Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Tuesday, December 28, 2010

The Arrivals (Intro&Part 01): Dunia Telah Berubah..Bukti Dari Quran

Assalamualaikum,


Dunia telah berubah, dan sentiasa berubah, sesuai keadaannya dengan masa yang berlalu. Tapi adakah kita sedar tentang perubahan yang kita alami sekarang adalah sedikit sebanyak hasil dari perancangan segolongan manusia yang mahu menguasai manusia dan seluruh pelosok bumi dengan agenda tersembunyi mereka?


Di sini bukanlah saya mahu mengulas lebih lanjut tentang taktik-taktik halus dan keji mereka itu, tetapi hanyalah untuk berkongsi bersama kepada sesiapa yang belum tahu, belum sedar dan kepada yang sudah tahu dan sedar, untuk kita sama-sama menilai dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Semoga kita beroleh sesuatu darinya.


Siri dokumentari The Arrivals dihasilkan oleh Noreagaa Productions dengan kerjasama Achernahr Films. Siri dokumentari ini dihasilkan untuk menyiasat tentang kedatangan Dajjal, Imam Mahdi dan Penurunan kedua Nabi Isa as.


Sabda Rasulullah saw:
“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."

The Arrivals Part 00 (Intro)

Pengenalan kepada The Arrivals, diterbitkan siri Intoduction untuk menjelaskan tujuan siri dokumentari ini diterbitkan dan juga sedikit ringkasan untuk membuka minda penonton tentang keadaan yang berlaku di dunia. Ini adalah bersesuaian sebelum penonton akan didedahkan tentang pembongkaran yang lebih besar dan berat seperti 'New World Order', fakta tentang Firaun, Hollywood dan lain-lain. 

 The Arrivals Part 01 (Bukti Dari Quran)

Manakala Part 01 akan memaparkan terjemahan ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan asas-asas kedatangan Dajjal. Ini termasuklah kepada penyingkapan sejarah semasa penawanan Masjid Al-Aqsa oleh sekumpulan kafir yang terpesong dari ajaran Kristian dan menggelarkan diri mereka sebagai 'The Knights of the Temple of Solomon'. Yang mana pengaruh mereka ini walaupun pernah dibanteras oleh raja-raja di Eropah, tetapi pengaruh mereka semakin berkembang di zaman moden ini dengan pengenalan teori 'New World Order'. Teori ini diolah dengan sistematik dan terperinci oleh golongan ini untuk menyebarkan fahaman dan menguasai manusia secara halus dan seterusnya menjadikan pemikiran manusia selari dengan keinginan mereka.

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, 
iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Akan kembali dengan sambungannya,
InsyaAllah...

Sumber untuk rujukan:

Friday, December 24, 2010

Sentimen atau Perjuangan Agama??

dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)


Assalamualaikum,


Suatu hari, ketika saya dan 3 saudara lain dalam perjalanan ke Bandar Tasik Puteri di Rawang, kami singgah di sebuah restoran di tepi Tasik Biru Kuang untuk menikmati santapan malam. Setelah selesai kami memilih santapan yang diinginkan, saya disapa oleh salah seorang saudara tentang isu yang hangat diperkatakan pada waktu itu, iaitu tentang isu pemberian wang bantuan kepada fakir miskin oleh kerajaan negeri Pelau Pinang. Secara jelasnya, dia mengkritik tentang kerajaan Pulau Pinang yang memberi bantuan kewangan kepada warga emas di negeri itu, dengan salah satu sumber wang hasil bantuan tersebut datangnya dari saluran 'judi'.


Kebetulan beberapa hari sebelum itu, ana ada membaca tentang kenyataan ulamak dan ilmuan Islam berkaitan perkara ini, antaranya dari UZAR sendiri(kalau tak silap). Pendapat mereka secara sepakat menyatakan bahawa wang tersebut tidak HARAM apabila ianya diberi atas dasar bantuan kepada golongan miskin dan memerlukan. Alhamdulillah setelah diterangkan sedikit berkaitan perkara tersebut oleh saya yang masih jahil, akhirnya saudara tersebut dapat menerima kenyataan tersebut. Mungkin dia masih dapat berfikiran waras, dan tidak secara membabi buta mengikuti fahaman-fahaman ciptaan manusia, yang kadang-kadang melampaui batas dan mengeluarkan hujah untuk membenarkan tindakan mereka yang berlainan dengan syariat Islam, lebih teruk lagi cuba memanipulasinya atas tiket agama dan kesensitivan melayu. Betapa teruk dan kejinya orang yang berperilakuan seperti ini.


Bukanlah saya di sini  mahu berpihak ke mana-mana pihak dari segi politik, cuma kadang kala apabila perkara yang salah cuba dihalalkan atas tiket agama, maka ianya adalah sangat keji dan hina, tidak kiralah ianya dari pihak kerajaan atau pembangkang, bila ianya salah, maka wajiblah kita membantahnya. Kadang perkara ini, seperti sentimen perkauman, apabila ianya dimainkan dengan begitu teatur dan dengan fakta yang salah, maka mudah golongan yang menjadi sasaran termakan dengan kata-kata mereka yang tak bertanggung jawab, lebih-lebih lagi apabila golongan sasaran ialah dari yang kurang beragama dan pelajaran.


Semoga kita sama-sama dijauhkan dari perkara ini.
Sekian,
Wassalam.

Sumber:
DrMaza.com

Wednesday, December 8, 2010

Betulkah Cara Kita Memberi Nasihat dan Berdakwah?

Assalamualaikum,


Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis semula di sini. Walaupun dulu ada buat entry 'KEMBALI', sayangnya ianya tidak dapat direalisasikan kerana beberapa sebab. Jadi untuk kali ini, tidak mahu lagi untuk 'perasan' buat entry yang cakap mahu buat 'comeback', 'pembersihan sawang' dan yang sewaktu dengannya, takut cakap-cakap sahaja yang tidak mampu ditunaikan. Jadi kali ini, apabila dirasakan diri ini mahu menulis, maka akan terus sahaja menulis, tanpa mahu difikirkan tentang waktu dan isi untuk penulisan atau perkongsian seterusnya. Baiklah, mari kita fokus kepada tajuk kita.


Ayat 1:
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl, 125)


Dalam kita memberi nasihat dan berdakwah, banyak cara yang boleh dilakukan. Seperti yang ditulis oleh Ustaz Nor Amin, dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Manakala menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Terdapat beberapa perkongsian tentang cara-cara berdakwah seperti dakwah Islamiah yang asli (Syumuliah Fi Da'wah) dan Dakwah yang bersifat Rabbani (Robbaniah Fi Da'wah) yang dikongsikan Ustaz Nor Amin (untuk lebih lanjut tekan sini).


Hikmah, Pengajaran dan Perbahasan
Jadi bagaimana kita mempraktikkan nasihat kita dengan cara yg hikmat kebijaksanaan(hikmah), pengajaran yang baik, dan berbahas dengan cara yang baik?? Kadang kala kita bertemu kes di mana ada hamba Allah yang menasihati rakannya ke jalan Allah dengan ajakan yang bersifat 'keras', sindiran dan paksaan. Berapa peratuskah kejayaan yang dicapai hamba Allah tadi dalam mengajak manusia ke arah kebaikan? Pada pendapat saya mungkin 10-20%. Kenapa?? Sememangnya niatnya murni dalam mengajak ke jalan Allah, tetapi caranya bukanlah cara yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Perlu diingat manusia memiliki ego tersendiri, dan ego ini bukan terbatas kepada orang yang kurang berakhlak sahaja.


Suatu peristiwa semasa saya menaiki kereta bersama rakan2 saya, dan pada masa itu ada seorang rakan saya menasihati rakan saya yang lain supaya berhenti berjudi, tetapi dengan cara yang radikal dan ekstrem. Hasilnya? Mereka bertikam lidah dalam kereta dan hampir tercetus tumbuk-menumbuk. Niat murni rakan saya tadi tidak membuahkan hasil dan hampir membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Seperti yang ditulis oleh Abd al-Razzaq Muthalib tentang cara mengelakkan manusia menjauhi dakwah yang disampaikan.
Yang pertama ialah elakkan berdepan dengan mereka dengan cara yang tidak disukai; seperti menyebut kesalahan dan menyandarkan kesalahan tersebut kepada mereka atau menyebut nama-nama mereka yang melakukan kesalahan. Yang kedua pula bersabarlah menghadapi kelemahan dan kesalahan yang ada pada diri mereka, dan jangan suka menghukum di dalam semua perkara. Dan yang ketiga jauhkan setiap perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan sangka buruk terhadap dakwah, walau pun perkara tersebut adalah harus untuk dilakukan.


Pengertian Hikmah seperti yang ditulis oleh Abd al-Razzaq Muthalib, "Menurut Dr. Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni di dalam bukunya al-Madkhal ila Ilm al-Da’wah, hikmah itu ialah: “ketepatan di dalam percakapan dan perbuatan“. Syaikh Said bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani pula di dalam bukunya “Al-Hikmah fi al-Da’wah ila Allah“, memberikan takrifan berikut: “Betul dan tepat di dalam percakapan dan perbuatan, dan meletakkan sesuatu itu pada tempatnya“. Dr. Abd al-Muhaimeen al-Tahhan di dalam “Madkhal ila Ilm Usul al-Da’wah” menyatakan bahawa hikmah itu ialah: “perkataan yang tepat dan tindakan yang betul”. Inilah takrif yang rajih dan ianya seperti yang dihuraikan oleh al-Imam Ibn Jarir al-Tabari di dalam tafsirnya, beliau menyebut bahawa hikmah itu ialah: tepat dan betul di dalam percakapan dan perbuatan."


Jadi dengan membawa mesej yang benar, tetapi dengan cara yang keras dan berbentuk sindiran, adakah akan dapat diterima oleh pendengarnya. Tidak dinafikan mungkin cara ini akan bersesuaian dengan golongan tertentu, tetapi mungkin ada yang tidak dapat menerima sindiran dan kekerasan yang digunakan. Dan hasilnya mesej tersebut tidak sampai sepenuhnya, malah lebih teruk lagi membawa kepada akibat yang lebih buruk. Suatu ketika dahulu saya ada menerima nasihat dan teguran yang baik dari seorang hamba Allah, tetapi disampaikan dengan cara yang agak keras dan di hadapan orang lain. Waktu itu perasaan malu dan menyesal terasa. Kenapa? Malu kerana terasa dijatuhkan maruah di hadapan orang lain, dan menyesal kerana berjumpa dengan hamba Allah tadi dan menghadiri majlisnya. Diakui saya masih jahil, sebab itu perasaan yang tidak sepatutnya itu menguasai diri. Tetapi jelas penyampaian yang dilakukan oleh hamba Allah tadi tidak sampai ke destinasi yang diingini.


Ditulis juga oleh Abd al-Razzaq Muthalib tentang huraian dari kitab “Madkhal ila Ilm Usul al-Da’wah“, dan sedikit ringkasannya di sini. Etika2 al-hikmah dalam dakwah adalah seperti memberikan khabar gembira (al-tabsyir) dan tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan orang semakin menjauhi pendakwah (al-tanfir). Nasihat Rasulullah SAW kepada dua orang sahabat yang diutuskan untuk berdakwah di Yaman; Abu Musa al-Asy‘ari dan Muaz bin Jabal: "Serulah manusia, hendaklah kamu berdua memberi khabar gembira dan jangan melakukan sesuatu yang menjauhkan manusia dari kamu, permudahkanlah dan janganlah kamu menyulitkan sesuatu perkara".(al-Bukhari & Muslim). Jadikan hadiah pengikat mahabbah. Hadiah merupakan sesuatu yang dapat menjalin ikatan kasih sayang, kemesraan dan menjauhkan perasaan benci dan buruk di dalam sangkaan. Sebab itulah Nabi saw menyarankan: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana ianya akan menyebabkan kamu saling berkasih sayang" (al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad). (Klik di sini untuk huraian yang lebih lengkap)


Ikutikah contoh hikmah yang ditunjukkan seperti yang diceritakan oleh ‘Aisyah, bahawa Rasulullah saw bertanya kepadanya: "Apakah kamu tidak tahu yang kaummu telah membina semula ka’bah tidak di atas tapak yang dibina oleh Ibrahim? ‘Aisyah menjawab: Ya Rasulullah, apakah kamu tidak mahu kembalikannya semula di atas tapak yang dibina Ibrahim? Baginda saw menjawab: Kalaulah tidak disebabkan kaummu yang masih di atas kekufuran, akan aku lakukannya." (al-Bukhari & Muslim).
Ibn Hajar berkata: “…melalui hadis ini dapat diambil pengajaran bahawa perlunya untuk meninggalkan perkara yang maslahah (mendatangkan kebaikan) dengan tujuan mengelakkan jatuh ke dalam mafsadah (perkara yang buruk), dan juga tinggalkan urusan mencegah kemungkaran, takut akan jatuh ke dalam kemungkiran yang lebih dahsyat”. (Fath al-Bari 1/225)


Sebagai penutup, janganlah kita serkap jarang dalam menyampaikan nasihat dan dakwah kepada orang lain. Penyampai yang bijaksana ialah mereka yang pandai mendekati pendengar dan penyampaiannya adalah fleksible, mengikut keadaan situasi dan kondisi pendengar. Malang andai ada yang menganggap dengan mengamalkan cara yang keras dan bersifat aggresif akan dapat menyampaikan mesej yang disampaikan kepada orang ramai. Seperti yang saya katakan, cara ini tidak saya katakan salah, tapi biarlah kena dengan keadaan dan emosi orang yang cuba disampaikan.


Sekian.

Sumber:
Ustaz Nor Amin-email-atau-mesej-berantai-dari-sudut
abdul-razak.com-Di Mana Hikmah Di Dalam Dakwah?
rahmat07.multiply.com-MENJALANKAN DAKWAH SECARA BERKESAN
lifegotstory-TIPS DALAM MEMBERI NASIHAT (DAKWAH)

Thursday, October 21, 2010

Kembali Semula...

(Sekadar Gambar Hiasan)

Assalamualaikum,


Rasanya sudah lama ana meninggalkan dunia blog ini, apakah sebabnya?? adakah kerana berehat, tension, penat atau ada sesuatu yang sedang dirancangkan?? Semua perkara di atas benar semuanya. Ana hanyalah manusia biasa, tiada kelebihan membuat berbagai-bagai jenis kerja dalam suatu masa. Setelah beroleh kembali ketenangan dan cukup rehat dari segi minda dan fizikal, tiba masanya ana kembali semula.


Jadi dengan ini ana mengumumkan blog ini, iaitu Duniaku Duniamu Jua... sudah kembali.


Sekian,
Wassalam.

Tuesday, September 21, 2010

Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah


Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah
Sep 21, 10 2:42pm

Exco perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas, lapor Suara Keadilan.

Husam menerusi twitternya berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook - www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan berkenaan.



"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.

"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat Islam," menurut laman itu.

Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.



Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan - Thailand, Kelantan - Vietnam dan Kelantan - Terengganu.

Berikutan dinafikan royalti minyak itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.


Sumber:
MalaysiaKini
wargamarhaen.blogspot.com
kerangngeleber.blogspot.com

Tuesday, September 14, 2010

Kelantan 0-1 Negeri Sembilan; Gomo Kelate Gomo



Assalamualaikum,

Entry kali ini adalah edisi santai, tentang sukan bola sepak tanah air, Piala Malaysia. Kelmarin, ana bersama tiga rakan yang lain dengan penuh bersemangat telah pergi menyaksikan perlawanan di antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan yang dilangsungkan di Stadium Mohammad IV. Memang suasana pada ketika itu penuh sesak dengan ramai peminat-peminat Kelantan dari dalam atau yang masih bercuti di kampong berkumpul beramai-ramai untuk meraikan pasukan kesayangan masing-masing. Ana juga tidak ketinggalan untuk join bersama sahabat-sahabat ana menyaksikan pasukan Kelantan bermain di tempat sendiri.

Suasana adalah seperti yang dijangka di mana peminat bersesak-sesak untuk memasuki stadium, sehinggakan ramai juga yang tidak sabar dengan memanjat pagar besi untuk masuk ke stadium. Terasa leceh dan jenuh juga, kerana untuk masuk ke stadium ana beratur hamper sejam, dan bila sampai ke pintu kena pula berhimpit-himpit sampaikan terasa sengal2 badan. Bila masuk pula takde tempat duduk pulak, terpaksa la kami tegok perlawanan dari tepi pintu pagar saja. Herm, bila tengok tepi padang, terpaksa berdiri sepanjang game, malah terpaksa menanggung risiko mercun-mercun yang dibaling dari atas. Masa tu kami berharap janganlah pasukan Kelantan kalah, kerana kalau kalah mestilah stadium tersebut akan jadi seperti medan perang.

Dan apabila pengadil menghadiahkan penalty yang dipertikaikan oleh penyokong tuan rumah, terus seluruh stadium bergegar dengan mercun-mercun yang dilancarkan. Huh, sedih rasanya apabila kami yang kat bawah terpaksa menyorok di antara penyokong lain bila mercun yang dibaling jatuh main-main je depan kami,huhu…

Jom kita layan gambar...


Penyokong fanatik pasukan Kelantan sebelum entering stadium...

Hoho,ramainya orang dalam stadium...

Semangat masa nyanyi lagu negeri dan kebangsaan...

Muka-muka kecewa setelah kekalahan pasukan yang disokong...


Apapun,walau pon kalah dalam perlawanan pertama, masih ada perlawanan-perlawanan lain yang boleh team Kelantan ini membaiki permainan dan bahagian serangan mereka. Semoga berjaya dan mengharumkan nama negeri yang dicintai.
"Gomo Kelate Gomo".

Sekian,
Wassalam.

Monday, September 13, 2010

Laungan ”Allahuakbar” iringi pemasyhuran Sultan



Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat beragama Islam dan salam sejahtera kepada rakan-rakan bukan Islam,

Di kesempatan ini, terasa masih belum lagi terlewat untuk ana mengucapkan setinggi tahniah buat Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra setelah mendapat keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Perajaan Negeri yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) pada Isnin kelmarin,13hb Sep 2010. Sebagai pernah menjadi rakyat Kelantan (walau bukan anak jati sepenuhnya), ana amat berminat mengikuti perkembangan di tanah Kelantan dan cerita-cerita di dalam istana. Dan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra adalah salah seorang idola ana kerana peribadinya yang amat di senangi oleh rakyat jelata, terutama rakyat Kelantan yang rata-rata menyayanginya. Pemashuran baginda ana percaya akan disambut dengan penuh rasa syukur dan besar hati dari rakyat negerinya. Di sini ana selitkan sedikit berita berkenaan pemashuran baginda kelmarin yang ana dapati dari blog gegarkelantan.net.

Laungan ”Allahuakbar” iringi pemasyhuran Sultan
Oleh Hasnan Yahya

KOTA BHARU, 13.Sept - Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini dimasyhurkan menjadi sultan baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra setelah mendapat keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Perajaan Negeri yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) pagi tadi.

Pengistiharan baginda disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar jam 12.30 tengahari.

Ia dimasyurkan dihadapan Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Orang-Orang Kenamaan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat, Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.




Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan berkata padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi
Nik Abdul Aziz juga ketika mengakhiri pemasyhuran tersebut melaungkan takbir “ Allahuakbar “ sebanyak tiga kali dan diikuti oleh semua yang hadir.

Perlantikan adalah berdasarkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.




Sementara itu Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di majlis santapan diraja yang diadakan di Istana Negeri pula melahirkan rasa berterima kasih dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut dan diharapkan segala kemelut yang berlarutan akan terhenti.

“Saya ingin mengajak rakyat negeri ini mendoakan kebawah Duli Tuanku agar dapat memayungi rakyat dengan sempurna dan ibarat kata rumah sudah siap, pahat tak perlu lagi berbunyi di sana sini”katanya.”.

Sementara itu menurut Setiausaha Majlis Perajaan Negeri(MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias di sidang media di Istana Negeri petang ini menjelaskan perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra menjadi raja yang memerintah, menaiki takhta dan kerajaan Kelantan dan jajahan takluknya adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang berasaskan peruntukkan Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan( Bahagian Yang kedua).

Sememangnya Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra adalah seorang yang dihormati oleh rakyat negeri ini kerana baginda berjiwa rakyat sampaikan rakyat tidak berasa kekok bersama baginda. Baginda juga terkenal dengan sifat pemurah dan tidak lokek dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan dan kepada institusi pendidikan. Seandainya sahabat ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang peribadi baginda, bolehlah membacanya di sini, Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini,
Wassalam.

Sumber:
gegarkelantan.net
Tuanku Faris Petra, Raja yang dekat di hati rakyat
Tengku Faris dimasyhur sultan Kelantan

Saturday, September 11, 2010

Pola Pemikiran Politik Melayu



Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada muslimin dan muslimat yang masih menyambut hari raya yang kedua ini. Sudah sinonim bagi masyarakat melayu kita, apabila Syawal disambut, hinggakan ada yang menyebut untuk menyambutnya sepanjang bulan ini. Pernah dulu ada ana dengar orang bertanyakan kepada ustaz tentang kebolehan untuk menyambut hari raya sepanjang bulan, mengikut kata ustaz tersebut, tiada salahnya untuk meraikan sepanjang bulan, tetapi biasanya di negara-negara Arab hanya menyambut pada hari yang pertama sahaja. Mungkin kerana mereka ini terus menyambungnya dengan berpuasa 6 hari pada Syawal yang kedua, itu sekadar pendapat ana. jadi kesimpulannya, walaupun kita ingin menyambutnya selama mana pun, usahlah dilupakan untuk berpuasa 6, kerana fadhilatnya amat besar, di mana Rasulullah bersabda orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambung puasa 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah orang tersebut telah berpuasa selama setahun.

Baiklah, apa yang ana ingin kongsikan di sini bukanlah berkaitan dengan sambutan raya, tetapi lebih kepada situasi politik di negara kita. Tadi ana ada membaca tentang Pola Pemikiran Politik Melayu di Malaysiakini.com. Walaupun ianya banyak berkisar dan berat kepada golongan pembangkang, tetapi ianya amat sesuai dibaca terutama kepada masyarakat melayu Islam. Ana akan letakkan beberapa kerat yang telah ana tapis yang sesuai di baca oleh semua golongan. Andai sesiapa nak baca berita yang lebih jelas dan lengkap, silakan klik pada link yang ana letakkan di atas atau di bawah ini.

Menangani pola pemikiran politik Melayu

Permasalahan agama menjadi sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan pasca Tsunami Politik pilihanraya umum ke-12.

Pola pemikiran politik kaum Melayu yang merupakan hampir keseluruhannya adalah penganut Islam dilihat statik dengan purata 40 peratus menyokong Umno, 30 peratus menyokong Pakatan Rakyat dan 30 peratus selebihnya tidak membuat keputusan.

Pola dan corak pemikiran ini adalah statik dan tiada perubahan yang signifikan untuk kita lihat memberi kesan kepada politik Malaysia pada masa akan datang.

Isu fenomena ini adalah soal kepercayaan kaum Melayu kepada Pakatan Rakyat untuk melindungi kepercayaan, yang kaum Melayu anggap sebagai keistimewaan dan sesuatu yang suci di Malaysia.

Hal pokok ini termasuklah berkisar persoalan agama. Dalam hal agama ini, pihak pemerintah BN berjaya untuk mencanang pemikiran tertutup, budaya takut dan menghakis kepercayaan kaum Melayu.

Pakatan Rakyat dipropagandakan tidak melindungi hak Melayu dan Islam sedangkan Pakatan Rakyat cukup kaliber untuk mengorak masa depan kaum Melayu yang lebih cerah.

Bagi saya isu yang dekat dengan umat Islam adalah yang melibatkan institusi seperti Masjid, Kesultanan Melayu, majlis Agama dan lain-lain. Cuma yang sedihnya kita banyak berkisar kepada bermasalah ranting bukan pokok.

Umat Islam lebih mementingkan Syiar bukan Syariat.

Permasalahan yang berlaku melibatkan Islam dan Melayu di Malaysia adalah disebabkan model dan cara yang dibawa oleh kerajaan BN yang menjadikan Islam dan Melayu ini kelihatan jumut dan sempit.

Penuh seksaan

Islam seakan penuh dengan hukuman dan seksaan. Melayu penuh dengan sensitiviti dan pantang larang. Mengakibatkan imej Islam sebagai sebuah agama yang indah tercalar dan Melayu sebagai kaum yang kehadapan sentiasa kelihatan tergugat.



Contoh yang melucukan adalah pengharaman bukan Islam untuk memasuki masjid atau rumah ibadah ummat Islam.

Masjid adalah satu kawasan atau institusi yang hanya eksklusif untuk umat Islam sedangkan kalau di barat malah di zaman Rasulullah SAW masjid adalah seperti pusat kommuniti, pentadbiran masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan bangsa.
Seperti di Amerika Syarikat dan Singapura peranan masjid juga adalah pusat kebudayaan Islam yang bukan sahaja berperanan untuk ibadah malah adalah untuk melebarkan kefahaman Islam merentas agama dan kaum.

Diskriminasi umat Islam

Ironi, apabila kita berasa marah apabila masyarakat majoriti di barat dilihat mendiskriminasi umat Islam tetapi di negara sendiri yang majoriti Islam sendiri, kita lakukan hal yang lebih kurang sama.

Contoh terkini adalah satu protes yang dijangka diadakan di Amerika Syarikat Sabtu ini berhubung idea membina pusat kebudayaan Islam dan masjid di kawasan yang berhampiran dengan tempat tragedi September 11, Pusat Dagangan Dunia WTC.

Protes ini diura-urakan bakal disertai oleh pemimpin-pemimpin yang anti-Islam termasuk Geert Wilders. Pada hari yang sama di Gainesville, Dove World Outreach Center merancang untuk membakar al-Quran.

Di Malaysia tidak tidak kurangnya, apabila hal seperti doa, bukan Islam memasuki masjid isu kalimah Allah dan isu-isu lain yang melibatkan agama Islam dan bukan Islam tidak diwacanakan secara rasional dan matang di dalam masyarakat majmuk.

Kita didorong oleh pimpinan BN dan media arus perdana dengan pemahaman Islam yang songsang dan hanya membawa emosi dalam menjawap permasalahan agama.

Umat Islam hanya sekitar 55 peratus di Malaysia, merupakan jurang yang tipis. Kita tidak boleh merasa membuta tuli tanpa mengetahui isu asas dan ilmu yang dalam berhubung agama.



Baiklah, setakat ini sahaja perkongsiaan ana, semoga sahabat-sahabat membacanya bukan dengan hati yang tertutup, bukan dengan rasa kebencian dan kesangsian, dan bukan dengan menyempitkan pemikiran. Bacalah dengan hati yang tenang, fikiran yang terbuka dan minda yang diluaskan. Semoga kita beroleh sesuatu darinya, insyaAllah.

Sekian,
Wassalam.


Sumber:
Pola Pemikiran Politik Melayu
Malaysiakini.com

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...



Assalamualaikum,

Terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat muslimin dan muslimat yang menyambut hari yang penuh bahagia ini. Semoga kedatangan hari yang bahagia ini dapat disambut dengan penuh keceriaan dan dapat merapatkan silaturrahim sesama kita. Sinonim pada hari raya ini masyarakat kita akan saling bermohon kemaafan sesama sendiri, dengan bertujuan menyucikan diri sendiri dari dosa-dosa yang dilakukan dengan sedar atau tidak, moga-moga keampunan dari manusia itu akan memberi kasih sayang Allah SWT untuk memberi keampunan kepada kita. Cuma janganlah amalan bermaaf-maafan ini hanya hadir pada hari raya sahaja, ianya haruslah dijelmakan setiap masa, lebih-lebih lagi setelah kita sedar akan kesalahan yang telah dilakukan. Janganlah kita hendak menunggu untuk ketibaan Syawal tahun hadapan, kerana mungkin akan terlupa akan perkara ini, malah lebih dirisaukan seandainya kita tidak diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Syawal tersebut.

Pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan pada hari raya ini, semuanya andai kita lakukan dengan ikhlas kerana Allah akan dikurniakan dengan ganjaran pahala dari Allah SWT. Perkara utama yang ana dapat lihat apabila umat Islam menyambut hari yang bahagia ini ialah dengan merapatkan silah atau hubungan sesama sendiri. Di mana masyarakat kita sudah sinonim dengan tradisi kunjung mengunjung sesama sendiri. Marilah kita mengambil kesempatan ini dengan mengambil peluang berkenal-kenalan dan merapatkan silah dengan lebih Islamik, iaitu dengan kita mengambil berat tentang keadaan saudara dan jiran-jiran kita, dan juga saling berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kebaikan. Kerana kita ini tidak lain diciptakan Allah untuk menyembahNya dan menjadi tugas kita untuk mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar.



Keadaan ana pula apabila menjelang Syawal, hari terakhir Ramadhan akan dihabiskan dengan kerja-kerja melakukan persiapan menyambut 1 Syawal. Antara yang dikerjakan ialah memasang dan membetulkan langsir, dan tidak dilupakan membantu kerja-kerja di dapur. Kerana menu untuk 1 Syawal kali ini ialah rendang, maka ana sempat menolong ummi ana mengacau bahan-bahan untuk dibuat rendang, walaupun kerja yang dilakukan tidaklah sampai setengah jam. Pada sebelah malamnya pula ana selalunya akan keluar dan menghabiskan masa dengan sahabat-sahabat lama ana yang sejak dari sekolah rendah akan berkumpul ramai-ramai setelah masing-masing pulang ke kampung. Seperti yang dilakukan pada malam tadi, kami menghabiskan masa dengan berbual-bual tentang keadaan dan kerjaya masing-masing. Dan tidak dilupakan juga topik-topik semasa turut dilontarkan seperti iklan TV3 yang mencetuskan kontrevesi, isu Palestin dan dokumentasi yang bertajuk ‘The Arrival’. Dapat dilihat disini bahawa kami bukan sekadar melepak, tetapi turut berkongsi pandangan dan ilmu.



Ketibaan Syawal pada tahun ini mestilah disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan taqwa, dan juga diselitkan dengan perasaan hiba, walaupun sedikit supaya kita menzahirkan rasa kesedihan dan kerinduan kita kepada Ramadhan yang berlalu, dan berdoa semoga masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang. Semoga kedatangan 1 Syawal membawa seribu erti yang bermakna kepada diri, masyarakat dan agama kita dan paling penting membawa kita lebih dekat dengan Allah SWT, amin.

Sekian,
Wassalam.

Wednesday, September 8, 2010

Kepulangan Yang Dinanti-Edisi Kampung Oh Kampung



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan munculnya entry ini, bermakna ana sudah selamat sampai ke kampung halaman di Kelantan. Risau jugak pada mulanya kerana perjalanan yang jauh mengambil masa yang lama dan hanya ade 2 orang je dalam kereta, lebih-lebih lagi menjelang perayaan besar macam ni. Bertolak semalam lebih kurang pukul 2 pagi dan tiba di kampung pulak pukul 1 tengahari. Ade la lebih kurang 11 jam perjalanan. Biasanya masa yang diambil lebih kurang 7-8 jam sahaja, tapi dek kerana kesesakan yang teruk di beberapa tempat, jadi terpaksa la bergerak macam kura-kura. Bertolak pada awal pagi disangkakan dapat elak kesesakan, tetapi tidak rupanya, mungkin penyebab utamanya adalah kerana promosi oleh pihak lebuhraya yang memberi tol percuma pada sebelah malamnya.



Walau bagaimanapun syukur ke hadrat Allah Taala kerana walaupun perjalanan memakan masa yang lama dan terpaksa menahan mengantuk, tetapi masih dipanjangkan umur olehNya untuk sampai ke kampung. Itu adalah suatu nikmat yang besar yang kadang-kadang kita jarang mensyukurinya, lebih-lebih lagi bagi yang ibu dan bapanya masih hidup, free je dapat pahala percuma hanya dengan menatap wajah ibunya.



So, ape rutin ana bila balik beraya?? Cam biasa, bila sampai je, lepas bersalaman, katil akan jadi sasaran utama. Bangun pun dah petang benar, dah hampir-hampir berbuka. Bila berbuka pulak, mata masih lagi mengantuk dan keletihan, then...tido lagi... Jadi keletihan badan ni mengambil masa 2 hari jugak nak recover kecergasan semula, maklum lah letih apabila duduk dan memandu dalam kereta lebih kurang 11 jam. Jadi setelah dah recover lebih kurang 80%, tibalah masanya untuk menolong kerja-kerja pembersihan rumah. Huhu, macam2 kena buat nih, nak lap tvnya, kipasnya, pinggannya dan macam-macam lagi. Jadi dah tiba masanya untuk beraksi...

Sekian,
Wassalam.

Saturday, August 28, 2010

Bila Remaja Sudah Kurang Ajaran...



Assalamualaikum,

Selamat sejahtera diucapkan kepada para sahabat dan rakan-rakan taulan. Di bulan yang baik dan penuh keberkatan ini, marilah kita sama bermaaf-maafan sesama kita kerana pada bulan inilah keberkatan untuk bermaafan akan dapat dirasai, insyaAllah. Sekadar entry ringkas di sini, yang sedikit menbicarakan perihal tentang remaja kita sekarang ini. Bukanlah ia bertujuan mengkritik remaja kerana ana sendiri pun remaja, tetapi sekadar kesedaran kepada sebahagian yang lain yang masih kurang ajaran.

Sedang kami makan moreh di masjid tempat ana, sempat nazir di kawasan tempat ana bercerita kepada ustaz yang menyampaikan tazkirah Ramadhan pada malam itu. Dia bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada sebelah petangnya dan watak utamanya ialah dua orang remaja lelaki dan nazir itu sendiri. Begini la lebih kurang ceritanya...

Sedang nazir menunggang motor untuk ke bazar Ramadhan (pergi mengutip zakat fitrah), dia sempat lalu di hadapan kedai Acheh, dan kebetulan dia bertembung dengan seorang remaja lelaki yang keluar dari kedai acheh sambil menghidupkan api rokok di mulutnya. Oleh kerana rasa tanggung jawabnya, nazir itu melakukan pusingan U-turn dan menghampiri remaja tersebut dan kawannya. Lalu dia menegur remaja pertama, "Awak ni orang Islam ke tak?". Lalu dibalas oleh remaja tadi, "Islam". "Habis tu tak puasa ke? ni hisap rokok ni", sambung nazir. Dengan nada kurang ajar, rakan remaja tu menjawab, "Kenapa?Tak boleh ke?". Dengan cool nazir menjawab, "Mestilah tak boleh, ni bulan Ramadhan, bulan yang diwajibkan berpuasa". Seolah-olah tidak berpuas hati, remaja terbabit bertanya, "Pak cik ni siapa?" Lalu nazir mengeluarkan kad kuasanya, terus terkedu rakannya dan menyuruh remaja itu membuang rokok. Kerana sayang pada rokok tersebut, dia hanya meletakkan di tepi longkang, lalu disepak rokok tersebut terus ke dalam longkang.

Lalu nazir memberi amaran bahawa sekali lagi dia lihat remaja ini melakukan perkara seperti ini, tanpa ragu2 mereka akan ditahan. Pekerja kedai Acheh (sekadar watak tambahan) mempersoal kenapa tidak diberi ajaran dengan guna cara kekerasan sahaja, tetapi dilembutkan nazir supaya mereka bersabar dan memberi peluang kepada remaja tersebut.



Lantas apabila direnungkan kisah ini, apa yang dapat kita lihat?? Salah satunya ialah keselamberan remaja tersebut mencucuh dan menghisap rokok di kalangan orang awam, seolah-olah memberi gambaran mereka ini kebal dari undang2 negara dan hukum Allah. Malahan mereka sempat melawan orang yang menegur kerana berasakan mereka ini sudah besar kepalanya. Rasenya remaja seperti ini andai diberi ajaran dengan cara kekerasan barulah luntur egonya itu. Lantas siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Pada pendapat ana, sekiranya ibu bapa remaja tersebut gagal menyediakan pelajaran agama dan dunia kepada anaknya, maka mereka yang harus disalahkan. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Lain lah pula seandainya mereka telah memberikan pelajaran yang sempurna, tetapi anak tersebut masih degil, maka pohonlah doa semoga dibukakan pintu hatinya dan diberikan kasih sayang Allah melalu hidayahNya.

Sekian sahaja kisah pendek ini,

Wassalam.

Saturday, August 21, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 3.2:Waktu Mustajab Berdoa)



Assalamualaikum,

Salam ukhwah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi mengunjungi ruangan Duniaku Duniamu Jua... ini. Semoga kunjungan sahabat tidak hanya pulang dengan tangan yang kosong, tetapi membawa bekal yang berguna. Bagaimana keadaan Ramadhan yang kita lalui sekarang ini?? Adakah semakin bertambah amalan kita atau semakin berkurang ibadah yang kita lakukan seperti halnya berkurangnya jemaah yang menunaikan solat berjemaah di masjid apabila Ramadhan semakin menuju ke penghujung. Utamakanlah ibadah yang wajib sebelum kita menumpukan kepada yang sunat. Imam tempat ana ada berkata semasa kuliahnya bahawa amalan sunat di bulan ini adalah sama ganjarannya dengan amalan wajib, bahkan mengerjakan yang wajib akan melipat kali gandakan lagi ganjarannya. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar.

Pada entry ini ana ingin berkongsi berkenaan dengan topik doa yang telah ana kongsikan dahulu. Walaupun telah lama selang masa penyambungan Siri Doaku Senjataku, diharapkan sesiapa yang terlepas bolehla merujuk pada link yang ana letakkan di bawah. Untuk kali ini ana akan menyambung berkaitan Waktu Mustajab Berdoa.



>>
Berdoa ketika khatam 30 juzuk al-Quran. Allah SWT berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 dan 30 bermaksud; "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)."

>>
Sepanjang Hari Jumaat dengan harapan akan bersua dengan waktu mustajab doa. Sabda Nabi SAW; "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah, maka akan diberikanNya." (HR Bukhari dan Muslim)

>>
Sepanjang perjalanan semasa bermusafir. Sabda Nabi SAW; "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, tidak syak padanya iaitu: Doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya." (HR Abu Dawud, dianggap sahih oleh al-Albani dalam Silsilah Hadis al-Sahihah)

>>
Ketika berjihad dan sewaktu menunaikan ibadah haji atau umrah. Hal ini berdasarkan sebuah hadis; Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, mereka berdoa kepada Allah lalu diterimaNya." (HR Ibn Majah, dianggap sahih oleh al-Albani dalam Silsilah Hadis al-Sahihah)

>>
Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah. Sabda Nabi SAW; "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepadaKu dengan ibadah yang sunat sehingga Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya mendengar dan penglihatannya yang dengannya melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan, dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi..." (HR Bukhari). Inilah jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimanannya memuncak, dan ianya boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah. (Fiqhud Du'a, Bab Siapa yang Mustajab Doanya)

>>
Waktu menerima ujian. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Naml ayat 62; "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)."

Menurut pandangan ulama, dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan. (Tafsir al-Qurtubi, tafsir ayat 62 surah al-Naml)

>>
Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh. Dalilnya ialah Nabi SAW bersabda; "Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT atau jarang sekali ditolak, doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan." (HR Abu Dawud, hadis hasan)

>>
Ketika ayam berkokok. Nabi SAW bersabda; "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya kerana ayam itu melihat malaikat." (HR al-Bukhari, Muslim)

Sekian sahaja dari ana, insyaAllah
tiada sambungannya pada entry yang akan datang. Semoga kita semua dapat beramal dengannya dan beroleh manfaat dari coretan di sini.

Wassalam.



Sumber: 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa
4) Siri 2.3: Adab Berdoa
5) Siri 3: Adab Berdoa

Untuk mendapatkan buku ini, layari www.stormreaders.net/MdTaib

Monday, August 16, 2010

Lirik Bidadari


Assalamua'laikum,

Semoga kita sentiasa dilimpahi hidayah dan nikmat dari Allah SWT. Sebenarnya dah lama ana nak buat entry pasal ni, kerana ana sangat suka mendengar lagu tersebut. Ini memberikan semangat kepada kita dalam mencari pasangan hidup yang solehah untuk kita nobatkan sebagai bidadari hidup kita. Semestinya sang suami mestilah mempunyai ilmu untuk mendidik isterinya kelak, kerana tanpa bimbingan si suami, si isteri tidak mungkin mampu menjalankan tanggungjawab yang di anugerahkan kepadanya dengan sempurna. Syukran kepada Cik Fakir
kerana memperkenalkan lagu ini kepada ana. Mari kita sama2 menghayati lirik dan juga video klipnya sekali.

Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Chorus *

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga

InsyaAllah,semoga sama2 menghayatinya. Kepada sesiapa yang nak dengar lagu atau tengok video nasyid nih, insyaAllah boleh tengok dan dengar di mixpod ana pada lagu nombor 2 selepas lagu Nurkasih. Tak dapat upload video kat sini kerana masalah teknikal. Jazakallah khair.

Wassalam.




Sumber Ilham:
Cik Fakir
Kak Amyna
Takaful Smart Medic

Sekadar Suatu Perkongsian... (Doa Iftitah)



Assalamualaikum,

Semoga kita masih lagidiberi kekuatan dan hidayah untuk menjalankan ibadah puasa seperti yang diperintahkan Allah terhadap muslimin dan muslimat yang berkemampuan. Seperti juga apa yang dikatakan oleh ana dahulu, janganlah ibadah puasa ini disia-siakan sehingga kita hanya mendapat sekadar lapar dan dahaga semata-mata, berpuasa janganlah sekadar menahan mulut dan perut sahaja, ianya mestilah disertakan dengan puasa dari segi penglihatan, pendengaran dan hati. InsyaAllah ianya akan berhasil menahan nafsu keinginan kita.

Sebenarnya, apa yang ingin ana kongsikan di sini ialah berkaitan dengan doa iftitah, yang sunat kita baca sewaktu menunaikan solat. Ingin ana nyatakan niat ana di sini bukanlah untuk berdebat atau menyokong mana-mana pihak, kerana ayat-ayat Allah bukanlah untuk kita perdebatkan, tetapi ianya untuk kita ambil sikap, dengan memahami, ambil pelajaran, mengamalkan dan menyampaikannya kepada orang lain. Niat ana di sini hanyalah untuk para sahabat mengambil sikap dengan mengutarakan perkara ini di kalangan orang yang lebih arif, iaitu dengan bersemuka dengan orang alim dalam perkara ini. Ana pon dulu setelah mendapat maklumat berkenaan perkara ini, ana mengambil pendekatan dengan mengajukan pertanyaan kepada mereka yang lebih arif dan boleh dipercayai.



Sebenarnya ana mahu sahabat melihat page yang membincangkan berkaitan dengan bacaan dalam iftitah. Tidak mahu ana terus meng'copy' dan paste sahaja page tersebut, kerana beberapa sebab yang tiada perlu ana nyatakan. Inilah page yang membincangkan doa iftitah tersebut, www.e-bacaan.com. Ianya straight to the point membincangkan tentang doa ini, dengan penulis memberikan bukti-bukti di al-Quran dan berdasarkan pengalaman beliau. Pada pendapat ana, ianya bagus untuk kita cuba mendalami tentang apa yang selama ini kita amalkan dan ikut sejak dari kita kecil.

Pesan ana di sini, selamilah ia dengan fikiran terbuka dan janganlah menyempitkan fikiran kita. Andai kita menyokong ataupun membantah, pastikan kita sudah terlebih dahulu bertanyakan kepada mereka yang lebih alim dalam perkara ini.

Sekian,
Wassalam.

Sumber:
http://www.e-bacaan.com/emaild76.htm

Saturday, August 14, 2010

Pertanian Suatu Perniagaan: Apabila Tebu Mula Bercerita...



Assalamua'laikum,

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua saudara Islam yang tekun mengerjakan dan memenuhi tuntutan salah satu daripada rukun Islam. Moga2 kita ini tidaklah menjadi orang yang berpuasa, tetapi tidak beroleh apa2 kecuali lapar dan dahaga semata-mata. Jadikanlah ibadah puasa ini sebagai platform untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah Taala, kerana tidak semudah apa yang difikirkan sebelum kita dinobatkan sebagai orang yang beriman, seperti dalam firmanNya:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(AL-'ANKABUT,2)

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang- orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."(AL-'ANKABUT,3)

Baiklah, sekarang mari kita berbicara tentang tanaman tebu pulak. Sebenarnya dah lama ana nak buat entry pasal ni, memandangkan adik bongsu ana, Saidin begitu bersemangat nak praktik pasal tebu ni. Dan kesungguhannya untuk membangunkan tanah yang terbiar di kampung ana di sana, dan salah satu optionnya ialah dengan menanam tanaman tebu. Apabila berbicara tentang tebu, pasti ramai yang terliur kan, lagi2 apabila bulan puasa, jualan air tebu memang laris dan biasa menjadi minuman penghilang dahaga sewaktu berbuka. Sememangnya musim Ramadhan adalah musim yang paling laris untuk tebu di pasarkan. Malah ana ada dapat berita yang bekalan tebu di Kelantan telah habis ditempah sebulan sebelum Ramadhan, malah tebu tanaman pak cik ana juga sudah ditempah 2 bulan sebelumnya.




Hendak ana ceritakan dengan lebih terperinci tentang tebu ini pun, bukannya ana berilmu sangat pon. Tapi bolehlah dikongsi beberapa ilmu dari orang-orang lain berkenaan tebu ni. Setahu ana, tebu yang popular sekarang ini ialah tebu telur, tak dapat nak dipastikan nama saintifiknya. Nak berbicara tentang populariti tebu ni, sehinggakan adik ana meronda hampir sekitar Kelantan, tapi tiada pengusaha tebu telur yang mahu menjual benihnya, mungkin kerana tajut persaingan akan menjadi lebih sengit. Yang terbaru, ana dapat berita dari rakan sekolah ana dulu yang dia juga nak membuat tanaman tebu dan merancang nak ambil benih dari Johor, herm....ini suatu peluang yang baik.

Baiklah, sekitar ana melayari internet, bermacam cerita berkenaan tebu yang ana baca. Salah satu info tentang tebu yang berguna ialah tebu-daengnusantara. Dia ni banyak yang ditulis tentang tebu, sebab blognya khas untuk tebu dan dia juga tak silap memiliki projek tebu sendiri. Sekadar perkongsian tentang salah satu entrynya berkaitan menanam tebu telur:



Teknik Tanaman Tebu Telur..



Ada beberapa cara menanam yang boleh dipraktikan dlm menanam tebu telur nie..Aku cadangkan beberapa teknik tanam...
a) tanaman secara kekal
b) tanam secara bermusim
c) tanaman bergilir

Tanaman Secara Kekal
- Biasanya tebu ditanam dalam baris menggunakan pucuk atau batang..klu batang pastikan mata tebu tidak rosak. Jarak yang dicadangkan 100-110cm antara pokok dan antara baris 4-6 kaki.
Kedalaman lubang lebihkrg 1 kaki.PENTING..letakkan benih dalam lubang JANGAN ditimbus. Biarkan benih dalam lubang..Pastikan benih DISIRAM jika hujan x turun.Dalam tempoh seminggu anak benih akan bertunas...Apabila benih tebu mencapai ketinggian yg sesuai barulah tanah ditimbus dan digemburkan...



Tanaman Secara Bermusim
- Cara tanaman jenis nie dijalankan di China..Tebu ditanam rapat-rapat dalam baris..
Jarak antara baris 4 kaki..Kayu penyokong dibuat pada bahagian depan dan belakang baris pokok tebu kemudian tali diikat antara 2 tiang td..pokok tebu akan tumbuh lurus..rujuk gambar diatas..tebu yg mencapai tempoh matang akan ditebang keseluruhannya..

Tanaman Bergilir
- Cara tanaman sama seperti tanaman bermusim..anak pokok tebu yang baru tumbuh dipotong dan dipindahkan ke tapak yg baru..cara ini akan diulang bagi mengekalkan bekalan tebu sentiasa mencukupi.




Orang berkata, memang mudah untuk berkata-kata, dan akan lebih mudah dipercayai dengan pembuktian. Jadi mari kita mengikuti kisah petani wanita ini yang bernama Wan Hamidahton Wan Ishak, baru berumur 24 tahun, dan berkelulusan diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Beliau ini menjadikan motivasi dari ayahnya yang melonjakkannya sebagai petani tebu yang berjaya di Baling, Kedah dan pasaran tebunya hingga sampai ke Pulau Pinang. Suatu percapaian yang menakjubkan dari seorang gadis ini yang rajin malah pakar mengenderai jentera pembajak sehingga beliau digelar gadis tebu.



Baiklah,rasanya sampai sini sahaja berkaitan tebu ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua yang berminat dan juga yang belum terbuka hatinya.

Sekian,
Wassalam.

Sumber:
Utusan.com
tebu-daengnusantara

Monday, August 9, 2010

Bilal Kecil: Al-Quran dan Sunnah RasulNya, harta pusaka Rasulullah SAW



Assalamua'laikum,

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk ana menulis walaupun telah lama tidak mengupdate blog ini. Kenapa?? Biarlah ianya rahsia, kerana sekarang ana sudah kembali untuk menulis. Jadi berbalik kepada tajuk entry ini, Al-Quran dan Sunnah Rasulnya. Terlebih dahulu kita tengok pandangan masyarakat umum tentang keduanya. Pendapat umum menyifatkan Al-Quran ialah Kata2 Alah dan wahyu yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW. Manakala rata2 umum menafsirkan sunnah ialah peribadi, fizikal, dan perlakuan Rasulullah SAW. Seterusnya mari kita merenung hadis wasiat Rasulullah SAW;

"Kutinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya".

Apakah yang dapat kita andaikan dari pusaka yang ditinggalkan Rasulullah SAW?? Boleh dilihat di sini tentang kepentingan untuk berpegang dengan seteguhnya kepada Kitabullah, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulnya, yang mana kita sebagai manusia dan umat Islam khususnya tidak akan tersesat dengan berpandukan pusaka tersebut. Lawannya di sini ialah seandainya kita menolak atau mengambil salah satu sahaja, maka terdapat jaminan Rasulullah SAW yang kita akan tersesat di atas muka bumi ini. Apakah yang dimaksudkan tersesat di sini?? Ianya bukanlah membawa makna kita akan tersesat dengan menjadi masyarakat yang mundur, tidak berpelajaran dan daif. Cuba kita ambil contoh keadaan kota Mekah sebelum Rasulullah SAW diutus menjadi rasul, di mana ianya menjadi kota yang maju dari segi ekonomi (perdaganagn), pendidikan, pentadbiran (dipimpin Abu Jahal) dan menjadi tumpuan penduduk dari serata Tanah Arab. Tapi kenapakah mereka di labelkan dengan masyarakat jahiliah?? Kerana walaupun mereka maju dari segi duniawi, mereka amat jahil dari segi akhlak, di mana zina, pembunuhan kanak2 perempuan dan penindasan berleluasa.



Jika dilihat pandangan terhadap masyarakat Islam oleh bukan Islam, kita ini dilabel dengan gelaran pengganas, senang ditindas (Palestin) dan penakut (Oh I See). Ini di sokong oleh hadis Rasulullah SAW tentang akhir zaman;

"Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda;"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?". Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Di sini Rasulullah telah memberi keadaan umat Islam pada masa hadapan. Cubalah kita bandingkan dengan keadaan umat Islam masa kini, dengan contoh terdekat ialah di Palestin dan Afghanistan. Bagaimana pula keadaan masyarakat Islam di Malaysia yang masih 'aman' ini? Benarkah kita aman sedangkan keruntuhan akhlak amat berleluasa dengan kes pembuangan bayi, pergaulan bebas dan rasuah berleluasa di kalangan masyarakat kita. Inilah yang dimaksudkan dengan sesat tersebut, di mana kita sesat dari segi akhlak dan kemanusian apabila kita mengingkari (mendustakan) ayat-ayat Allah dan berpaling dari hukum-hukum Allah. Sememangnya akal manusia yang tidak berpandukan ayat2 Allah boleh mencari penyelesaian kepada masalah tersebut, tetapi ianya hanyalah bersifat sementara dan mengundang keburukan yang amat pada kemudian hari. Contohnya ialah membuka pusat penjagaan untuk bayi2 yang di buang ibunya. Mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah kematian bayi2 yang dibuang, tetapi ia seolah-olah menhalalkan hubungan tanpa nikah kerana mereka ada medium seandainya termengandung. Mari kita renungi surah an-Nisaa' ayat 59;




"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya), dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" (QS. An-Nisa: 59)

Renungan dari ayat ini ialah Allah telah memberikan jawapan kepada permasalahan yang menimpa manusia iaitu dengan berpegang kepada Al-Quran (hukum-hukum Allah) dan Sunnah RasulNya. Dengan nyata Allah berfirman bahawa jalan penyelesaian yang dipandukan dari Al-Quran dan Sunnah RasulNya adalah yang terbaik berbanding dengan taraf pemikiran penyelesaian yang dipandukan pemikiran hamba dan nafsu yang menyesatkan. Janganlah pula kita menapis2 apa yang telah ditetapkan Allah dengan mengambil yang menyenangkan dengan alasan seperti tidak sesuai dengan zaman dan menyusahkan kehidupan, kerana ini bermakna kita masih bertuankan nafsu dan tidak tergolong dalam kalangan orang yang berpegang kepada ketetapan dan fitrah Allah.

Yang dimaksudkan dengan berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulnya ialah dengan memahami, mempelajari dan mengamalkan kedua-duanya. Selalunya perkara 'mengamalkan' sering ditinggalkan kerana alasan berat untuk dilakukan dan tidak sesuai. Janji Allah bahawa Al-Quran ini terpelihara hingga ke akhir zaman, memberi makna apa-apa yang terkandung di dalamnya adalah wajib dipatuhi sepanjang zaman sehinggalah hari kiamat. Tiada alasan untuk mengabaikan sebahagiannya dan mengambil sebahagian yang lain pula kerana isi Al-Quran dan Sunnah Rasul adalah sesuai untuk sepanjang zaman. Janganlah kita mengikut orang kebanyakan dengan membuta tuli kerana ianya telah diingatkan Allah dalam surah al-An'aam ayat 116;

"Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." (QS. Al-An'aam: 116)




Jadi apakah jalan yang sanggup kita turuti?? Sesungguhnya kita ini tiada pilihan untuk dipilih kerana Allah menciptakan manusia di muka bumi ini adalah untuk beribadah kepadaNya, membawa makna kewajipan kita untuk mematuhi ajaran Al-Quran dan berpandukan kepada Sunnah RasulNya. Al-Quran ini ialah himpunan wahyu dari Allah kepada Rasulullah SAW yang mengandungi petunjuk, penjelasan dan pembeda antara haq dan batil (Surah al-Baqarah ayat 185), dan Sunnah Rasulullah SAw ialah perbuatan, peribadi dan diamnya Rasulullah berdasarkan bimbingan wahyu Allah.

Sekian,
Wassalam.

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (QS. Al-A'raaf: 179)