Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review. Papar semua catatan

17 Nov 2015

Minum Pagi Bersama Old Town White Coffee..



Assalammualaikum dan good morning..
Sejuk la hai pagi ni..nak-nak mandi air sejuk pagi ni..haiishh..
Dengan cuaca yang sejuk pagi ni,jom minum coffee panas..

Old Town White Coffee 3 In 1 Classic..
Rasa coffee dia yang uuummpphhh..memang layan la..
1 pek tu serbuk coffee dia banyak tau..1 cawan penuh tu pon still rasa kaw lagi coffee dia..
Nak rasa, pi pasaraya berdekatan cari Old Town White Coffee 3 In 1 ni..
http://www.oldtown.com.my

Yeey my planner sudah sampai..
Hip..hip..hoorey..
Happy planning....
 

21 Okt 2015

Jerebu Dan Magnum White Almond

Jerebu..oooo..jerebu..
Please go away..

Makin hari makin teruk pulak rasa dek jerebu ni la...
Haissh, batuk pon tak baik-baik lagi ni..
Paling heaven si aryan la..tak pi school..lepas ni start sekolah, banyak la ragam dia..


Area opis aku ni nampak tak teruk sangat..tapi semalam balik keje teruk giler..
Sampai ke malam kat area shah alam pon still kelabu je..
Nak kena saman negara sebelah ni..dah jadi acara tahunan lak jerebu ni..


Okay moh rilek dengan makan aiskrim..
Jerebu ni tekak pon jadi perit je ken..so elok sangat la makan aiskrim..
Nak-nak lak magnum white almond..
Peeerrgh memang syiok la layan..
Teringin ke?? Pi kedai beli ye RM4.50 jo..



Hope masalah jerebu ni cepat berlalu supaya boleh bawa anak-anak keluar bermain..
Have a good day uols..


20 Ogo 2015

Lasagna Brand Thalia


Assalammualaikum uols..
Harini dah hari khamis..suka i..hihi..
Tak ada apa yang menarik nak cete kat blog..
So cete je la pasal lasagna..aku memang suka makan lasagna..
Tapi nak buat, belum ada kerajinan lagi..
Kalau rasa nak makan selalu, pergi secret recipe je..
Tapi sejak kes halal secret recipe ditarik balik, dah lama la tak pergi..


Haritu tu pi tesco nampak lasagna readymade punya..
Brand Thalia..ni kali ke 2 aku beli lasagna ni..
Harga tak mahal sangat..berapa belas ke pon..RM12+ or RM13+..lupa lak..
Ada beef dan chicken..aku pilih beef..


Hanya tinggal bakar je..aku pakai oven..dalam ketuhar pun bole..
Tengok dalam peti ais ada cheesedar..terus parut tabur atas dia..
Kasi banyak cheese sikit..


Dah siap bakar lasagna aku untuk breakfast pagi ahad haritu..
Aryan pon suka, banyak dia makan...





20 Mac 2015

Muffin Chocolate Ready Mix


Mulakan entri dengan picca muffin chocolate yang ahkak buat semalam..
Semalam ahkak el..so petang tu buat la muffin..
Kan haritu aryan tuntut buat kek untuk dia..
Selepas dia tak dapat nak makan cheese cake orang order tu..
Semalam buat 1/2 adunan 250 gm dari 500 gm..
Dapat la 12 pcs muffin..


Aku guna tepung ready mix je..ambil muffin chocolate..
Opisamate tolong beli kat Bake With Yen..macam-macam ada, muffin blueberry, muffin oren, muffin pandan..
Lepas ni nak try beli muffin blueberry..
Ni brand Lemoco..kalau pergi kedai bakery diaorang dah packing siap..ada label nama kedai bakery tu..
Yang itu pon bolej..janji ready mix..

Senang beli tepung ready mix ni..nak-nak orang tak pakar membaking macam aku ni kan..
Uols hanya campur telur, air dan minyak je..kacau-kacau masuk dalam acuan..bakar..siap!!
Bak kata dayu 98% insha Allah jadik punya..
Kalau nak buat adunan sendiri, ada masa jadi..ada masa tak jadi..
Lepas ni kalau nak buat muffin aku beli tepung ready mix je dah..


*Khas untuk wiena, sila try beli tepung ready mix ni @_@




16 Mac 2015

Sebab Awak Comey, Saya Beli..



Haritu pergi guardian beli barang mandian untuk aku..
Sekali nampak perfume enchanteur ni..
Kiut je botol dan kotak dia..pastu murah dan wangi lak..
Terus rembat sebotol..
Sebab botol nyer kiut miut, letak dalam handbag pon nampak comey..


10 Mac 2015

Kiddy Set Dari Lazada..

Hari jumaat lepas online lazada..
Sebab memang dari bulan lepas lagi nak beli 1 set kerusi dan meja untuk aryan..
Kesian buat keje sekolah kat bawah..meja yang ada tak sesuai lak untuk dia..


So berkenan yang ini..tengok harga okay la masih didalam budget..
Terus klik buy..jumaat petang beli, sabtu pukul 10 pagi dah terpacak lori besar depan rumah..
Bagus sungguh la..

Set ni sesuai la untuk umur macam aryan dan arfan..
Kalau budak darjah 3 macam tu rasa nyer tak sesuai kot..
Sebab meja dan kerusi nyer bukan besar sangat..
Ruang terhad, so tak boleh beli yang besar-besar..


Apa lagi aryan dan arfan dah nampak kotak tu ada pica kerusi meja..terus suruh buka..
Maap la, anak-anak tak mandi lagi..tunggu nasi lemak..lepas makan baru boleh mandi..


Siap peace lagi arfan..hahah..


Okay meh kita rasmikan meja baru dengan makan nasi lemak...
Ppprrff....


*Sapa yang nak cuci mata bole pergi ke lazada..macam-macam adoo..


25 Feb 2015

Gathering Birthday: Dibelakang Tabir

Seronok aku group blogger nan satu aku ni serba serbi ada..
Tokey kek ada, tokey goodies ada, tokey pelamin berendoi ada, bukan tokey tapi kaki design, kaki deko mendeko ni ada..pastu lak laki ada kedai printing ni..serba boleh la..
So banyak cutcost untuk gathering ni..thank you ye uols..

Banner
Banner design by marziey..dan print oleh laki dayu..
Simple and nice..
Kalau ada nak printing untuk banner or print canvas photo or photobook or photoshoot studio bole terjah fb or kedai laki dayu ni..
FB: Heavenpicturestudio

Props & Frame 

Prop dan frame picca anak-anak by dayu dan print oleh laki nyer..
Cantik tapi sentap sebab aku dapat snap dengan 1 prop je..yang lain tak jumpa dah..
Padan muka ko na, sapa suruh datang lambat..hahah..sesat wei..

Photobooth
Rustic photobooth yang ohsem ni dari Farhana..
Thank farhana bagi kami berphotogedix kat photobooth ni..
Kalau berminat, boleh hubungi farah..
IG: @buaianberendoipama

Cake
Fondant cake berwarna warni yang cantik giler dan sedap ni dari fad..
Boleh terjah ig dia tengok macam-macam kek dan dessert ada..
Yang aku terliur adalah Victoria Sandwich Cake dan Nutty Butterscoth..
Jika berminat hubungi fad terus ye..
IG: @thesweetwonders

Goodies Bag
Goodies bag yang mabelas ni lak dari yaya..
Isi dalam jajan dari ena..
Coloring book dari deera..
Magic color dari dayu..
Aku bagi fm tu..

Kalau nak tengok goodies bag yang cantik lagi pi terjah fb yaya..

Terima kasih daun keladi..
Ada gathering jumpa lagi..


23 Jan 2015

Try Pasta Dengan Dressing Roasted Sesame Lak..

Assalammualaikum dan good morning..
Al-fatihah...amin..


Pagi ni breakfast try pasta lak..masih menggunakkann kewpie dressing sesame.. *entri sebelum ni (LINK)
Bahanbahan dah potong malam semalam lagi..ingat pagi semalam nak buat untuk breafast..
Pastu dah arfan dua,tiga harini tido tak lena sebab batuk..overslept la omak nyer ni pon..

Senang je pon..
Hanya perlu pasta spiral, isi ayam dicincang, hotdog, tomato cherry dan salad je..
Hotdog dan isi ayam aku rebus je..dah settle nak masak pasta lak..sekali habis gas..boleee...adoii..
Sudah nyer sambung masak dalam rice cooker pasta tu..
Pastu uols campurkan la pasta + isi ayam + hotdog + tomato cherry tu..daud salad letak bawah sekali..
Akhir sekali, dressing dengan roasted sesame tu..siap!

Disebabkan gian nak berbento guna la lunch box dan food pick tu, untuk menambahkan lagi seri pasta tu..hahaha..



20 Jan 2015

Sedap ke?

Garagara hari jumaat haritu aku cirit birit sampai ke sabtu malam ko..
So pagi sabtu no nasi lemak..walaupon tekak nak makan nasi lemak..
Pastu teringat bahanbahan salad aku beli konon nak buat breakfast pagi jumaat tu..
Sekali dah arfan merengek malam tu terus aku tak ada mood nak buat breakfast bawa pi opis..


Lagi pon nak rasa kewpie dressing roasted sesame yang orang dok kata sedap..
Nasibaik kat matahari mall depan rumah ada..harga RM8 lebih kalau tak silap..
Dia banyak jenis tau..

Pagi sabtu tu sediakan breakfast simple..salad, tomato cherry, telur dan hotdog..
Hotdog hiris bulat halus..pastu buat scramble egg bersama hotdog...
Letak salad, scramble egg dan hotdog bersama tomato cherry..
Letak dressing roasted sesame..siap dah breakfast simple..

Aku sorang je habiskan..laki i, biasa la..tekak kampung..nasi lemak gak dia cari..
So far, rasa dressing ni sedap gak la..tak ada la rasa pelik..
Aku ni tengok je jenis semua makan..tapi kalau tak kena tekak aku..tak lalu gak nak telan..
Untuk yang berdiet sesuai sangat la dressing ni..
Lepas ni kite bole variasi kan lagi menu menggunakan dressing ni..


2 Jan 2015

Sticker Nama Aryan Untuk School..

Anak baru nak sekolah tadika je..
Tapi emak yang over excited..eh, itu biasa..hahaha..
Misi membuat sticker nama aryan untuk school..
Ni singgah subang parade sebelum pergi dinner kat citta mall ((link)

Sebab buat sticker nama, tak ada la nanti tertukar dengan kawankawan..
Tapi kalau kawankawan berkenan gak, redha je la ye aryan..hihhi..

Masa cuti krismas dah pergi..sekali tutup la pulok..
So try la pergi ahad haritu..nasib baik buka..kalau tak, malas dah kot nak tempah..huhuh


Booth kecik ni kat 1st Floor Subang Parade..berhadapan kedai Paris Station..
Sebab ramai gak tanya lepas post kat fb..
Aryan sibuk tengok sticker karton apa yang ada..


Tapi seperti biasa dia pilih karton ultraman laa..
Ni size kecik untuk lekat kat alat tulis dia semua..
RM15 untuk 100 pcs wokay..


So semalam sesi melekatkan sticker nama tu kat alas tulis dia semua..sebab harini dia ada orientasi..
Ada drama yang terjadi pagi tadi..haha..nanti kite cete ye..
Excited dia melekat tau..


Okay settle lekatkan sticker nama..
Pencilbox tak jumpa yang ultraman..so dia ambil ben10..
Beg papa yang cari dan akhirnya jumpa design ultraman..



19 Dis 2014

Try Lactacyd Feminine Wash Pulak....

Kawkaw bau nyer..
Wangi dan lembut je bau dia...
Sebelum ni pakai produk lain..so kali ni tukar nak try lactacyd lak..

So google la pasal Lactacyd Feminine Wash ni..

Lactacyd dibuat daribahan-bahan semulajadi - asid laktik dan lactoserum
~Dermatologi diuji selamat dan sesuai untuk kulit sensitif
~Lactacyd adalah no 1 jenama kebersihan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia
~Ia di tentukan oleh para doktor dan dipercayai oleh wanita di seluruh dunia selama lebih 25 tahun dan terbukti secara klinikal untuk memberi penjagaan halus serta perlindungan daripada bau dan kegatalan dengan pembersihan harian
~Lactacyd feminin wash mempunyai 5 jenis -  White Intimate, Revitalize, Nourish, Lasting Freshness dan pH3.5 - dengan pelbagai manfaat dan juga dalam bentukfeminin wipes to provide on-the-go-freshness..



So ke guardian la aku pi mencari..
Guardian sekarang tengah sale..Harga tak sama setiap jenis lactacyd ni..
Tengok kat picca tu botol kaler oren tu mahal sikit sebab tu jenis revitalize, mempunyai vitamin E dan collogen wokay..
Bukan muka je nak pakai collogen..V zone anda pon nak pakai jugak..tu yang setiap jenis harga tak sama..
Dia ada botol kecik jugak 60ml seperti dalam picca tu yang belah atas..
Kalau nak tau lebih lanjut pasal lactacyd ni pergi la ke farmasi yang berdekatan atau pergi laman web http://www.lactacyd.com.my/

Pilihan aku untuk lactacyd wash ni adalah....................


Lactacyd Soft & Silky - Moisturizing
Ia mempunyai pelembap tambahan dengan ekstrak susu 10%.. Lebih berkhasiat dan pelembab untuk bahagian V-Zone..
Formulasi khas lactoserum susu semulajadi dan asid laktik mengekalkan keseimbangan pH vagina
RM20.99 untuk 260ml..

So kaum hawa diluar sana, boleh la mencuba Lactacyd feminine wash ni ye..naknak lagi, mak beranak dua ni ken..
Harus la menjaga kawasan ehem..ehem..kang laki komplen macam mana..hahaha..

27 Nov 2014

Libresse Ada Je Free Gift..


Suka nau dengan libresse ni tau..
Ada je free gift dia nak bagi..
Gelang la...
Shawl la..ni ada aku buat entri gak dulu..part shawl aku suka bangat..sebabbbb aku berhijab suka la dapat free shawl..muahaha
Kali ni benda sangkut ni pulok..nama nyer extendable organizers..
Dia beli yang sekali 3 pek tu tau baru dapat benda ni satu..jangan nak kata dapat tiga empat benda sangkut ni ye..
Dah pasang kayu dan ikat tali sangut la kat mana uols suka..
Bole letak aksesori ke..pin-pin ke..
Barang mekap ke..anakanak suka main bila letak tinggi tak dapat la diaorang nak merosakkan barang mekap..hahaha

Next month kite beli corak lain pulok ye..hope ada la lagi free gift nyer..
Dapat 2 or 3 tingkek jadi la..



26 Nov 2014

Lunch Dengan Mie Sedap Instant Cup Je..

Assalammualaikum uols...
Kat opis tengahari ni hujan lebat oii..
Nasib baik memang tak nak tapau kat kedai bawah lunch ni..nak makan maggie je..
Bosan gak, dah tau nak makan apa dah kat bawah tu..


Nasib bawa maggie mie sedap ni..
Kalau tak basah la pi tapau..
Mie sedap ni baru lancarkan yang dalam cup punya..dulu beli yang pek biasa tu je..
Aku suka mi sedap yang goreng punya..naknak bila tergigit bawang goreng dia..kruik..kruik..bunyi nyer..
Tapi dah habis pulok kat matahari mall tu..
Yang tinggal ni dua je..mi kuah rasa Baso Special dan mi kuah rasa Soto..


Lunch harini kite try mi kuah rasa Baso Special dulu..
Dia siap dengan sayuran sekali dan bebola kecil baso tau..
Bismillah...


Naknak sejuk dek hujan pulok..
Dapat lak makan mi sedap panaspanas sambil layan cete korea..
Memang heaven arr...matik kalau bos tau..eh,lunch time arr..


Sedap gak..yang suka baso bole try..
Tapi totap dihati mi goreng sedap..harus cari buat stok kat opis ni..
Okay mi dah habis, pekena pulok nescafe panas..
Walaweii..okay mata pon dah nak lelap..
Jom zzzzzzzzzzzzz...



14 Nov 2014

Pengemar Coffee

Assalammualaikum uols..



Kepada pengemar coffee, you should try..
Semalam pergi tesco, beli barang sikit pastu ingat nak ambil air yougurt dari brand ni gak..
Sekali nama cafe latte terus la ambil nak rasa pulok..tapi cafe latte ni mahal sikit dari air yougurt tu..
RM8 lebih..kalau yougurt tu RM4 lebih jee..
Tapi sebab nak rasa ambil je la..
Aku tau ada kat tesco je brand ni..kat tempat lain tak pasti lak..


19 Jun 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalammualaikum uols..

Sapa sekarang follow cete Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3? angkat kaki!
Setiap Isnin - Khamis..jam 7 mlm - 8 mlm..Slot Akasia..


Mulamula tengok macam boring je sebab izreen tu berlakon macam kelamkabut je..
Rupanyer watak dia dalam cete ni memang kelam kabut je..
Kelakar tengok watak dan perangai dia dalam ni..terkekek aku gelak..hahaha..
Papa pun layan gak cete ni if dia balik keje awal...

Macam biasa cete dari novel difilemkan jadi drama..
Tulisan dari Umie Nadzimah..setakat ni tak ada kemaruk lagi nak beli novel dia macam cete Setia Hingga Hujung Nyawa dulu, siap novel aku beli..

Pastu tengok hero dia Si Tajul Razin lakonan Amar Baharin ni..
Macam so sweet je walaupun ego nyer tinggi dalam cete ni..
Pastu dengan muka macam jambu tu terus tengok sambil feeling gitu..hahah..


Dan tak pasalpasal terus following dia dalam ig..over gitu..
Jangan risau si hitam manis totap dalam hati..hihih

Sedikit sinopsis untuk cete ni..

Drama bersiri 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan 
keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati.
Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. 

Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi. Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah.

Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah.

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?


posted from Bloggeroid

12 Jun 2014

Polaroid Hung In Frame

Assalammualaikum uols...

Harini tak berapa bz sangat..
Audit dah nk sampai penghujung..
So moh update pe yang nak di update..

Haritu tengok Saffiya di TV9..
Ada tunjuk pasal poloraid photo..tengok punya tengok macam berkenan je..
So cepatcepat cari dalam ig dia punya nama..CINTAFASCIA..
Tengok dalam ig dia bertambah berkenan..


Lepas keluar dalam Saffiya dia ada buat promotion untuk polaroid hung in frame..
Untuk 3 frame RM75..so pikir punya pikir, aku order la untuk family kecik aku ni..


1 frame untuk Putera Myrza Aryan..
Picca dari dia dalam perut hingga sekarang..


1 frame untuk Putera Mykail Arfan..
Same gak picca dia dari dalam perut hingga sekarang..



And last sekali frame untuk kami suami isteri..
Tu semua picca dah halal ye..kira picca honeymoon dulu..
Pastu untuk roll bawah aku letak picca bertunang, nikah, malam berinai dan majlis besar..

So kalau ada sapasapa yang berkenan..pi terjah kat instagram search nama CINTAFASCIA ye..
Bukan ni je dia ada, photo magnet pun ada..untuk event favors pun ada..
Sila terjah okay...

posted from Bloggeroid

7 Jan 2014

Beli Libresse Dapat Shawl Percuma


Salam selasa uols..
Harini nak cete pasal shawl percuma..
Beli pad libresse dapat shawl..suka mak tau..


Tapi jangan ingat beli 1 pek tu dapat shawl..
Dia kena beli yang 3 pek sekali tu..


Dia ada 3 corak shawl..
Macam kat dalam picca tu..tapi tengok yang tengah tu macam color hitam kan tapi bukan..



Untuk hari pertama hingga hari 3 or ke 4, aku suka pakai pad jenis maxi night berwings..
Time tu kan tengah heavy..so bila pakai yang night punya tak ada la bangun pagi tembus..
Tapi yang ni baru punya kot sebab dia ada pure fresh green tea..wangi nyer tau..
Bila pakai pun tak ada la darah..bau green tea tu..bagus sungguh..10x like..



Untuk maxi night ni aku ambil yang shawl corak ni..bungabunga..
Tengok bukan hitam tapi biru..



Then untuk hari ke 5 sehingga habis aku suka pakai yang ini pulak..
Time tu kan dah berkurang la sikit..
Maxi non wings pulok..



Yang ini pulak aku ambil shawl corak patungpatungdan ada love..
Warna coklat lembut..



See tuan tanah pakai shawl percuma..
Cantik tak kak ton....bahahaaaa..


Abaikan muka yang pucat tu..sebab time ni dah start flu..tengok tepi hidung pun dah merah..
Ni pun tak mekap just pakai lipstik je..tu pun pakai color coklat gak.. 
Tapi nama pun dapat free so kain dia biasabiasa je..then lebar dia pun tak besar..kecik je ye.. 
So jangan image yang lebihlebih pulok ye..

posted from Bloggeroid