Memaparkan catatan dengan label EntriRingkas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EntriRingkas. Papar semua catatan

26 Feb 2013

Minyak Kelapa Dara Dan Urutan Perineum

Kali ni nak cete pasal minyak kelapa dara dan urutan perineum..
Selalu beli majalah pa&ma, ada cerita pasal urutan perineum..
Masa aryan dulu, tak praktikkan pun..tapi kali ni macam nak cuba lak..


So aku beli minyak kelapa dara dari keluaran Tanamera dengan harga sebotol RM34..
Baca dalam majalah pa&ma, respon kata ok dan bagus..so tak salah aku mencuba..berkesan atau tidak belakang kira..
Janji usaha dan tawakal..

Kebanyakkan aku baca, elok buat bila dah masuk 30w..
Tapi aku buat urutan perineum menggunakan minyak kelapa dara ni masa 36w..
Tak pe la, terlewat sikit..

Minyak Kelapa Dara - Tanamera

Minyak kelapa dara adalah minyak terbaik di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari berbagai penyakit. Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari. 

Minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaat, untuk penjagaan kulit dan rambut, untuk mengawal tahap kolesterol, meningkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, kencing manis, kanser, penjagaan gigi dan untuk kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.

Paling penting, bagi bakal-bakal ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Langkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa sebarang pengoyakkan faraj. Minyak kelapa dara juga boleh diguna untuk elak rekahan kulit dan elak sembelit. Kesannya memang menakjubkan! 

Minyak Kelapa Dara TANAMERA berkualiti tinggi kerana diproses cara tekanan. Kami sarankan bakal ibu mula guna minyak kelapa dari minggu ke30 kehamilan.

 

Berbagai Kegunaan:

 
Penggunaan semasa Mengandung:
  • Untuk elak rekahan kulit
  • Untuk mudahkan proses bersalin tanpa pengoyakkan faraj
  • Untuk elak sembelit
  Penggunaan selepas bersalin:
  • Untuk pudarkan rekahan kulit
  • Untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting dada
  • Untuk elak sembelit
  • Untuk urut bayi dan elak ruam lampin

Apa itu Perineum ?

Perineum tu adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur

Urutan Perineum (sumber majalah PaMa):

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.




Teknik urutan perineum:

1.  Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina.  Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.  Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat.  Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.



30 Mac 2012

Entri Ringkas (01)

Lunch tadi aku pergi Midvalley dengan opismate..
Just lunch kat Delifrance..

So aku singgah quardian nak beli syampoo yang dah habis kat rumah tu..
Then teringat bedak muka aku dah habis..


Clear Smooth All In One..Shine Free Cake Powder..
Ini yang aku pilih,,
Yang pasti spf 25..all day shine control..uv protection..fairer skin conceals..long wear..smoothes and evens..
Murah pun murah..hanya RM17.91 jee..

Dan penting oil free..muka aku ni teruk sikit minyak..
Boleh buat minyak masak rasa nyer..
Siap laki den sound "pe sal muka berminyak sangat ni"
Ooohh..sentap mak tau..
Minyak,minyak pun muka ini yang pa cium kan ;p
Harap dengan bedak ini dapat menyerap segala minyak yang ado..
T_________T