger kat semua kengkawan, memang last minit kan.

boss dan officemate tmpoint

haish besar nyer tie time nih. biasalah kan, baru seminggu lepas bersalin. semua besar lagik. haha. tapi sekarang? dah slim tau :)

banyak jugak lah hadiah yang qaleesya dapat. kat bawah nih sebahagian dari hadiah yang orang kasi. thanks semua.

yang nih yus poskan dari kelate. thanks beb!
tapi yang kelakarnyer, die boleh letak nama nur hayati qaleesya kat nama penerima tu. nasib baik sampai weh!

ini dari mama eyda. siap ader kasut comel lagik. makaseh yer mama.

yang nih dari azreen, officemate tmpoint

dan ini hadiah dari tok abah. qaleesya suka sangat! yeayyy! makaseh tok abah
 
dalam katil besar, ader katil kecik. hehe

mainan nih tok abah beli masa qaleesya tak keluar lagik dari perut. nampak tak betapa excited nya tok abah nih. hehehe

hadiah yang lain tie tak sempat nak snap lagik. simpan lah untuk next entry pulak. apepun terima kasih kepada semua yang hadir untuk majlis aqiqah qaleesya. dan terima kasih jugak kepada semua yang membantu untuk menjayakan majlis ini. bersyukur pada Yang Maha Esa atas anugerah Allah yang tidak ternilai ini.