Followers

Wednesday, December 31, 2008

~ Air Mata Terindah ~

Hari jumaat lepas saya pergi ke Pusat Asasi UIA PJ, saja jalan-jalan jumpa adik-adik. Lama dah tak turun PJ jenguk diorang. Yelah, batch saya semua dah takde, dah masuk maincamp. Saya pergi dengan k.imah, laila, & aimi waktu tu. Dekat pukul 8 malam baru sampai, kelam-kabut nak kejar waktu maghrib. Terima kasih ye aliza, sebab belanja akak2 makan malam. Terima kasih juga untuk sufi sebab tumpangkan bilik untuk kami bermalam. Sayang adik-adik..(^^,)


Pagi esoknya saya dengan laila singgah di Masjid Jamek sebelum balik ke UIA Gombak. Bila dah masuk ke Pustaka Mukmin memang banyak sangat buku kat situ, tak tau nak beli yang mana satu. Ada la dalam sejam duk dalam tu. Last-last saya beli tiga buah buku, salah satunya "Hikmah Terapi Air Mata-Menangis Kerana Allah." Kat sini saya nak kongsi sikit antara yang ditulis dalam buku tersebut...
  • Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu rukuk.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu berdoa dengan khusyu'.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama terpisah.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu memperolehi redha kedu-dua orang tua kamu.

  • Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.


Mampukah kita mengalirkan 'air mata terindah' itu? Ketika manakah air mata kita mengalir? Menangis kerana dunia atau akhirat...sama-sama muhasabah kembali. Kalaulah kita tidak mampu untuk menangis disebabkan kerasnya hati, menangislah kerana kerasnya hati kita. Astaghfirullah3x...


"Jika kau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka kau mesti garang terhadap dirimu sendiri. Tidak mengikut hawa nafsumu. Kalau kau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah kau bagaimana pahitnya berpisah dengan-NYA..."

Monday, December 29, 2008

:: Salam ma'al hijrah ::

Selamat tahun baru 1430H buat semua umat islam. Mulakan tahun baru dengan azam baru dan semangat baru-ruhul jadid.

Buat sahabat-sahabat yang disayangi...
Moga hijrah kita hijrah hati, hijrah untuk Ilahi. Moga tidak diulangi segala kejahilan diri. Berazam untuk perbaiki diri, thabat melakukan kebaikan hakiki. Moga muslimah mukminah menjadi title diri, insyaallah...
Salam ma'al hijrah.

"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek, bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika disapa SAKARATULMAUT...Akan tetapi bagi yang hidup untuk PERJUANGAN, usianya panjang...sepanjang PERJUANGAN itu. Bermula dari hari ALLAH mencipta Adam, berakhir tatkala Dia musnahkan alam!"
(As-Syahid Syed Qutb)

Saturday, December 27, 2008

.: Rabithah_by Izzatul Islam :.

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMU
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan Syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMU
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan Ma'rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

"Tenanglah duhai hati..."

Thursday, December 25, 2008

Apa bayi buat dalam perut? (keretamayat)

Entry ini saya ambil dari blog keretamayat-januari 2006. Mungkin ada yang dah pernah baca, saya rasa entry ini menarik untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan ada manfaatnya,selamat membaca...(",) Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni...Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya….

BERCAKAP DENGAN BAYI:

Ibu: Apa khabar kau?

Bayi: Khabar baik aku.

Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?

Bayi:Aku duk pusing2 sambil makan2.

Ibu: Ada apa kat dalam?

Bayi: Tak nampak apa2, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan2. Aku selesa di
sini.

Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?

Bayi:Makanan yang dihantar melalui tali pusat.

Ibu: Oh..Itu darah haid…agaknya.

Bayi: Apa itu darah haid.?

Ibu:.. kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..

Bayi: Cakap je lah..

Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah
takde, Allah tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya.

Bayi: Tak faham aku..

Ibu: Kang ibu dah cakap….

Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda2 tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.

Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa2nya kau tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat2 perlukan tangan dan kaki kau tu..

Bayi: Ah taknaklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.

Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doctor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya…kau tak boleh naik basikal

Bayi: Basikal tu apa?

Ibu:Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menagis terkejut…

Bayi: Baiklah mak…tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.

Ibu: Malaikat?, Siapa nama malaikt tu…?

Bayi:Tuhan kata panggilah dia: BONDA.
Tammat…


Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau’…
BERCAKAP DENGAN ENGKAU:


Aku: Apa khabar kau?

Engkau: Khabar baik aku.

Aku: Apa kau buat kat dunia ni?

Engkau:Aku duk pusing2 sambil cari makan..

Aku: Apa yang kau makan?

Engkau:yang halal. Macam2 ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong…

Aku: Oh..Itu makanan dari tanah.Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..

Engkau:: Apa itu khazanah Allah..

Aku:.. kalau aku cakap pun kau bukanya paham..

Engkau:: Cakap je lah..

Aku: Khazanah Allah ,makan dlm shurga kau niat je terus muncul, macam magik ler...

Engkau:: Tak faham aku..

Aku: Kang aku dah cakap….

Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendaqwah ganggu aku, mintak aku bagi masa dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya…

Aku: Patutlah kau lari2, rupa2nya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi…bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?

Engkau:: ye ke ni,,,Ah taknaklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan pernigaan aku. Boleh makan banyak sikit.

Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titi sirat…tak dapat shafaat nabi.

Engkau:: Shafaat tu ape?

Aku: Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia...bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau...kau akan menangis terkejut…

Engkau: ah..mulalah nak daqwah aku tu.... aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku….
Sign out….


Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…

Ps: Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….mayat kita juga akan di jumpai seseorang…

Wednesday, December 24, 2008

Sekadar ingin berkongsi…

“Kabura maqtan ‘indallahi antaquulu ma la taf’aluun” (As-Saff: 3)

“Amat besar kebencian di sisi Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan”

Nasihatlah diri sendiri sebelum menasihati orang lain. Kadang-kadang kita sibuk duk nasihat orang tapi 'terlupa' untuk menasihati diri sendiri. Adakalanya saya rasa lebih baik berdiam diri daripada bercakap dan menasihati orang, sebab diri sendiri pun masih banyak yang kurang. Tapi kalau nak tunggu diri ni sempurna, sampai bila baru boleh nak tegur orang kan? Nobody is perfect. Yang penting bertanggungjawab dengan apa yang kita lafazkan. Semuanya dicatit oleh malaikat dan ada nilainya di sisi Allah.

Pertama kali terlibat dengan usrah sewaktu di maahad. Bumi tarbiyyah itulah yang mencorakkan saya. Di situ saya mula kenal erti usrah, mula kenal tudung labuh, mula belajar tutup aurat dengan sempurna, mula kenal dengan ma’thurat, qiamullail, membina ukhuwwah dengan sahabat-sahabat, mengenal fikrah masing-masing, makan ramai-ramai dalam talam... Sangat seronok kerana semua pelajar perempuan, tidak timbul masalah ikhtilat.

Masuk tingkatan 3, saya dilantik menjadi naqibah, diserap ke dalam badan dakwah dan seterusnya menjadi salah seorang pimpinan di sana. Saya rasa sangat tidak layak dan betul-betul rendah diri. Tapi kakak-kakak dan sahabat-sahabat ketika itu banyak bagi sokongan. Rasanya terlalu sedikit sumbangan saya untuk bumi maahad, berbanding dengan apa yang saya peroleh.

Bila conduct usrah, saya selalu pesan kat adik-adik, “Apa yang k.jie sampaikan pada adik-adik ni, pertama sekali k.jie cakap untuk diri sendiri…” Sebab adakalanya apa yang saya sampaikan bukanlah yang saya mampu buat semua. Tapi saya gunakan peluang itu untuk beri peringatan pada diri sendiri, bukannya untuk menunjukkan kita ni baik, thiqah, dan tahu semua benda depan adik-adik. Benda yang tak tahu, jangan pula buat-buat tahu, kena jujur dengan ilmu. Ustazah pun pesan, apa yang kita sampaikan dari hati, insyaallah orang akan terima dengan hati. Kata-kata yang tulus akan tembus ke hati orang yang mendengar, tak perlu bercakap dengan bahasa yang hebat.

Kadang-kadang ada jugak terdetik dalam hati, rasa macam hipokrit . Orang tengok kita ni baik, bagus… tapi di sisi Allah? Tak tahulah macam mana. Takutnya bila mengenang dosa-dosa sepanjang hidup ni. Ada seorang sahabat pernah cakap dengan saya, “Saya ni banyak dosa, kalau awak tau macam mana banyaknya dosa saya, mungkin awak tak sudi pun nak berkawan dengan saya…” saya terdiam, terpegun. Kata-katanya menusuk kalbu. Memang saya mengenali peribadinya, sangat baik dan ramai orang thiqah dengannya.

Jangan pandang siapa yang berkata, tapi pandanglah (dengar) apa yang dikata. Tak ada salahnya kita dengar pendapat orang, kalau itu boleh memberi manfaat pada diri kita. Biasanya orang mudah terima nasihat sekiranya kata-kata itu seiring dengan perbuatan yang dilakukan, betul tak? Tanya diri, cerminlah peribadi…


"Orang yang berjiwa halus itu apa yang dilihat mengusik perasaaannya, orang yang berjiwa kasar benda yang dilihat seperti tidak dilihatnya...
Pandangan hati yang bersih itu lebih tajam dari pandangan mata lahir..."

Sunday, December 21, 2008

Program adik-adik maahad...

Lepas balik reunion tu ada program lain pulak, tapi tak bagitau mak lagi masa tu. Bila dah sampai rumah, kelam-kabut jugak bersiap, beg pakaian pun tak kemas lagi. Saya bersiap seadanya. Macam la tak biasa pergi program sebelum ni, dah selalu sangat masa kat sekolah dulu. Dah siap pakai jubah baru bagitau mak.

“Ma, orang ada program ni,” saya pandang wajah mak.
“Program?” tanya mak saya sepatah.
“Adik-adik minta tolong jadi fasi, tak cukup orang, orang nak pergi la ni,” saya menjelaskan.
“Pastu balik bila? Esok?”
“Tak, lusa.” saya senyum. Bertuah betul, nak pergi dah baru bagitau. Jangan la buat macam saya ye…huhu… Tapi saya tau mak bagi je, sebab mak tak pernah halang atau marah pun. Masa kat sekolah dulu pun macam tu. Yang penting redha ibu. Kalau tak larang kira mak dah bagi izin la tu.

Memang saya rindu nak sertai program dengan adik-adik sebab dah lama tak join program sekolah. Program ni under alumni maahad muhammadi, gabungan 3maahad; MML, MMP, dan MMPP. Alhamdulillah selain adik-adik, saya dapat jumpa senior-senior lain jugak. Macam biasa k.samhani memang ada setiap kali program, kan k.sam?

Saya dengan k.hawaney naik bas dengan adik-adik masa nak ke tempat program. Jauh jugak, sejam perjalanan, saya berdiri je, tak cukup tempat duduk. Takpelah, tak kisah pun. Masa form 4 dulu pernah datang kat tempat tu, program mukhayyam tarbawi. Form 5 pulak ada konvensyen kepimpinan pelajar muslimat, tiga tahun lalu. Tempat tu memang untuk buat program pun, dari segi fasiliti saya tengok dah semakin baik berbanding dulu.

Yang seronoknya bila dapat jumpa sahabat-sahabat satu batch daripada MMP. Kami dulu pun program macam adik-adik jugak. Kali ni jadi ajk dan fasi pulak. K.tasnim pun ada rupanya, terkejut saya. Ingatkan dah balik uia kuantan, rupanya tengah cuti lagi masa tu. Lama tak jumpa kakak kesayangan saya ni…(^^,)

Buat junior-juniorku, k.jie harap adik-adik dapat manfaatkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang program tu, doakan kita semua dapat terus istiqamah ye…(.”)(“,)

khusyuk mendengar ceramah

"Bila da’i tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah di tangannya. Saudaraku, kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian seorang da’i berkata-kata tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya. Maka waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu..."

Tuesday, December 16, 2008

Ziarah mu’allim wa mu’allimah

Hari-hari yang terakhir kelas dah tak banyak, ada kitab yang dah habis belajar. Kami gunakan peluang ni menziarahi ustaz-ustazah di sini. Nasib baik dah tak hujan dah masa tu, tapi jalan masih berlumpur dan air naik sampai paras betis, terpaksalah redah, cabaran jugak tu. Takpe, pengalaman…bila dikenang-kenang balik, seronok sebenarnya. (^^,)

Ustazah cakap bila lagi nak rasa pengalaman macam ni, lagi-lagi yang tinggal di bandar. Saya memang dah biasa, masa zaman kanak-kanak dulu selalu je ikut nenek ke bendang, dah biasa bermain dengan lumpur, air sungai, tangkap ikan, kena pacat semua tu. Macam budak lelaki pulak kan? Hehe… Tapi itu dulu, dah besar-besar ni tak buat kerja tu lagi dah. Huhu…

Ustazah khadijah, guru tajwid kami, jamu ubi kayu dengan air kopi. Pergi ke rumah ustaz din makan laksa pulak. Asyik makan je, padahal nak ziarah je sebenarnya. Apa yang dihidang semua habis, hehe… Kami kan ramai, memangla habis. Hari last ustazah kamariah, guru nahu, sediakan bihun goreng pulak. Susah-susah je ustazah ni, memang baik sungguh.


Paling tak tahan masa nak salam dengan ustazah kamariah, dia menangis, kami semua pun turut menangis. Sayu betul. Walaupun duduk tak lama, cuma dua minggu je, tapi ustazah dah anggap kami macam anak-anaknya. Sayang betul ustazah kat kami.

Ustaz rahim yang paling selamba, sangat syadid dan cermat bab hukum. Selalu jugak ustaz tu kenakan kami, tegur dan smash kami, sabar jelah… Tapi apa yang ustaz cakap semua tu betul. Masa sampai kat rumah ustaz, zaujah dan dua orang anak dia yang comel sambut kami, ustaz belum balik dari masjid lagi.

Dengan ustaz ni la yang paling banyak soal jawab, tanya itu ini. Time fatrah ziarah tu pun ustaz ‘terpaksa’ sambung mengajar. Dah ramai sangat yang tak putus-putus tanya soalan, ustaz pun layan je, sampai dia keluarkan kitab balik,kami tadah telinga je, mana bawak kitab.
“Eh, kelas kamu dengan saya dah habis, nak belajar apa lagi?” kami gelak je bila ustaz cakap macam tu. Kemudian ustaz sambung,
“Terus-terang saya cakap, masa dua minggu kamu berada kat sini memang tak cukup. Saya yang dah bertahun-tahun duk sini pun tak habis lagi menadah kitab.”
Memangla, ustaz…dah cuti kami pun tak lama. Insyaallah kalau panjang umur, ada rezeki nanti kami datang lagi.

Terima teguran…

Banyak adab yang kami tak tahu, yang kami rasa kurang, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan guru-guru pondok. Pernah ustaz rahim tegur secara bersahaja, “kalau tok guru mengajar sejam dua jam, selama tu la dia duduk bersila tak bergerak, tak macam awak semua, kejap-kejap pusing…” dengan selambanya ustaz smash kami.

Aduh, terkena! Saya dengan sahabat-sahabat lain tersenyum sendiri, tertunduk malu. Nasib baik tutup muka. Memang betul pun apa yang ustaz cakap tu. Kami memang tak tahan duduk statik, tak bergerak. Jangan kata sejam, setengah jam pun dah ubah kedudukan. Lenguh la, ustaz… Saya tengok budak-budak pondok rilex je… takpelah, diorang dah biasa.
Bila belajar dengan ustaz-ustazah di sini, apa yang diajar memang masuk terus ke hati. Nasihat mereka banyak menyedarkan kami. Kalau masuk bab muhasabah dengan ustaz fuad tu lagilah, menusuk kalbu terus, insaf… Rasa hina dan kerdilnya diri ni.

Tapi apa-apa pun kita kena terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi kedudukan kita sebagai pelajar. Dalam proses belajar ni banyak yang kita tak tahu, buat silap bukannya benda pelik. Yang penting kena sentiasa mahu belajar dari kesalahan, dan bangkit dari kegagalan.

Sabar jelah…

Bila dah selalu sangat bermandi hujan, ramai yang tak sihat. Batuk, demam, selesema, pening, semua dah jadi lumrah. Adah paling kesian, dari mula-mula sampai hinggalah nak balik demam tak hilang. Siap batuk dan selesema lagi, cukup pakej…kan adah kan?

Saya sendiri pun sakit kepala bila hari-hari main hujan, tudung basah. Dah telan acti-fast tu alhamdulillah ok sikit, thanx kak faiz. Tapi balm dengan minyak cap kapak pulak yang jadi teman setia kitorang. Sabar jelah…

Lepas seorang, seorang…memang tak putus-putus yang sakit di kalangan kami. Takpelah, kafarah dosa tu. Saya pun batuk dan selesema tak berhenti berhari-hari, nasib tak demam je. Izyan sampai hilang suara, bukan setakat serak-serak basah, dah serak kering dah…Kesian adik k.jie ni…

Banyak perkara jugak yang menuntut kesabaran sepanjang kami berada di sana. Nak cerita semua panjang sangat, takpelah just berkongsi apa yang boleh dikongsi. Apa-apa pun, pengalaman mendewasakan kita…=)

Tadhiyyah dan tarbiyyah

Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di pondok. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Mula-mula memang kelam-kabut sikit,masa baru sampai tu pun dah hujan. Nasib baik kelas tak jauh dari rumah yang kami diami. Banyak kitab yang kami belajar, tapi kelas 3 tempat je, madrasah tengah, madrasah tinggi, dan madrasah kubur.

Boleh dikatakan hampir setiap hari hujan. Pergi tadah kitab pun redah hujan, lama-lama macam dah tak ada perasaan jalan dalam hujan, dah terbiasa, basah pun basahlah, tak kisah. Ada sekali hujan memang sangat lebat, waktu tu baru lepas solat isya’, kelas kat madrasah kubur, jauh sikit kena jalan pergi sana, nak tak nak kami berlari jugak dalam hujan, dalam gelap. Memang basah kuyup tudung dan jubah, boleh diperah pun.

inilah kitab-kitab yang kami belajar...


Masing-masing kesejukan, tapi buat tak tahu je. Kami teruskan pengajian macam biasa, walaupun agak kurang selesa. Pengalaman. Masa nak balik hujan masih belum berhenti, tapi dah reda sikit. Air makin banyak, dalam gelap jalan dalam air yang berlumpur, menuntut kesabaran. Bila berada dalam keadaan macam ni kita jadi lebih bersyukur dan hargai ilmu yang dipelajari. Bukan senang nak menuntut ilmu ni sebenarnya.

Dah sampai rumah pakaian memang basah habis, tapi aktiviti kami tak habis lagi. Sebelum tidur wajib buat halaqah, discuss balik apa yang dah belajar sepanjang hari tu. Muzakarah sesama sendiri, nak kata usrah pun ye jugak, macam-macam yang kami bincang.

Kehidupan di sana memang sangat berbeza dengan kehidupan di kampus. Sememangnya kami amat bersyukur dapat mengutip ilmu di sini. Dalam masa yang sama dapat merapatkan ukhuwwah sesama sendiri dan pelajar-pelajar di sana. Hubungan saya dengan sahabat-sahabat ni pun dah memang macam adik-beradik, apa-apa yang kurang kami kongsi bersama.
Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah...(^^,)

Cuti yang bermakna

Selama 2 minggu menghabiskan masa di pondok memang satu pengalaman yang bermakna, banyak ilmu baru yang kami dapat. Rasa macam nak stay kat situ pun ada, tadah kitab. Memang saya rindukan bi’ah solehah di sana. Muslimat semua wajib berpurdah dan bertudung labuh, muslimin berserban dan berkain pelikat. Uniform pelajar-pelajar muslimat semua hitam dan biru gelap, kami je yang colourful.

Paling seronok sebab pergi ke sana dengan sahabat2 sebatch. Walaupun berlainan course, kali ni kami dapat belajar sama2, menadah kitab yang sama, belajar dalam kelas yang sama, menuntut ilmu yang sama. Masa memang sangat terisi. Kadang-kadang tersengguk-sengguk jugak, normal la tu mengantuk masa belajar kan? Nak buat macam mana…huhu…
Selain belajar kitab, kami buat taklifat sesama sendiri untuk isi masa yang terluang. Bila dapat buat sesuatu secara berjemaah ni kita akan rasa lebih kuat dan bersemangat untuk amalkannya. Peluang inilah yang kami gunakan untuk solat jemaah setiap waktu, baca qur’an, sama-sama qiamullail, bersahur dengan apa yang ada, baca ma’thurat beramai-ramai, dan halaqah al-mulk sebelum tidur. Bila dah terbiasa insyaallah kita akan mampu untuk terus istiqamah.

Mampukah aku untuk terus istiqamah? Semoga Allah memberiku kekuatan, insyaallah…

Dah sebulan tak update…

Rindunya nak update blog, kawan pun dah ramai tanya. Yela2, nak update la ni. =)
Sebulan tak online, sebulan jugaklah tak check e-mail dan tak update blog. Lamanya tak menulis, rasa macam banyak benda nak masukkan dalam ni, banyak benda nak cerita. Biarlah tak pandai menulis pun, saya taip je, hehe…;p

Ada yang tanya bila nak update, bukan tak nak, cuma tak berkesempatan. Kat rumah tak ada internet, lagipun malas nak gi cc, malas nak buang duit kat situ sebebenarnya. So apa yang ditulis cuma save dalam laptop jelah. Lepas ni post banyak-banyak terus, huhu…

Dua minggu pergi pondok, balik rumah memang berhabuk jugakla laptop tu. Nasib baik blog tak berhabuk tinggal lama-lama. Bila masuk pondok rasa terpisah sekejap dengan dunia luar, ni belum jadi pelajar tetap lagi ni.

Lepas ni saya akan kongsi sikit pengalaman masa cuti hari tu. Hm, tengoklah nanti…nantazir wa naraa ye..=)

Tuesday, November 11, 2008

Perancangan masa cuti?

Cuti kali ni agak lama, memang lama pun, sebulan. Apa yang saya nak buat dalam masa sebulan ni? Kerja? Taklah... Saya tak pernah ada pengalaman bekerja, lepas SPM dulu masuk form 6 kejap, tapi tak ambil STAM pun, sebab masa tu dah masuk matrik uia. Bestnya orang yang banyak pengalaman ni kan, rasa macam tak berdikari pulak saya ni... Takpe2, belajar dulu.

Barang-barang semua dah kemas, tinggal nak check-out je. Lepas asar kejap lagi bertolak, pergi rumah kakak fadhilah dulu. Malam ni naik bas jam 9.30 malam. Bermulalah perjalanan yang panjang, 8 jam dalam bas cukup memenatkan. Letih, tau! Walaupun duduk je dalam bas tu, huhu...

Perancangan? Insyaallah saya bersama sahabat-sahabat lain akan mengikuti pengajian di pondok, Pasir Tumboh. 10 hari lagi, so buat masa ni duduk rumah jelah. Dulu pernah merancang nak pergi pondok lepas SPM, tapi tak kesampaian. Kali ni alhamdulillah, ada jugak peluang saya untuk menimba ilmu di sana. Harap-harap dapatlah memanfaatkan masa cuti ni dengan sebaik mungkin. Belajar-belajar jadi suri rumah dulu...;p Tolong mak la maknanya... ^_^

Mungkin lepas ni blog ni akan 'senyap' seketika, tidak di update untuk jangka masa yang terdekat. Harap maklum. (Macam la ada orang ternanti-nanti, huhu...)

Dalam keriangan, kita terlupa rupa-rupanya perjalanan kita semakin singkat menuju-Nya… Semoga nikmat usia yang terus diberi hingga saat ini telah kita gunakan ke jalan yang diredhai Ilahi… ya mujahidatul Islam, jasadmu hanya pinjaman di dunia, hatimu hanya milik Yang Esa, perjuanganmu untuk agama-Nya… Semoga medan perjuangan ini sangat berharga di kesempatan hidup yang singkat dan masih berbaki ini.

Monday, November 10, 2008

.: Binalah ukhuwwah kerana Allah :.

Bila dah nak balik ni macam-macam perasaan pulak datang. Tadi saya chatting dengan seorang kawan, lama betul. Kawan alam maya je pun, tak pernah jumpa. Tapi itulah takdir Allah, kalau dah jodoh tak ke mana. Rasa bertuah pun ada dapat kenal dengan dia ni. Saya dah mula rasa tautan hati antara kami semakin rapat. Macam-macam cerita kami kongsi, bermula dengan taaruf diri masing-masing, beralih kepada perihal keluarga, pelajaran, dan bertukar pandangan. Mudah-mudahan Allah pelihara ukhuwwah kita, insyaallah...(^^,)

Saya pun tak pasti bila baru dapat jumpa dia sebab dia bukan belajar kat sini. Jauh dia merantau menuntut ilmu di bumi Sydney, Australia. Saya bagitau dia, saya suka tengok langit, saya sukakan ketenangan. Then dia cakap,
"Saya pun suka tengok langit. Jie tau tak, langit kat sini cantik..."

Lepas tu dia bagi gambar ni kat saya. "Subhanallah, cantiknya!" Banyak lagi yang dia bagi sebenarnya, termasuklah gambar dia. Sebelum ni pernah je chatting, tapi tak lama macam tadi. Dan masa tengah menaip tadi...

"Jie tengah tulis something ni..."

"Tulis something yang boleh saya sematkan dalam hati."

"Aduh, beratnya..."

"Ha, cabaran tu."

"Jie tak pandai la... bab-bab hati ni, dia kena ada feeling...idea je tak cukup..."

"When u speak something and it comes from ur heart, it will touch other people's heart."

Bila sahabat saya cakap macam tu, saya pun mulalah menaip pasal ni. Memang betul, bila kita cakap sesuatu melalui hati, it will touch people's heart. Dia akan terkesan dengan kata-kata kita. Tak percaya, cubalah. Sebab tu bila kita nak tegur atau nasihat orang, biarlah ikhlas, biarlah dari hati, supaya orang tu dapat terima.
One more thing, bila orang lihat kita sebagai qudwah, dan hati kita bersih (mudah2an, sentiasalah sucikan hati) orang akan terima nasihat kita dengan mudah. Atau paling tidak pun akan timbul perasaan segan dalam dirinya.

Let's continue my story...=) Saya tak pernah sangka akan jumpa sahabat yang sefikrah dan sehaluan dengan saya melalui alam maya. Perkenalan kami hanya bermula melalui blog. Ya, blog. Kami hanya ziarah blog masing-masing, kemudian berbual melalui ym. That's all. Bila kita bersahabat kerana Allah, hati-hati kita pun akan diikat kerana-Nya. Indahnya hidup ini jika ada sahabat yang mendidik dan membimbing, yang boleh membawa kita semakin dekat pada-Nya.

"Bersahabat dengan ahli ibadah kadang-kadang membuat diriku terasa hina, bersahabat dengan ahli maksiat kadang-kadang membuat diriku menjadi hina, namun jika aku menjauhi ahli ibadah maka jauhlah aku dari dakwahnya, dan jika aku menjauhi ahli maksiat, maka jauhlah aku untuk berdakwah kepadanya. Kerana itu aku perlu sentiasa menjadi hamba yang hina di hadapan-Nya."

Last buat sahabat saya, nurul fariena...(^^,)

"Andai sayangnya seseorang bukan kerana Allah, pasti kebaikannya tidak memberi erti, kesilapannya disalah erti, hatinya sering dilukai, jiwanya selalu disakiti… Namun, jika sayangnya seseorang kerana Allah, pasti segala kebaikan dan kesilapannya dipandang dengan mata hati, jiwa tak terguris dek rasa hati, hati tak terluka dek gurisan caci. Selamat mengatur langkah, moga lelahmu dihargai Ilahi walaupun dicemuh insani."

Sunday, November 9, 2008

Sedikit perkongsian...(^_~)

"Cinta tidak pernah dinafikan dalam agama, mahupun dalam undang-undang. Kehadirannya diiktiraf oleh seluruh manusia dan Tuhan. Cuma yang menjadi perhitungan adalah pengamal cinta tersebut, adakah berlandaskan hukum Tuhan, atau semata-mata menurutkan nafsu sahaja. Betulnya cinta terletak kepada cara dan perlaksanaannya."
-Psikologi Cinta (The National Bestseller)
-Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah
Masa mula-mula tengok buku tu dekat MPH Mid Valley, menarik tajuknya, tapi tak rasa nak beli lagi. Nak beli tak, nak beli tak? Saya membelek-belek buku tu sambil berfikir, tinggal satu tu je masa tu. Dr Fadzilah Kamsah, bagus ni. Eh, lagi seorang penulisnya-nama Nazirah, sama dengan nama saya la pulak, terus ambil! Hehe...

Kalau sebelum ni ada adik-adik meluahkan masalah dengan saya, kali ni kakak-kakak pulak yang mengadu masalah mereka dengan saya.

"Jie, apa akak nak buat ni..."
"Jie tolonglah nasihat akak..."
"Hati akak tak tenang, akak tak suka perasaan macam ni..."
"Macam mana nak tenangkan hati ni..."

Jadi tempat meluahkan masalah pulak saya ni, huhu... Tapi saya tak kisah pun kalau ada orang nak berkongsi masalah, saya cuba bantu setakat yang termampu. Macam kaunselor la pulak, mana tau in the future...(^_^)

Kalau adik-adik senang cerita, tapi senior pun minta nasihat saya, tak layak rasanya nak bagi nasihat kat kakak-kakak ni... Ada akak ni, bila cerita dia marah-marah, sampai lepas geram kat saya, macam saya pulak yang bersalah, sabar jelah, huhu... Saya dengar dan diam je, langsung tak cakap apa-apa. Saya faham perasaan dia masa tu, dan saya cuba tenangkan dia jugak. Lepas tu dia minta maaf sebab lepas geram kat saya. Takpe, saya tak kisah pun kak...=)

Hm, sebenarnya bagus jugak bila orang cerita masalah kat kita ni. Bagi saya, bila nak nasihat orang, dalam masa yang sama saya akan ingatkan diri sendiri. Orang yang bercakap ni akan diuji dengan kata-katanya, sebab tu jangan rasa diri kita ni bagus, hebat, baik, dan kena sentiasa muhasabah. Saya pun boleh belajar dari pengalaman orang.

"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan, Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik."

Nak tenangkan hati senang je, baca Qur'an, solat, zikir, ingat Allah, mudah kan? Teorinya memang mudah, tapi praktikalnya tak semudah apa yang dikata, saya tahu. Kita kena ingat, bila ditimpa sesuatu masalah atau musibah, jangan lihat dari sudut yang negatif je, tapi pandanglah dari sudut yang positif. Yang penting husnuzzon dengan Allah selalu.

"Husnuzzon dengan Allah...thanx jie. Akak dah lupa perkataan tu, sangat terkesan..."
Ini cara Allah nak tarbiyah kita, tanda Dia sayangkan kita. Hebatnya perancangan Allah kita tak pernah tau. Mungkin selama ni kita banyak dosa, kita jauh dari Dia, jadi Dia nak tegur kita dengan cara ni. Dan ini juga cara untuk latih diri kita jadi lebih sabar bila berhadapan dengan sesuatu ujian.

Sabar bukan mudah kerana ia adalah anugerah yang cukup istemewa- barangsiapa yang berusaha untuk bersikap sabar, maka ALLAH telah anugerahkan nikmat yang cukup besar…
Peganglah 4 asas akidah:

1. segala perkara adalah takdir ALLAH.
2. bahawa ganjaran di sisi ALLAH lebih baik.
3. bahawa rezeki sudah terputus (tercatat di luh mahfuz) dari ALLAH.
4. bahawa ALLAH sentiasa menyaksikan.


Lagi satu, bila berhadapan dengan masalah hati ni (khas buat kakak-kakakku..^^,) kena kuatkan hati untuk bermujahadah.
"Mujahadah, biar sampai rasa nak mati...sampai rasa lembik dan tak berdaya dengan mujahadah tu... Biar air mata dan doa pada Tuhan jadi kekuatan, sampai rasa Tuhan yang miliki hati kita. Memang menderita, tapi iman di sebaliknya sangat manis."
-nasihat dari seorang sahabat untuk saya, sampai sekarang saya masih simpan mesej dia. Thanks ye, nurul...(^_~)

Masalah mewarnai kehidupan kita sebenarnya, tanpa masalah hidup kita akan kosong, pudar dan suram. Inilah pengalaman hidup, realiti kehidupan adakalanya tidak seindah yang kita harapkan. Pengalaman mematangkan kita dan mengajar kita erti hidup. Perkara yang menyakitkan akan mengajar kita jadi lebih kuat dan tabah. Betul tak?
Kalau kita ada salah faham dengan kawan sekalipun, cuba bertenang dan bawa berbincang. Kalau dia bersalah, tegurlah dengan berhikmah. Jangan benci orang tu, tapi bencilah punca kesilapan yang dia lakukan. Apa puncanya? Kerana hawa nafsu, kerana mazmumah, kerana bisikan syaitan. Bencilah semua itu. Dan jangan berhenti berdoa untuk sahabat kita, belajar untuk berlapang dada dengan dia.
Pesan saya, akak kena berdepan dengan masalah tu dan cari jalan penyelesaian, bukannya melarikan diri dari masalah. Yakinlah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Setiap perkara yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. Jangan persoalkan kenapa, tapi terima qadha' dan qadar Allah dengan redha. (^_^)

Photobucket
Ya ALLAH,
kehadap-Mu,
ku pohon kesucian hati kerana hati ini terlalu kotor ku rasa,
hati yang satu hanya ingin ku isi dengan kasih-Mu,
andai ada kasih manusia,
moga dilebihkan lagi cintaku pada- Mu,
kurniakanlah kekuatan buatku,
ku anggap ini mujahadah untuk ku buat-Mu.

Saturday, November 8, 2008

Lihat orang, lihatlah kebaikan mereka.

Pernahkah kita berasa diri kita hebat? Pernahkah terfikir kita lebih baik dari orang lain? Lebih mulia dari orang lain? Jika ada, sama-samalah kita bersihkan hati kita dari perasaan dan fikiran sebegitu. Tazkirah ini saya petik dari website 'i luv islam'. Bila baca kata-kata ni, teringat saya pun pernah bagi tazkirah tentang perkara yang sama.

"Wazakkir fa'innazzikraa tanfa'ul mukminin"

Dan ada seorang sahabat pernah bagitau saya,
"Sekiranya seseorang itu membuat 1 kebaikan dan 99 keburukan, pandanglah kebaikannya dan lupakan keburukannya. Sekiranya kita membuat 1 keburukan dan 99 kebaikan, pandanglah (muhasabah) keburukan kita dan lupakan kebaikan kita."
Bagaimana dengan diri kita?

Lihat anak-anak kecil, boleh jadi, dosanya lebih kecil, ataupun tidak berdosa dengan itu memudahkannya mendapat syurga berbanding kita.

Lihat kepada orang yang lebih tua, amalnya boleh jadi lebih banyak dan taqwanya juga lebih tinggi dari kita.

Ketika melihat orang yang baru belajar membaca al-quran, siapa tahu dia lebih takut pada Allah pada setiap huruf yang diucapkannya.

Ketika melihat orang yang sedang berjualan, walaupun kecil jualannya, siapa tahu dalam pandangan Allah, penjual itu lebih mulia kerana kejujurannya walaupun dagangannya tidak sebesar mana.
Melihat akan seorang guru, mungkin pengajarannya begitu ikhlas sehingga dari murid-muridnya terbit mereka yang akan menjadi benteng agama ini.

Melihat kepada orang yang sudah berkahwin, siapa tahu, ibadahnya lebih tenang dan lebih khusyu’ sehingga di pandangan Allah lebih mulia dari kita yang hati sentiasa tidak tenang dan banyak berfikir tidak sepatutnya.

Melihat orang yang membuat maksiat, mana tahu , suatu hari nanti, dia mendapat hidayah, taqwanya lebih tinggi dari kita dan matinya lebih mulia dari kita yang masih tidak tahu apa kesudahan kita.

Lihat orang, lihatlah kebaikan mereka.

Jika melihat seorang ibu, mungkin dengan keibuannya akan mengangkat darjatnya walaupun amalnya agak terbatas.

.: Sepahit Madu, Semanis Hempedu ( bhgn 2 ) :.

Akhirnya berita tentang perkahwinan Fikri dan Nusaibah sampai juga ke pengetahuan Fatimah. Walaubagaimanapun, dia redha dengan ketentuan Allah dan menerima takdir ini dengan hati yang tenang kerana keyakinannya bahawa jodoh dan pertemuan itu adalah ketetapanNya.

Fatimah sedar rupanya kiasan yang digunakan oleh Fikri sewaktu melamarnya dahulu, mengandungi maksud yang tersirat.

Dan takdir Ilahi juga telah menemukan mereka bertiga pada malam program dakwah di masjid itu. Fatimah adalah antara orang penting yang bertungkus lumus menjayakan program anjuran Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) .

Setibanya Fikri dan Nusaibah ke tempat program tersebut, Fatimah menyambut kedatangan mereka dengan mesra dan ramah sekali.

“Assalamualaikum” , sambil menghulurkan tangan kepada Nusaibah.

”Selamat datang pengantin baru..amboi. berseri- seri. Maklumlah seri pengantin tak hilang lagi…”, Fatimah menyapa mereka dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Nusaibah pula hanya tersenyum malu-malu mendengar usikan mesra dari Fatimah.

Fikri turut mengukirkan senyuman.Senyuman yang sukar untuk di mengertikan.

“Ya..Akhi Fikri, tak nak kenalkan ke isteri anta pada ana?” soal Fatimah kepada Fikri dengan riak wajah yang tenang tanpa ada garis kekecewaan mahupun dendam.

“Oh ya..err…minta maaf, ana terlupa”.

“Perkenalkan, zaujah ana.. Nusaibah binti Uwais Qarni”.

“ Abang perkenalkan sohabiah abang, Fatimah Az-Zahra binti Umar al-Mujahid.

Fatimah bersalaman sekali lagi dengan Nusaibah serta memeluknya erat dengan rasa kasih seorang saudara sesama islam. Nusaibah dapat merasakan aura ukhuwah dan mahabbah Fatimah meresap ke dalam jiwa dan sanubarinya.

Sementara Fikri masih terkesima dengan santunan budi pekerti Fatimah tika itu. Dalam masa yang sama dia sangat gembira dan bersyukur.

“ Alhamdulillah, moga Allah merahmati dan melimpahkan ketabahan hati buatmu Fatimah…”, munajat Fikri di dalam hatinya.

Dalam program tersebut, Fikri telah dijemput untuk memberikan ceramah berhubung isu ”Islam,Sekularisme, Pluralisme & Liberalisme” atau ringkasnya , ”ISLAM vs SIPLIS” kepada semua hadirin program. Ternyata, keupayaan Fikri dalam memberikan ceramah semakin mantap dan hebat sejak dia menjejak kaki ke alam baru dalam hidupnya.

Isi-isi ceramahnya semakin bernas dan padat, penyampaiannya kelihatan berkeyakinan , tegas dan penuh berhikmah. Fatimah mendengar pengisian tersebut dengan penuh khusyuk dan tekun sehinggakan dia berjaya melupakan segala perkara yang pernah berlaku antara dirinya dan Fikri.

Bagi Fatimah kini, tumpuannya hanyalah pada perjuangan dakwah semata-mata. Pengalaman lalu telah mengajarnya untuk menjadi seorang srikandi muslimah yang meletakkan perjuangan dakwah dalam senarai teratas dalam rutin hidupnya. Sikap ego dan emosionalnya dahulu, telah dibuangnya jauh-jauh.

Fatimah kini jauh lebih matang dan dewasa. Setiap tindakannya bertunjangkan keimanan dan bersendikan akal fikiran yang waras. Hidupnya kini dirasakan lebih tenang dan terisi walaupun pada hakikatnya hatinya masih sunyi kerana masih belum ada insan tersayang di sisi untuk menjadi sandaran dalam sebuah perjuangan yang panjang. Namun begitu, hidupnya tetap tenang dan ceria kerana baginya rahmat Allah adalah jauh lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Tarbiyyah yang di laluinya memantapkan lagi langkah kakinya di medan juang fisabilillah. Apatah lagi, sahabat – sahabat yang mengetahui sejarah hidupnya itu, banyak memberikan hembusan semangat untuk tetap istiqamah di jalan da’wah walau seberat manapun ujian yang harus di lalui.

Seusai program , semua tetamu dijemput untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Fatimah menjemput Nusaibah untuk ke ruang makan bahagian muslimat.

“ Jom Nusaibah, kita menjamu selera…” Fatimah mengajak Nusaibah dengan sopan dan lembut dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

“ Silakan…” , balas Nusaibah.

Fatimah menggunakan kesempatan yang ada itu untuk beramah mesra dan mengenali Nusaibah dengan lebih dekat lagi. Begitu juga dengan Nusaibah, dia juga turut tertarik untuk lebih mendekati Fatimah. Nusaibah kagum dengan peribadi Fatimah, baginya Fatimah sangat ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Apatah lagi, keupayaan dan keterlibatan Fatimah di dalam perjuangan da’wah lebih di kaguminya. Tanpa kekuatan yang luar biasa, mana mungkin wanita muslimah seperti Fatimah mampu untuk berada di jalan ini. Pada pengetahuannya, tidak ramai wanita yang mampu untuk berdiri seteguh Fatimah di jalan ini.

Nusaibah melihat potensi dakwah yang ada dalam diri Fatimah begitu besar. Walaupun sibuk berkejar ke sana ke mari menguruskan program , tetapi senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Riak wajahnya tidak menunjukkan keletihan jauh sekali mengeluh. Malam itu mereka berdua berbual mesra seperti sudah lama berkenalan. Sudah pastinya, topik perbualan mereka berkisar tentang program-program dakwah yang bakal dianjurkan oleh jemaah mereka serta isu-isu umat Islam di seluruh dunia pada masa kini.

Perkenalan dengan Fatimah pada malam itu memberikan kenangan yang manis buat Nusaibah. Walaupun baru sahaja berkenalan tetapi sudah rapat dan mesra. Nusaibah merasakan bahawa mereka berdua ada keserasian dan kebersamaan. Cita – cita dan matlamat hidup mereka selari.

Nusaibah berzikir memuji Allah s.w.t di dalam hati “subhanallah…alhamdul illah..allahuakb ar..” sebagai tanda kesyukuran kerana ukhwahnya yang baru terjalin dengan Fatimah adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah jua.

“ Sayang letih..diam je?Jauh termenung, teringat kat sape..? abang kan ada kat sebelah ni…” , Lamunan Nusaibah terhenti dek teguran suami tercinta di sebelahnya yang sedang memandu untuk pulang ke rumah mereka. Fikri tersenyum sambil memandangnya sekilas..Nusaibah membalas senyuman suaminya dengan senyuman yang paling manis.

UKHUWAHFILLAH yang terjalin antara Nusaibah dan Fatimah tidak terhenti setakat itu saja. Kedua-dua mereka sangat aktif bergerak kerja menjayakan pelbagai program dakwah terutamanya yang melibatkan isu wanita dan perserta muslimat.

Jemaah mereka semakin aktif dengan penganjuran pelbagai program yang bermanfaat untuk masyarakat dan umat Islam khususnya. Hubungan mereka berdua sangat erat dan serasi dalam bergerak kerja. Segala amanah yang dipertanggungjawabk an kepada mereka dilaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Nusaibah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Apalagi setelah Fikri memberikan keizinan yang tiada taranya kepada Nusaibah untuk aktif terlibat dalam medan perjuangan.

Setahun berlalu….

Kesibukan dengan kerja-kerja dakwah yang menjengah kehidupan mereka setiap hari menyebabkan mereka tidak sedar bahawa masa telah berlalu dengan begitu pantas. Genaplah setahun usia perkahwinan Fikri dan Nusaibah.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Nusaibah berhasrat untuk memberikan sesuatu kepada Fikri sebagai hadiah istimewa.

“ Abang…saya ada sesuatu nak diberikan pada abang sempena ulang tahun perkahwinan kita ni..saya berharap sangat abang sudi menerimanya dengan seikhlas hati..”

“Apa dia sayang…?”.

“Saya nak berikan Fatimah kepada abang…jadikan Fatimah sebagai sayap kiri kedua dalam perjuangan abang, nikahi dia…saya berharap sangat abang sudi menerima pemberian saya ni dengan seikhlas hati…boleh ye bang…”

Fikri terkedu seketika..lidahnya kelu seribu bahasa..lisannya putus dengan kata-kata…tidak tahu apa yang harus dijawabnya kerana sangat terkejut menerima ‘hadiah’ pemberian isteri tercinta. Dia tidak tahu samada mahu menolak atau menerima.

“ Tapi sayang…kenapa abang? Sayang seorangpun dah cukup sebagai sayap kiri perjuangan abang… abang tak nak lukakan hati sesiapa…bukankah bermadu itu pahit bagi setiap insan bergelar isteri? Dan mampukah abang untuk berlaku adil nanti?”

“ Abang….Fatimah memerlukan lelaki seperti abang untuk menjadi sandaran dalam perjuangannya. Sepertimana saya perlukan lelaki seperti abang dan abang memerlukan saya dulu. Perjuangannya adalah perjuangan kita juga bang kerana matlamat dan jalan hidup kita adalah sama”.

Abang sayang….seandainya madu itu dikatakan pahit, boleh jadi hempedu pula akan berasa manis, semanis tebu, takpun gula.. ”, Nusaibah meniupkan keyakinan kedalam hati Fikri sambil berlawak manja.

“ Sayang berikan abang masa untuk istikharah dan berfikir dulu ye…”

“Baiklah abang…”.

Seusai solat sunat selepas selamat diijabkabulkan, Fatimah mencium tangan Fikri yang telah sah menjadi suaminya.

“ Akhirnya saya benar-benar jadi isteri kedua abang jugakkan…” Fatimah bersuara lembut sambil tersenyum malu..

“Eh, bukan ke-2 sayang…tapi ke-tiga…” Fikri sengaja mengusik isteri baru yang pernah singgah di hatinya suatu ketika dulu sambil tertawa kecil.

“ Terima kasih abang kerana sudi menerima kami dalam hidup abang”, ucap Nusaibah di sisi kanan suaminya.

Fikri hanya tersenyum melihat isteri - isterinya. Hati kecilnya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Irama hamdallah menyelubungi jiwa dan sabubarinya kerana mengurniakan dua orang srikandi hebat dalam hidupnya…Alhamdulillah.

“Ya Allah, rahmati kami dan berkatilah hidup kami”.

”Amin”, doa mereka bertiga.

Maka terbinalah sebuah baitul muslim yang berdiri di atas landasan perjuangan demi menegakkan agama Allah dan menjunjung sunnah Rasulullah s.a.w.

.: Sepahit Madu, Semanis Hempedu ( bhgn 1 ) :.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya. .." Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya....."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

" Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Friday, November 7, 2008

"Jangan putus asa..."

Seronoknya orang yang dah habis exam, dah balik kampung. Saya masih ada lagi satu paper ahad ni, 9hb...
Pagi semalam seorang adik junior call saya, mengadu tak puas hati jawab exam.

"K.jie kat mana?"
"Bilik. Kenapa, nak study kat library ke?" tanya saya. Ingatkan dia nak ajak study sama-sama.
"Taklah, ingatkan k.jie ada kat luar. Izyan baru habis exam ni...K.jie, sedihnya tak dapat jawab", dia mengadu.
"Takkanla tak dapat jawab semua. Carry mark ok kan?"
"Mdm tak bagitau lagi... K.jie, bagila kata-kata semangat kat izyan, sedih ni..."
Saya sendiri pun memerlukan kata-kata semangat sebenarnya, still mengadap buku, dahla tebal buku tu!

"Hm, izyan mesti boleh, exam dah lepas ok la tu. Jangan sedih-sedih lagi, jangan putus asa tau! Kita tak boleh mengalah sebelum tiba ke saat terakhir,selagi result belum keluar. Macam sekarang, walaupun izyan dah habis exam, masih ada masa lagi untuk berdoa. Tawakkal, minta dengan Allah, jangan tension." pujuk saya.

Dan semalam, dapat satu mesej dari adik junior jugak, tapi yang ni masih berada di matrik. Dia forward result final examnya pada saya. Saya tengok ada A, ada B, ada C, dan ada yang failed. Kat bawah tu dia tulis "K.jie, irah rasa tak kuat nak hadapi kenyataan ni..." lagi seorang mengadu dengan saya.

Lalu saya pun reply mesej tersebut,

"Semua orang pernah gagal,dik. Bila fikir2 balik, banyak hikmahnya, Allah nak kita belajar dari kegagalan tu dan usaha lebih lagi. Hal macam ni mengajar kita jadi lebih sabar, bila jatuh kita kena bangkit, bukannya terus bersedih. Tak mudah nak dapat apa yang kita nak, bila kita dah bersusah-payah baru dapat, kita akan lebih menghargai apa yang kita peroleh. Be strong, dik! Terus usaha & doa. Ingat, jangan putus asa dari rahmat Allah, perjalanan masih jauh, masih panjang. Insyaallah Dia dah tetapkan yang terbaik untuk kita, bukannya kita tak boleh berjaya, cuma mungkin lambat sikit. Husnuzzon dengan Allah ye, dik. Jangan down & tension..." begitulah lebih kurang yang saya bagitau dia. Terasa macam tujukan untuk diri sendiri pun ada.

Harap-harap sedikit sebanyak k.jie dapat bantu tenangkan perasaan adik-adik. Bila kita berkongsi apa-apa dengan orang, bukan orang tu saja yang dapat sesuatu, kita pun dapat manfaatnya jugak. Mungkin kata-kata tu dapat saya jadikan perangsang untuk diri sendiri. Sebab saya pun memang risau dengan final exam ni dan tak puas hati dengan carry mark, huhu... Saya letakkan tawakkal pada Dia lebih dari usaha saya sendiri. Walaupun kita dah usaha, dah habis exam sekalipun, jangan pernah berhenti berdoa. Jangan putus asa! Biarlah apa yang kita buat dan setiap langkah kita diniatkan kerana Allah semata-mata...


"Tunjangkan resahmu ke dada SOLAT...
Himpunkan keperitanmu dalam genggaman DOA...
Tutuplah kekecewaanmu dengan TAQWA...
Nilaikan cermin diri dgn keikhlasan HATI..."

Sunday, November 2, 2008

Hakikat tudung wanita...

Sebenarnya dah lama saya nak tulis pasal ni tapi tak 'ter'tulis. Selalu jumpa tajuk pasal perempuan kan? Title buku pun banyak pasal perempuan. "Jadilah wanita paling bahagia", "Nasihat untuk wanita muslimah", "Andalah wanita syurga", etc. Then pasal tudung, aurat, fitnah, pergaulan, yang kebanyakannya menjurus kepada wanita. Kenapa tak tulis pasal "Lelaki dan kopiah" ke... (ada ke? huhu) Saja je, bukannya tak ada langsung pasal lelaki, but more on woman. And most of the articles either i found or read, talked about the same thing. Softcopy dalam simpanan saya pun banyak pasal ni.

Eh, apa yang saya nak bagitau sebenarnya ni? Panjang pulak muqaddimahnya. Masa puasa hari tu ada dapat mesej dalam friendster, tak kenal pun orangnya, cuma kawan melalui fs je. Akak tu bagi mesej ni,

thanx yer sbb add hari tu...
rse bertuah sgt dpt knalan dgn adik ni sbb sblm ni akak tringin sgt nk pkai tdung labuh,tp xpkai sbb ilmu agama xbyk mane pn...rse mcm xpadan klu nk pkai tdung labuh ni...
tp,makin hari rse mcm mkin kuat keinginan tu...
sampaila beberapa hari sblm ramadhan, adik add akak, n akak tgk foto2 adik..
lpas tu terus akak bulatkan hati utk pkai tdung labuh...
alhamdulillah,mula 1 ramadhan,akak dh mula pkai tudung labuh :)
skrg akak tgh cuba tambahkan ilmu agama dlm diri..
doakan keimanan n ilmu akak btambah ya dik :)
syukran ya...krn add akak.... :)
wassalam....

Terharunya saya bila baca apa yang dia send tu. Bukan nak kata dia pakai tudung labuh sebab saya, tapi mungkin saya sebagai wasilah dan sokongan baginya untuk berubah ke arah itu, siapa tahu... Hakikatnya Allah juga yang membuka pintu hatinya. Saya sangat-sangat bersyukur dan gembira kalau kita boleh jadi qudwah untuk orang lain. Sebenarnya saya sangat takut kalau ada orang puji lebih-lebih. Takut bangga diri, takut dengan riya', sebab kesempurnaan hanya milik Allah. (Astaghfirullah...)

Bagi saya, tak kisahlah orang tu nak pakai macam mana pun, asalkan cukup syarat menutup aurat. Tak semestinya kena tunggu banyak ilmu baru boleh nak bertudung labuh, berjubah, berkopiah. Saya ni pun masih cetek ilmu agama, masih banyak yang kurang, banyak yang kena belajar. Biasanya orang mesti fikir saya ni student IRK atau BAR, sebab dressing saya ni la, huhu...

"Sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!"

Kenapa orang bertudung pun masih terlibat dengan maksiat, dengan zina? Bukan saja merosakkan imej orang bertudung, malah mencemarkan Islam! Tak kurang juga yang bertudung sekadar untuk berfesyen. Apa hakikat tudung yang sebenarnya?

Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Sebab apa kita bertudung? Sama-sama kita fikirkan dan renungkan. "Islah nafsak wad'u ghairak" (^_~)

Saturday, November 1, 2008

:: Muhasabah, binalah kekuatan diri ::

Bila berjalan-jalan ke blog sahabat, seronok membaca hasil tulisan yang mampu menyentuh hati, membuat diri ini tersedar kembali akan hakikat seorang hamba, hakikat Pencipta. Ramai di kalangan kita yang mengaku mencintai Allah, begitu mudah melafazkan tapi amat sukar untuk melaksanakan.

Buku hasil tulisan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni, "Indahnya Cinta"yang saya pinjam dari seorang sahabat masih dalam simpanan, belum berkesempatan untuk mengkhatamnya. Isinya saya rasa amat menarik untuk dikongsi bersama.

Pengakuan sahaja memang mudah. Sebahagian kalangan orang-orang yang soleh berkata, "Janganlah kamu mudah menyatakan cinta kepada Allah dengan lidahmu, lalu kamu mengaku sudah mencintai-Nya!"

Lalu bagaimana dengan diri kita? Kadang-kadang kita perlu berusaha lebih untuk dapatkan sesuatu. Analoginya, sama seperti bila kita menghadapi peperiksaan, belajar sungguh-sungguh, ulangkaji, baca buku, buat nota, dan yang sewaktu dengannya. Apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat, dan kita tidak akan memperolehinya dengan mudah. Antara lain yang ditulis,

Sesungguhnya cinta itu tidak hanya sekadar dengan pengakuan sahaja. Setiap insan itu tentu harus mempunyai sembahan yang dicintainya. Oleh kerana itu , Ibnu Taimiyyah berkata, Manusia adalah makhluk yang mempunyai hasrat dan keinginan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih. Maka, hatinya harus mempunyai hasrat, dia harus melakukan sesuatu dan dia harus mempunyai sembahan yang menjadi tempat bergantung hatinya, iaitu Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi."

Dalam atsar ahlul kitab disebutkan bahawa Allah berfirman, "Sungguh telah berdusta orang yang mengaku cinta kepada-Ku. Ketika tiba waktu malam, malah dia enak tidur tanpa mempedulikan-Ku dan juga tidak bangun untuk bermunajat kepada-Ku."

Masyaallah...saya benar-benar tersentuh membaca kata-kata ini.
"Perkenankan aku mencintai-Mu semampuku Ya Allah, izinkan aku merasai lazatnya beribadah kepada-Mu...!" hati saya berbisik.

Kalau kita sanggup berjaga malam untuk study, kenapa kita tidak sanggup bangun pada waktu dinihari untuk bermunajat pada-Nya? Kalau kita mengaku mencintai-Nya, kenapa kita tidak sanggup untuk bangun bertemu dengan-Nya? Tidakkah ada rasa rindu untuk menagih kasih dan cinta dari-Nya?

Saya tak kuat untuk hidup berseorangan, sebab itu saya sangat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat yang sering mengingatkan saya tentang-Nya. Saya rasa kuat bila ada yang memberi inzar dan nasihat. Pernah dapat mesej dari seorang sahabat yang rapat dengan saya, yang selalu missed call pukul 4 pagi, "Dah bangun belum? Bangunlah, minta kekuatan dari Allah." Saya cukup terkesan, walaupun ayat yang cukup simple.

Adakala kita perlu paksa diri juga. Daripada keterpaksaan, lahirlah kebiasaan dan keikhlasan. Kalau rasa malas perlu dilawan ketika belajar, rasa mengantuk juga perlu dilawan ketika qiamullail. "Kuatkah aku?" Teringat kata-kata seorang sahabat, "Kita perlu kuat untuk kuatkan orang lain. Kalau orang lain tak kuat, down, lemah semangat, maka kita perlu jadi sumber kekuatan baginya." Pulihkan kembali semangatnya yang pudar.

Masa di matrik dulu, zaiton selalu cakap dengan saya, "Kalau zai tengah tension, k.jie tak boleh tension jugak, kena semangat. Sebab, kena ada seorang yang kuat bila seorang lagi lemah. Tak boleh dua-dua down. Bila zai tengah semangat, baru boleh k.jie nak tension," ujarnya sambil tersenyum penuh makna. Saya cukup menyenangi adik saya yang seorang ni. "Rindunya kat zai..."


Berbicaralah dengan bahasa hati bila ingin menasihati. Menulis sebagai peringatan untuk diri, mudah-mudahan mampu membina kekuatan dan menjadi sumber kekuatan untuk orang lain. Biarlah lemah di sisi Allah, tapi kuat di sisi manusia.

"Buku tanpa IMAN adalah hanya perkataan yang dicetak, puisi tanpa IMAN adalah hanya perkataan yang digubah, dan akal tanpa IMAN adalah hanya sia-sia dan rugi belaka."

Thursday, October 30, 2008

Tengah final exam...study3!

Sejak kebelakangan ni hidup saya asyik tertumpu di masjid dan library je. Study. Sekarang ni kan tengah final exam. Kalau tak 'iktikaf' dekat masjid, pergi 'bertapa' dekat library. Walaupun perasaan mengantuk tu selalu je datang mencucuk. Sabar jelah. Kalau study kat bilik je nanti cepat sangat pulak 'syahid'. Huhu..

Semalam tidur kat masjid. Planning nya nak gi library lepas isya', tapi rasa malas pulak nak menapak ke sana, so ulangkaji kat masjid, study dengan wani. Dalam pukul 11 lebih tu memang rasa tak larat sangat dah, "wani, k.jie tidur kejap ye, nanti wani kejut". K.imah dah lama lena, kitorang berdua je yang duk mengadap nota. Penat dah otak ni, kesian 'dia' tak dapat rehat. 11.30 malam wani kejut, sambung study, kitorang discuss pulak, kena kuatkan semangat! Ingatkan nak balik, tapi k.imah dah tidur macam tak nak bangun je, last2 tidur kat situ jugak. Kesian wani balik sorang-sorang, pukul 1 dah masa tu.

Lepas subuh balik, bersiap, exam pukul 9pagi. Tengahari tu pulak stay kat masjid lagi, tunggu zohor, then pergi library, solat asar kat masjid. Lepas asar tadi sempat belajar dengan k.naim & k.asma' kejap. Diorang tolong ajar subjek fiqh. Ada la point2 yang saya tak berapa faham. Pasal maqasid shari'ah, maslahah mursalah, istihsan, istishab, sadd al-dhari'ah semua tu. Banyaknya nak kena baca, faham & ingat. Kena hafal jugak sebenarnya. Terima kasih ye, k.naim & k.asma' tolong ajar jie tadi..(^^,)

Halatuju seterusnya, balik bilik, basuh baju & khidmat diri kejap. Penat, dekat pukul 6 dah masa tu, nak gi masjid balik sebelum maghrib. Saya bersiap secepat mungkin, gi dengan k.imah (asyik dengan k.imah je, huhu) On the way, tiba-tiba azan, "Cepat kak, nanti tak sempat!" Penat betul tadi, berpeluh-peluh. Nasib baik sempat jugak rakaat pertama. Lepas isya' gi library balik, study. Walaupun mata ni, sangatlah terasa beratnya, tapi terpaksalah menggagahkan diri...

"Akak, beratnya mata..." rasa macam ada batu je.
"Berapa berat?" tanya k.imah. Buat lawak pulak dia.
Takkan nak tidur kat situ pulak. Buang tebiat ke apa..."Study3!"

Malam ni k.imah tidur kat bilik saya, sebelum ni saya tidur kat bilik dia, gilir-gilir. Ada teman ni kuat sikit nak bangun 'dating' nanti. Asyik berkepit dengan k.imah je, akak tak boring ke tengok muka saya? Saya tau akak tak boring, sebab akak sayang saya kan? Hehe... Baru perasan, hari ni 5 waktu berjemaah di masjid, alhamdulillah...!

Saja je rasa nak menulis, dekat seminggu tak update blog, lepas ni banyak lagi nak kena study. Chaiyok jie! (^_~)

Photobucket

"Yang dilihat dan diukur-Nya bukan sejauh mana usahamu, tapi yang diharap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu... pergantunganmu pada-Nya...
Tapi tak bermakna tidak perlu berusaha... USAHAlah semampumu, tapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan... tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata pada-Nya... Itulah penentu KEJAYAANmu..."

Friday, October 24, 2008

"Study juga adalah satu jihad"~Salam imtihan...

Syukur ALHAMDULILLAH kerana kita masih diberi peluang untuk menghirup nafas di bumi-Nya sehingga saat ini. Tidak terhitung nikmat Allah, tidak terhitung anugerah Ilahi, tidak terhitung kasih sayang-Nya... Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba yang berSYUKUR, insyaallah...

Medan imtihan semakin hampir, yang dah start exam pun ada. Sekejap je dah hampir ke penghujung semester. Time exam macam ni ramai la yang 'sakit'. Ada yang tension, serabut, tak cukup tidur, tak lalu makan, sakit otak, macam-macam. Semuanya gara-gara exam, nak pulun study, nak score untuk final.

Tapi dalam kesibukan kita study, jangan lupa untuk serahkan segala pengharapan dan tawakkal kita pada Dia. Jangan sampai terabai kewajipan seharian kita. Jaga hablum minallah dan hablum minannas. Saya menulis, pertama sekali pesanan untuk diri sendiri, inzar buat diriku, dan mungkin ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat lain.

Ada orang, dia suka sangat bila tiba musim exam ni. Kenapa? Sebab, bila dah masuk fatrah exam, dia akan rajin study, rajin bangun malam, dan pada waktu tu jugak rajin untuk qiamullail. Dia akan gunakan peluang ni untuk lebih mendekatkan diri pada Allah. Mungkin kita ni jenis yang susah bangun malam, jarang qiamullail, kurang amalan sunat dan lain-lain. Apa salahnya kta gunakan peluang ni untuk taqarrub ilallah...=)

Doakan saya ye, risau ni, ada masa lagi kena study betul-betul, jangan mengalah! Doakan untuk sahabat-sahabat lain, moga-moga Allah permudahkan segala urusan dan tenangkan hati kita insyaallah...

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'.
Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."