Followers

Sunday, November 9, 2008

Sedikit perkongsian...(^_~)

"Cinta tidak pernah dinafikan dalam agama, mahupun dalam undang-undang. Kehadirannya diiktiraf oleh seluruh manusia dan Tuhan. Cuma yang menjadi perhitungan adalah pengamal cinta tersebut, adakah berlandaskan hukum Tuhan, atau semata-mata menurutkan nafsu sahaja. Betulnya cinta terletak kepada cara dan perlaksanaannya."
-Psikologi Cinta (The National Bestseller)
-Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Syaidatun Nazirah
Masa mula-mula tengok buku tu dekat MPH Mid Valley, menarik tajuknya, tapi tak rasa nak beli lagi. Nak beli tak, nak beli tak? Saya membelek-belek buku tu sambil berfikir, tinggal satu tu je masa tu. Dr Fadzilah Kamsah, bagus ni. Eh, lagi seorang penulisnya-nama Nazirah, sama dengan nama saya la pulak, terus ambil! Hehe...

Kalau sebelum ni ada adik-adik meluahkan masalah dengan saya, kali ni kakak-kakak pulak yang mengadu masalah mereka dengan saya.

"Jie, apa akak nak buat ni..."
"Jie tolonglah nasihat akak..."
"Hati akak tak tenang, akak tak suka perasaan macam ni..."
"Macam mana nak tenangkan hati ni..."

Jadi tempat meluahkan masalah pulak saya ni, huhu... Tapi saya tak kisah pun kalau ada orang nak berkongsi masalah, saya cuba bantu setakat yang termampu. Macam kaunselor la pulak, mana tau in the future...(^_^)

Kalau adik-adik senang cerita, tapi senior pun minta nasihat saya, tak layak rasanya nak bagi nasihat kat kakak-kakak ni... Ada akak ni, bila cerita dia marah-marah, sampai lepas geram kat saya, macam saya pulak yang bersalah, sabar jelah, huhu... Saya dengar dan diam je, langsung tak cakap apa-apa. Saya faham perasaan dia masa tu, dan saya cuba tenangkan dia jugak. Lepas tu dia minta maaf sebab lepas geram kat saya. Takpe, saya tak kisah pun kak...=)

Hm, sebenarnya bagus jugak bila orang cerita masalah kat kita ni. Bagi saya, bila nak nasihat orang, dalam masa yang sama saya akan ingatkan diri sendiri. Orang yang bercakap ni akan diuji dengan kata-katanya, sebab tu jangan rasa diri kita ni bagus, hebat, baik, dan kena sentiasa muhasabah. Saya pun boleh belajar dari pengalaman orang.

"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian, Allah memberi kedewasaan bila ada masalah, Allah melatih kesabaran dalam kesakitan, Allah tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik."

Nak tenangkan hati senang je, baca Qur'an, solat, zikir, ingat Allah, mudah kan? Teorinya memang mudah, tapi praktikalnya tak semudah apa yang dikata, saya tahu. Kita kena ingat, bila ditimpa sesuatu masalah atau musibah, jangan lihat dari sudut yang negatif je, tapi pandanglah dari sudut yang positif. Yang penting husnuzzon dengan Allah selalu.

"Husnuzzon dengan Allah...thanx jie. Akak dah lupa perkataan tu, sangat terkesan..."
Ini cara Allah nak tarbiyah kita, tanda Dia sayangkan kita. Hebatnya perancangan Allah kita tak pernah tau. Mungkin selama ni kita banyak dosa, kita jauh dari Dia, jadi Dia nak tegur kita dengan cara ni. Dan ini juga cara untuk latih diri kita jadi lebih sabar bila berhadapan dengan sesuatu ujian.

Sabar bukan mudah kerana ia adalah anugerah yang cukup istemewa- barangsiapa yang berusaha untuk bersikap sabar, maka ALLAH telah anugerahkan nikmat yang cukup besar…
Peganglah 4 asas akidah:

1. segala perkara adalah takdir ALLAH.
2. bahawa ganjaran di sisi ALLAH lebih baik.
3. bahawa rezeki sudah terputus (tercatat di luh mahfuz) dari ALLAH.
4. bahawa ALLAH sentiasa menyaksikan.


Lagi satu, bila berhadapan dengan masalah hati ni (khas buat kakak-kakakku..^^,) kena kuatkan hati untuk bermujahadah.
"Mujahadah, biar sampai rasa nak mati...sampai rasa lembik dan tak berdaya dengan mujahadah tu... Biar air mata dan doa pada Tuhan jadi kekuatan, sampai rasa Tuhan yang miliki hati kita. Memang menderita, tapi iman di sebaliknya sangat manis."
-nasihat dari seorang sahabat untuk saya, sampai sekarang saya masih simpan mesej dia. Thanks ye, nurul...(^_~)

Masalah mewarnai kehidupan kita sebenarnya, tanpa masalah hidup kita akan kosong, pudar dan suram. Inilah pengalaman hidup, realiti kehidupan adakalanya tidak seindah yang kita harapkan. Pengalaman mematangkan kita dan mengajar kita erti hidup. Perkara yang menyakitkan akan mengajar kita jadi lebih kuat dan tabah. Betul tak?
Kalau kita ada salah faham dengan kawan sekalipun, cuba bertenang dan bawa berbincang. Kalau dia bersalah, tegurlah dengan berhikmah. Jangan benci orang tu, tapi bencilah punca kesilapan yang dia lakukan. Apa puncanya? Kerana hawa nafsu, kerana mazmumah, kerana bisikan syaitan. Bencilah semua itu. Dan jangan berhenti berdoa untuk sahabat kita, belajar untuk berlapang dada dengan dia.
Pesan saya, akak kena berdepan dengan masalah tu dan cari jalan penyelesaian, bukannya melarikan diri dari masalah. Yakinlah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Setiap perkara yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. Jangan persoalkan kenapa, tapi terima qadha' dan qadar Allah dengan redha. (^_^)

Photobucket
Ya ALLAH,
kehadap-Mu,
ku pohon kesucian hati kerana hati ini terlalu kotor ku rasa,
hati yang satu hanya ingin ku isi dengan kasih-Mu,
andai ada kasih manusia,
moga dilebihkan lagi cintaku pada- Mu,
kurniakanlah kekuatan buatku,
ku anggap ini mujahadah untuk ku buat-Mu.

3 comments:

Anonymous said...

"Mujahadah, biar sampai rasa nak mati...sampai rasa lembik dan tak berdaya dengan mujahadah tu... Biar air mata dan doa pada Tuhan jadi kekuatan, sampai rasa Tuhan yang miliki hati kita. Memang menderita, tapi iman di sebaliknya sangat manis."

SubhanAllah Jie..i luv this kata-kata hikmah...mmg btul, iman disebaliknya sgt manis =)

hajarzainal said...

salam
baguslah awak ni
saya kagum sangat
aja aja fighting!

Anonymous said...

hm, memang x mudah nak jaga hati, apatah lagi bila berhadapan dengan masalah hati ni. pape pun yang penting cari cinta Allah, dan cari mardhatillah...pcayalah, Dia sangat sayangkan kita sebenarnya...(^^,)