Memaparkan catatan dengan label Love Baking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Love Baking. Papar semua catatan

20 Mac 2015

Muffin Chocolate Ready Mix


Mulakan entri dengan picca muffin chocolate yang ahkak buat semalam..
Semalam ahkak el..so petang tu buat la muffin..
Kan haritu aryan tuntut buat kek untuk dia..
Selepas dia tak dapat nak makan cheese cake orang order tu..
Semalam buat 1/2 adunan 250 gm dari 500 gm..
Dapat la 12 pcs muffin..


Aku guna tepung ready mix je..ambil muffin chocolate..
Opisamate tolong beli kat Bake With Yen..macam-macam ada, muffin blueberry, muffin oren, muffin pandan..
Lepas ni nak try beli muffin blueberry..
Ni brand Lemoco..kalau pergi kedai bakery diaorang dah packing siap..ada label nama kedai bakery tu..
Yang itu pon bolej..janji ready mix..

Senang beli tepung ready mix ni..nak-nak orang tak pakar membaking macam aku ni kan..
Uols hanya campur telur, air dan minyak je..kacau-kacau masuk dalam acuan..bakar..siap!!
Bak kata dayu 98% insha Allah jadik punya..
Kalau nak buat adunan sendiri, ada masa jadi..ada masa tak jadi..
Lepas ni kalau nak buat muffin aku beli tepung ready mix je dah..


*Khas untuk wiena, sila try beli tepung ready mix ni @_@




13 Mac 2015

Order Simple Cheesecake

Salam jumaat uols...
Al-fatihah...

dari pandangan depan
Disebabkan aku post pica cheesecake yang aku buat haritu..
Ada bff aku wasap nak order cheesecake tu..
Puas ku menolak sebab tak cornfident, untuk makan sendiri dan family bole la..
Dipujuk rayu, kesian pulak..kang mengidam susah lak..
So terima gak la..pastu tanya my sis along "yang kek orang buat tu rasa okay ke tak? sebab kawan orang nak oder lak"
Along kata okay sedap je...hihih..pastu dia tau aku nak buat untuk kawan, dah dia pon suruh buat sebiji untuk dia..

dari pandangan atas
Hari sabtu pi cari barang..hari ahad pagi membaking la aku dua biji cheesecake..
Mahal bebenor aku rasa strawberry sekotak RM14.99..nasib baik cukup untuk 2 biji kek ni..

Dah aryan lak buka peti ais, nampak kek ni..
Dh merengek nak makan kek..adoii..ni bukan mama punya la..
Pastu kata nanti mama buat untuk ayan..tapi tak berkesempatan lagi..tengok la weekend ni ke ye sayang..

Pastu dapat komen dari ita, anak-anak dia berebut-rebut..haha..
Along pon cakap sekali hadap je dah habis kek tu..sampai husband dia wasap aku cakap sedap...
Hihihi..orang suka dan okay..i is alhamdulillah..


5 Mac 2015

Resepi Cheese Cake Simple

Hari sabtu baru ni aku try..buat cheese cake yang mudah dan simple..
Tu pon sebab nak habiskan cheese yang buat cheesekut aritu..
Cheese yang dah buka bukan nyer elok simpan lama kan..


So ni hasil cheese cake nyer..
Mudah dan sedap..
Presentation dengan prop harus cantik..hahah..*daku nak beli bunga or pasu rumput macam kat ikea tu...



Aku post kat ig,de yang mintak resepi..
Dah ambil ni ye..

Bahan-bahan:
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt (aku pakai yougurt je)
2 sudu besar jus lemon (aku tak ada lemon, so tak letak)
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara:
-Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
-Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream.
-Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit..
-Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
-Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Selamat mencuba ye uols..



17 Okt 2012

Puding Karemal Punya Pasal


Puding karemal punya pasal terus jadi rajin nak buat..
Ni sebab tengok orang post picca puding ni la, rasa nak makan..
Padahal bukan faberat aku ni..

Lagi pun senang je nak buat dan cari bahan..
Terus hari ahad baru ni buat..
Puas la dah dapat makan..bukan banyak mana pun nak makan..
Macammacam peel mak buyong ni..

Ni aku google la resepi dia..
Pastu ambil sikit resepi kat blog orang ni..blog orang tu..
Jadi la puding karemal aku..suka lak kali ni, sebab kejadian puding tu cantik..
Sebelum ni lubanglubang dia banyak..
@___@


Bahan-bahan :

Untuk gula hangus:-
1/2 cawan gula
1/2 cawan air 


Untuk Puding:-

4 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung

Cara Membuatnya :

1. Masak gula hangus didalam loyang hingga cair kemudian masukkan air .Kacau hingga sebati dan biarkan..
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan masukkan susu cair. 
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan pukul sebentar.
4. Tuangkan adunan telur tadi kedalam loyang gula hangus.
5. Kukus 30/40 minit hingga masak.

14 Apr 2012

Ready Make Chocolate Cake


Ni cuti pertabalan hari tu aku buat kek coklat lagi..
Tapi kali ni try ready make punya..
Just tambah susu + telur + mentega je..tapi mentega tu aku ganti dengan minyak masak..


Tengok kuantiti tepung macam sikit je..
Sekali dah buat tengok tebal nyer kek aku..
So far ok je...tak jauh beza dengan yang aku buat kena sukat tu..
Kalau orang yang tak reti nak buat kek or tak reti nak sukatsukat..
Beli je ready make macam ni..senang kejo..

Last but not least....model kek mama dengan muka tak menahan tu..


Babai..........

30 Mac 2012

Naik Tak Naik

Pe yang naik tak naik ni ana ooii..
Ni tengok dayu buat muffin cantik je naik membukit..
Aku buat kadangkadang naik cantik..kadangkdang tak naik..paling frust masa bakar naik je cantik..
Dah masak turun menjunam..wawawawa....

Ce tengok picca muffin ni cantik jee kejadian nyer..
Di aku kredit dari blog kak izah ....mintak copy paste ye akak..






Aku pun tanya la sifu muffin ni..aku tanya dalam fb..
Salah serbuk penaik ke...salah oven ke..or salah akuuuu...heheh..
Ada la dia bagi tips nyer..
Tips selebih nyer ada dalam blog dia..
So ni aku share kan tips yang dia bagi..
Senang nanti aku nak rujuk..

Tips Tentang Muffin Dari http://izahdaut.blogspot.com/2011/07/muffin-pisang-inti-coklat.html

1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines  pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.
2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik. 
Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
teknik all in 1 mixture- masukkan semua bahan dan gebukan.
teknik whisked mixture- iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain. 
teknik muffin- iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
3. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.
4. Satu perkara penting  untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.  
Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
5. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.
6. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah  ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
7. Faktor lain adalah, jangan  ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.
8. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari  sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.
9. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.
10. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin.


So dah dapat tips dari pakar muffin..thanx kak izah..
Lepas ni menjadi dengan cemerlang dan terbilang ar muffin aku..

24 Mac 2012

Cantik Nyer Buttercream Roses

Ni garagara tengok si nano ni post kat fb dia buat buttercream roses kat cake..cantik sangat..
Terus la aku google cari..tapi tak jumpa lak u tube dia buat roses kat cake..roses lain ado arr..
Tak apa nanti aku cari lagi..nak tengok la cara nyer..

picca from google
Nano buat macam ni pulak..color campurcampur..cantik ni..



picca from google
Tengok betapa cantik nyer kejadian roses ni..
Aduiii..geram aku tengok la na ooii..


Tak pun try yang ni nano..lain sikit..

Semua nyer suruh nano yang try..
Aku ni bila nak try..nanti aku pun nak try gak arr..
Tapi bila tahun tak tau la...hehehe..

Sebelum nak buat tu kena senaman tangan dulu arr..
Kasi rengang dulu otototot tangan ni..ni keras jo..kang jadi bunga kayu lak..
Tak pun silap hari bulan tergeliat tangan aku kang..

Kalau jadi aku buat ni gempak arr..
Mahu laki aku pun terpegun..
Pastu nanti beday papa or anniversary aku buat cake hiasan ni je..

Caiyok..caiyok...


#tibatiba terus tukar background gambar roses..aku lak yang over na#

7 Mac 2012

Pengemar Dan Pembuat Cake Chocolate Tegar

Chocolate...chocolate....chocolate...

Betul arr aku ni pengemar cake chocolate...
Dan pembuat tegar cake chocolate..
+____________+



Tiaptiap bulan buat cake chocolate pun tak apa..
Aku tak jemu pun...
If rumah aku anakanak buah tak datang..
Aku buat dan sedekah kat jiran tetangga..
So tak ada membazir pun..

Pastu paling suka nak hias menghias...
Walaupun tak pandai..tapi try juga nak hias..
Naknak kalau ada strawberry..
Cake chocolate + strawberry = memang sesuai la kan..

Walaupun banyak kali kite buat kadangkadang ada gak yang menghampakan..
Contoh macam cake tu merekah kat atas..kadang tak naik cantik la..
Tapi aku selalu kena cake tu merekah la kat permukaan dia..
Oven cinonetkan..pastu api atas bawah tak boleh adjust..
So ko pandaipandai la..
Tapi bila kejadian cake tu cantik..tak ada merekah..naik cantik..
Suka sangat la aku..rasa nak melompat..
Tak apa ada rezeki nanti beli oven yang besar sikit ye..



This week insyaallah akan buat cake chocolate moist lak..
Permintaan mak buyong a.k.a bff aku..
Teringin nak makan cake moist kata nyer then suruh aku buat..
Bekas pun dah beli..
"Tunggu ye mak buyong kedatangan cake chocolate moist u tu.."

Tapi ada 2 jenis cake yang memang lama aku teringin nak buat..
Resepi pun dah lama tersimpan tu..
Tapi tak berkesempatan lagi nak buat..
Adooiiii...


picca from nano

1- Caremal Cake
Yang ni nak buat kena pikir sebab oven aku kan kecik..cake ni dia akan naik tinggi..
Aku risau nanti atas dia akan naik tinggi then kena besi panas tu..
Nanti rentung lak atas dia..
Tak apa nanti try buat 1/2 adunan je..may be tak naik sangat kot..
If naik juga sampai besi panas tu redha je la ye..


picca from nano


2- Red Velvet Cake
Cake ni disebabkan bahanbahan dia tu..
Banyak beno dan payah beno..
Kena pergi kedai bakery baru ada...kedaikedai biasa ni tak ada..
Insyaallah akan cuba juga satu hari nanti..
*satu hari tu tak tau la bila taun depan k ;p

#Picca caremal cake dan red velvet dari blog nano...pinjam sat je na#


18 Nov 2011

Silicon Mould

Since aku suka membaking ni..
Banyak peralatan dan perkakas yang berkaitan membaking ni didapur..

Sampai dah tak ada tempat nak simpan.. May be aku kena beli 1 box untuk simpan semua barang tu..

Now sekarang aku tengah mencari silicon mould..

Apakah itu silicon mould?
Yang aku tahu silicon mould tu adalah acuan yang boleh dibakar didalam oven..acuan tu macam getah..pelbagai jenis bentuk dan warna..

Teruja tengok silicon tu kat blog2 resepi orang..Cantik2 belaka..
Dari komen orang yang menggunakan silicon tu kata nya senang nak digunakan..tak payah letak menjerin kat acuan tu..tapi price dia mahal sikit..berapa aku tak pasti lak..

Ni ada 3,4 contoh yang aku dapat..























Pic atas ni aku dapat dari blog Seripayaku
*mintak izin copy paste pic ye*





Yang ini pula,dari blog MasamManis
*mintak izin copy paste pic ye*




























Dan yang ini dari Secubitgaramnor67
*mintak izin copy paste pic ye*


Cantik2 kan..yg tak tahan tu silicon bear tu..
Tak dapat yang bear tu dapat yang bentuk biasa2 jadi la..macam bentuk love or bentuk bunga (kuning)..

Aku dah cari 2 bakery shop..still tak jumpa..
Apa ke payah no nak jumpa..
Anyone tahu kat mana boleh dapatkan silicon ni?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

28 Okt 2011

Sudah Mabuk Dengan Cream Puff

Salam jumaat...

hari tu mabuk pavlova..skrg mabuk cream puff lak..malam tadi buat lg..bw bekal untuk opis dan bekal utk my sis juga.

Sebab nyer semalam balik je keje terus pergi cari nozel yg besar utk buat puff ni..sblm ni nozel nyer kecik,itu utk buat deco cupcakes..bila dh beli nozel,pe lg terus nk buat la..mlm tdi gak godek..so boleh la buat jamu selera pg ni kt opis..along aku kata sedap,boleh buat raya haji kata nyer..hihih..




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

23 Jun 2011

My New Hobbies


ni la dia hobi baru aku....electric oven tu hadiah masa kawin dulu..nak 2 tahun dah aku kawin..tak pernah guna..

so baik aku guna...kang rosak sebab tak pakai...tak mo..tak mo..

aku telah diserang oleh hantu tepung!!!!!!!!!!

ni belum tengok resepi yang aku ambil kat intenet & print....

dah tebal, wa cakap luuu.....

aku harap hobi baru aku ni jangan hangat2 tahi ayam sudah la...

so tunggu kemunculan resepi yang akan di cuba..