Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah


Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah
Sep 21, 10 2:42pm

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.



"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.

Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.



Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.


Sumber:
MalaysiaKini
wargamarhaen.blogspot.com
kerangngeleber.blogspot.com

Saturday, August 21, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 3.2:Waktu Mustajab Berdoa)



Assalamualaikum,

Salam ukhwah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi mengunjungi ruangan Duniaku Duniamu Jua... ini. Semoga kunjungan sahabat tidak hanya pulang dengan tangan yang kosong, tetapi membawa bekal yang berguna. Bagaimana keadaan Ramadhan yang kita lalui sekarang ini?? Adakah semakin bertambah amalan kita atau semakin berkurang ibadah yang kita lakukan seperti halnya berkurangnya jemaah yang menunaikan solat berjemaah di masjid apabila Ramadhan semakin menuju ke penghujung. Utamakanlah ibadah yang wajib sebelum kita menumpukan kepada yang sunat. Imam tempat ana ada berkata semasa kuliahnya bahawa amalan sunat di bulan ini adalah sama ganjarannya dengan amalan wajib, bahkan mengerjakan yang wajib akan melipat kali gandakan lagi ganjarannya. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar.

Pada entry ini ana ingin berkongsi berkenaan dengan topik doa yang telah ana kongsikan dahulu. Walaupun telah lama selang masa penyambungan Siri Doaku Senjataku, diharapkan sesiapa yang terlepas bolehla merujuk pada link yang ana letakkan di bawah. Untuk kali ini ana akan menyambung berkaitan Waktu Mustajab Berdoa.



>>
Berdoa ketika khatam 30 juzuk al-Quran. Allah SWT berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 dan 30 bermaksud; "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)."

>>
Sepanjang Hari Jumaat dengan harapan akan bersua dengan waktu mustajab doa. Sabda Nabi SAW; "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah, maka akan diberikanNya." (HR Bukhari dan Muslim)

>>
Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. Sabda Nabi SAW; "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, tidak syak padanya iaitu: Doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya." (HR Abu Dawud, dianggap sahih oleh al-Albani dalam Silsilah Hadis al-Sahihah)

>>
Ketika berjihad dan sewaktu menunaikan ibadah haji atau umrah. Hal ini berdasarkan sebuah hadis; Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, mereka berdoa kepada Allah lalu diterimaNya." (HR Ibn Majah, dianggap sahih oleh al-Albani dalam Silsilah Hadis al-Sahihah)

>>
Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah. Sabda Nabi SAW; "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepadaKu dengan ibadah yang sunat sehingga Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya mendengar dan penglihatannya yang dengannya melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan, dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi..." (HR Bukhari). Inilah jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimanannya memuncak, dan ianya boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah. (Fiqhud Du'a, Bab Siapa yang Mustajab Doanya)

>>
Waktu menerima ujian. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Naml ayat 62; "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)."

Menurut pandangan ulama, dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan. (Tafsir al-Qurtubi, tafsir ayat 62 surah al-Naml)

>>
Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh. Dalilnya ialah Nabi SAW bersabda; "Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT atau jarang sekali ditolak, doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan." (HR Abu Dawud, hadis hasan)

>>
Ketika ayam berkokok. Nabi SAW bersabda; "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya kerana ayam itu melihat malaikat." (HR al-Bukhari, Muslim)

Sekian sahaja dari ana, insyaAllah
tiada sambungannya pada entry yang akan datang. Semoga kita semua dapat beramal dengannya dan beroleh manfaat dari coretan di sini.

Wassalam.



Sumber: 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa
4) Siri 2.3: Adab Berdoa
5) Siri 3: Adab Berdoa

Untuk mendapatkan buku ini, layari www.stormreaders.net/MdTaib

Tuesday, June 22, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 3:Waktu Mustajab Berdoa)





Assalamualaikum,
Selamat sejahtera kepada kalian dan semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT. Sesudah lama berehat (bercuti), tibalah masanya untuk ana mengantarkan sebuah entry baru setelah lama tidak menaip. Untuk kali ini kita akan menyambung tentang perkongsian doa. Semoga kita semua beroleh manfaat dan sesuatu yang berguna daripanya.Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah SWT. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan waktu yang dimakbulkan, iaitu;

>> Berdoa sewaktu hujan turun. Sabda Nabi SAW: "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

>> Ketika hendak solat.

>>
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi SAW: "Allah SWT turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kukabulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?'" (HR Bukhari dan Muslim)

>> Waktu di antara azan dan iqamah. Sabda Nabi SAW: "Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah." (HR al-Tirmizi)

>> Ketika sujud dalam solat. Sabda Nabi SAW: "Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa." (HR Muslim)

>>
Selesai solat fardu. Sabda Nabi SAW ketika ditanya tentang mestajab doa: "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (HR al-Tirmizi)>> Ketika berpuasa. Sabda Nabi SAW: "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir." (HR al-Baihaqi)

>> Malam al-Qadar. Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.

Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: "Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah SAW: 'Sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku.'" (HR al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Naza'ie)

Sekian sahaja dari ana, insyaAllah ada sambungannya pada entry yang akan datang. Semoga kita semua dapat beramal dengannya dan beroleh manfaat dari coretan di sini.

Wassalam.

Sumber: 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

**Kuliah pada maghrib tadi oleh Ustaz Hj. Ahmad Bukhari ada menyatakan bahawa pada hari Jumaat ada suatu yang doa akan dimakbulkan Allah SWT. terdapat perbezaan pendapat antara Ulama, dan antaranya ialah sewaktu khatib sedang naik ke atas mimbar, sebelum dia memberi salam kepada jemaah. Wallahu'alam.
Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa
4) Siri 2.3: Adab Berdoa

Untuk mendapatkan buku ini, layari www.stormreaders.net/MdTaib

Tuesday, June 1, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.3:Adab Berdoa)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ke atas kalian,

Di kesempatan ini, ana akan menyambung berkenaan entry yang telah ana tulis sebelum ini berkaitan dengan amalan berdoa. Ini adalah bersumberkan buku yang sedang ana baca iaitu 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran karangan Ustaz Zahazan Mohamed. InsyaAllah semoga info dan perkongsian ini memberi kita kebaikan dan membawa kepada doa kita dimakbulkan Allah SWT.



Berikut adalah sambungan dari adab-adab berdoa yang perlu di jaga untuk kemakbulan doa:-

>> Bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan. Buktinya ialah kisah terselamatnya 3 orang sahabat daripada mati terkurung dalam sebuah gua yang tertutup pintunya berkat mereka bertawassul dengan amal soleh yang dilakukan sebelum itu ikhlas kerana Allah. (HR al-Bukhari dan Muslim)

>> Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram. Sabda Nabi SAW: "...Makanannya daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan dia dibesarkan daripada sumber perolehan yang haram, maka bagaimana dimakbulkan permintaannya." (HR Muslim)

>> Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar. Sabda Nabi SAW: "Demi Allah yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar. Jika kalian tidak melaksanakannya, Allah akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepad-Nya, nescaya tidak akan dimakbulkan." (HR al-Tirmizi, dianggap sebagai hasan)



>> Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa kepada orang lain. Dalilnya ialah firman Allah yang memuji keturunan sahabat, Muhajirin dan Ansar kerana doa mereka. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-10 yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu."

>> Menghimpunkan ke semua anak jari melainkan ibu jari. Ini berdasarkan sebuah hadis sahih, Nabi SAW bersabda: "Bahawa Nabi SAW apabila masuknya seseorang itu ke dalam Islam, maka Nabi SAW akan mengajarnya membaca doa: Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah hidayah kepadaku, afiatkanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku." Dalam riwayat lain, dihimpunkan jari-jarinya melainkan ibu jari kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. (HR Muslim)

>> Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya ialah Ibn Abbas berkata: "Apabila kamu memohon kepada Allah, mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu. Sapukan muka kamu dengan tapak tangan." (HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim)

>> Mengaminkan doa yang dibaca. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan perkara ini. Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya imam mengatakan 'amin', maka ucapkanlah 'amin'. Sesiapa yang ucapan aminnya bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah." (HR Bukhari, Muslim)
Abu Zuhair bin Numairi menceritakan, satu malam beliau dan para sahabat keluar berjalan bersama Rasulullah SAW. Mereka bertemu dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah. Baginda berhenti untuk mendengar doa lelaki tersebut. Kemudian baginda bersabda: "Sekiranya beliau menutup, pasti doanya akan diterima." Seorang sahabat lalu bertanya,"Dengan apa perlu ditutup doa?" Sabda baginda: "Dengan amin. Sekiranya beliau menutup doanya dengan amin pasti doanya akan diterima." (HR Abu Dawud)



Alhamdulillah dengan ini tamatlah bahagian untuk siri ke 2 iaitu Adab-adab Berdoa. Semoga beroleh manfaat dan ilmu yang berguna dari perkongsian ini. Semoga dengan ini kita dapat meningkatkan potensi kita di dalam berdoa untuk mendapat doa yang makbul dari Allah SWT, amin.

Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa

Sekian, Wassalam.

Tuesday, May 25, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.2: Adab Berdoa)



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

InsyaAllah pada kali ini ana akan meneruskan sambungan tentang adab-adab berdoa seperti yang terdapat dalam buku 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran. Seperti entry berkaitan doa sebelum ini iaitu Siri 1: Suatu Permulaan dan Siri 2.1: Adab Berdoa, entry kali ini ialah kesinambungan dari Siri 2.1 tersebut. Untuk mendapat kefahaman dan manfaat yang lebih menyeluruh lagi, sahabat bolehlah merujuk pada dua entry tersebut dahulu supaya akan lebih menghayati apa yang akan disampaikan pada kali ini.

Berkenaan sambungan kepada adab-adab berdoa untuk mendapat kemakbulan Allah SWT ialah:

>> Tidak berdoa untuk keburukan seperti kecelakaan dan memutuskan silaturrahim. Nabi SAW bersabda: "Doa seseorang hamba akan sentiasa dimakbulkan selama mana dia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim..." (HR Muslim)

>> Tidak berdoa di tempat maksiat.

>> Merendahkan suara kerana Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 205. Maksudnya: "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintah-Nya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai."

>> Berdoa dengan mengucapkan 'Ya Rabb' sebanyak 3 kali. Diriwayatkan daripada Atha' r.a., beliau berkata: Tidaklah seseorang hamba mengatakan 'Ya Rabb' sebanyak 3 kali melainkan Allah mendengar permintaannya. Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa mengenai wajar atau tidak diseru dengan nama 'Sayyid'. Jawab beliau: "Katakanlah 'Ya Rabb' kerana itulah panggilan para nabi a.s. kepada Allah dalam munajat mereka".
Doa juga perlu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak 3 kali. Sebagai contohnya Nabi SAW membacakan doa di bawah 3 kali pada setiap petang. Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada kejahatan sesuatu yang diciptakan." (HR Ahmad)

>> Mengadap ke arah kiblat. Dalilnya ialah Ubbad bin Tamim meriwayatkan daripada bapa saudaranya iaitu Abdullah bin Zaid bin Asim al-Maziniy, katanya: "Aku melihat Rasulullah SAW pada hari baginda keluar untuk memohon kepada Allah agar diturunkan hujan. Baginda membelakangkan dirinya ke arah orang ramai dan mengadap kiblat. Kemudian baginda mengalihkan selendangnya. Seterusnya mengerjakan solat dua rakaat dengan bacaan yang kuat pada setiap rakaat." (HR Bukhari)




>> Mengangkat kedua-dua belah tangan sewaktu berdoa berdasarkan dalil: Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."
Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak nampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpama buih berarak. Baginda masih lagi tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lalu berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."
Baginda lalu menadah tangan ke langut, lalu berdoa. Maksudnya: "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami."
(HR al-Bukhari)

>> Berdoa dalam keadaan berwuduk.

>> Mengakui dosa yang dibuat, menyesalinya dan bertaubat serta beristighfar kepada Allah. Dalilnya ialah Allah mengajar kita supaya bertaubat daripada dosa menerusi kisah Nabi Yunus a.s. yang bertaubat melarikan diri daripada tanggungjawab berdakwah. Baginda akhirnya telah ditelan oleh ikan Nun selepas undian jatuh kepada baginda. Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 87-88 bermaksud: "Dan orang yang berada dalam perut ikan Nun (Nabi Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu mengira kami tidak berkuasa ke atasnya. Dia menyeru didalam gelap-gelita; 'Tiada Tuhan yang layak diabdikan diri melainkan-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang-orang yang zalim.' Lalu Kami menerima seruannya, dan Kami selamatkannya dari kesusahan. Demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman."



>> Tidak bersajak semasa berdoa jika hanya bertujuan untuk memperindahkannya kepada pendengar.

>> Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami'). Ini berdasarkan kepada sebuah hadis sahih, "Semasa berdoa Nabi SAW gemar menggunakan ayat-ayat ringkas tetapi padat dengan isi dan baginda SAW meninggalkan yang meleret-leret." (HR Abu Dawud,dianggap sebagai sahih).

>> Menyeru Allah SWT dengan nama-nama-Nya yang mulia iaitu al-Asmaul Husna. Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 180 yang bermaksud: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."



Sekian sahaja untuk kali ini, insyaAllah masih ada sambungan kepada adab-adab di dalam berdoa pada entry-entry yang akan mendatang. Semoga mendapat manfaat dan faedah dari perkongsian ini.

Wassalam.

Sunday, May 23, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.1-Adab Berdoa)



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan,

Segala pujian tertentu bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita, Muhammad SAW, sahabat dan keluarga baginda. Terima kasih diucapkan kepada para pembaca, sahabat dan pelawat yang setia berkunjung walaupun telah lama ana tidak memuat turun nukilan untuk tatapan semua. Semoga Allah merahmati ana dan kita semua dengan limpahan idea dan semangat untuk kita meneruskan jihad di jalanNya menggunakan sebuah keyboard dan sedikit ilmu pinjamanNya.



Untuk kali ini,seperti yang ana janjikan pada entry yang lepas, untuk membuat sambungan kepada perkongsian kita dalam bab doa. InsyaAllah akan dibawakan pada entry kali ini tentang Adab-Adab Dalam Berdoa seperti yang terkandung dalam buku 101 Doa Para Nabi&Rasul Dalam Al-Quran, Khasiat dan Kaifiat Beramal karangan Ustaz Hj. Zahazan Mohamed.



Antara adab berdoa yang perlu dijaga untuk mendapat doa yang makbul ialah:

Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

Memulakan dengan pujian kepada Allah dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sekurang-kurangnya pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan wassalatu ala Rasulillah.

Menutup doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW juga. Imam al-Nawawi berkata bahawa para ulama telah berpakat (ijma') bahawa sunat doa itu dimulai dengan kalimah memuji Allah SWT, diikuti mengucapkan selawat Nabi SAW. Demikian juga penutup doa, diakhiri dengan pujian dan selawat.

Bersubgguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri bahawa Allah akan memakbulkannya.

Berdoa dengan khusyuk, tadharru' (rendah diri) dan disertai perasaan rabbah (takut) dan raghbat (pengharapan diterima).

Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua belah tangan. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangannya berdoa tetapi tak dimakbulkan permintaannya itu." (HR Abu Dawud dan al-Tirmizi. Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid, Sahih al-Tirmizi)

Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah. Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak. Dalilnya ialah: "Dimakbulkan doa seseorang daripada kalian selama dia tidak terburu-buru. Dia berkata: "Aku sudah berdoa tapi Allah tidak memakbulkannya." (HR Bukhari dan Muslim)

Sentiasa berdoa dalam apa jua situasi sama ada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya' ayat 60 yang bermaksud: "Dan apanila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain daripada Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)."

Sekian sahaja untuk tatapan sahabat-sahabat untuk kali ini. Sambungan untuk adab-adab berdoa ini akan di poskan pada entry2 akan datang, InsyaAllah masih ada 2 lagi entry yang akan dipos mengenai adab-adab berdoa ini. Semoga semua sama mendapat manfaat darinya. Jazakallah khair.

Wassalam.