Showing posts with label tsunami. Show all posts
Showing posts with label tsunami. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Gempa Bumi di Jepun 7.1 Skala Richter

Nampaknya Jepun sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi kuat selepas kejadian tsunami tempohari. Berita ini saya dapat tahu setelah membaca info daripada blog Yanmie. Thanxs ya Yanmie berkongsi maklumat dan berita yang terkini. 

Buat masa ini belum ada apa-apa kemalangan atau kejadian yang tidak diingini yang dilaporkan berlaku. Bagaimanapun sama-sama la kita semua berdoa semoga kejadian tsunami tidak akan berulang lagi dan semua rakyat negara Jepun berada dalam keadaan baik. Walaubagaimanapun amaran tsunami telah dikeluarkan kepada penduduk Jepun memandangkan gempa bumi ini agak kuat iaitu 7.1 skala richter selama 1 minit.

Sebelum itu jiran kita Indonesia juga telah mengalami satu gempa bumi. Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia.

Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Indonesia

07/04/2011 1:26pm



JAKARTA 7 April - Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter berlaku di Pantai Indonesia tetapi tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 18 kilometer pada pukul 9.01 malam (10.01 malam waktu tempatan) sekitar 190 kilometer dari Sibolga, Pulau Sumatera, Indonesia, ujar Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang terletak di Hawaai mengatakan tiada amaran atau makluman yang dikeluarkan setakat ini. - AFP

Monday, March 14, 2011

Amaran Bencana Alam Minggu Depan

Kali ini saya nak share petikan yang saya ambil daripada akhbar Kosmo last week. Sorry la entry ni saya dah buat awal tapi tak publish time tu. Hopefully informasi ini dapat dikhabarkan kepada semua jika masih ada yang belum tahu. Sama-sama la kita beringat dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Waktu ini adalah masa yang tidak sesuai kepada KAKI PANCING nak buat trip yer.. :p


LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.
Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.
Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.
Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.
"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.
Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005.
Petikan dari akhbar Kosmo Online.


Saturday, March 12, 2011

Cerita Tsunami di Jepun 2011

Hari ini merupakan hari kedua selepas Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami. Salam takziah saya ucapkan kepada semua sesungguhnya kuasa Allah itu tiada tandingannya. Subhanallah..

Pada mulanya saya nak update cerita ini kelmarin tetapi memandangkan kesibukan yang ada tak sempat saya nak tulis dan saya tengok hampir kesemua blogger-blogger di luar sana menceritakan tentang Tsunami. Jadi saya biarkan topik itu reda dulu walaupun saya tau ketika cerita saya ni keluar mungkin gambar-gambar dan video ini telah basi. Tapi tak salah kita melihatnya lagi supaya menjadi panduan untuk kita semua yang masih gagah berdiri di sini.

Saya pasti apabila dunia dikejutkan dengan berita yang hebat ini pasti ramai yang tersedar dari lamunan dan begitu juga saya. Ketika musibah telah berada di depan mata baru kita mahu bertaubat oleh kerana kita takut musibah akan menimpa kita. Tapi sampai bilakah ketakutan dan kesedaran ini akan berada dalam diri kita?? Mudah-mudahan kesedaraan ini akan berkekalan dalam diri kita dan kita akan lebih taat dengan perintah Allah. 



Salah satu petikan daripada akhbar online:

TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.


Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.


Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.