Showing posts with label my pjj. Show all posts
Showing posts with label my pjj. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Pelajar PLK

Sekarang saya dah sah jadi penuntut UUM walaupun dari jauh. Syukur alhamdulillah 29hb yg lalu segala proses pendaftaran sebagai pelajar berjalan lancar. Status terbaru saya sekarang  pelajar PLK. Apa PLK tu??? P = Pengajian, L = Luar, K = Kampus. Takde dah panggilan pelajar PJJ.



Dan kelmarin bermula tanggungjawab saya sebagai student. Thanxs to my sista yang sanggup datang dari KL untuk jaga Nasya selama dua hari. Nak harap papa dia mmg tak boleh sebab dia sibuk dengan trip memancing. Hari ini pun saya ada kelas dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Thanxs juga to my ofismate Kak Maria sebab sudi jaga Nasya hari ini sampai ke petang. 

Sepanjang dua hari menjadi pelajar PLK ni saya dapat rasa sistem pembelajaran yang sangat berbeza dengan pengajian sepenuh masa. Pada permulaan setiap kelas kami akan diterangkan tentang subjek yang kami ambil dan seterusnya penerangan tentang tugasan. Tugasan.. tugasan.. tugasan.. itu la yang lebih banyak kami terima sepanjang kelas. Untuk semester pertama saya ambil 5 subjek jadi tugasan yang perlu disiapkan hampir 10 assignment termasuk proposal projek.

Memandangkan list assignment yang perlu disiapkan banyak so saya nak kena pulun buat daripada sekarang supaya tak serabut nanti. Kelas sebulan sekali je tapi setiap kali kelas memang ada assignment yang perlu dihantar. Kami tidak dibekalkan nota tapi hanya sekeping cd untuk setiap subjek. So pandai-pandai la kena print sendiri jika nak senang belajar. Wish me the best ya.. :)

Monday, June 20, 2011

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam Dengan Kepujian (BPM[Hons])


Tahniah untuk diri saya kerana tak lama lagi saya akan menjadi penuntut sebuah universiti secara separuh masa dan jarak jauh. Dulu time muda tak dapat nak masuk U sekarang ni dah tua sikit dah anak sorang baru berkesempatan nak ambil ijazah.

Sebelum ni dah pernah dapat offer Uitm tapi saya tolak sebab time tu baru je kahwin kewangan pun tak stabil lagi. Jadi sekarang ni memandangkan kewangan dah agak stabil, kelapangan masa yang ada dan anak pun dah besar boleh la saya mengisi masa lapang di pejabat dan rumah dengan menuntut ilmu.

Syukur alhamdulillah akhirnya cita-cita saya nak jadi bakal pemegang ijazah akan tercapai walaupun masanya jauh lagi. Moga-moga segalanya akan dipermudahkan sehingga ke titik terakhir. Apa yang saya harapkan adalah sokongan suami, anak, keluarga dan kawan-kawan supaya saya dapat menamatkan pengajian ini.

29 Julai 2011 saya akan mendaftar sebagai pelajar UUM di kampus Kota Kinabalu. Dan selepas itu bermulalah perjalanan saya sebagai pelajar separuh masa jeng.. jeng.. jeng.. Macamana situasi belajar sambil bekerja, menjadi isteri, ibu dan pelajar??? Saya pun tak tahu lagi macamana pengalamannya. Apa-apa pun saya yakin "I can do it" insya-Allah.