2 Mei 2011, genap la anak perempuan saya berumur 4 tahun. Selamat ulangtahun yang keempat buat anak dara saya yang semakin hari semakin membesar dan semakin pandai.
Tuesday, May 3, 2011
Happy Birthday Nur Aliya Natasya
2 Mei 2011, genap la anak perempuan saya berumur 4 tahun. Selamat ulangtahun yang keempat buat anak dara saya yang semakin hari semakin membesar dan semakin pandai.
Wednesday, April 13, 2011
Bila Mizz Nina Berada Di Rumah Saya
Mizz Nina kah???
Thursday, March 31, 2011
Kenangan Lama
Saturday, March 26, 2011
Bila Nenek Sakit..
Wednesday, March 23, 2011
Kebahagiaan Dalam Kesakitan
Tuesday, February 22, 2011
Kencing malam..
Apa yang membanggakan training ini berjaya dilakukan dalam masa kurang daripada seminggu iaitu hanya 3 hari sahaja. Tak percaya??? Itu la kebenarannya dan saya rasa untuk mengatur dan melatih Nasya dalam apa-apa perkara tidak banyak masalah. Terima kasih yang Maha Esa kerana memudahkan segala-galanya.
Monday, February 21, 2011
Sakit Gigi vs Sakit Hati
Sunday, February 20, 2011
Dentist Please!!!
Tuesday, February 15, 2011
Melentur buluh biar dari rebung..
Wednesday, January 12, 2011
Gud job sayang.. :)
Haaa.. Ini plak hasil kerja untuk hari ni. Diaorg buat katun apa aku pun x tau.. Ada rambut siap bermata hidung dan mulut serta ada tocang 2 macam rambut Nasya. Kiranya imaginasi Nasya untuk membuat rupa org lulus la kan hehe.. Dan aku dengan excited skali lagi memuji "waaaa... pandainya anak mama".
Monday, January 3, 2011
Cerita Pertama Di Tahun Baru
Nasya dah selamat menjejakkan kaki ke tadika pagi tadi. Sebelum ni aku hantar di di nursery je selama 3 tahun dan pagi tadi bermula la kehidupan anak dara aku sebagai penuntut tadika. Wahhh.. Baru pegi tadika mama dia dh excited, klu nak masuk skolah asrama penuh nnt, masuk mrsm ke masuk U ke pegi oversea ke mesti lagi excited neh. Silap2 wat kenduri lg haaa panggil org kampung haha..
Bukan mama dia je Nasya pun excited jgk tau. Pagi tadi seawal 630 pagi anak dara aku dah siap mandi gara-gara nak ke sekolah baru. Itu la ajaibnya semangat dlm badan ni sebab klu hari-hari biasa jenuh nak suruh bangun. Nak mandi lagi la dia mengamuk awal-awal pagi suh mandi tapi pagi tadi air yang sejuk pun jadi tak sejuk haha..
Hari ni mama sorang je pi anta Nasya ke tadika sebab papa demam dari semalam duk terbaring je. Itu la xde penyakit pi cari penyakit.. Apa-apa pun keadaan dah semakin baik dan semoga cepat sembuh ye daling. Boring mama duk sensorang takde teman huhu.
Di sekolah baru ni terjumpa plak dengan kawan lama.. Act budak ni cucu ofismate aku then selalu jugak la Nasya jumpa dan bermain sama-sama. So bila jumpa kat sekolah tadi takde hal la terus jadi geng walaupun budak ni 5 tahun dan kelas lain.
Masuk je kelas terus duduk sebelah member baru.. :) Alhamdulillah la Nasya ni senang di atur dan cepat mesra walaupun cara dia tu agak kasar dan over hehe. Ok la aku pun x payah nak risau sgt sebab dia dh pandai bawa diri. Bayangkan seawal umur 3 bulan dah jd independent gurl.. :)
Monday, October 25, 2010
Masalah Yang Makin Kritikal
Bukan masalah kewangan.. Bukan masalah rumahtangga.. Bukan masalah kerja.. Tapi aku ada masalah skit dengan perangai anak dara yang sorang tu.
Haihhh.. Skang ni perangai dia bkn main lg haaa. Klu perangai yang baik lagi bijak pandai ok la aku takde nak risau tapi perangai yang tak berapa nak baik.. Apa2 hal je mesti nak menangis lepas tu meraung macam kena histeria. Ishkkk.. Aku ni dh la x suka klu bdk2 jenis menangis melalak camtu.
Skang ni kes yg kerap berlaku bila bertandang ke rumah kekasih hati. Aduhai.. Bila dah pergi bermain tu nak panggil balik punya la susah. Klu kena paksa balik mula la meraung2 mcm tak jumpa dah. Yang tak tahan siap merayu2 lagi tu. Kalau org dengar mesti ingat aku dera anak haha.. Aku pun x tau la macamana nak bagi Nasya ni lembut skit . Kalau cakap skali tu bukan nak dgr.
Kalau pergi pasaraya pun sama klu dia kata nak mainan tu sampai sudah la dia duk minta. Klu tak beli time2 tu jugak menangis meraung minta beli. Aku ni bukan la kejam sangat tak belikan anak mainan tapi klu dah tiap2 minggu duk beli mainan je mana boleh.
Kadang2 tu terpikir jgk.. Aku ni garang sgt ke? Haihhh.. Takde la. Aku ni akan garang klu dia x dengar cakap je. Sekali cakap tak jalan dua kali tak jalan masuk ketiga kali tinggi la suara. Tapi kalau nak bandingkan aku ngan papa Nasya mmg la aku yg terlebih garang hehe..
Ataupun mungkinkah sebab terlalu manja or dimanjakan??? Rasanya manja biasa2 je kot.. Maybe sebab takde adik tu yang terlebih manja. Semua minta dapat bila tak dapat tu yg meraung melalak. Tak ble jadi ni.. Usaha perlu ditingkatkan supaya masalah ini tidak berterusan hehe..
Sebelum ni aku ada la baca di internet cara nak atasi masalah2 camtu.. Setakat ni yang aku pernah buat baca beberapa ayat al-quran di ubun2 kepala sambil berdoa/nasihat supaya anak tu dengar cakap or apa2 la. Then cakap lembut2 baik2 dgn anak2. Lembut dah lembut dh tapi klu tak jalan tu yg jadi menjerit je huhu. Ni baru sorang kalau ada dua tiga anak mau jadi nenek kebayan aku ni.
Aku pernah tgk satu cara ni tp aku lupa dah apa nama rancangan tu. Kalau tak silap aku kat TV3. Rancangan pasal anak2 la.. Kalau anak yg jenis suka menangis mengamuk ni diaorg kurung dlm blk smp anak tu janji tak nak menangis lagi. Kalau menangis jgk pintu tak akan dibuka. Huhu.. Macam tak sampai hati la plak nk kurung anak macam tu tapi kaedah tu berjaya la. Bila diaorg pegi lawat sebulan lepas tu anak tu takde dah nk buat perangai meraung mcm tu. Nasya aku tak pernah cuba lagi la tapi slalu je ugut klu nangis nak bagi masuk stor sebab dia tau stor gelap. Satu lagi ugut nak bagi hanger haha.. Owhhh.. Aku tidaklah sekejap itu nak memukul anak yer sekadar ugutan je.
Wednesday, September 22, 2010
Budak-budak zaman sekarang
Sebenarnya aku nak update pasal cerita hari raya yg lalu tapi memandangkan gambar2 ini lebih menarik perhatian aku so aku share la di sini. Mungkin bagi sesetengah org gambar ni biasa2 je tapi bagi aku macam best je haha.. Sebabnya?
Semalam time aku nk tido aku amik la hp nak set alarm untuk bangun pagi nanti. Skali tgk gambar2 ni ada di skrin hp aku. Bila aku tgk satu persatu mengekek kami laki bini ketawa. Rupa2nya ini keje anak dara aku yg sorang tu. Gambar2 ni diambil tanpa pengetahuan kami yer.
Skang ni dah pandai nak perasan sendiri amik gambar sorang2 yer. Ntah apa la yg dia fikirkan time amik gambar ni. Pandai plak tu setting muka btol2 dlm kamera. Kalau sblm ni dia amik gambar ntah apa2 je dlm umah tu tp skang dh pandai nk amik gambar muka sendiri.. :)
Apa2 jer la Nasya janji anak mama ni gembira. Jangan nak rosakkan hp tu sudah. Bila kami tanya siapa ni dia malu2 lepas tu buat2 tak nak tgk haha.. Pandai plak rasa malu yer. Tapi anak dara sorang ni memang susah btol nk ajak bergambar elok2. Klu kami2 je ok la tapi klu org lain yg ambilkan mula la buat muka blur2 la tgk situ sini la xde kerjasama langsung haihhh..
p/s: papa nasya izinkan sy trim rambut anak dara kiter ni sbb sy tgk serabai giler dh smp menutup mata.
Wednesday, August 25, 2010
Belum Ada Rezeki
Jiwa aku ni rindu sgt nak ada baby kecik2 comey2 macam ni. Skang Nasya dah besar mulut pun dah pot pet pot pet x ble dah nk lambung2 mcm dulu. Kalau ditengok gambar2 lama ni rasa macam x percaya je itu Nasya. Sungguh berbeza skang ni.
Agaknya bila la aku dapat dukung baby camni lg yer hehe.. Moga-moga di bulan yang mulia ni doa aku dimakbulkan la. Insya-Allah klu takde halangan tahun depan ble la Nasya dapat adik. Kan Mr Hardy hehe.. :p
My little princes yang semakin membesar dan pandai. Alhamdulillah la skang ni Nasya memang dan boleh bercakap lancar tanpa 'sleng' pelat.. Sebutan "R" pun dah semakin bagus. Dan yang memberangsangkan skang ni Nasya dah boleh pandai speaking. Bukan la speaking mcm bertih jagung tp just skit2 je.
Kekadang tu aku pun x paham apa dia ckp tp style dia tu gaya-gaya nk speaking la konon haha.. Dan ada jgk dua tiga ayat simple yg dia ble cakap. Tak sia-sia bg tgk cd sebab ada jugak hasil yang dia dapat.
Auntie, tgk la Nasya dah besar ni bila lagi nak dapat kazen baru ni. Kat sini ramai dah nak dapat kazen baru kt sana plak hehe.. Bila tgk gambar ni jelas sekali ciri2 'sumandak'. Kepada yang tak tau sumandak itu panggilan utk anak dara di sabah ni. Kesian anak mama kan asyik main sorang2 je. Klu kawan datang main kt umah mesti nasya berlakon jaga mak/kakak/cikgu. Jelas lagi la ciri2 kakak yanng baik hehe.. Nasya la dah ada adik nanti Nasya jaga baik2 je.
Anak aku sorang je so klu xde cerita2 aku membebel memang cerita Nasya je la yg ada. Apa2 pun mama sayang Nasya.. :)
Thursday, August 5, 2010
Ole-Ole dari Australia
Ada skali tu tgh duk webcam dgn auntie dia bgtau dia mkn durian sedap. My sis ni mmg x suke durian so dia ckp la x sedap but nasya ckp sedap la. Bila my sis tunjuk toys trus dan2 tu cakap durian tak sedap haha.. Siap ckp "eeee.. x sedap la durian tu kan nk muntah".. Dan hasil berpura2 itu dpt la Buzz Lightyear.
Tuesday, July 20, 2010
selamat malam..
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Dah settle semua keje-keje kt luar aku bawa nasya masuk bilik suruh tido. "Mama nak iron baju nasya tido la dulu yer" (dengan nada suara yg lembut bak ibu mithali hahaha). Nasya x nak naik katil dia duk main dengan mainan2 dan patung di atas tikar tu. Aku ni x tengok la dan terus iron baju sampai habis. Skali dah siap tu aku heran kenapa diam je kt belakang aku ni skali tgk.. Ya ampun anak aku yang sorang ni sedang nyenyak berkeruh atas kerusi ni haha. Kesian ada geli hati pun ada aku pun panggil la my laling kt luar. Dia masuk senyum je tgk then trus nak angkat naik atas katil.
Aku ni sebagai ibu mithali apa lagi.. Stop..stop.. jup nak amik gambar hahaha. Bertuah btol la mak sorang ni kan. Dah siap amik gambar baru la my laling angkat nasya tido atas katil then lepas tu aku menyusur. Dengan kelam malam yg sejuk ohhhh syoknya tido dsambul peluk nasya dalam comforter CINDERELLA.. :)