Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

X-Men Memang First Class

Last week saya dah layan X-Men: First Class di GSC 1 Borneo. Kalau dilihat pada iklan di panggung sebelum ni memang ramai yang ternantikan filem Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides lakonan Johnny Depp dan Penelope Cruz. Saya dan husband pun sama juga menantikan filem ini tapi selepas menonton X-Men: First Class hati saya mengatakan pirates tak best sangat.

 
Walaupun X-Men: First Class tak banyak promosi seperti Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides tapi jalan ceritanya lebih mantap dan meninggalkan kesan pada saya. Best dan tak jemu layan cerita ni. Tapi kalau nak feel lagi best sila la layan di panggung yang berdekatan anda. Bayar RM10 pun rasanya tak ralat sangat sebab dapat tonton wayang yang superbbb..

 Mutan yang handsome dan cantik.

Seperti saya katakan filem ni memang FIRST CLASS sesuai dengan tajuk filem. Cuma ending tu saya tak suke sebab Erik dan beberapa mutan lain dah jadi jahat. Nanti mesti ada lagi episod Professor X (Charles) lawan Magneto (Erik). Kalau korang tak faham siapa Charles siapa Erik ni cepat-cepat la pergi tengok lepas tu mesti korang tahu apa yang saya katakan.

 Info dari GSC.

Release Date: 02 June 2011
Language: English
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action / Adventure
Running Time: 2 Hours 13 Minutes
Director: Matthew Vaughn
Cast: James McAvoy, Michael Fassbender, Rose Byrne, January Jones, Oliver Platt, and Kevin Bacon

Synopsis: X-MEN FIRST CLASS charts the epic beginning of the X-Men saga, and reveals a secret history of famous global events. Before mutants had revealed themselves to the world, and before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, they were two young men discovering their powers for the first time. Not archenemies, they were instead at first the closest of friends, working together with other Mutants (some familiar, some new), to stop Armageddon. In the process, a grave rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-Men.

Monday, October 25, 2010

Festival Filem Malaysia yang ke 23 (FFM23)

POSTER TERBAIK

Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK

Pemenang: Dee Hasnan (Magika)

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Pemenang: Fimie Don (Magika)

PELAKON HARAPAN WANITA

Pemenang: Daphne Iking (Belukar)

PELAKON HARAPAN LELAKI

Pemenang: Shashi Tharan (Estet)

LAGU TEMA ASAL TERBAIK

Pemenang: Penyembuh Rindu (Edry - Magika)

PENATAAN BUNYI TERBAIK

Pemenang: Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)

PENATAAN SENI TERBAIK

Pemenang: Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Pemenang: Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Pemenang: Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)

PENGARAH HARAPAN

Pemenang: Edry (Magika)

FILEM KOMEDI TERBAIK

Pemenang: KRU Studios (My Spy)

LAKON LAYAR TERBAIK

Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

CERITA ASAL TERBAIK

Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

SINEMATOGRAFI TERBAIK

Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

PENYUNTING TERBAIK

Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK

Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

FILEM ANIMASI TERBAIK

Pemenang: Buas


DOKUMENTARI TERBAIK

Pemenang: Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

FILEM PENDEK TERBAIK

Pemenang: Project

Filem Boxoffice FFM23 : Filem Adnan Sempit


Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23: Seniman Tamam Idris


Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 : Seniwati Datuk Sarimah Ahmad

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 : Johari Ibrahim


PELAKON LELAKI TERBAIK
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

PELAKON WANITA TERBAIK
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

PENGARAH FILEM TERBAIK
Pemenang: Shamsul Yusof (Anak Yusof Haslam)

FILEM TERBAIK FFM23
Pemenang: Filem Magika


Hasil tontonan malam tadi di Astro Prima. Tahniah kepada semua pemenang. Sekadar berkongsi informasi kepada semua tertutamanya yang kaki wayang macam aku hehe.. Tahniah juga kepada filem MAGIKA kerana menjadi filem terbaik pada tahun ini. Tak sia-sia usaha keras team MAGIKA..

Friday, June 18, 2010

Lagenda Budak Setan


balik cuti aritu sempat la pi layan movie ni kat one utama. mula2 x plan pun nk tgk wayang ni tup tup last minit jadi plak. nasya tinggal la ngan nenek2 dia utk dijaga sbb kami pegi malam hehe. cian anak mama yer kena tinggal siap merajuk lagi tu. as usual kami pegi 4 org la.. me and my hubby mmg peminat dua org hero ngan heroin nih. my hubby x layan sgt movie melayu ni tp klu ada farid kamil ngan lisa surihani berlakon mmg x menolak klu diajak hehe.

kredit la to pelakon2, pengarah dan semua tenaga produksi filem lagenda budak setan ni. memang best giler citer ni sampaikan teresak2 aku menangis lam panggung tu haha.. mmg sedey giler tgk farid kamil berlakon. biasa la hati pompuan ni mana ble tgk benda2 sedey dan tragis kan. tp betul citer ni memang x rugi tgk sebab dalam 2 hari je dah capai box office (ni klu x silap la apa yg aku dgr). jom tgk skit sinopsis citer ni.



Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Adaptasi dari sebuah novel terlaris Malaysia.
SEBUAH LAGENDA CINTA TERHEBAT MUSIM INI.
Filem yang pasti akan merobek setiap perasaan penonton.
Empat jiwa dengan empat rahsia cinta.
Merungkai rahang jiwa KASYAH, AYU, AZMI & KATERINA.

ni baru episod 1 sebab kesudahan cerita tak abis lagi. insyallah akan ada episod 2 tapi x tau bila. tunggu je la nnt lagenda budak setan 2.