Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, April 30, 2010

Ceritalah Buku: Ketika Cinta Berbuah Syurga



"Anakku, sudah sampai saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Teman baik yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh kau ajak bercinta untuk syurga."

Said tersentak mendengar kata-kata ayahnya.

"Apa maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk syurga?" tanyanya dengan nada ingin tahu.

"Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu bersama denganmu bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurniaan cinta itu sendiri, yang tercipta daripada keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dengan dasar itu, kau pun boleh mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kalian masuk syurga."




Assalamualaikum,

Hari ni mari kita bersantai2 melihat buku dan reviewnya. Buku yang ana nak utarakan pada kali ini ialah Ketika Cinta Berbuah Syurga karangan Habiburrahman El Shirazy (Pak Habib)(penulis buku best seller "Ayat-ayat Cinta" dan "Ketika Cinta Bertasbih"). Buku yang memuatkan 29 kisah pilihan yang dipetik daripada hadis, kisah-kisah zaman sahabat, zaman tabi'in, kisah teladan dari dunia Islam, dan juga kisah daripada cerita-cerita terkenal yang terdapat dalam kitab "Al-Qiraah Al-Rasyidah". Dan kisah di atas adalah salah satu dari petikan cerita salah satu kisah di dalamnya.

Jadi jangan ketinggalan untuk memiliki buku ini, insyaAllah kita akan berpuas hati. Ingatlah, mencari ilmu itu tidak merugikan kita seandainya pendekatannya di ambil secara bersungguh-sungguh dan serius. InsyaAllah pelaburan kita akan berbaloi. Sayangnya buku ini tidak terdapat dalam e-store saya, mungkin kerana di edarkan oleh syarikat yang berbeza kerana e-store ana adalah di bawah naungah Telaga Biru Sdn Bhd. Kalu tidak sudah pasti ana oder banyak2 buat hadiah utk para sahabat=)

Wassalam.

P/s: Sume maklumat buku ini adalah dari MoHd Azam, abg ana. Seandainya berminat, cuba hubungi dia kerana beberapa hari yang lalu dia masih menjalankan khidmat mengepos kepada sesiapa yang berminat, insyaAllah.

Bilal Kecil: Artis dan Pengaruh Mereka di Malaysia



Assalamualaikum,

Rasa-rasanya ana terdetik membuat entry berkenaan artis setelah membaca ulasan berkenaan artis di Tabloid I Luv Islam edisi 7 yang bertajuk "Cerita Artis Kita: Apa Sudah Jadi?". Di sini hanyalah sekadar renungan bagi kita yang tidak akan lepas dari pengaruh yang dimainkan oleh media massa di Malaysia ini. Bukanlah daya ana untuk mengkritik artis di Malaysia sepenuhnya, cuma sekadar ingin berkongsi pendapat dengan para sahabat.

Mahu atau tidak, memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan artis adalah golongan yang amat rapat dengan masyarakat. Malah tidak salah andai ana katakan di sini bahawa mereka adalah lebih popular dan berpengaruh berbanding dengan tokoh2 ilmuan. Itulah hakikat yang dinyatakan dalam tabloid ini. Seandainya terjadi pertembungan antara perkembangan artis dan ilmuan Islam, kemungkinan masyarakat akan memilih mereka. Setuju atau tidak, masyarakat hari ini tidak akan lokek mengeluarkan wang untuk mengangkat artis berbanding membelanjakannya untuk menuntut ilmu.



Pelbagai fenomena telah terjadi dan telah kita ikuti di Malaysia, dari peristiwa tsumawi, drama2 yang berjaya mempengaruhi seperti Nurkasih dan juga kehandalan Siti Nurhaliza yang gah sebagai penyanyi paling berjaya di Malaysia. Sememangnya mereka memberi impak yang besar kepada peminat sehinggakan trend2 berpakaian di tiru dan kadang2 menitiskan air mata dengan lakonan2 mereka yang menyayat hati. Apabila lakonan yang dibawakan adalah positif di mata masyarakat, sememangnya mereka akan menganggap bahawa kehidupan luaran mereka juga akan positif. Tapi bagaimana pula apabila hanya lokanan sahaja yang sopan santun, tapi berbeza dengan kehidupan di luar set2 pengambaran atau pentas nyanyian? Perlu diingat mereka hanyalah sekadar manusia biasa seperti kita yang sentiasa melakukan kesilapan.

Semoga kita semua tidaklah terlalu taksub dengan hiburan, tiada salahnya dalam Islam untuk berhibur tetapi cubalah kita usahakan untuk menyelidik apakah bentuk hiburan yang di bolehkan dalam Islam. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)


Seimbangkanlah dan lebihkanlah untuk mencari pedoman hidup di dunia dan membanyakkan bekal kita di akhirat. Tiada salahnya kita mengangkat seseorang artis dan meminatinya, tapi seeloknya buatlah research terlebih dahulu. Bagaimanakah keperibadiannya? Apakah yang diperjuangkannya selari dengan syiar Islam? Dan apakah yang dilakonkan itu menggambarkan kehidupan mereka di dunia realiti?Begitulah halnya dengan nyanyian. Imam al-Ghazali berpendapat, dalam mendengar nyanyian, ada yang harus dan sunat. Selain itu ada yang diharamkan. Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu, sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk memperlajari sesuatu daripadanya, adalah keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada persidangan 12-13 Mei 1981 ada menggariskan tentang jenis2 nyanyian yang dibolehkan antaranya yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak menggalakkan percampuran lelaki dan wanita dan tidak menyebabkan fitnah adalah harus. Mungkin terdapat juga banyak kebaikan dalam kita berhibur antaranya menenangkan hati, menaikkan semangat dan mencari idea dan pedoman. Seandainya ianya bertetapan dengan syariat dan syiar Islam, alangkah indahnya hiburan itu.

Antara web yang ada membicarakan tentang perkara ini ialah JAKIM dan Islam.gov.my. Semoga kita dapat menerunginya bersama. Dan semoga kita sama2 mendapat manfaat darinya. Sekian sahaja dari ana.

Wassalam.

"Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Bawarah:204-205)

Thursday, April 29, 2010

Siapalah ana tanpa rahmatNya



Assalamualaikum dan Alhamdulillah,

Sejuk rasanya hati ana lepas tgk angka followers tu dah hampir 100. Ni bermakna dah ramai rakan, sahabat dan pejuang2 yang mahu bersahabat dengan ana, dan sekali lagi silaraturrahim dalam bidang siber dan penulisan semakin berkembang. Sememangnya dahulu ana tidak akan mengjangka angka ini, kerana siapalah ana ini, hanyalah budak hingusan yang kurang ilmunya, cetek fikirannya dan lemah dari pelbagai segi andai dibandingkan dengan sahabat2 yang lain. Alhamdulillah dengan berkat kekuasaanNya diberinya ana ilmu melalui teguran dan pengajaran dari sahabat2 yang lain seperti cik aliaazuan, padin dan lain-lain. 'Siapalah ana tanpa rahmatNya'.



InsyaAllah sebagai mensyukuri nikmatNya dan tanda terima kasih kepada sahabat2 yang sudi bertandang dan berkunjung, ana akan memberi hadiah apabila angka followers itu melepasi angka 100. Tetapi tiadalah daya untuk ana memberi kepada setiap yang hadir, kerana itu cuma sebahagian sahaja yang akan menerimanya. Mungkin nanti akan ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan menerimanya. InsyaAllah syarat itu tidak terlalu membebankan dan menyusahkan para sahabat. Tentang cenderahati tersebut, InsyaAllah akan diusahakan kepada produk2 yang berbentuk Islamik dan akan diberitahu selepas pengumuman ana lakukan

Sekian sahaja untuk entry yang pendek ini, semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah yang Esa, Amin.
Wassalam.

Tuesday, April 27, 2010

Ceritalah Buku: BOOK IS WINDOWS WORLD

Assalamualaikum,

Buat kali keduanya ana telah di tag sepanjang minggu ini dan kali pertamanya ana dapat award,huhu. Kali ini ia datang dari Indonesia. Jauh betol visionnya hinggakan sampai ke Malaysia. Terima kasih untuk en.
Four Dream (dirahsiakan nama sebenar). Tak best pulak andainya tag itu tidak di balas kan. So, bila perkara itu terjadi, ana pon menjawabnya dengan hati yang rela=)

Sememangnya buku itu jendela dunia, tanpa kita belajar dan membaca, pastikah kita akan memahami perkara2 dan peristiwa2 dalam dunia ini?Tanpa pembacaan dan pengkajian, dapatkah kita mengambil iktibar akan peristiwa pembersihan etnik di Bosnia, penjajahan rejim zionis ke atas bumi Palestin dan natijahnya di turunkan ayat al-Quran pertama kepada Rasulullah yang bermaksud 'Bacalah'.

Ok, sekarang berbalik kepada jawabannya pula,sebenarnya ana tak faham berapa buku yang harus dibicarakan, tetapi lihat en. four dream buat sinopsis 3 biji buku, jadi ana ceritakan 3 jugak ye.

Buku I
Indahnya Hidup Bersyariat
oleh: Ustaz
Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid





Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Buku II
Tadabbur al-Quran: Beginilah al-Quran Mengajar Kami
oleh: Ustaz Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin & Mohammad Nidzam Abdul Kadir



Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperolehi ganjaran pahala serta fadila Tadabbur al-Quran pula ialah membaca dengan lidah, akal dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlah al-Quran sebagai kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam membangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami mengajar anda prinsip-prinsip asas tentang tadabbur al-Quran.

Buku III
Nota Jutawan, Nota Perniagaan
oleh: Dr. Irfan Khairi



Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Internet, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi. Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi pelbagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Buku penuh warna-warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik.


Dan sekarang sampailah kita kepada saat yang mendebarkan, siapakah bakal blogers yang akan di tag,hehe. Orang yang bernasib baik adalah....:
1. Padin (Sebab dia suke membaca)
2. Cik Adah (Menguji kecoolannya)
3. Lukman (Uji little brother sket)
4.

Monday, April 26, 2010

Bila ana di 'Tag'....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di petang isnin ini,ana akan balas tag yang dikenakan oleh cik Addah pada ..., ntahla, ana dah lupa tarikh nya. Mungkin apa yang diperkatakan oleh cik aliaazuan dahulu bahawa ana sudah nyanyuk benar?? huhu. Moga2 masih di beri hidayah dariNya. Sebenarnya ini adalah kali pertama ana di tag, sebelum ini tiada minat lagi di hati geng blogers lain utk mengetag ana. So maafkan ana andai terkurang, tersilap ke disini eh.

Apa yang perlu dilakukan utk tag ini;
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2. Select the 8th photo in that folder.

3. Post that photo along with the story behind it.

4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.

Tetapi ana tak dapat nak penuhi semua syarat di atas (main tipu sket) kerana cpu ana rosak, so ana just pick up photo dari phone ana saje ye. Ok,ini adalah fotonya.



Ade sesiapa kenal jejaka macho di sebelah kiri tu,hehe. Itu ialah saudara padin yang tgh meletup skrang nih, keskeskes (gaya gelak padin). Padin adalah classmate ana semasa di UTM dulu dan merupakan striker harapan kepada pasukan futsal kami (The Reborn) yang cukup digeruni di Kolej Tun Dr Ismail. Apa peristiwa gamba ni ek?? Erm,kalu tak silap time ni kitaorg ada lawatan gi Kerteh, Ganu. Btol tak din? Oleh kerana padin adalah die hard fan Selangor, die turut membawa topi kesayangannya itu,hehe. Tak percaya tgk la shoe bag die,jelas lambang selangor kat situ. Overall star kita pada gambar ini ialah Padin la, ana watak kecil je,hehe.

Rasanya dah cukup kot.tp kat sape ek nak kasi tag ni terjah. Nasib la ye sesape kena=)
1. LyNn HaMzAh
2. majin a.k.a m.shadow
3. Loqman Bakal Pendidik
4. mightymie
5. miszatie
6. djambu puadovich
7. encikvirus®
8. FOUR DREAMS (sahabat dari seberang)

Jadi gudluck semua ye, jangan marah ana, marah cik addah=)
Sekian, wassalam.

Sunday, April 25, 2010

Apabila mereka di gelar Musang Berjanggut!!!



Assalamualaikum,

Tentu rata2 pembaca sudah biasa tengok cerita P. Ramlee yang bertajuk 'Musang Berjanggut' kan. Filem Musang Berjanggut diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1 Ogos 1959. Cerita yang mengisahkan seorang putera raja yang mengembara semata2 mencari calon isterinya yang sempurna dari segi wajah dan kebijaksanaan. Cerita ini memang menghiburkan hati kerana digarap bersama2 dengan lakonan2 lucu para pelakon yang tidak asing lagi.



Tetapi apa yang ana nak sampaikan di sini bukanlah berkaitan dengan filem tersebut, tetapi berkenaan sebuah cerita yang disampaikan kepada ana oleh seorang sahabat ana. Ceritanya bermula begini, apabila ana pada suatu hari duduk2 berehat di dalam masjid bersama2 sahabat ana itu. Sedang kami sedang berbicara, lalu dia membuka cerita tentang kejadian di mana sedang dia singgah di rumah seorang tua, lalu dia memerhatikan bahawa orang itu sedang menonton tv yang sedang menayangkan cerita bertajuk 'Musang Berjanggut' yang ana ceritakan di atas. Lalu dia menegur dengan kata-kata seperti ini,"Tengok Musang Berjanggut Nampak". Lalu orang tua itu menyambut kata2nya dengan nada lebih kurang begini,"Dekat masjid itu pon banyak musang berjanggut". Yang dimaksudkan 'masjid itu' adalah masjid di mana tempat ana berehat.



Sejurus selepas pulang, ana terfikir2 tentang apa yang diperkatakan oleh orang tua tersebut. Memang ana akui bahawa apa yang diperkatakannya adalah sekadar sindiran politik semata2 kepada golongan2 yang tidak dapat memuaskan hatinya. Tetapi tiadakah dia sedar bahawa ungkapannya itu akan menyebabkan jemaah yang selalu ke masjid turut terpalit dengan kata-katanya. Walaupon ana faham akan maksudnya, tetapi bila digelarkan orang di masjid itu musang berjanggut, maka terhinalah rasanya kita ini yang dianugerahkan dengan perasaan. Lebih2 lagi kepada orang-orang yang berjanggut seperti ana ini,huhu. Tidak perlulah sampai begitu sekali marahnya dan tidak puas hatinya itu sehinggakan orang2 yang tidak terlibat turut terpalit.

Sebetul-betulnya ungkapan lidah itu lebih tajam daripada pisau adalah benar. Kerana kata-kata itu bisa menghiris sanubari, dan tidak hairanlah ramai yang bermusuh dek kerana fitnah yang datangnya dari mulut. Sebetulnya perkara tentang percanggahan politik tidak boleh ditujukan kepada umum semata2. Perlu difahami bahawa golongan yang ke masjid itu terdiri daripada pelbagai golongan, baik yang mencari redha dari Ilahi dan termasuklah yang menunaikan kewajipan mereka sebagai seorang muslim. Walaupon kita menuduh bahawa orang yang ke masjid ini penyokong sesebuah organisasi dan bermotifkan politik semata-mata, tetapi layakkah kita menghakimi ketakwaan dan keikhlasan mereka?? Sebetulnya yang paling layak menghakimi mereka ini ialah Allah SWT. Kecualilah mereka ini secara terang-terangan menunjukkan sifat orang-orang yang dimurkai Allah, seperti mereka ke masjid, tetapi merupakan seorang kaki arak dan hamba permainan judi.



Dan bagaimana pula tanggapan orang2 yang belum terbuka hatinya untuk mengimarahkan masjid,apabila orang2 yang selalu mendekati masjid menerima tanggapan sedemikian rupa. Bukankah lebih baik kiranya kita menumpukan usaha dan dakwah untuk mengajak orang ramai beriktikaf dan mengimarahkan masjid. Usahlah dek kerana perbezaan fahaman politik institusi masjid yang mulia dan suci menerima tempiasnya. Di tempat ana sendiri dapat dilihat apabila kerana tidak berpuas hati terhadap sesuatu golongan, masjid di tepi rumah pon tiada mahu dijejaki, inikan pula kelas2 dan kuliah pengajian agama. Nilailah di sini samada fahaman politik kita yang menang, atau nafsu kita yang lebih berjaya.

Sekian dari ana, semoga memperoleh iktibar ke semuanya.
Wassalam.

Thursday, April 22, 2010

Ribut Besar Akan Melanda Kawasan Selatan Malaysia 24/4/2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Usah panik dan usah khuatir kerana ini hanyalah gimik dari ana sahaja. Ini hanyalah sekadar pemberitahuan dan makluman kepada pembaca tentang Majlis Pelancaran Stormreaders Network Kawasan Selatan pada 24 April ini. Kepada sesiapa yang berminat utk sertai Stormreaders, dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Stormreaders di Selatan di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru pukul 1ptg hingga 5ptg pada hari Sabtu ini, 24 April 2010. Masuk adalah PERCUMA. Ana juga turut menyediakan banner tentang majlis yang akan berlangsung di dalam blog ana.



Pada majlis ini nanti,hadirin akan dihidangkan dengan tazkirah daripada Al-Fadhil Ustaz Zahazan (Panel Syariah Stormreaders Network) yang bertajuk 'Budaya Ilmu & Keberkatan Rezeki' dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) dengan talk-nya yang bertajuk 'Rahsia Menjana Pendapatan dari Rumah'.

Stormreaders ini baru dilancarkan pada Januari 2010 (baru berusia 4 bulan) yang lepas dengan keahlian sekitar lebih 3000 orang (maklumat beberapa minggu lalu). Jadi peluang adalah amat terbuka kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli dan pengedar kepada produk-produk yang ditawarkan oleh Stormreaders Network seperti buku-buku, vcd dan cd. Perniagaan ini adalah berasaskan bisnes online dengan ahli yang menyertai dengan yuran serendah RM90 ahli akan menikmati sebuah kedai online dengan yuran tahunan RM30 setahun, khairat kematian RM3000 dan Insurans Takaful RM20000 (Renewal dgn RM30 setahun, contohnya pada gambar di bawah sekali) dan Kit Permulaan Perniagaan. Ahli yang menyertai akan menikmati komisyen 20% dari jualan produk2 SRN dan bonus kedai online SRN. Pengedar pula akan menikmati 7 bonus lain termasuklah bonus Tabung Umrah dan Pelancongan.



Jadi sesiapa yang berminat menjadi ahli bolehlah menghadiri majlis tersebut. Sekiranya masih menginginkan maklumat lanjut boleh menghubungi ana melalui email dan phone ana,013-7013885. Untuk melihat contoh kedai online yang dimiliki ana boleh melayari www.stormreaders.net/MdTaib. Bagi yang tidak dapat hadir tapi ingin mendaftar sebagai pengedar/ahli secara online, anda boleh mengisi maklumat diri anda di www.stormreaders2u.net/r/mdtaib. Di sini anda akan turut mendapat email tentang "6 Kaedah Mudah Menggunakan Internet utk Menambahkan Prospek Dalam Perniagaan MLM" oleh Dr Irfan Khairi, hadis mingguan dari Group Stormreaders2u (Rangkaian Dr Irfan Khairi) dan juga review tentang Books of the Month oleh Group Stormreaders2u.



Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

"Bersama Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat"

Kelebihan mempelajari dan membaca al-Quran



"Sebaik-baik kamu sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarnya" (HR al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w pernah bercerita tentang seorang lelaki yang telah meninggal dunia.Apabila dimasukkan ke dalam kuburnya,dia amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan ada suatu makhluk di dalamnya.Tanya lelaki itu,"Siapa kamu?"

Jawab makhluk itu,"Kamu tak kenalkah saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam."Barulah lelaki teringat,makhluk itu ialah al-Quran.Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dibawa bertemu Allah.Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci.Bukan sekadar itu sahaja,Allah telah memerintahkan malaikat memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu.Serta Allah memerintahkan agar malaikat turut memberikan perhiasan syurga kepada kedua-dua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata,"Wahai malaikat amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?"Jawab malaikat,"Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran."

(Sumber:Tadabbur al-Quran:Beginilah al-Quran Mengajar Kami)

"Daripada ahli kitab ada satu umat yang berdiri atas kebenaran. Mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu sepanjang malam" (Surah Ali 'Imran, ayat 113)

Assalamualaikum,

Sekadar renungan dari ana buat pembaca yang budiman tentang kelebihan mempelajari dan membaca al-Quran.Beberapa hikmah dapat kita perolehi dari dari kisah ini antaranya;
1)Ketinggian ganjaran kepada mereka yang mengamalkan al-Quran
2)Syafaat yang diperolehi darinya
3)Bersahabat dengan al-Quran di dunia,maka ia akan menjadi teman dan sahabat kita di barzakh dan akhirat.
4)Ganjaranya tidak terhenti kepada si pengamal sahaja,tetapi turut diperolehi oleh ibu bapanya juga.

Itulah antara kelebihan al-Quran dari cerita di atas. Semoga ia menjadi pemangkin semangat kita untuk terus menjadikan pembelajaran dan pembacaan al-Quran sebagai rutin harian kita. Sekian sahaja dari ana,semoga bermanfaat.

Wassalam.

KELEBIHAN MEMBACA SURAL al-MULK
"Sesiapa yang membaca Tabarokallazi biyadihil mulk setiap malam, Allah akan mencegahnya dengannya dari azab kubur." (HR al-Nasa'i)

Wednesday, April 21, 2010

Bilal Kecil: Bacalah...Iqra'


Assalamualaikum,

INGATAN!!! ENTRY INI BUKAN UTK MENAKUTKAN ANDA MENGAMALKAN AL-QURAN, TETAPI MENYEDARKAN...

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah, dan tidak lekang juga kita bermohon kemaafan dan taubat padaNya terhadap apa2 kesalahan yang dilakukan sepanjang menumpang di sunia yang fana ini. Erm, kenapa tajuk di atas Iqra' ye? Adakah berkaitan dengan buku Iqra' yang selalu dibaca oleh budak2 kecil yang baru endak mengenal al-Quran itu? Jawapannya adala YA.

Mari berbicara tentang pembacaan al-Quran kita ini, sememangnya kita telah dijanjikan untuk mendapat pelbagai ganjaran seandainya mengamalkan pembacaan ayat-ayat suci ini dalam kehidupan seharian kita. Tetapi pastikah kita bahawa pembacaan kita itu betul dari segi sebutan, makhraj hurufnya dan Hukum tajwidnya? Perlu difahami bahawa membaca dengan tidak tertib dan betul boleh menyebabkan maknanya berubah, boleh menyebabkan kita berdosa dan tujuan kita tidak tercapai. Sebagai contoh membaca al-Fatihah dan juga bacaan tahiyat sewaktu sembahyang. Pembacaan yang tidak betul dan penuh caca merba akan menyebabkan solat kita tidak diterima dan sia-sia. Persoalan di sini, mahukah amalan wajib kita bertukar menjadi sia-sia?



Di sinilah menjadi kepentingan menuntut ilmu. Dengan ilmu mengajar kita cara yang betul melakukan sesuatu perkara dan membawa amalan kita diterima oleh Allah. Bagaimana pula andai sudah belajar tp masih tidak dapat dibetulkan (sebab lidah sudah keras,kecacatan anggota dan lain2)?? Di sinilah kepentingan tawakal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Semoga dengan tawakal dan doa kita menyebabkan amalan dan usaha bersungguh-sungguh kita diterima Allah SWT. Jangan menjadikan alasan seperti MALU, tiada masa, dan umur sudah lanjut untuk mencegah kita belajar membaca al-Quran dengan betul, semuanya adalah hasutan syaitan yang tiada mahu melihat anak-anak Adam mendekatkan diri kepadaNya.

Apa yang hendak di malukan seandainya melakukan perkara yang baik dan dituntut? Kenapa masa disalahkan sedangkan kita masi asyik mengejar duniawi? Kenapa umur di kambing hitamkan sedangkan kita masih lagi bernafas? Seandainya kita tidak pasti dengan bacaan diri sendiri, janganlah malu dan segan berjumpa orang alim dan arif, seperti imam, guru2 agama dan ulamak untuk mendengarkan bacaan dan meminta pendapat. Sesungguhnya mereka itu sedia menerima kita, cuma kadang-kadang kita yang tiada bersedia diterima mereka. Janganlah terlalu ego sampai merendah2kan status mereka ini walhal ilmu kita ini tidaklah setinggi mana. Janganlah bongkak dan angkuh sedangkan mereka ini adalah pewaris junjungan besar kita, Rasulullah SAW.



Pesanan ini jugak sebagai peringatan kepada ana yang sering lupa dan alpa. Terkadang ana bersuka ria dan lupa bahawa ada yang memerhati,kadang-kadang ana lupa dan alpa tanpa menyedari diri ini tiada pernah dilupaiNya, kadang-kadang ana bersedih atas dugaanNya tanpa menyedari ada rahmat di sebaliknya. Alhamdulillah di tempat ana telah diadakan kelas mengaji Iqra' secara personal oleh Bilal Azman yang sangat priatin terhadap permasalahan pembacaan di kalangan jemaah. Semga usahanya membawa keberkatan kepada para jemaah di tempat ana. Selain dari kelas belajar al-Quran pada hari khamis secara berjemaah, kelas personal membaca Iqra' ini diadakan pada selasa malam dan khamis malam selepas kelas tersebut. Syukur kepada hadrat Ilahi kerana dalam 2 kelas yang berlalu ana telah sampai ke muka surat 10, dan banyak bacaan huruf secara betul sebutannya telah diajar oleh Bilal Azman. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk anna menghabiskan kelas ini sehingga khatam.

Kepada yang bermasalah dari segi pembacaan, rujuklah dan carilah guru yang boleh mendidik. Tiada alasan yang kukuh untuk lari darinya kecuali kita ini uzur dan sudah tidak mampu lagi belajar. Sebagai tambahan, ana adalah pelajar termuda dan tersingle di kelas itu, rata2nya pelajar lain adalah berumur 40-an ke atas dan sudah berstatus veteran. Siap ade sorang pak cik tu giginya pon dah takde, tp semangatnya tetap jitu dalam menuntut ilmu akhirat. So, any alasan??

Sekian untuk kali ini,
Wassalam.



Lintasan: Blog yang berkaitan ilmu tajwid??klik sini http://www.abdullahidris.com

Tuesday, April 20, 2010

My Zone: Inter Milan vs Barcelona; Antara suka dan Minat



Assalamualaikum sahabat,

Rerasenya sebelum ni ana tak penah lagi berbicara tentang hobi dan minat ana kan,selain yg dr bisnes dan pertanian la. Kali ni kita kluar dari skop tu dan berbicara tentang perkara yang diminati yg lain pula. Kalau asyik dok fikir bisnes aje, kadang stres akan datang menyerang, so kita perlu seimbangkan dengan aktiviti lain. Seperti kata Dr Fadzilah Kamsah, petua pelajar yang cemerlang ialah meluangkan masa sekurang2nya 1 jam untuk beridah, dan InsyaAllah ini boleh diaplikasikan kepada yg bekerjaya. Then kita kena faham konsep riadah tu, bukan bersukan semata-mata.



Oklah, dipendekkan cerita, ana ni memang minat bola, gila bola dan suka sangat maen bola. Rasenya kalau bola itu dibuat gulai asam pedas pon ana makan kot,huhu, just kidding. Seringkasnya ilmu gila bola ni diturunkan oleh arwah atuk ana ketika ana masih sekolah rendah (masih ingat ana tengok World Cup Final 1994 pepagi buta bawah ketiak dia). Dan team pertama yang ana minat dan masih kehari ini ialah Liverpool FC. Asbabnya kerana atuk ana pon minat jugak, so cucunya ikut la. Then kalau kat sirie A plak ana minat Inter Milan, and kat Spanish Premiera Liga ana minat Barcelona. Sumenya hebat2 kecuali Liverpool yg mengalami kemerosotan di musim ini.



Nak dijadikan ceritanya plak esok, Rabu 2.45am akan ada perlawanan melibatkan Inter Milan vs Barcelona. Jadi ianya melibatkan pertembungan antara team yg ana minat. Then siapa yg ana nak sokong nih? Sebelum ni ana really hope that this 2 team akan lawan masa final Champions League kat Stadium Bernabeu. Kenapa? First ana mahu lihat Barcelona bermain di final Champs League di situ kerana fan Real Madrid must be really frust (i'm anti madrid,sorry=)) ,then ana nak Inter dapat ke final CL nih,kerana dah lama diorg tak sampai tahap tuh, kalu Inter menang final nanti pon memang very2 ok la. Tapi sayangnya harapan nak tengok final between this 2 team lebur bila mereka bertemu di separuh akhir.

Tak pe la ye, asalkan kedua-duanya dah sampai ke tahap nih, tp deep inside my heart still nak Barca menang, kerana really2 nak tengok gelagat fan Madrid nnt,hehe. So, bagaimana dengan player2nya pula? I'm really hope that sume player akan bermain dengan kemampuan yang terdaya masing2 supaya game nnt akan menjadi lebih menarik. So siapa yang akan menyerlah malam nnt, adakah still the best player in the world 'Leo Messi'? or general on the field 'Xavi Hernandez'? or the giant 'Zlatan Ibracadabra'? Bagaimana pula dengan dendam the cheetah 'Samu Eto'o'? atau goal scoring machine 'Gabi Milito'? atau juga death ball killer 'Wisley Sneijder'? Apa2 pon semoga game malam nnt akan menjanjikan aksi terbaek dari kedua-dua pasukan.

Wassalam.

Monday, April 19, 2010

Paper Review: I Luv Islam (Cantik Wanita;Antara Fitnah & Fitrah)

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."(Surah al-'Araf,ayat 31)



Assalamualaikum,

Ana baru sahaja purchase tabloid I Luv Islam edisi 7 pada 2 hari yang lepas. Alhamdulillah ana amat berbangga kerana anak2 muda mampu menggarap dan menerbitkan tabloid seperti ini lebih2 lagi banyak ditekankan unsur2 dakwah di dalamnya. Sebab itu ana memang menyaport usaha mereka dengan membeli paper ini (walau termiss beberapa isu). Sememangnya ana menyarankan supaya para pembaca Islam agar tidak ketinggalan memilikinya, kalau ekonomi tak mengizinkan cube pinjam dari kawan, tu pon salah satu usaha mencari ilmu=)



Oklah, mari kita berbicara tentang tabloid terbaru nih (Sesape yg nak tgk intisarinya klik disini). Sebenarnya ana amat tertarik dengan tajuk muka depannya yg tertulis "Cantik Wanita;Antara Fitnah & Fitrah". Tapi kenapa ana sebagai kaum adam tertarik? First ianya suatu ilmu, then kaum adam perlu tahu juga ilmu2 yang bersangkut paut dengan wanita, kerana mereka juga akan di soal di akhirat perihal kaum hawa dalam keluarga mereka seperti isteri, anak2 dan juga yang bertalian dengannya. So, semoga ilmu ini bermanfaat apabila ana sudah berumahtangga kelak, amin. Antara isu lain yang menarik adalah : Cerita Artis Kita : Apa Sudah Jadi?, Cepatnya Tamatkan Zaman Bujang, Harga Sebuah Nyawa, Wanita Sebagai Bos Lebih Bossy dan Al-Quran Selamatkan Cat Steven.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”(HR Tirmidzi dan Ibn Majah)



Kat sini ana cerita sket apa yang terdapat pada tajuk utama tabloid ini. Di sini di ceritakan perihal wanita yang tabarruj (berhias) dan hukumnya di sisi Islam. Penulisnya juga menyebut tentang kepentingan tabarruj, dan bilakah ianya sesuai diaplikasikan oleh kaum hawa. Di sini juga diambil pendapat oleh golongan ilmuan seperti Ustaz Wan Akasyah dan Prof Kamariah Yusof (Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,UiTM). Ana tertarik dengan ulasan Ustaz Wan Akasyah tentang fesyen, di mana beliau menyentuh keperluan pereka2 fesyen mereka fesyen yang mengikut garis panduan Islam dan mendapatkan pendapat ilmuan Islam. Kerana apabila ianya di gayakan pemakai dan melanggar syariat Islam, maka sahamnya (dosa) adalah sama seperti orang yang mendedahkan aurat. Prof Kamariah pula mengulas tentang kepentingan menjaga penampilan diri, kerana wanita yang terlalu selekeh akan menimbulkan fitnah, tetapi yg berlebihan juga menimbulkan fitnah. Beliau menjelaskan kepentingan niat dalam berhias.

Terdapat juga ulasan-ulasan berguna dari ilmuan lain seperti Ustaz Lukmanul Hakim Hanafi (Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang,USIM) dan pakar Kosmetik dan Ketua Pegawai Eksekutif Imperial Medical Centre, Dr Mohamad Faizal Mohamad Anwar. Andai pembaca ingin tahu lebih lanjut, dapatkan tabloid edisi baru ini. Tak boleh la ana cerita lebih-lebih, nnt marah plak editor I Luv Islam dan anda tak beli pula akhbar tu nanti.

Sekian sahaja dari ana, mari kita sama2 support Produk Islamik.

Wassalam.



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka yang zahir daripanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nurr,ayat 31)

Friday, April 16, 2010

Ceritalah Buku:Apabila Irfan Khairi Berbicara (NOTA PERNIAGAAN)

"Perniagaan tanpa perancangan, strategi dan kesungguhan hanya akan memberi KEGAGALAN!" (Dr Irfan Khairi,Jutawan Internet Malaysia)



Assalamualaikum,

Kali ini mari berbicara tentang buku pula. Ana baru sahaja khatam sebuah buku nukilan seorang yang hebat dalam perniagaan dan dunia internet. Penulis tersebut ialah Dr Irfan Khairi (Dr IK) yang terkenal sebagai jutawan muda internet di Malaysia yang mencapai pendapatan RM 1000000 seawal umur 25 tahun. Bukunya adalah kesinambungan dari buku beliau yang bertajuk Nota Jutawan, Nota Motivasi yang telah ana review pada post yang lalu, dan buku ini pula bertajuk Nota Jutawan, Nota Perniagaan.

Andainya dalam buku Nota Motivasi Dr IK banyak berbicara tentang motivasi dan ciri2 yang perlu ada pada seorang usahawan, pada Nota Perniagaan pula Dr IK berbicara tentang bagaimana membina empayar perniagaan milik sendiri yang kukuh. Dalam buku ini dikongsikan berbagai-bagai tip dengan para usahawan dan bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Ditambah pula dengan variasi yang penuh warna warni dan ilustrasi yang menarik membuatkan pembaca tidak kebosanan semasa membaca.



Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian yang memenuhi skop seorang usahawan dalam berniaga. Bab pertama ialah tentang bagaimana Memulakan Perniagaan yang memberi idea yang pelbagai kepada usahawan yang ingin mula berniaga ataupon sebagai senarai semak kepada yang sudah berniaga. Bab kedua pula memberi tip2 yang bernas dan berlainan dari peniaga yang lain tentang cara bagaimana Menambah Pelanggan sebuah perniagaan. Seperti yang diketahui, customer adalah nyawa sebuah perusahaan, tiada gunanya sebesar dan segah mana pon sebuah perniagaan yang ketiadaan pelanggan.

Dalam bab ketiga, Dr IK mengajar pembaca tentang bagaimana Menjalankan Perniagaan dengan betul dan bijaksana. Di sini diceritakan tentang kaedah penetapan harga produk atau servis, ciri2 perniagaan yang di cari2 customer, cara2 promosi yang betul dan bijaksana serta petua-petua menambat hati pelanggan usahawan. Bab keempat pula memberi ilmu kepada pembaca bagaimana Menambahkan Pendapatan sedia ada dalam perniagaan. Ini termasuklah teknik2 yang boleh diaplikasi semasa customer membeli produk, teknik psiko dan juga teknik melaburkan pendapatan.

"Belian berulang daripada pelanggan lepas adalah lebih mudah daripada mendapatkan belian dari pelanggan baru."(Dr Irfan Khairi,Nota Jutawan Nota Perniagaan)

Dengan kadaran harga sebanyak RM 30, ana rasa ilmu yang terdapat di dalam buku ini amat over berbaloi2 kepada usahawan yang masih hijau dan juga kepada usahawan yang sudah berjaya. Jangan takut melabur kepada ilmu yang bermanfaat kerana ganjaran dan bantuannya mungkin adalah penyelamat kepada kehidupan kita.Sekian sahaja dari ana, semoga pembaca mendapat sesuatu dari post kali ini.

Wassalam.



Tips baca buku:Dulu ana ada bicara tentang orang yang sudah berjaya dalam kerjaya mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 100 buku dalam bidang mereka, so petua ana luangkanlah masa sekurang2nya 2 jam sehari untuk membaca. 1 jam disiang hari dan 1 jam di malam hari. Mungkin sahabat boleh cilok masa 2 jam tersebut dari kegiatan sahabat yang kurang memberi manfaat. Seperti ana sekarang, siang hari diluangkan waktu 1 jam untuk buku motivasi dan perniagaan (terbaru ialah Langkah Bijak Usahawan Terbilang) dan di mlmnya untuk buku2 berunsur keagamaan (terbaru ialah Beginilah al-Quran Mengajar Kami). Semoga dipermudahkanNya=)



Untuk review buku ini, sila tekan di sini.
Untuk membeli melalui online shop ana, sila klik di sini; www.stormreaders.net/MdTaib

Keldai zaman modeN,Kami kah atau dia Yang Rugi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamenya rasa ana tak post ape2 entry kat sini,bukan ape pon,cume ana kadang-kadang tiada masa untuk memikirkan perkara baru. So untuk entry kali ini ana ingin berbicara tentang kisah keldai zaman moden. Bukan tujuan menegur, menghina atau mengutuk sesiapa, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain termasuk ana sendiri yang serba kekurangan dan hina di sisiNya. Mungkin perumpaan ‘keldai moden’ itu keterlaluan, tetapi tidaklah ana sendiri menamakannya melainkan di beri nama sendiri oleh kawan arwah abah ana.

Cerita teaternya begini, pada suatu malam ana berkunjung ke rumah kawan ana setelah bertemu dengannya di simpang jalan. Di situ kami rancak berbicara tentang kisah masing-masing, dan termasuklah perihal job@kerja kami. Disitu si O (bukan nama sebenar) meluahkan tentang kesusahannya menampung perbelanjaan keluarganya dengan gajinya yang tidak sampai RM 1K, nisbahnya dia terpaksa melakukan kerja lain untuk cover belanjanya, kirenya side job la nih. Diceritakannya bahawa dia ni boleh melakukan pelbagai kerja servis, ana very impressed mase kat situ.



So atas dasar sahabat seIslam, ana dan saudara ana offer kepadanya untuk membantunya berhenti dari kerja lamanya dan menumpukan sepenuhnya dalam mengeploitasi kebolehannya dalam menjana rezeki. Ana offer untuk mengiklan di internet kerana pasarannya luas dan permintaan yang tinggi terhadap servis dan kemahiran. So masa merangka strategi, dia beritahu bahawa dia boleh melakukan 6 jenis pekerjaan, siap bagi jaminan bahawa dia memang pakar.

Ana mengiklankan perkhidmatannya di internet dan hasilnya kawan ana dapat bermacam-macam offer sampai dia pon pening2 lalat melayan panggilan sehingga meminta bantuan ana. Semasa berjumpa, macam2 job yang dia dapat, dan dia menawarkan ana untuk membantunya. Katanya dia akan bagi gaji dan kerja ana adalah menguruskan job supaya lancar dari segi logistik dan operasi. Sedangkan katanya dia akan rileks di rumah untuk menunggu order dari pelanggan. Wah, ana berfikir,”Aik,aku yang offer dia opportunity, tetibe dia nak goyang kaki dan aku plak yang jadi pekerja”.



Tapi ana tidak bersetuju dan tidak juga menolak, ana Cuma cakap kalau dia memerlukan bantuan, InsyaAllah ana akan bantu. Alasannya simple sahaja, dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya yang lama dan tiada masa untuk memenuhi permintaan customer (Herm,bukankah ana tolong dia supaya dia berhenti kerja dan mencari pendapatan yang lebih baik??). Masa tu jugak ana berpesan supaya job yang dia dapat, biar dia yang runding sendiri dan jangan bagi sub kpd orang lain.

Selang seli beberapa hari, dia mintak tolong saudara ana untuk cari pekerja dan buat servis di suatu tempat, sangkaan ana bahawa dia turut serta, tetapi meleset, alasannya dia tak boleh tinggal job dia. So pergilah saudara ana buat kerjanya, dan maghribnya dia datang, memberi upah dan sempat bercerita bahawa dia baru dapat RM1500 setelah sub projek bernilai puluhan ribu ringgit kepada orang lain, masa tu betapa keciwanya ana kerana tiada langsung dia mengambil nasihat ana dan tiada langsung wajah bersalah (memang dia pandai berjanji,huhu). Dan selepas itu dia memberi si O lagi kepada saudara ana, tetap dengan alasan yang sama.

Pulangnya saudara ana, dia mengeluh, kerana katanya si O tidak buat kerja pon tetapi mengambil keuntungan yang lebih dan pendapatan yang terbaru pon dia pegang, dah duit minyak tak bagi, duit pekerja pon saudara ana yang dahulukan. Saudara ana sms si O supaya memberi bakinya, tetapi tiada balasan. Lebih kurang 3 hari selepas itu baru ada balasan, ajak ke rumahnya ambil duit. Ni memang betul2 gaya bos. So ana cakap kepada saudara ana,”Sudahlah,biar sahaja duit tu. Cukuplah kita sudah terkena, jangan kita menjadi ‘keldai’ si O ni, yang hanya menurut kemahuannya saja”. So, kami ambil langkah berdiam diri, tobat dah lepas nih memang dah tak nak buat bisnes dengan die, untungnya hanya letih dan perasaan tidak puas hati.

Jadi setelah mendapat pengalaman berharga ini, semoga kita lebih berhati-hati memilih rakan kongsi, biarlah semua pihak yang memuaskan hati semua yang terlibat. Janganlah hanya seorang yang bongkak memberi arahan dan alasan sedangkan yang lainnya hanya menurut tanpa menegakkan hak kita sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.



Teringat kata2 kawan arwah abah dahulu sewaktu ana masih menuntut di universiti,”Apabila kamu sudah habis belajar dan memulakan pekerjaan, masa itu kamu akan nampak realiti dunia yang sebenar, ada yang menjadi keldai, ada yang tuan”.Tanya ana,”Apakah maksud keldai dan si tuan?”. Sambungnya,”Keldai tu adalah orang yang dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi dan material orang tersebut sedangkan si Keldai ini tiada mendapat nama, yang hanya didapatinya ialah hamburan janji2 manis berupa belanja makan, share keuntungan dan macam2 lagi. Sedangkan si tuan pula bukan bos yang menggaji si keldai, tetapi dia ialah orang yang mengarahkan si keldai membuat kerja dan member berbagai jaminan dan janji, tetapi selepas kerja di selesaikan, habuk habuan kepada si keldai pon tiada, sedangkan dia mendapat nama dan pangkat. Kalau kamu bertemu orang seperti ini, tinggalkan dia kerana tiada untungnya bekerja bersamanya”.(Lebih kurang percakapannya)

Maafkan ana kawanku, bukan bermaksud ana memutuskan silaraturrahim antara kita, tetapi bermaksud ana memutuskan ikatan perkongsian perniagaan yang dirancang dahulu. Kerana kamu gagal meyakinkan ana dari segi komitmen dan tanggungjawab. Biarlah kita terus berkawan dan semoga peristiwa ini tidak menjadi pemutus silaturrahim antara kita, Amin….

Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

Saturday, April 10, 2010

Duniaku Duniamu Jua: Erk, RAsuah??


"Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui."(Surah Al-Baqarah Ayat 188)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada entry kali ini mari kita berbicara tentang perihal rasuah pula. Pada khutbah Jumaat di masjid kawasan ana pon turut berbicara tentang perkara ini, jadi alangkah baik andai ianya dapat dikongsikan bersama dengan pembaca di internet yang jaringan nya lebih luas. Ana rasa ramai antara kita yang peka terhadap perkara ini dan kadangkala perkara tersebut berlaku di hadapan kita sendiri. Tapi terdayakah kita menghalangnya?? Sedangkan perkara tersebut dilakukan oleh orang yang mempunyai 'kuasa' dan boleh bertindak terhadap kita dengan menggunakan 'kuasa' dan 'pangkat' yang terdapat padanya. Terdayakah kita hendak menyedarkan mereka ini?



Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa seperti yang diperkatakan oleh Mohd Hafiz. Menurut Norhafifi Yahya dalam www.islam.gov.my rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.



Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Di tempat ana, boleh dikatakan gejala ini seperti menjadi kebiasaan kepada mereka yang 'berkuasa', mungkin kerana terlalu bermegah dengan 'kuasa' dan 'pangkat' yang dimiliki mereka. Tidak mahu ana war-warkan di sini siapakah mereka kerana ini boleh menimbulkan provokasi terhadap ana.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.(HR Abu Hurairah)



Pada khutbah Jumaat yang lalu, diberitahu oleh khatib bahawa amalan memakan rasuah boleh menjejaskan kredibiliti diri, intitusi dan negara malah boleh memberi kesan kepada keturunan mereka sendiri kerana ia menjadi sumber darah daging si perasuah tersebut. Ada ana terdengar cerita tentang seorang yang hartawan dan berjaya, tetapi mempunyai anak-anak yang nakal dan kurang akhlaknya sehingga menjejaskan orang tuanya sendiri. Apabila diutarakan kepada ustaz, ustaz tersebut menyuruh supaya si hartawan tadi bermuhasabah tentang amalannya sebelum ini. Setelah diselidiki sedarlah si hartawan tentang perbuatannya yang mengamalkan rasuah sewaktu mudanya dahulu.

Persoalan di sini bagaimana kita hendak menyedarkan mereka yang berkuasa ini?? Mungkin ramai orang yang berkata bahawa mereka-mereka sudah tak makan nasihat dan 'kebal' konon-kononnya. Pada ana, teruslah kita berdakwah secara halus-halusan atau terang-terangan kerana andai diberikan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka boleh termasuk dalam golongan orang yang beruntung.

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga entry ini memberi peringatan terutamanya kepada ana sendiri dan orang-orang yang lain. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya, Amin...

Wassalam.



“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.(HR Ahmad)

Wednesday, April 7, 2010

Bilal Kecil: Aduhai, susahnya nak bangun pagi...



Assalamualaikum,

Bangun pagi??Kenapa mesti kita bangun pagi sedangkan tidur pada waktu tersebut adalah antara saat yang paling seronok.Kenapa mesti diganggu tidur kita di saat sedang enak melayan mimpi yang indah, lagi pula badan kita memerlukan rehat yang cukup untuk membina kembali tenaga dan stamina kita selepas penat bekerja.Usahkan pagi,kalau layan tidur sampai ke tengahari lagi enak,kerana bila bangun je terus pegi dapur makan,lepas tu boleh sambung tidur balik.

Ini adalah antara alasan yang selalu diberikan oleh orang yang cukup liat bangun pagi,lebih-lebih lagi kepada remaja. Kenapa kita mesti bangun pagi??Kalau ikut kata orang-orang tua dulu,tidur pada waktu pagi ni menutup pintu rezeki,betulkah??Ini adalah alasan yang sering diperkecilkan,sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan umatnya keluar pada waktu pagi untuk melakukan pekerjaan atau mencari ilmu.Seperti sabda baginda,"Ya Allah,berkatilah umatku pada waktu pagi".Kenapa kita jarang mengambil iktibar sedangkan orang kafir sendiri mengerti dengan keberkatan bangun pagi dalam menjana rezeki??

Antara kelebihan bangun pagi seperti yang ana baca dalam buku 101 Petua Murah Rezeki&Jauhi Hutang karangan Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan dan Mahfuzah Omar ialah;
a)Fikiran kita masih lapang,segar dan kosong.
b)Byk perkara boleh difikirkan.
c)Banyak aktiviti boleh dilakukan.
d)Cuaca masih sejuk dan pemandangan yang segar boleh menaikkan semangat kita untuk bekerja.
e)Badan cergas dan sehat.
f)Peluang menjana rezeki banyak dan luas.
Manakala kerugian tidur pada waktu pagi adalah perkara-perkara yang berlawanan dengan kelebihan di atas.



Jadi bagaimana pula caranya nak melatih diri bangun awal melakukan ibadat (solat Subuh) dan meluaskan pintu rezeki dengan bangun awal pagi??Antara petua yang terdapat dalam buku tersebut ialah;
a)Ikhlaskan niat kita untuk bangun awal untuk melakukan kerja kerana kerja itu juga suatu ibadah.
b)Merasakan dalam diri tuntutan bangun awal untuk melakukan ibadat seperti qiyamullail yang diberkati Allah.
c)Tahu kelebihan bangun awal.
d)Mengkaji cara hidup golongan al-salaf al-soleh yg sentiasa bangun awal.
e)Biasakan tidur mengiring di atas sebelah kanan tubuh (sunnah)
f)Berwuduk sebelum tidur.
g)Tidur awal
h)Biasakan dengan amalan zikir,wirid dan doa sebelum tidur.
i)Biasakan untuk tidur sebentar pada waktu tengahari sebelum Zohor (Qailullah)
j)Kurangkan makan berlebihan.
k)Bermujahadah melawan nafsu yang ingin tidur berlebihan.
l)Jauhi maksiat kepada Allah.
m)Hukum diri dan bermuhasabah jika cenderung tidur berlebihan.



Semoga petua ini menjadi maklumat dan ilmu yang berguna kepada kita semua dan ana terutamanya. Jujur ana maklumkan di sini bahwa ana sendiri seorang yang liat untuk bangun awal untuk beribadat, tapi kalu bangun tengok bola boleh la pulak=( Semoga dengan berkongsi post ini ana akan dapat semangat yang kental untuk bangun dengan lebih awal dan beribadah (solat+bekerja) kepadaNya. Amin ya Allah...

Sekian,
Wassalam.