Monday, July 19, 2010

Kenapa E.L.L.E???

E.L.L.E.. bukanlah nama seorang wanita ataupun nama tempat menarik tapi E.L.L.E adalah jenama seutas jam tangan. Sedar tak sedar aku dah ada 3 ELLE dan aku pun x tau kenapa ELLE menjadi pilihan. Nak kata jenama mahal tak de la jenama biasa2 je yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.. Nak kata cantik giler pun tidak sebab design2 ELLE ni simple2 je dan lain drpd yang lain. Walaupun banyak lagi jenama lain yang mahal dan cantik tetapi ELLE tetap di hatiku. Semua tanpa dirancang kot sbb zaman2 skolah dulu kenal swatch, casio je haha.. Dah masuk poly baru la kenal ELLE STUDIO ni.
Ni la jam tangan ELLE STUDIO pertama yang aku miliki time belajar dulu. Hadiah harijadi daripada abah aku. Time ni rasa best dah sbb dapat jam mahal la konon haha.. Padahal baru berapa ratus. Zaman bdk2 la katakan klu dengar seratus tu pun rasa banyak giler dah. Lama jgk aku pakai jam ni sampai pecah2 dah cermin tepi tu sbb jatuh. Uhhh sayang giler jam ni.. :)

Haaa yang ni ELLE Studio yang kedua aku dapat. Hadiah bzday juga daripada my hubby. Ni hadiah time bercinta-cinta dulu la sblm kawen hehe.. Aku x suke jam bulat sbnrnya tapi dah org bagi kan terima jela dan time tu buat2 suka la hahaha.. Satu lg sebab tali jam ni bercerai so klu buka button tu mmg akan tercabut terus. Aku lebey suka jam yg tali x 'bercerai' bila kita pakai terus sarung je then klik (korang paham ke klu x paham buat2 la paham yer hehe). So ELLE pertama tu simpan la dalam kotak baik2 sbb dh ada yg baru hehe kejam kan. Walaupun jam ni x berapa menepati ciri2 yg aku suka tapi aku hargai jugak tau.

Bila aku tanya kenapa beli ELLE Studio my hubby ckp sbb dia x tau nk beli jenama apa. Dah dia tgk aku pakai jenama tu so dia beli la sama jgk hehe.. Ingatkan mmg dia ada instint tersendiri nak beli jam tu. Apa2 pun thanxs ya laling..

Dan yang ni ELLE Studio ketiga dan paling latest la. Sebelum dpt yg ni lama jgk aku x pakai jam. ELLE pertama retak tp masih ok lg dan ELLE kedua plk button utk ejas jarum tercabut so mmg tak ble nk ejas klu bateri abis. Letak bateri baru pun x guna jugak so simpan jerla. Ada jgk kadang2 aku guna ELLE pertama tapi ketat skit maklum la dh kawen dan beranak tangan pun dan bsr skit. Pakai time anak dara dulu longgar je hehe.. Tapi tu la asyik ingat lupa je nak pakai jam last2 x pakai terus sbb dah ada jam hp. Dan tahun 2010 ni br la dpt pengganti baru setelah sekian lama x pakai jam. Kali ni bukan hadiah bzday tapi hadiah saja2 drpd my hubby hehe.. Time nak beli tu tgk mcm2 bentuk mcm2 jenama yg ada sampai rambang mata. Ada yang berkenan tapi terlebey mahal plk so amik la mana yg 2nd berkenan hehe.. Last2 ELLE Studio jugak menjadi pilihan. Now rasanya dah hampir 3 bulan kot aku pakai jam ni hopefully ble bertahan lama la. Kepada ELLE Studio terima kasih kerana menjadi peneman hidupku.. :)


Korang pakai jam apa??? Korang pentingkan jenama ke kualiti? Berapa kali korang tukar jam dan setahun? Banyak ke koleksi jam korang? Hahaha.. Ayat bikin panas je macam la aku sorang je ada jam.. :p

10 comments:

Diyana said...

ana tak pakai jam.;).suke tgk jam henset ja.

Ms af|qa said...

fossil n swatch..sy x kisah jenama ape janji mahal.muahahahah

nak after tagheur punyer plak after this

Vivacious O'light said...

huhu..kena jwb ke soklan ko ni? aku tak byk jam mcm ko..ada satu je ni..huhuhu... tu pun hadiah en cidiq. Jam biasa2 je..bonia..bentuk 4 segi..muka putih, tali besi, ada gold sikit2, campur silver.. nombor roman. ada tarikh kt bawah tu. rege...xingat. heheh..

Vivacious O'light said...

utk soklan pentingkan jenama atau kualiti..bukan ker jenama dtg bersama kualiti ke??
jika ada rezeki, aku nk beli jam, yg bentuk 4 segi jugak, muka putih, nombor roman jugak (dh mmg taste aku cenggini, nk buat lagumana..hehe) tapi tali kulit pulak..tali kulit berwarna dark coklat atau hitam ... jenama...apa saja, asalkan beli di kedai jam dgn harga melebihi RM200..hahaha..demand tul.

Mrs Hardlena said...

to ana:
baguih..baguih.. jimat duit x pyh nk beli jam x pyh nk beli bateri hehe

to afiqa:
ishkk..mata duitan btol la. semua nk mahal jer.. :p

to viva:
btol tu.. kualiti yg bagus dtg drpd jenama yg bagus hehe.. apa pun jenis jam kt dunia setiap org ada taste yg tersendiri. aku x suke bebenor klu jam yg ada kilat2 or diamond2 nih ekeke..

Zaza said...

hoho..aku pn memng jenis xsuke pkai jam..kalo beli pn pkai la sari dua pastu ntah mane2 la duduknye..aku beli jam sepoloh hengget aje..so xkesah la tercmpak kemana2..haha

Mrs Hardlena said...

aku ni dulu klu xde jam rasa mcm hilang satu nyawa hehe.. nsb baik la skang ni dh ada hp so klu lupa pakai jam tu xde la rasa mcm kehilangan masa berharga haha..

Vivacious O'light said...

aku pun tak suka jam ada diamond2... tp kalo org lain pakai aku suka tgk je lah.

Rushdan said...

saya pakai casio tapi dah rosak. Saya nak tanya kenapa jam tangan harga beratus2 ringgit. saya tak paham, boleh jelaskan?

Anonymous said...

Kedai ELLE 2 kt mne?