Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 3:Waktu Mustajab Berdoa)





Assalamualaikum,
Selamat sejahtera kepada kalian dan semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT. Sesudah lama berehat (bercuti), tibalah masanya untuk ana mengantarkan sebuah entry baru setelah lama tidak menaip. Untuk kali ini kita akan menyambung tentang perkongsian doa. Semoga kita semua beroleh manfaat dan sesuatu yang berguna daripanya.Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah SWT. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan waktu yang dimakbulkan, iaitu;

>> Berdoa sewaktu hujan turun. Sabda Nabi SAW: "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

>> Ketika hendak solat.

>>
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi SAW: "Allah SWT turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kukabulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?'" (HR Bukhari dan Muslim)

>> Waktu di antara azan dan iqamah. Sabda Nabi SAW: "Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah." (HR al-Tirmizi)

>> Ketika sujud dalam solat. Sabda Nabi SAW: "Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa." (HR Muslim)

>>
Selesai solat fardu. Sabda Nabi SAW ketika ditanya tentang mestajab doa: "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (HR al-Tirmizi)>> Ketika berpuasa. Sabda Nabi SAW: "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir." (HR al-Baihaqi)

>> Malam al-Qadar. Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.

Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: "Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah SAW: 'Sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku.'" (HR al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Naza'ie)

Sekian sahaja dari ana, insyaAllah ada sambungannya pada entry yang akan datang. Semoga kita semua dapat beramal dengannya dan beroleh manfaat dari coretan di sini.

Wassalam.

Sumber: 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

**Kuliah pada maghrib tadi oleh Ustaz Hj. Ahmad Bukhari ada menyatakan bahawa pada hari Jumaat ada suatu yang doa akan dimakbulkan Allah SWT. terdapat perbezaan pendapat antara Ulama, dan antaranya ialah sewaktu khatib sedang naik ke atas mimbar, sebelum dia memberi salam kepada jemaah. Wallahu'alam.
Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa
4) Siri 2.3: Adab Berdoa

Untuk mendapatkan buku ini, layari www.stormreaders.net/MdTaib

Tuesday, June 1, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.3:Adab Berdoa)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ke atas kalian,

Di kesempatan ini, ana akan menyambung berkenaan entry yang telah ana tulis sebelum ini berkaitan dengan amalan berdoa. Ini adalah bersumberkan buku yang sedang ana baca iaitu 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran karangan Ustaz Zahazan Mohamed. InsyaAllah semoga info dan perkongsian ini memberi kita kebaikan dan membawa kepada doa kita dimakbulkan Allah SWT.



Berikut adalah sambungan dari adab-adab berdoa yang perlu di jaga untuk kemakbulan doa:-

>> Bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan. Buktinya ialah kisah terselamatnya 3 orang sahabat daripada mati terkurung dalam sebuah gua yang tertutup pintunya berkat mereka bertawassul dengan amal soleh yang dilakukan sebelum itu ikhlas kerana Allah. (HR al-Bukhari dan Muslim)

>> Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram. Sabda Nabi SAW: "...Makanannya daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan dia dibesarkan daripada sumber perolehan yang haram, maka bagaimana dimakbulkan permintaannya." (HR Muslim)

>> Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar. Sabda Nabi SAW: "Demi Allah yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar. Jika kalian tidak melaksanakannya, Allah akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepad-Nya, nescaya tidak akan dimakbulkan." (HR al-Tirmizi, dianggap sebagai hasan)



>> Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa kepada orang lain. Dalilnya ialah firman Allah yang memuji keturunan sahabat, Muhajirin dan Ansar kerana doa mereka. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-10 yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu."

>> Menghimpunkan ke semua anak jari melainkan ibu jari. Ini berdasarkan sebuah hadis sahih, Nabi SAW bersabda: "Bahawa Nabi SAW apabila masuknya seseorang itu ke dalam Islam, maka Nabi SAW akan mengajarnya membaca doa: Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah hidayah kepadaku, afiatkanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku." Dalam riwayat lain, dihimpunkan jari-jarinya melainkan ibu jari kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. (HR Muslim)

>> Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya ialah Ibn Abbas berkata: "Apabila kamu memohon kepada Allah, mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu. Sapukan muka kamu dengan tapak tangan." (HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim)

>> Mengaminkan doa yang dibaca. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan perkara ini. Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya imam mengatakan 'amin', maka ucapkanlah 'amin'. Sesiapa yang ucapan aminnya bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah." (HR Bukhari, Muslim)
Abu Zuhair bin Numairi menceritakan, satu malam beliau dan para sahabat keluar berjalan bersama Rasulullah SAW. Mereka bertemu dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah. Baginda berhenti untuk mendengar doa lelaki tersebut. Kemudian baginda bersabda: "Sekiranya beliau menutup, pasti doanya akan diterima." Seorang sahabat lalu bertanya,"Dengan apa perlu ditutup doa?" Sabda baginda: "Dengan amin. Sekiranya beliau menutup doanya dengan amin pasti doanya akan diterima." (HR Abu Dawud)



Alhamdulillah dengan ini tamatlah bahagian untuk siri ke 2 iaitu Adab-adab Berdoa. Semoga beroleh manfaat dan ilmu yang berguna dari perkongsian ini. Semoga dengan ini kita dapat meningkatkan potensi kita di dalam berdoa untuk mendapat doa yang makbul dari Allah SWT, amin.

Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa

Sekian, Wassalam.

Sunday, May 23, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.1-Adab Berdoa)



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan,

Segala pujian tertentu bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita, Muhammad SAW, sahabat dan keluarga baginda. Terima kasih diucapkan kepada para pembaca, sahabat dan pelawat yang setia berkunjung walaupun telah lama ana tidak memuat turun nukilan untuk tatapan semua. Semoga Allah merahmati ana dan kita semua dengan limpahan idea dan semangat untuk kita meneruskan jihad di jalanNya menggunakan sebuah keyboard dan sedikit ilmu pinjamanNya.



Untuk kali ini,seperti yang ana janjikan pada entry yang lepas, untuk membuat sambungan kepada perkongsian kita dalam bab doa. InsyaAllah akan dibawakan pada entry kali ini tentang Adab-Adab Dalam Berdoa seperti yang terkandung dalam buku 101 Doa Para Nabi&Rasul Dalam Al-Quran, Khasiat dan Kaifiat Beramal karangan Ustaz Hj. Zahazan Mohamed.



Antara adab berdoa yang perlu dijaga untuk mendapat doa yang makbul ialah:

Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

Memulakan dengan pujian kepada Allah dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sekurang-kurangnya pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan wassalatu ala Rasulillah.

Menutup doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW juga. Imam al-Nawawi berkata bahawa para ulama telah berpakat (ijma') bahawa sunat doa itu dimulai dengan kalimah memuji Allah SWT, diikuti mengucapkan selawat Nabi SAW. Demikian juga penutup doa, diakhiri dengan pujian dan selawat.

Bersubgguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri bahawa Allah akan memakbulkannya.

Berdoa dengan khusyuk, tadharru' (rendah diri) dan disertai perasaan rabbah (takut) dan raghbat (pengharapan diterima).

Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua belah tangan. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangannya berdoa tetapi tak dimakbulkan permintaannya itu." (HR Abu Dawud dan al-Tirmizi. Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid, Sahih al-Tirmizi)

Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah. Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak. Dalilnya ialah: "Dimakbulkan doa seseorang daripada kalian selama dia tidak terburu-buru. Dia berkata: "Aku sudah berdoa tapi Allah tidak memakbulkannya." (HR Bukhari dan Muslim)

Sentiasa berdoa dalam apa jua situasi sama ada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya' ayat 60 yang bermaksud: "Dan apanila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain daripada Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)."

Sekian sahaja untuk tatapan sahabat-sahabat untuk kali ini. Sambungan untuk adab-adab berdoa ini akan di poskan pada entry2 akan datang, InsyaAllah masih ada 2 lagi entry yang akan dipos mengenai adab-adab berdoa ini. Semoga semua sama mendapat manfaat darinya. Jazakallah khair.

Wassalam.


Monday, April 19, 2010

Paper Review: I Luv Islam (Cantik Wanita;Antara Fitnah & Fitrah)

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."(Surah al-'Araf,ayat 31)



Assalamualaikum,

Ana baru sahaja purchase tabloid I Luv Islam edisi 7 pada 2 hari yang lepas. Alhamdulillah ana amat berbangga kerana anak2 muda mampu menggarap dan menerbitkan tabloid seperti ini lebih2 lagi banyak ditekankan unsur2 dakwah di dalamnya. Sebab itu ana memang menyaport usaha mereka dengan membeli paper ini (walau termiss beberapa isu). Sememangnya ana menyarankan supaya para pembaca Islam agar tidak ketinggalan memilikinya, kalau ekonomi tak mengizinkan cube pinjam dari kawan, tu pon salah satu usaha mencari ilmu=)



Oklah, mari kita berbicara tentang tabloid terbaru nih (Sesape yg nak tgk intisarinya klik disini). Sebenarnya ana amat tertarik dengan tajuk muka depannya yg tertulis "Cantik Wanita;Antara Fitnah & Fitrah". Tapi kenapa ana sebagai kaum adam tertarik? First ianya suatu ilmu, then kaum adam perlu tahu juga ilmu2 yang bersangkut paut dengan wanita, kerana mereka juga akan di soal di akhirat perihal kaum hawa dalam keluarga mereka seperti isteri, anak2 dan juga yang bertalian dengannya. So, semoga ilmu ini bermanfaat apabila ana sudah berumahtangga kelak, amin. Antara isu lain yang menarik adalah : Cerita Artis Kita : Apa Sudah Jadi?, Cepatnya Tamatkan Zaman Bujang, Harga Sebuah Nyawa, Wanita Sebagai Bos Lebih Bossy dan Al-Quran Selamatkan Cat Steven.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”(HR Tirmidzi dan Ibn Majah)



Kat sini ana cerita sket apa yang terdapat pada tajuk utama tabloid ini. Di sini di ceritakan perihal wanita yang tabarruj (berhias) dan hukumnya di sisi Islam. Penulisnya juga menyebut tentang kepentingan tabarruj, dan bilakah ianya sesuai diaplikasikan oleh kaum hawa. Di sini juga diambil pendapat oleh golongan ilmuan seperti Ustaz Wan Akasyah dan Prof Kamariah Yusof (Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,UiTM). Ana tertarik dengan ulasan Ustaz Wan Akasyah tentang fesyen, di mana beliau menyentuh keperluan pereka2 fesyen mereka fesyen yang mengikut garis panduan Islam dan mendapatkan pendapat ilmuan Islam. Kerana apabila ianya di gayakan pemakai dan melanggar syariat Islam, maka sahamnya (dosa) adalah sama seperti orang yang mendedahkan aurat. Prof Kamariah pula mengulas tentang kepentingan menjaga penampilan diri, kerana wanita yang terlalu selekeh akan menimbulkan fitnah, tetapi yg berlebihan juga menimbulkan fitnah. Beliau menjelaskan kepentingan niat dalam berhias.

Terdapat juga ulasan-ulasan berguna dari ilmuan lain seperti Ustaz Lukmanul Hakim Hanafi (Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang,USIM) dan pakar Kosmetik dan Ketua Pegawai Eksekutif Imperial Medical Centre, Dr Mohamad Faizal Mohamad Anwar. Andai pembaca ingin tahu lebih lanjut, dapatkan tabloid edisi baru ini. Tak boleh la ana cerita lebih-lebih, nnt marah plak editor I Luv Islam dan anda tak beli pula akhbar tu nanti.

Sekian sahaja dari ana, mari kita sama2 support Produk Islamik.

Wassalam.



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka yang zahir daripanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nurr,ayat 31)

Wednesday, March 17, 2010

Alangkah Indah Hidup Ini, Rezeki KetentuanNya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rezeki, itulah perkataan yang banyak mempengaruhi fikiran kita. Persoalannya timbul tentang bagaimana mencari rezeki dan bagaimana hendak berusaha ke arahnya. Tetapi sedarkah kita bahawa sebelum kita dilahirkan ke dunia, telah ditetapkan Allah kepada hambanya 4 perkara iaitu rezekinya, amalannya, umurnya dan bahagia atau menderita. Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri, dan bergantung kepada kefahaman dan kebijaksanaan kita untuk menilainya. Bernasib baik atau kurang bernasib baik, semuanya adalah ujian Allah SWT dalam menguji hambaNya.

"Kemudian setelah selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam semua keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)." (Surah al-Jumu'ah,10)



Dalam kita memerah keringat mencari rezeki, terfikirkah kita tentang cara-cara lain untuk menarik rezeki selain dari hanya bekerja dan terus bekerja. Ana baru membaca tentang rahsia untuk murah rezeki dari buku bertajuk 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang karangan Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed dan Mahfuzah Omar. Terdapat banyak petua yg disampaikan di dalamnya berkaitan pencarian rezeki berlandaskan konsep yang dituntut oleh Islam. Ini termasuklah petua-petua kepada pemiutang dan cara2 memudahkan membayar hutang disertai dengan doa2nya. InsyaAllah isi kandungan buku ini akan banyak memberi panduan dan hikmah kepada pembacanya.



Nabi s.a.w."Wahai manusia, beribadahlah kepada-Ku dengan sebenarnya, nescaya akan Kupenuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku menjadikan kamu tidak berharap pada orang lain, sebaliknya jika engkau tidak melakukannya Aku akan penuhi hatimu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghalangmu daripada menjadi fakir."(HR Ahmad,Ibn Majah dan al-Tirmizi)



Sekadar renungan di sini, ana akan menaip secara ringkas petua murah rezeki ini, tetapi untuk huraian yang lebih nyata dan jitu, pembaca mestilah merujuk kepada buku tersebut, ini hanyalah sekadar ringkasan dari ana. Antara petua-petua dimurahkan rezeki oleh Allah SWT yang disebutkan dalam buku ini ialah;
1)Beristighfar dan bertaubat
2)Bertakwa kepada Allah
3)Sentiasa mengingati Allah
4)Bertawakal kepada Allah selepas berusaha
5)Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya
6)Mengerjakan Haji dan Umrah
7)Menjalin silaturrahim(networking)
8)Bersedekah secara istiqamah
9)Membantu penuntut ilmu
10)Membantu golongan yang miskin
11)Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat lain
12)Memperbanyakkan doa
13)Bersyukur atas nikmat
14)Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang harus
15)Melibatkan diri dalam perniagaan

Kenapa ana highlight yang no 15 tu ye,erm,tepuk dada tanya selera la ye, nak hurai pon takut berjela-jela pulak panjangnya. Seperti petikan dari tulisan Dr Irfan Khairi, semua impian kita or target kita bermula dengan keiginan, adakah kita betul-betul inginkan sesuatu? Keiginan kita inilah yang akan menaikkan semangat kita dan memotivasikan kita secara automatik. So langkah yang diajar Dr IK ialah setiasa tulis dan tulis dan tulis lagi matlamat dan target kita walau dimana dan ketika mana kita berada, kerana melalui kaedah ini dapat memberi peringatan kepada kita dan meningkatkan motivasi kita yang kadang2 akan menurun apabila melalui suatu ketika.



So bagaimana dengan perihal hutang,si pemberi hutang dan pemiutang?? InsyaAllah ana akan post pada sesi post yang lain untuk dikongsikan bersama. Sekian dulu dari ana.

Wassalam...

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu, (hingga aku tidak minta) kepada selain-Mu." (HR al-Tirmizi dan Ahmad)