Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, July 30, 2010

SATU SUARA - BLOGGER JERANTUT

SPU melihat blog-blog Jerantut masih bersatu dalam satu suara, sama ada mereka penyokong UMNO, Pas atau berkecuali. Kita dapat melihat ini dalam tulisan-tulisan mereka;

Blog SANGKAKALA mengisahkan perihal hargadiri Ketua Cawangan UMNO dan Ketua Kampong serta bagaimana mereka dilayan dan dibeli hati dan jiwanya, dengan menaja lawatan-lawatan oleh para pemimpin yang mengkehendaki pertolongan mereka dalam bentuk undian terutama dalam pemilihan di Mesyuarat Bahagian. Ketua Kampong yang berkuasa dan menyalahgunakan kuasa dengan mengagihkan saham felcra hanya kepada kaum kerabat mereka sahaja. Ini dilaporkan berlaku di Kampong Lata Kasah juga.

Blog N9 TAHAN, sebuah blog pro Pas mengisahkan tentang pemberian kerajaan berupa Lembu-lembu ternakan yang hanya diagihkan sesama kaum keluarga dan sahabat andai mereka sahaja. N9 juga menyentuh tentang lawatan Umrah Ketua-ketua Kampong dalam DUN Tahan.

Blog pro UMNO :patpatsikulipat: juga mengisahkan lawatan Ketua-ketua Kampong dan Ketua-ketua UMNO Cawangan ke Mekah bagi menunaikam Umrah yang ditaja oleh YB ADUN Tahan. Bagaimanapun blog berkenaan juga menceritakan tentang lawatan rombongan Pas ke Ulu Tembeling ketika kampong-kampong berkenaan ketiadaan pemimpin. Maklumlah, bila rumah tiada berpenunggu tentulah pencuri akan dengan berani masuk melulu.

Blog menyegar pula menyuarakan pendapatnya mengenai pandangan rakyat dan persoalan yang sering rakyat bual dan bincangkan selama ini. Keyakinan terhadap UMNO semakin terhakis kerana perbuatan dan tingkahlaku pemimpin-pemimpin UMNO yang semakin jelas kelihatan pada mata mereka. Perbuatan 'membeli' Ketua Kampong dan Katua Cawangan UMNO sangat menyakitkan hati rakyat.

Pandangan saya tentang beberapa DUN dalam Parlimen Jerantut akan jatuh ke pembangkan semakin jelas kelihatan. Pas semakin bersungguh-sungguh mendekati DUN Tahan yang pernah mereka kuasai dahulu. Mereka juga berkeyakinan untuk merampas Parlimen Jerantut tidak lama lagi. Jangan salahkan rakyat dan pengundi jika itu akan berlaku kelak. Salahkanlah para pemimpin UMNO sendiri kerana kegagalan mereka memenangi hati rakyat.

Program Juara Rakyat pun, yang masih menjadi juara hanyalah para pemimpin UMNO sendiri. Peruntukan-peruntukan program hanya menjuarakan orang tertentu dalam UMNO. Mungkin kita boleh tanya pada Al-Kicap kerana harta itu Ahmad Albab yang punya.....hahaha..Ahmad Albab yang punya....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN