Followers

Tuesday, December 16, 2008

Terima teguran…

Banyak adab yang kami tak tahu, yang kami rasa kurang, lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan guru-guru pondok. Pernah ustaz rahim tegur secara bersahaja, “kalau tok guru mengajar sejam dua jam, selama tu la dia duduk bersila tak bergerak, tak macam awak semua, kejap-kejap pusing…” dengan selambanya ustaz smash kami.

Aduh, terkena! Saya dengan sahabat-sahabat lain tersenyum sendiri, tertunduk malu. Nasib baik tutup muka. Memang betul pun apa yang ustaz cakap tu. Kami memang tak tahan duduk statik, tak bergerak. Jangan kata sejam, setengah jam pun dah ubah kedudukan. Lenguh la, ustaz… Saya tengok budak-budak pondok rilex je… takpelah, diorang dah biasa.
Bila belajar dengan ustaz-ustazah di sini, apa yang diajar memang masuk terus ke hati. Nasihat mereka banyak menyedarkan kami. Kalau masuk bab muhasabah dengan ustaz fuad tu lagilah, menusuk kalbu terus, insaf… Rasa hina dan kerdilnya diri ni.

Tapi apa-apa pun kita kena terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Lebih-lebih lagi kedudukan kita sebagai pelajar. Dalam proses belajar ni banyak yang kita tak tahu, buat silap bukannya benda pelik. Yang penting kena sentiasa mahu belajar dari kesalahan, dan bangkit dari kegagalan.

3 comments:

Unknown said...

la.. kadang kita ubah kedudukan tempat duduk bukan suka2 kak..
sebab takut kebas.
dan takut darah tak mengalir kat bahagian tu..

huhu..
bukan kita tak hormat. huhu

apalagi teguran dia kak??

Anonymous said...

mmg, ktrg tukar 2 pn sbb x tahan dh, lenguh sgt...huhu...

Anonymous said...

samamulayk.
terbace entry ni n tertarik pasal nti mengaji tu..
boleh tau kat mane?
n die free entry ke?
mmg 2 minggu?
sorry ana org yg nti chat kat YM..
isra.msmonline.info

berhajat nak pergi kalau ader utk muslimin..
then nak pergi bile balik cuti summer..

kalau ader minta tlg bgtau details ye..
jzkillah..

~salam ziarah,
dublin, ireland

p/s: lupa lak nak bgtau, sy ni budak medik je.. xde ilmu agama langsung.. boleh ke join?