Malangnya si sotong itu telah diistiharkan bersara berikutan tamatnya pertandingan bolesepak yang terhebat di planet bumi ini. Mungkin nanti pada 2014, di Brasil akan ada si-ketam, atau si-ikan, atau labi-labi yang mungkin akan menjadi peramal keputusan dalam worldcup berkenaan.
Saya cuma terfikir, jika si-sotong 'paul' itu dapat saya hubungi mungkin saya akan cuba menanya apakah ramalan masa depan UMNO Jerantut. Siapa yang akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen seterusnya akan menjadi Ketua Bahagian Jerantut bagi memantapkan semula UMNO Bahagian yang pada pendapat kebanyakan orang sedang berada ditahap yang sangat lemah ketika ini.
Tanpa si-sotong 'paul' saya terpaksa mananyakan kepada si-tikus yang dinamakan 'bedu' (bukan abang bu dan tidak ada kena mengena lagi dengannya atau sesiapa yang rapat dan mesra dengannya) Menurut ramalan 'bedu' begini;
Bagi kerusi-kerusi DUN adalah seperti berikut;
DUN Tahan, ADUN yang sekarang ini tidak lagi akan dicalonkan kerana beliau lebih berminat untuk kerusi Parlimen. Maka calon yang diramal oleh 'bedu' adalah seorang AJK dari Kuala Tembeling yang pernah menjadi kempen manager kepada seorang calon yang telah bertanding di DUN Tahan.
Diramalkan pemilihannya adalah kerana memberikan pengajaran kepada beliau bahawa didalam UMNO jangan ada pagar makan padi, jangan ada telunjuk lurus kelingking berkait, jangan ada harun makan anak. Jika beliau dicalonkan, UMNO akan kalah dan DUN Tahan akan jatuh kepada pembangkang. Ini satu pengajaran untuk UMNO secara keseluruhannya bagi menyedarkan bahawa UMNO memang busuk hingga ke usus.
DUN Pulau Tawar, ADUNnya juga tidak bertanding lagi kerana beliau sudah tidak mampu naik lebih 'TINGGI' dan merasa bahawa cukuplah setakat ini. Namun beliau akan tetap memberikan sumbangan baktinya kepada rakyat jelata, jasanya akan tetap dikenang. Beliau tetap akan diingat sebagai pahlawan dan orang perjuangan. Kita akan lupakan segala kisah silamnya, itulah penghormatan terbaik untuk beliau. Selepas ini beliau akan boleh dan lebih kerap duduk bersama-sama kita walaupun berdiri tak sama 'TINGGI' dan duduk tak sama 'RENDAH'.
Bagi mengisi tempatnya, KPlah orang yang paling layak. Kerana dalam ribuan manusia kita hanya akan dapat melihatnya, kerana beliau akan kelihatan lebih tinggi dari yang lain, berkat memakai songkok tingginya itu. Kita boleh melupakan kekurangannya sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan 'cahaya yang menerangkan' walaupun beliau masih dalam 'kegelapan' dulu kini dan selamanya. Cuma kata' si-bedu', selalu-selalulah melihat rumput dibumi dan jangan asyik melihat bintang dan mendongak ke langit. Songkok tinggi jaga jangan sampai senget, nanti nampak macam tok selampit.
Bila beliau dicalonkan nanti, UMNO juga akan kalah disini. Ini satu lagi pengajaran untuk pemimpin UMNO bahawa melantik pegawai-pegawai haruslah yang boleh lakukan kerja supaya UMNO terus teguh dan perkasa. Salah satu kelemahan UMNO adalah lemah dari segi penyampian maklumat dan kelemahan perhubungan dengan rakyat. Sepatutnya KP bertanggungjawab dalam memantau blog-blog di Jerantut bahkan bertanggungjawab memastikan ujudnya blog resmi UMNO Bahagian.
DUN Damak, masih MCA punya tetapi' Dato' Ulau Lee' mesti disingkirkan oleh BN sebab orang melayu semua dah benci kerana sikap rasisnya yang hanya menjaga kepentingan bangsa cina dan meminggirkan kepentingan bangsa melayu. MCA BN disini akan kalah, kemenangannya dalam PRU lalu juga sangat tipis sebagai isyarat rakyat sudaah bosan dengan Ulau Lee ini.
3 DUN dalam Parlimen Jerantut nampaknya sudah jatuh kepada pembangkang. MB yang sedia ada sudah tentu menafikan kelemahan kepimpinannya di peringkat negeri. Saya pun lupa nak kata bahawa kita patut juga mengucapkan selamat jalan kepadanya, dia sudah tidak layak duduk dikerusi itu lebih lama lagi.
Kerusi Parlimen? Kata 'si-bedu' dia tak berapa nampak dalam air sirih sama ada YBM Tengku Lan akan dicalonkan atau tidak. Kalau dicalonkan lagi, mungkin masih akan menang walaupun tipis. Kalau tidak, tentu akan berlaku perebutan diantara siapa yang nak jadi calon.
(Bekas) ADUN Tahan meninggalkan DUN Tahan kerana hendakkan kerusi ini, tetapi pemimpin atasan tidak merestui sebab tak hendak memikul beban, macam kata; tak ada beban batu digalas, bahkan mungkin juga tidak mahu mendukung biawak hidup.... Ini bukan kata saya, ini kata 'bedu'si-tikus peramal.
Dalam AJK Bahagian yang ada tidak ramai yang kelihatan layak. SU tidak berminat. Ada juga yang tidak berapa sihat zahir dan batin. Ada juga yang tidak layak kerana masih belum masak. 'Masih belum matang', kata 'godfather'. Yang berangan-angan dan akan mati dalam angan-angan memanglah ramai dan tak terkira.
Kata 'si-bedu', dia baca banyak blog-blog di Jerantut yang kata minta dicalonkan tokoh recycle, 'si-bedu' kata dia tak membantah tapi dia masih belum jelas siapa diantara banyak-banyak yang ada itu akan di recycle semula. Kita ada bekas ADUN Tahan yang sudah otai dan macam pinang kotai. Kita ada 2 bekas Ahli Parlimen, satu anak tempatan dari Ulu Tembeling dan satu calon impot dari Kuala Lipis. Kita juga ada bekas ADUN Pulau tawar. Mereka ini boleh di recycle semula.
Kata 'si-bedu', dia kena telek betul-betul baru nampak jelas dan berwarna warni. Kalau sesiapa nak minta telekkan boleh juga, tapi kenalah bawak 'pengeras'. Kalau setakat datang nak mintak tolong telek tetapi bawak 'pelembik', nak buat apa?. Adapun pengerasnya adalah ayam dara....kalau tak ada ayam dara bawak ayam janda (ayam pencen) pun tak mengapalah, tetapi jangan sesekali-kali bawa anak dara sebab 'si-bedu' ni bukan jenis yang makan 'orang'. Sara? Ishhh! Bedu tak kenal pun siapa dia tu!
Kehkehkeh, 'bedu'...'bedu'! Engkau punya pasal, tenggelam sudah nama 'abang bu'. Kepada pembaca, kalau nak komen, guna password 'bedu', hehe. Kalau tak, hehe....tak akan disiarkan....ini aku punya blog, aku punya sukalah. Password 'sara' dah expired, tak boleh guna lagi. Ingat? 'bedu'....bukan sara....bukan abang bu....hehe
6 comments:
Bedu... bedu... bedu... hehehe.
Om sedak sangat jadi sutong paol yeh. Om tak buleh ke tilek cik gu zali mezoh tu?. hehehe bedu.
Satu komen dari Anon tidak disiarkan sbb tak beri pw bedu..
Bedu,
Salam SPUJ,
Nampaknya SPUJ underestimate AJK Kuala Tembeling Cikgu Zali Mezah. Jika beliau bertanding di DUN Tahan, WZWH dan Dato' Wan Amizan akan pastikan beliau menang.
Zali Mezah adalah bapa saudara sepupu WZWH, sama tarafnya dengan Suran Jaafar Ketua Cawangan UMNO Sg Retang. Keluarga WZWH baik Wan atau bukan Wan akan all out berkempen utk Zali Mezah jika beliau dicalonkan. Ini janji WZWH.
WZWH kecewa SPUJ tidak ada rasa hormat terhadap MB Pahang DS Adnan Yaakob. Kita orang Pahang, UMNO Pahang ada adat dan orang tuanya.WZWH harap SPUJ minta maaf pada YAB MB Pahang DS Adnan Yaakob.
Bedu,
sapa aok nampak? Dun Tahan antara empat orang nih : Ghazali Suliman, Ghazali Hamzah, Wan Shamsuri dan hartini ?
Bedu,
WZWH tidak faham maksud saya. Saya dah katakan bahawa untuk membersihkan UMNO maka UMNO mesti AJK dan ahli-ahli2nya. Jika ada yang bersikap buruk dalam UMNO maka UMNO akan tetap buruk. Sewaktu Arwah Cik Gu Halim jadi calon DUN Tahan, kenapa UMNO Kalah? bulankah kerana adanya petualang didalam UMNO itu sendiri? Mungkin masa tu WZWH masih kecil kerana itulah perlunya belajar sejarah, bukan hanya teknologi semata-mata.
Saya tidak perlu mohon maaf kepada MB kerana saya bukan dari UMB Pahang dan bukan bekerja utk UMB Pahang. Bahkan mungkin MB pun tidak mengikhtiraf saya, justru kenapa saya yang tidak ujud mesti memohon maaf? dan memang saya berpendapat ditidak layak untuk diberikan lagi sokongan bagi menyambung perkhidmatannya. Pendapat saya adalah hak saya.
Bedu..
Tak habis..habis... budo WZWH nih... betul lah orang bkateq septik tank. Budo..budo.. budo..
Post a Comment