DS Najib serta YBM Dato' Seri Tengku Azlan dan MB Pahang
yang dijangka menamatkan pentadbirannya menjelang PRU13 nanti
PM Satu Malaysia, DS Najib sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeantut semalam meminta ahli-ahli UMNO serta seluruh rakyat parlimen Jerantut terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN dan UMNO serta mempertahankan Jerantut dan menjadikan Pahang sebagai kubu kuat kerajaan UMNO BN menjelang PRU13 nanti.
Beliau juga mengulangi penjelasannya bahawa telah banyak yang kerajaan dan UMNO lakukan untuk orang Malayu termasuklah penubuhan FELDA itu sendiri. FELDA yang ditubuhkan atas hasrat dan cita-cita pemimpin UMNO masa lalu untuk membangunkan ekonomi bangsa Melayu yang ketika itu tersangat daif.
Bagaimanapun DS Najib menyelar kebanyakan peneroka ynag menyokong pembangkang apabila mereka merasakan bahawa kehidupan mereka telah berubah dan bertambah baik selama ini. Mereka telah melupakan bahawa FELDA tidak ujud tanpa usaha pemimpij UMNO terdahulu dan peneroka sepatutnya merasa terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan dan kepimpinan UMNO.
Dalam ucapannya, DS Najib juga menyelar dakyah pihak pembangkang yang menybarkan pembohonga mereka yang menyatakan bahawa FELDA telah bankrup. Sambil menyifatkan tohmahan pembangkang itu sebagai perbuatan yang tidak bermaruah beliau juga turut meminta peneroka-peneroka semua terutama generasi pertama untuk melihat kembali masa lalu mereka dan menginsafi bahawa mereka adalah diantara rakyat yang bertuah dengan negara ditadbir oleh kepimpinan dan suasana politik yang mantap dan stabil segalanya atas usaha kerajaan UMNO BN.
DS Najib bagaimana sempat membuat teguran sambil menyindir kepimpinan UMNO Jerantut yang masih bergelumang dengan daki politik. Beliau mendedahkan adanya pemimpin tertentu yang menaja lawatan ke Indonesia kepada para perwakilan dangan tujuan mendapatkan undi selain dari memberikan wang ringgit. Perbuatan demikian katanya, akan membuatkan UMNO dibenci masyarakat dan dipinggirkan rakyat.
Dalam ucapan penangguhan, bekas Ahli Parlimen Jerantut merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian, Tuan Haji Kamaruzamman Baria dalam ucapannya telah menyindir kepimpinan UMNO yang terlibat dalam merasuah para perwakilan dalam pemilihan yang lalu. Banyak pihak berpendapat bahawa kata-kata pedasnya itu ditujukan khas kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian, YB Dato' Wan Amizan.
WZWH tidak langsung menyerlah sebagai pemimpin pelapis bahkan tidak juga sebagai blogger haprak sepanjang mesyuarat berkenaan.
5 comments:
Jerantut ke bandung juga ke? Ingat Pekan aje.
Antara petikan ucapan DS Najib, "Dah terlalu banyak kira sehingga terlebih kira kepentingan sendiri".
agbr47: Pemimpin yang di benci rakyat masih di terima sebagai pemimpin kerana kekuatan sokongan kelompok mereka.
tutup buku pasal wan amizan tu.umno bahagian jerantut kena cari org baru sebagai penganti yb boroi tu. sebab sy rasa bila pm membidas wan amizan kita nampak wan amizan tidak kemana2 lagi dah.
sy rasa lebih baik wan amizan angkat kaki tinggal kan umno jerantut.
tahniah hj kamarul zaman baria kerana membuka pekung wan amizan.
semuia org sudah buka mata setelah pm menhentam yb boroi tu. jgn tak mengakulah si yb boroi, awk dah jadi telur yg masak menjadi batu bukan lagi separuh masak.
lain kali jgn suka membohong.
pada hari semlm juga setiap tempat org ramai bercerita pasal bidasan pm tu kpd dompok.
rasakan dompok.
BILA ORG NO 1 MALAYSIA BERCAKAP TENTANG PEMIMPIN YG TERUK SY RASA ORG TU KHAS YB BOROI TU,JADI TAK PAYAH LAH BERANGAN LAGI UTK MENJADI KETUA BAHAGIAN JERANTUT. YB ADUN TAHAN PUN AKAN HILANG.
PM dah beri isyarat jelas bahawa bukan setakat rakyat Jerantut lagi yg tidak berkehendakan WaMizan bahkan pucuk pimpinan sendiri juga sudah tidak dapat lagi pertahankannya. Nyatalah bahawa pandangan blog SPU selama ini memang didengari oleh pucuk pimpinan.
cantiknya warna baju tiga pemimpin tertinggi bahagian, lain dari warna baju ajk2 bahagian yang lain....begitulah pemimpin BERJIWA RAKYAT...ITU LAMBANG PERPADUAN PEMIMPIN YG DI LAUNG2KAN.....
di dlam mesyuarat pengurusan suruh sama tak cakap mcm keling...
apa komen penulis.
Saya tak pasti sama ada Wan Johari ini adalah Wan Jo sebenar atau tidak. Bagaimanapun saya bertanggungjawab menjawab soalan dari sdr;
Baju 3 pemimpin tertinggi bahagian sewarna dengan baju PM dan MB, dan mereka berlima adalah panca sitara....namun ada diantaranya yang akan menjelma pada malam hari menjadi si-tora....harimau jadian. Bukankah dari dulu lagi UMNO ni dah memang bukan setakat double standard, bahkan triple atau quard standard...dan dimanakah standard kita golongan marhaen? Saya tidak membenci UMNO tetapi pemimpinnya...perlu ditukarkan...parlimen Jerantut mungkin sesuai untuk calon recycle yg telah berpengalaman mengendalikan bahtera...Dato' Azizan antara pilihan yang terbaik kita ada setakat ini...
Post a Comment