Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Showing posts with label entrepreneur. Show all posts
Showing posts with label entrepreneur. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Pertanian Suatu Perniagaan: Apabila Tebu Mula Bercerita...



Assalamua'laikum,

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua saudara Islam yang tekun mengerjakan dan memenuhi tuntutan salah satu daripada rukun Islam. Moga2 kita ini tidaklah menjadi orang yang berpuasa, tetapi tidak beroleh apa2 kecuali lapar dan dahaga semata-mata. Jadikanlah ibadah puasa ini sebagai platform untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah Taala, kerana tidak semudah apa yang difikirkan sebelum kita dinobatkan sebagai orang yang beriman, seperti dalam firmanNya:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(AL-'ANKABUT,2)

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang- orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."(AL-'ANKABUT,3)

Baiklah, sekarang mari kita berbicara tentang tanaman tebu pulak. Sebenarnya dah lama ana nak buat entry pasal ni, memandangkan adik bongsu ana, Saidin begitu bersemangat nak praktik pasal tebu ni. Dan kesungguhannya untuk membangunkan tanah yang terbiar di kampung ana di sana, dan salah satu optionnya ialah dengan menanam tanaman tebu. Apabila berbicara tentang tebu, pasti ramai yang terliur kan, lagi2 apabila bulan puasa, jualan air tebu memang laris dan biasa menjadi minuman penghilang dahaga sewaktu berbuka. Sememangnya musim Ramadhan adalah musim yang paling laris untuk tebu di pasarkan. Malah ana ada dapat berita yang bekalan tebu di Kelantan telah habis ditempah sebulan sebelum Ramadhan, malah tebu tanaman pak cik ana juga sudah ditempah 2 bulan sebelumnya.




Hendak ana ceritakan dengan lebih terperinci tentang tebu ini pun, bukannya ana berilmu sangat pon. Tapi bolehlah dikongsi beberapa ilmu dari orang-orang lain berkenaan tebu ni. Setahu ana, tebu yang popular sekarang ini ialah tebu telur, tak dapat nak dipastikan nama saintifiknya. Nak berbicara tentang populariti tebu ni, sehinggakan adik ana meronda hampir sekitar Kelantan, tapi tiada pengusaha tebu telur yang mahu menjual benihnya, mungkin kerana tajut persaingan akan menjadi lebih sengit. Yang terbaru, ana dapat berita dari rakan sekolah ana dulu yang dia juga nak membuat tanaman tebu dan merancang nak ambil benih dari Johor, herm....ini suatu peluang yang baik.

Baiklah, sekitar ana melayari internet, bermacam cerita berkenaan tebu yang ana baca. Salah satu info tentang tebu yang berguna ialah tebu-daengnusantara. Dia ni banyak yang ditulis tentang tebu, sebab blognya khas untuk tebu dan dia juga tak silap memiliki projek tebu sendiri. Sekadar perkongsian tentang salah satu entrynya berkaitan menanam tebu telur:



Teknik Tanaman Tebu Telur..



Ada beberapa cara menanam yang boleh dipraktikan dlm menanam tebu telur nie..Aku cadangkan beberapa teknik tanam...
a) tanaman secara kekal
b) tanam secara bermusim
c) tanaman bergilir

Tanaman Secara Kekal
- Biasanya tebu ditanam dalam baris menggunakan pucuk atau batang..klu batang pastikan mata tebu tidak rosak. Jarak yang dicadangkan 100-110cm antara pokok dan antara baris 4-6 kaki.
Kedalaman lubang lebihkrg 1 kaki.PENTING..letakkan benih dalam lubang JANGAN ditimbus. Biarkan benih dalam lubang..Pastikan benih DISIRAM jika hujan x turun.Dalam tempoh seminggu anak benih akan bertunas...Apabila benih tebu mencapai ketinggian yg sesuai barulah tanah ditimbus dan digemburkan...



Tanaman Secara Bermusim
- Cara tanaman jenis nie dijalankan di China..Tebu ditanam rapat-rapat dalam baris..
Jarak antara baris 4 kaki..Kayu penyokong dibuat pada bahagian depan dan belakang baris pokok tebu kemudian tali diikat antara 2 tiang td..pokok tebu akan tumbuh lurus..rujuk gambar diatas..tebu yg mencapai tempoh matang akan ditebang keseluruhannya..

Tanaman Bergilir
- Cara tanaman sama seperti tanaman bermusim..anak pokok tebu yang baru tumbuh dipotong dan dipindahkan ke tapak yg baru..cara ini akan diulang bagi mengekalkan bekalan tebu sentiasa mencukupi.




Orang berkata, memang mudah untuk berkata-kata, dan akan lebih mudah dipercayai dengan pembuktian. Jadi mari kita mengikuti kisah petani wanita ini yang bernama Wan Hamidahton Wan Ishak, baru berumur 24 tahun, dan berkelulusan diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Beliau ini menjadikan motivasi dari ayahnya yang melonjakkannya sebagai petani tebu yang berjaya di Baling, Kedah dan pasaran tebunya hingga sampai ke Pulau Pinang. Suatu percapaian yang menakjubkan dari seorang gadis ini yang rajin malah pakar mengenderai jentera pembajak sehingga beliau digelar gadis tebu.



Baiklah,rasanya sampai sini sahaja berkaitan tebu ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua yang berminat dan juga yang belum terbuka hatinya.

Sekian,
Wassalam.

Sumber:
Utusan.com
tebu-daengnusantara

Wednesday, May 12, 2010

Perniagaan itu duniaku: Ceritalah Adly

Assalamualaikum,

Selamat malam dan semoga kita sentiasa di bawah limpah rahmatNya. Semoga perkongsian ana pada malam ini tidak merencatkan kewajipan ana untuk bangun menunaikan solat Subuh pada pagi nanti. Kali ini ana ingin berkongsi tentang kejayaan seorang yang cukup muda dalam bisnes di internet. Beliau adalah Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Lebanon di dunia internet. Dia adalah rakan sekelas kepada adik bongsu ana dan telah menempa nama sebagai usahawan muda internet seawal umur 16 tahun lagi dengan pendapatan sebanyak RM 10000. Dia juga bersama rakan seperjuangannya, Zhafran telah menubuhkan group Flare Biz yang bergiat cukup cergas dalam dunia internet. Di sini ana selitkan sedikit sebanyak tentang sejarah hidupnya yang ana sedut dari mStar Online. Semoga ianya menjadi pembakar semangat dan memberi ilmu kepada usahawan yang bergiat secara online ataupun konvensional.

Wang Tidak Masuk Jika Bisnes Anda 'Offline"



FACEBOOK, blog, muat turun lagu, memasuki "chat rooms" di Internet memang menjadi kegemaran remaja ini, tiada bezanya dengan anak muda lain.

Adly Mukhtar banyak mencuri masa daripada setiap kesempatan yang ada untuk ke kafe siber, melayari Internet kerana di rumahnya tiada kemudahan itu.

Tapi boraknya di Internet bukan bualan kosong. Adly seronok meneroka dunia. Beliau mencari sesuatu yang bermakna setelah menyedari minatnya melayari Internet boleh membawa keuntungan pada dirinya.

Adly terpikat membaca kejayaan Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun.

Irfan pernah dipetik sebagai berkata "cara paling mudah untuk berjaya di Internet ialah dengan mengikut jejak langkah mereka yang berjaya".

Itu jugalah yang diikuti Adly, "Saya terfikir, kalau dia boleh berjaya kenapa saya tidak?" kata Adly memulakan bicara.

BERMULA DENGAN RM300

Adly mula menjana pendapatan di Internet pada usia 16 tahun, ketika masih di tingkatan 4 lagi. Setahun selepas itu, beliau melancarkan produk digital yang diberi nama "101 Tip Adsense Terbongkar" dan menjana pendapatan RM10,000. Produk itu berupa e-buku bagi usahawan Internet yang berharga RM20 satu. Ia menerangkan 101 teknik bagaimana untuk memaksimum atau menggandakan pendapatan Google Adsense.

"Saya pinjam duit kawan sebanyak RM300 untuk memulakan projek ini," kata Adly.

Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan komputer, namum nekad berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet yang dijalankan dan berjanji pada dirinya untuk terus menimba ilmu bagi kemajuan diri dan masa depannya.

Pada ketika itu, beliau sudah memiliki komputer sendiri yang dibelikan ibunya untuk pengajian di universiti.

Bersama seorang rakan kampung di Kota Bharu, Kelantan, Mohd Zhafran Mohd Ghani, beliau menubuhkan syarikat penyelesaian Internet Flarebiz Network dua tahun lepas.

Mohd Zhafran yang meminati apa saja berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan laman web, menjana pendapatan di Internet dengan membuat servis reka bentuk laman web mini atau mini sites dan e-cover di pasaran domestik dan luar negeri.

TARIK MINAT USAHAWAN

Model perniagaan Flarebiz Network lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk digital seperti e-book dan servis khas untuk usahawan yang mahu memperbaiki perniagaan mereka menggunakan kuasa Internet.

Bagi tujuan meluaskan jaringan rakan dari kalangan mereka yang berminat berniaga menerusi Internet, mengumpulkan pakar dan sebagainya, Flarebiz Network mengasaskan e-majalah atau Majalah Internet Malaysia untuk mempromosi pemasaran Internet.

Mereka mahu menyedarkan pengguna tentang potensi untuk menjana wang di Internet dengan berusaha menyatukan semua usahawan pemasaran Internet tempatan menulis artikel mengenai bidang perniagaan ini.

E-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma itu diperkenal dengan tujuan mendidik pengguna Internet mengenai potensi Internet sebagai medium atau media baru untuk menjana pendapatan.

Adly berkata majalah itu mengandungi artikel-artikel menarik, termasuk ilustrasi kartun yang mendidik pembaca dengan cara dan teknik yang betul untuk menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan tanpa melibatkan perkara seperti sistem MLM atau pemasaran multi peringkat, sistem piramid, skim pelaburan Internet, HYIP atau program keuntungan tinggi, sistem derma duit dan tukaran wang asing secara online.

Setakat ini IM dimuat turun oleh kira-kira 20,000 orang.

KE KUALA LUMPUR

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mendapat sokongan ibu bapanya walaupun berhenti belajar dalam usia muda tetapi mereka tahu anak mereka mempunyai kecenderungan yang bukan sia-sia.

Bapanya seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar meninggal dunia tahun lepas, tetapi sempat melihat kejayaan Adly melalui bidang yang diceburinya.

Walaupun bisnes Internet boleh berpangkalan di mana-mana, keadaan sekeliling memaksa Adly membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka pejabat Flarebiz Network yang kini mempunyai enam lagi petugas terdiri daripada anak-anak muda berusia dalam lingkungan 20-an.

Selepas IM berjaya menarik perhatian ramai usahawan, Adly dan rakan kongsinya mahu mencipta sesuatu yang signifikan terutama dalam Bahasa Melayu untuk manfaat usahawan tempatan membawa perniagaan mereka maju setapak lagi.

Mereka bangunkan sistem kedai online - Niagakit - yang dicipta setelah mengenal pasti kelebihan dan kekurangan perisian shopping cart antarabangsa yang tidak sesuai dengan keperluan urus niaga tempatan.

"Kami guna Bahasa Melayu untuk kemudahan peniaga kecil dan peniaga konvensional dengan mengajak mereka daripada berniaga offline kepada online," katanya.

Niagakit, menurutnya, memudahkan usahawan menggunakan medium yang mereka selesa, tidak rumit dan memenuhi keperluan asas mereka.

Adly berbangga kerana kini ramai yang berjaya memanfaatkan sistem yang diperkenal beliau kerana masalah biasa yang dihadapi kebanyakan mereka ialah tidak tahu membina laman web dan kurang mahir dengan perkara teknikal untuk menjual produk di Internet .



PRODUK MALAYSIA

"Niagakit merupakan sistem kedai online khas untuk rakyat Malaysia," dan menurut Adly, beliau dan rakan kongsinya faham apa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk menjual produk secara online.

"Dalam dunia perniagaan Internet kini anda memerlukan sebuah sistem kedai online yang benar-benar mantap dan menyediakan pelbagai fungsi menarik yang akan memudahkan kerja seseorang.

"Seseorang itu boleh melakukan semuanya sendiri bermula dengan menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan tanpa menghadapi sebarang masalah, dan tanpa perlu membazir wang dan masa untuk sistem memilih kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan," katanya.

Sistem ini ditawarkan pada harga RM1,000 tetapi Adly dan rakan kongsi turut menganjurkan bengkel atau seminar mini, mengajar secara mendalam selok belok sistem ini dan perniagaan Internet. Caj yang dikenakan untuk bengkel separuh hari hanya RM10.

"Baru-baru ini semasa saya mengadakan seminar di Johor Bahru, orang Singapura pun turut hadir," katanya bangga.

LAMAN WEB MINI

Flarebiz Network juga mencipta laman web mini, khas untuk menjual produk fizikal atau digital.

Untuk mempromosi produk mereka, Flarebiz Network mengadakan bengkel membina laman web mini yang memberikan panduan kepada peserta bagaimana untuk membina web mini dalam masa yang singkat tanpa perlu mengetahui perkara teknikal, yang sukar.

Biasa yang hadir ialah usahawan muda dan usahawan wanita yang mahu bekerja dari rumah, menjual tudung, pakaian, barang antik dan sebagainya.

Kebanyakan yang menggunakan sistem kedai online ini, menurut Adly ialah golongan berusia 25-40 tahun.

"Kebanyakan mereka bermula dengan bisnes konvensional. Kami ada pangkalan peminat dan yang berjaya akan berkongsi cerita di facebook, dari situ kaki turut memantau perkembangan perniagaan mereka.

"Saya sendiri belajar dan mendapatkan informasi (selain buku) daripada rakan pakar-pakar bisnes ini melalui jaringan Internet juga, berkongsi pengalaman, menggunakan konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya," katanya.

Kini menurut Adly, Flarebiz Network menjana pendapatan dalam lingkungan lima angka setiap bulan dan beliau mengambil gaji sebanyak RM5,000 sebulan.

CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam setiap perniagaan sudah tentu ada jatuh bangunnya. Bagi Adly pengalaman pahit beliau ialah, bila pelaburannya mula-mula datang ke Kuala Lumpur membeli mesin mencetak t-shirt berharga RM10,000 daripada seorang kawan, terbengkalai begitu saja.

"Ketika itu saya anggap dunia perniagaan ini kejam, tapi dari situ saya belajar daripada kesilapan.

"Saya bangkit semula atas sokongan rakan-rakan dan pakar, seperti seorang usahawan IT di Kelantan. Kebanyakan mereka saya kenali melalui jaringan di Internet," katanya.

Adly sedar dalan perniagaan Internet dan perkembangan di dalam Internet itu sendiri membuatkan dia tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dibangunkan.

Adly juga percaya budaya membeli-belah secara online yang menjadi trend di banyak negara akan menjadi amalan di negara ini suatu hari nanti.

Maka itu beliau agresif menjaja Niagakit, mengadakan seminar mengenai penggunaannya dan memberi penerangan kepada usahawan lain.

Beliau memegang kata-kata pengasas Microsoft dan hartawan Bill Gates: "Dalam abad 21 ini kalau bisnes tiada dalam online, ia bukan bisnes."- BERNAMA

Untuk review laman web niagakit tersebut, bolehlah klik pada banner yang ana sediakan di bahagian tengah blog ana. Sekian sahaja untuk kali ini, semoga beroleh manfaat.

Wassalam.

Tuesday, April 27, 2010

Ceritalah Buku: BOOK IS WINDOWS WORLD

Assalamualaikum,

Buat kali keduanya ana telah di tag sepanjang minggu ini dan kali pertamanya ana dapat award,huhu. Kali ini ia datang dari Indonesia. Jauh betol visionnya hinggakan sampai ke Malaysia. Terima kasih untuk en.
Four Dream (dirahsiakan nama sebenar). Tak best pulak andainya tag itu tidak di balas kan. So, bila perkara itu terjadi, ana pon menjawabnya dengan hati yang rela=)

Sememangnya buku itu jendela dunia, tanpa kita belajar dan membaca, pastikah kita akan memahami perkara2 dan peristiwa2 dalam dunia ini?Tanpa pembacaan dan pengkajian, dapatkah kita mengambil iktibar akan peristiwa pembersihan etnik di Bosnia, penjajahan rejim zionis ke atas bumi Palestin dan natijahnya di turunkan ayat al-Quran pertama kepada Rasulullah yang bermaksud 'Bacalah'.

Ok, sekarang berbalik kepada jawabannya pula,sebenarnya ana tak faham berapa buku yang harus dibicarakan, tetapi lihat en. four dream buat sinopsis 3 biji buku, jadi ana ceritakan 3 jugak ye.

Buku I
Indahnya Hidup Bersyariat
oleh: Ustaz
Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid





Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Buku II
Tadabbur al-Quran: Beginilah al-Quran Mengajar Kami
oleh: Ustaz Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin & Mohammad Nidzam Abdul Kadir



Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperolehi ganjaran pahala serta fadila Tadabbur al-Quran pula ialah membaca dengan lidah, akal dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlah al-Quran sebagai kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam membangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami mengajar anda prinsip-prinsip asas tentang tadabbur al-Quran.

Buku III
Nota Jutawan, Nota Perniagaan
oleh: Dr. Irfan Khairi



Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Internet, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi. Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi pelbagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Buku penuh warna-warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik.


Dan sekarang sampailah kita kepada saat yang mendebarkan, siapakah bakal blogers yang akan di tag,hehe. Orang yang bernasib baik adalah....:
1. Padin (Sebab dia suke membaca)
2. Cik Adah (Menguji kecoolannya)
3. Lukman (Uji little brother sket)
4.

Thursday, April 22, 2010

Ribut Besar Akan Melanda Kawasan Selatan Malaysia 24/4/2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Usah panik dan usah khuatir kerana ini hanyalah gimik dari ana sahaja. Ini hanyalah sekadar pemberitahuan dan makluman kepada pembaca tentang Majlis Pelancaran Stormreaders Network Kawasan Selatan pada 24 April ini. Kepada sesiapa yang berminat utk sertai Stormreaders, dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Stormreaders di Selatan di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru pukul 1ptg hingga 5ptg pada hari Sabtu ini, 24 April 2010. Masuk adalah PERCUMA. Ana juga turut menyediakan banner tentang majlis yang akan berlangsung di dalam blog ana.



Pada majlis ini nanti,hadirin akan dihidangkan dengan tazkirah daripada Al-Fadhil Ustaz Zahazan (Panel Syariah Stormreaders Network) yang bertajuk 'Budaya Ilmu & Keberkatan Rezeki' dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) dengan talk-nya yang bertajuk 'Rahsia Menjana Pendapatan dari Rumah'.

Stormreaders ini baru dilancarkan pada Januari 2010 (baru berusia 4 bulan) yang lepas dengan keahlian sekitar lebih 3000 orang (maklumat beberapa minggu lalu). Jadi peluang adalah amat terbuka kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli dan pengedar kepada produk-produk yang ditawarkan oleh Stormreaders Network seperti buku-buku, vcd dan cd. Perniagaan ini adalah berasaskan bisnes online dengan ahli yang menyertai dengan yuran serendah RM90 ahli akan menikmati sebuah kedai online dengan yuran tahunan RM30 setahun, khairat kematian RM3000 dan Insurans Takaful RM20000 (Renewal dgn RM30 setahun, contohnya pada gambar di bawah sekali) dan Kit Permulaan Perniagaan. Ahli yang menyertai akan menikmati komisyen 20% dari jualan produk2 SRN dan bonus kedai online SRN. Pengedar pula akan menikmati 7 bonus lain termasuklah bonus Tabung Umrah dan Pelancongan.



Jadi sesiapa yang berminat menjadi ahli bolehlah menghadiri majlis tersebut. Sekiranya masih menginginkan maklumat lanjut boleh menghubungi ana melalui email dan phone ana,013-7013885. Untuk melihat contoh kedai online yang dimiliki ana boleh melayari www.stormreaders.net/MdTaib. Bagi yang tidak dapat hadir tapi ingin mendaftar sebagai pengedar/ahli secara online, anda boleh mengisi maklumat diri anda di www.stormreaders2u.net/r/mdtaib. Di sini anda akan turut mendapat email tentang "6 Kaedah Mudah Menggunakan Internet utk Menambahkan Prospek Dalam Perniagaan MLM" oleh Dr Irfan Khairi, hadis mingguan dari Group Stormreaders2u (Rangkaian Dr Irfan Khairi) dan juga review tentang Books of the Month oleh Group Stormreaders2u.



Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

"Bersama Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat"

Friday, April 16, 2010

Keldai zaman modeN,Kami kah atau dia Yang Rugi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamenya rasa ana tak post ape2 entry kat sini,bukan ape pon,cume ana kadang-kadang tiada masa untuk memikirkan perkara baru. So untuk entry kali ini ana ingin berbicara tentang kisah keldai zaman moden. Bukan tujuan menegur, menghina atau mengutuk sesiapa, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain termasuk ana sendiri yang serba kekurangan dan hina di sisiNya. Mungkin perumpaan ‘keldai moden’ itu keterlaluan, tetapi tidaklah ana sendiri menamakannya melainkan di beri nama sendiri oleh kawan arwah abah ana.

Cerita teaternya begini, pada suatu malam ana berkunjung ke rumah kawan ana setelah bertemu dengannya di simpang jalan. Di situ kami rancak berbicara tentang kisah masing-masing, dan termasuklah perihal job@kerja kami. Disitu si O (bukan nama sebenar) meluahkan tentang kesusahannya menampung perbelanjaan keluarganya dengan gajinya yang tidak sampai RM 1K, nisbahnya dia terpaksa melakukan kerja lain untuk cover belanjanya, kirenya side job la nih. Diceritakannya bahawa dia ni boleh melakukan pelbagai kerja servis, ana very impressed mase kat situ.



So atas dasar sahabat seIslam, ana dan saudara ana offer kepadanya untuk membantunya berhenti dari kerja lamanya dan menumpukan sepenuhnya dalam mengeploitasi kebolehannya dalam menjana rezeki. Ana offer untuk mengiklan di internet kerana pasarannya luas dan permintaan yang tinggi terhadap servis dan kemahiran. So masa merangka strategi, dia beritahu bahawa dia boleh melakukan 6 jenis pekerjaan, siap bagi jaminan bahawa dia memang pakar.

Ana mengiklankan perkhidmatannya di internet dan hasilnya kawan ana dapat bermacam-macam offer sampai dia pon pening2 lalat melayan panggilan sehingga meminta bantuan ana. Semasa berjumpa, macam2 job yang dia dapat, dan dia menawarkan ana untuk membantunya. Katanya dia akan bagi gaji dan kerja ana adalah menguruskan job supaya lancar dari segi logistik dan operasi. Sedangkan katanya dia akan rileks di rumah untuk menunggu order dari pelanggan. Wah, ana berfikir,”Aik,aku yang offer dia opportunity, tetibe dia nak goyang kaki dan aku plak yang jadi pekerja”.



Tapi ana tidak bersetuju dan tidak juga menolak, ana Cuma cakap kalau dia memerlukan bantuan, InsyaAllah ana akan bantu. Alasannya simple sahaja, dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya yang lama dan tiada masa untuk memenuhi permintaan customer (Herm,bukankah ana tolong dia supaya dia berhenti kerja dan mencari pendapatan yang lebih baik??). Masa tu jugak ana berpesan supaya job yang dia dapat, biar dia yang runding sendiri dan jangan bagi sub kpd orang lain.

Selang seli beberapa hari, dia mintak tolong saudara ana untuk cari pekerja dan buat servis di suatu tempat, sangkaan ana bahawa dia turut serta, tetapi meleset, alasannya dia tak boleh tinggal job dia. So pergilah saudara ana buat kerjanya, dan maghribnya dia datang, memberi upah dan sempat bercerita bahawa dia baru dapat RM1500 setelah sub projek bernilai puluhan ribu ringgit kepada orang lain, masa tu betapa keciwanya ana kerana tiada langsung dia mengambil nasihat ana dan tiada langsung wajah bersalah (memang dia pandai berjanji,huhu). Dan selepas itu dia memberi si O lagi kepada saudara ana, tetap dengan alasan yang sama.

Pulangnya saudara ana, dia mengeluh, kerana katanya si O tidak buat kerja pon tetapi mengambil keuntungan yang lebih dan pendapatan yang terbaru pon dia pegang, dah duit minyak tak bagi, duit pekerja pon saudara ana yang dahulukan. Saudara ana sms si O supaya memberi bakinya, tetapi tiada balasan. Lebih kurang 3 hari selepas itu baru ada balasan, ajak ke rumahnya ambil duit. Ni memang betul2 gaya bos. So ana cakap kepada saudara ana,”Sudahlah,biar sahaja duit tu. Cukuplah kita sudah terkena, jangan kita menjadi ‘keldai’ si O ni, yang hanya menurut kemahuannya saja”. So, kami ambil langkah berdiam diri, tobat dah lepas nih memang dah tak nak buat bisnes dengan die, untungnya hanya letih dan perasaan tidak puas hati.

Jadi setelah mendapat pengalaman berharga ini, semoga kita lebih berhati-hati memilih rakan kongsi, biarlah semua pihak yang memuaskan hati semua yang terlibat. Janganlah hanya seorang yang bongkak memberi arahan dan alasan sedangkan yang lainnya hanya menurut tanpa menegakkan hak kita sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.



Teringat kata2 kawan arwah abah dahulu sewaktu ana masih menuntut di universiti,”Apabila kamu sudah habis belajar dan memulakan pekerjaan, masa itu kamu akan nampak realiti dunia yang sebenar, ada yang menjadi keldai, ada yang tuan”.Tanya ana,”Apakah maksud keldai dan si tuan?”. Sambungnya,”Keldai tu adalah orang yang dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi dan material orang tersebut sedangkan si Keldai ini tiada mendapat nama, yang hanya didapatinya ialah hamburan janji2 manis berupa belanja makan, share keuntungan dan macam2 lagi. Sedangkan si tuan pula bukan bos yang menggaji si keldai, tetapi dia ialah orang yang mengarahkan si keldai membuat kerja dan member berbagai jaminan dan janji, tetapi selepas kerja di selesaikan, habuk habuan kepada si keldai pon tiada, sedangkan dia mendapat nama dan pangkat. Kalau kamu bertemu orang seperti ini, tinggalkan dia kerana tiada untungnya bekerja bersamanya”.(Lebih kurang percakapannya)

Maafkan ana kawanku, bukan bermaksud ana memutuskan silaraturrahim antara kita, tetapi bermaksud ana memutuskan ikatan perkongsian perniagaan yang dirancang dahulu. Kerana kamu gagal meyakinkan ana dari segi komitmen dan tanggungjawab. Biarlah kita terus berkawan dan semoga peristiwa ini tidak menjadi pemutus silaturrahim antara kita, Amin….

Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

Friday, February 19, 2010

Realizing a DreAM...Chapter 1




Assalamualaikum...

Today ana would like to write my new post in english.After ana finishing my bachelor,ana think ana had gone too long without writing any word in english(except when ana leave a comment in ligasubang.blogspot a few weeks ago).My appologize because there will be many mistake in my grammer,hehe.

Recently ana had read about a blog created by my friend (Mohd Fathuallah) at www.teenagemoneygenius.com .Ana was impressed to read about the commitment of his team in giving kids a motivation to become entrepreneur in a younger age.Ana still remember when ana was in primary school,Fath was a entrepreneur kid.He used to sell us 'kerepek pedas' and 'nasi lemak'(if ana not mistaken) in our class.So when he focussing in entreprenuer industry,ana not too shock.

Ok,let's go back to the subject.Many successful entrepreneur didn't start their career in entrepreneurship after grading from school,but they already start when they are in primary and secondry school.Let's pick Irfan Khairi(Internet Millionaire) as our example.During his school's day,he already involve in business and marketing by selling 'kad raya' during Hari Raya festival and school uniform at the end of the year.This a person that become wealthy and successful man after he gained more experience in business and marketing.By doing this for many many years,he know how to handle his customer and how to increase his sale.

If we think that we are already too old or the entrepreneur is not for ours,let's think about that again.If we dare to dream to have a successful life,wealthy income and happy lifestyle,why not giving entreprenuership a go or another go?Even our prophet said that 9/10 of wealthy/income is from business/entrepreneur.Factors that seperate successful and not so successful person is not ageing factor or money that can be invest,but factors that seperate are passion to realizing dream,skill and plan and also their hard work.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 15:

Yang bermaksud: " Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya )".

That's all for the chapter 1,see you soon in another chapter.
wassalam=)