Memaparkan catatan dengan label Admitted. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Admitted. Papar semua catatan

11 Sep 2014

Ayah Mertua ICU

Asssalammualaikum..
Harini hari yang sedih sangat..
Ayah mertua ku sekarang berada di icu Hospital PPUM..

Nak dimulakan cete dengan demam..mak cete ayah demam hari selasa tu pastu kata nyer mata dah kabur..
Petang tu papa bawa ayah pergi klinik..depan klinik tu ayah muntahmuntah..so doc bagi surat suruh refer hospital..
Malam tu papa bawa la ayah pi hospital ppum..kena admit..
Petang semalam papa balik dari hospital, papa cete ayah dah merontaronta..pastu cakap dah merapu..
Dan disahkan ada ketumbuhan di otak..
Dush!! rasa macam satu batu jatuh kat kepala...sedih sangat..ma (my mom) pun dah bergenang air mata...
Malam tu ma baca yasin..


Malam tadi dapat call ayah dah kena masuk icu..
Adik ipar Amir yang bongsu jaga ayah start dari ayah masuk hospital lagi..
Kelam kabut kami pergi umah mak (mertua) lepas dapat call..
Sampai umah mak tengok ada jiran datang..mak nangis..

Pastu kami tunggu dayah dan amir balik..sebab nurse suruh balik tak payah tunggu..icu tak boleh tunggu pun..
So bila diaorang sampai rumah dengar cete..yang Allah sedih sangatsangat..mak pun nangis jee..
Ayah dah cakap merapurapu..dah tak ingat..mata yang kabur tu pun dah tak nampak..dah merabaraba..
Sebelum diaorang nak balik ayah kena ikat sebab merontaronta nak pi tandas la..
Doc tak bagi takut jatuh nanti..diaorang kata dah macam bukan ayah..lain sangat..
Amir cete doc kata ketumbuhan tu betulbetul tumbuh kat enjin otak..yang berkaitan dengan sistem sarat utama la macam tu..
Mak dengar je nangis..pastu kejap orang call tanya nangis lagi..call lagi tanya nangis lagi..
Sedih sangatsangat..



Arwah abah baru je genap setahun meninggal..dulu arwah abah (atok pa) kemain rapat dengan aryan..rapat sangatsangat okay..
Pastu lepas atok pa tak ada...aryan rapat dengan atok mat dia (ayah mertua) sebab aryan dijaga oleh atok mat dengan wan nye lepas atok pa tak ada..
Aryan kamcing dengan atok mat dia dari wan nyer..hihhihi..
Now atok mat dia pulok sakit..sedih sangat..
Nenek pun cakap atok pa baru setahun meninggal..sekarang tok mat lak sakit ye aryan..

Ya Allah, kau pelihara la kesihatan ayah mertuaku.. 
Kau sembuhkan la penyakitnya dan kau ringankan la penderitaannya..
Amin..amin..amin


*okay stop menaip..airmata dah bergenanggenang ni sebelum berjujuran..

22 Ogo 2013

18/08/2013 Persamaan 11 Syawal 1434 - Abah Pergi Meninggalkan Kami :'(

Assalamualaikum semua..

Harini aku kembali berkerja selepas cuti kematian selama 3 hari..
Ikutkan hati masih tak ada mood nak menulis..tapi kat sini la kenangan untuk diabadikan..

Sebelum ni aku ada cete pasal 'abah' sakitkan..

Tanggal 18/08/13 persamaan 11 Syawal 1434 jam 6.20 am 'abah' telah pergi meninggalkan kami..
Walaupun berat dugaan mu Ya Allah, tapi kami redha..
Biar la 'dia' pergi dengan tenang dari terseksa...sob..sob..

Abah, ana doakan abah ditempatkan dikalangan orang beriman..semoga abah tenang la disana ye..
Kami adikberadik akan jaga ma selagi hayat dikandung badan...abah jangan risau ye..
Kami sayang abah sangatsangat........


#kawankawan doakan Al-Fatihah untuk 'abah' saya ye..tima kasih..



16 Ogo 2013

Abah Menghidap AML Leukimia :'(

Assalamuailaikum..

Ingat nak update cete pasal raya..tapi tak ada mood la..nanti la dulu..
Sekarang nak cete pasal abah..buat masa sekarang ni my family tengah bersedih sejak dapat tau penyakit abah kelmarin..kalau sapa yang folow fb aku mungkin dah tahu..

Abah masuk hospital sehari sebelum raya, tapi sebelum tu dah tak larat baring jee...makan pun tak ada selera..pastu puasa lagi..
Hari selasa malam dia dah demam, rabu pagi hubby hantar pergi hosp serdang..
Time tu abah pun dah semput @ susah bernafas..so kena admitt la until now..

Selasa aku dah masuk keja tapi hubby start cuti lagi..so tengahari tu hubby,adik wan dengan ma pergi tengok abah..
Along dan family pun tengok, dia gerak dari rumah dia kat bandar baru bangi..
Petang tu doc call panggil suruh datang balik hosp..so adik wan, along dengan abang ipar pergi balik petang tu..hubby nak ambil aku kerja..
That time baru dapat tahu abah menhidap AML Leukimia tahap 5..sob.sob..
Untuk umur abah tahap 5 tu agak teruk la dibandingkan dengan umur yang muda sedikit..

Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML)
Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.
Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit. Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah.

08 Ogos 13 - Raya Pertama

Menu raya tahun ni hanya nasi impit + kuah lontong + kuah kacang + rendang ayam..
Aku dengan my sis angah raya kat sini dulu..Angah raya ke 3 baru gerak balik Perak..
Aku pun raya ke 3 lari jap balik Nogori..kesian aryan nak balik kampung jumpa oyang kata nyer..weols balik hari je pun..
Kang sapa nak bawa ma dengan adik g hops kalau balik lamalama.



Tahun ni beraya tak berapa best la sebab abah masuk hosp..
Tengahari raya pertama tu terus zasss pi hosp..
Time ni otw nak pi hosp la..nasib baik budak ni tido..kat tol sungai besi jem sikit..


Ini budak dah bangun, tak larar nak dukung lamalama..awak tu bambam..lenguh tangan mama tau..


Time ni ma bawa nasi impit dengan kuah lontong..baru la abah ada selera nak makan sikit..
Kalau tak, tak mahu makan sangat.. 
Dikelilingi anak menantu, cucu sume selera la kot..


Nasi hosp cucucucu dia yang bedal..hahahhh
Ok la tu, dari membazirkan..

09 Ogos 13 - Raya Kedua


Ni lak raya kedua pergi hosp..
Baby arfan tinggal kat rumah dengan ma dan anak buah yang lain..ma tak pergi..
So naik satu kete dengan angah, abg ipar dan hubby..aryan bawa kalau tinggal susah nenek nanti..


Haritu abah masuk darah lagi..
Darah abah jenis A+..sama dengan aku rasa nyer..

11 Ogos 13 - Raya Keempat

Sayang mereka dunia & akhirat..

Raya keempat pergi hosp bawa mak dengan adik wan sekali..
Angah raya ketiga dah balik kampung perak.
Aku raya ketiga lari jap balik nogori..


Ini budak bambam mengamuk nak tido..
Bagi susu tepuktepuk terus zzzzz..pinjam katil atok jap..


Jangan marah nak interframe gak..kuikui..

14 Ogos 13 - Raya Ketujuh


Ni hari selasa minggu ni..aku ambil el nak pi tengok abah..
Time ni abah dah dapat tahu dia ada leukimia..so tak berapa ceria dia..
Dapat la muka risau, pastu start kurang makan balik dah..sob..sob..

Time ni adik wan tengah sapu losyen kat kaki abah sebab kering..
Start dah ramai datang melawat abah time ni..sebab ramai dah tahu sakit abah tu..


Ni keluarga azura, satu family datang melawat abah..termasuk alin gak..
Tima kasih banyakbanyak yee sume..

15 Ogos 13 - Raya Kelapan


Ni picca terbaru..picca semalam..dapat dari adik wan..
Sebab semalam abah menjalani mengambil air tulang punggong..so adik wan jaga semalam, dia pun tido kat sana..
Ni picca baru lepas ambil air tu..picca kiri masih tak sedar lagi..
Picca kanan baru sedar tapi macam mamai sikit sebab ubat bius tu..tu baru tido selepas bagi makan..

Harini tak pasti dapat tengok ke tak..kalau tak dapat tengok..
Esok je la, bawa sekali baby arfan dan aryan..biar ada cucucucu dia, rasa happy la sikit kot..
Then maybe esok angah pun datang gak..so sume anak menantu cucu dia ada lagi happening sikit..

Kawankawan sume tolong doakan bapa saya ye..semoga Allah dapat membalas je..amin..

#Sejak dapat tahu penyakit abah..sentiasa aku menangis..tak sangka sangat..

22 Mei 2013

Genap 2 bulan Masuk Hospital

Harini baru nak cerita pasal baby arfan admitt..
Dah seminggu lebih dia keluar dari hospital..
Tapi still ada batuk lagi..bila la nak hilang pun batuk nyer..
Sembuhkan la anakku ya Allah...
 
Kisah nyer baby arfan start batuk masa dia sebulan lebih..time tu dah habis pantang..
May be berjangkit dengan orang kat rumah yang batuk time tu..
So masa dia baru batuk kitaorang bawa pergi klinik..tapi dah tau sebab baby kecik rasa nyer tak ada ubat..
Tapi bawa jugak la, risau ken..aku bawa klinik selalu pergi time aryan..tapi time tu doc yang selalu tu tak ada lak..
Yang ada doc ganti..hanya chek macam tu pastu kata bagi nap jee..tak cakap untuk apa nap tu..
Ubat memang tak ada la sebab kecik lagi..
Aku dah la tak ada pengalaman anak sakit macam ni..so tak berapa puas hati la..

Makin lama batuk baby arfan makin teruk la..sehingga suara dia serak tau..time malam je lagi kerap batuk dia...kesian tau aku tengok..atuk dengan nenek time tu pun risau sangatsangat..
Pastu time tu lagi berapa hari je dia nak 2 bulan..so aku decide tunggu dia genap 2 bulan nak bawa balik pergi klinik..mana tau ada ubat ke antibiotik ke..

So 03/05/13 petang tunggu papa balik keje, aku pergi klinik lagi sekali tapi klinik lain pulok..
Then doc tu chek dada baby arfan, pastu tengok lekuk kat area paruparu dia dan chek pernafasan..
Muka doc aku tengok dah lain..masa tu dah cuak dah ni..terus doc tanya aku bla..bla..
Pastu dia kata "ni kena refer hospital la..sebab dengar bunyi kat paruparu dia lain.."
Dengar je hospital pe lagi terus nangis aku..ye la tak pernah anak masuk hospital kan..
Doc tu tengok aku nangis.dia bagi la kata semangat..pastu cakap "baby kecik lagi better kita bawa dia cepat ke hospital, apaapa boleh rawat cepatcepat..insha Allah, tak ada apaapa la"
Pastu ok sikit la perasan cemas tadi walaupun airmata tak henti lagi..
Then doc tanya hospital mana u nak pergi..so panggil papa tanya papa sambil nangis..
Papa kata nak pergi hospital serdang je sebab baby arfan lahir kat situ..
Doc buat surat suruh pergi haritu jugak..tapi weols gerak malam sebab petang nak ke serdang sana jem kan orang balik keje..

Pukul 8 lebih baru gerak pergi hospital..aku dah siap packing baju bajan sume sebab rasa akan admitt punya la..
Sampai je sana masa keluar kereta boleh pulak jumpa abang mie suami bff aku azura..azura dah admitt nak bersalin..hihihhh
Pergi tempat emergency then tunjuk surat pastu tunggu chek sume..nasib baik tak lama pun kena tunggu..
Pastu kena buat xray kat bahagian dada baby arfan nak tengok kahak tu teruk mana..
Elok masuk bilik doctor then tunjuk xray dada baby arfan..nampak teruk gak kahak dia..terus nangis aku..sedu sedan aku nangis dah..kalau sapa ada anak, tengok anak sakit mesti sedih dan nangis gak kan..
Doc tu pujuk aku sambil usap bahu aku..kata insha Allah tak ada apaapa laa...

Pastu doc kata kena admitt, tapi dia kena call dulu wad kanakkanak sebab penuh kata nyer..
Dengar la doc call doc kat atas cete pasal kes anak aku..then dia kata ada katil kosong so admitt la..
Pastu dia kena ambil daah baby arfan sebab nak chek la..depan aku baby arfan nangis kawkaw kena cucuk ambil darah..
Nasib time tu aku dah suruh papa yang pegang baby arfan..bila dengar je dia nangis lagi kuat aku airmata aku jatuh koo..sampai papa pun mata merah aku tengok..kesian anak dia kecik lagi dah kena cucuk.
Kita yang tua ni pun kalau ambil darah sakit, ini kan baby yang kecik..ohh, tak sanggup aku dengar dan tengok tau..

Tengok picca atas tu..yang picca aku riba dia tu, tu malam yang weols sampai la..lepas dia ambil darah terus masuk oksigen sebab nafas dia laju dah..tengok mata aku merah sebab nangis sakan...
Dia kena pakai oksigen 24jam selama beberapa hari..pastu kena bagi nap 4 jam sekali..pastu turun ke 6 jam sekali..pastu stop..
Mulamula dia kena cucuk kat tangan masa ambil darah tu..pastu jarum dia tertanggal..so kena ambil lak kat kaki..masa kat kaki tu aku dengar dia nangis..aku tak bole masuk,hanya tunggu kat luar bilik je..meleleh lagi air mata aku tau..serius aku tak kuat untuk tahan nangis..

Ikutkan 5hb dia dah bole keluar, tibatiba doc pakar chek macam ada bunyi lain kat jantung dia..pastu ada lekuk lak kat jantung dia..so tak bole balik lagi..
Doc suruh buat CTG dan EKOR pulak kat jantung dia..picca yang banyak wayar tu buat CTG..nak tengok denyutan jantung dia normal ke tak..so alhamdulillah carta denyutan jantung dia normal..
Tunggu nak buat EKOR punya la lama..esok baru boleh buat..EKOR tu macam kite scan baby nampak baby gerakgerak kan..ni nampak dengupan jantung dia sume la..
So esok nyer barudapat tau result dia..alhamdulillah lagi sekali sebab jantung dia tak ada masalah..

Pastu kata 9hb tak silap dah boleh keluar hospital..tapi pagi tu doc pakar chek ada bunyi kahak lagi kat paruparu dia..so kena tahan lagi..
Mana tak nyer dari dah elok pastu kena tahan lagi..dari dah baik sampai sakit balik..
Aku pun elokelok sihat sampai demam + selsema + batuk duduk hospital lama sangat..


Akhir nyer pada 12/5/13 baru bole keluar..9 hari duduk hospital ko..dengan tido merengok nyer atas katil baby..sakit badan, urat semua tau..
Rindu giler abang aryan pun sama..
Balik tu terus aku baring dan tido sebab dah demam time tu pun..
Dah la sepatutnyer 10hb tu aku dah start keje dari cuti bersalin..so el la pada 10hb tu..
Isnin dan selasa pulak (13 & 14hb) aku dapat mc 2 hari sebab demam + selsema + batuk..
Rabu baru start keje..

Harapharap tak mau la episod hospital ni berulang..
Semoga anakanakku sihat sentiasa dan dibawah lindunganNya..
Aminnn......