Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Leave it to ALLAH

shooting star by *ellensama "Eh, list penerima biasiswa JPA dah keluar!" Kata seorang sahabat saya pada suatu hari. Lalu petang itu, kami bergegas ke unit Hal Ehwal Pelajar(HEP) di USM untuk melihat senarai tersebut. Setelah melihat senarai yang terpampang di papan kenyataan itu, sahabat-sahabat saya yang lain tersenyum kegirangan kerana nama masing-masing ditawarkan biasiswa. Semua akhirnya menoleh ke arah saya dan sambil tersengih saya berkata, "Aku tak dapat. Huhu." :) <--agaknya beginilah wajah saya ketika itu Riak-riak wajah mereka mula berubah dan tanpa berkata apa-apa, saya terus meminta diri untuk kembali ke asrama terlebih dahulu. Sambil saya berjalan seorang diri, saya seolah-olah kehilangan kata-kata untuk dikatakan pada diri sendiri. Sampai saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa dekat diri sendiri! Speechless. Totally speechless. Sambil merentas padang ragbi yang menjadi laluan pintas ke asrama, saya mendongak ke langit sambil ters

Akhlak

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil 3Alamin. Syukur kepada ALLAH kerana kurnia hidup yang dianugerahkanNya untuk saya kembali menulis di sini.  Semoga titipan daripada kisah hidup saya yang seakan fairy tale ini mampu menggerakkan jiwa-jiwa yang mencari perubahan dan semoga entri kali ini bermanfaat. Janganlah diperhitungkan entri-entri yang lepas kerana saya juga, seperti kamu, masih dalam fasa perubahan, masih dalam proses metamorfosis untuk menjadi hamba terbaik kepada ALLAH s.w.t. InshaALLAH. Seperti yang kalian sedia maklum, kedua-dua ibu bapa saya sudah mengetahui keIslaman saya dan reaksi kedua-duanya begitu bertentangan. Ibu saya tidak mahu menerima hakikat yang saya sudah menjadi Islam dan masih mencari-cari sebab kenapa Islam begitu istimewa di mata saya. Namun ibu saya masih menerima saya sebagai anak dan itu sudah cukup untuk saya. Sebaliknya bagi ayah saya. Ayah saya langsung tidak menerima hakikat itu lalu mengambil keputusan untuk tidak mempunyai kaitan