CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label berita kampus. Show all posts
Showing posts with label berita kampus. Show all posts

11 October 2009

Alhamdulillah




Assalamualaikum

Kejap lagi lepas zohor akan bertolak ke Kuala Lumpur. Hmm..baru je last week pergi KL. Nak kena pergi lagi. Malas betul! Malas? Ada ke orang malas nak pergi konvo? huhu. Aku rasa perasaan nak attend konvo ni tak dapat lawan rasa happy aku masa punggah barang2 bawak masuk dalam kereta abah masa last day kat UIAM tu.. Entah mengapa. Not really excited..
Pre-Convo

Minggu lepas pergi kampus, ambil robe. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Walaupun aku dan Izzah tak bawa slip robe tu, tapi bisa diatur..Ada je slip tu kat tepi hall tu:) Pergi khamis malam, sampai dalam 4am di UIA. Lepas tu terus tidur sekejap dalam 2jam. Check in kat bilik Dinda Teha. Thank you tau! Hadiahnya, buli sekejap. hehehe..

8.45pagi terus menapak ke CAC, ambil robe, makan, bergambar, berchit chat.. :) 12pm, kami ke Greenwood, menanti kehadiran Abg Trans. Tq geng yang tolong hantarkan kami :) Jasa anda tak akan dibalas. hahaha Gurau jek! Sampai rumah dalam 6petang, aku rest sekejap. Lepas maghrib, aku tolong mak kat kedai serba sedikit..

Convo!

Hari ni inshaAllah mak, abah, wan dan adik2 ku akan meraikan aku. Namapun rai kan, jadi mesti bagi sesuatu hehehe.. Dari rumah lagi dah remind setiap orang mesti bagi hadiah! haha teruk betullah! Abang dan kak ipar tak dapat ikut serta. Sedih jugak. Tak kesampaian hajat nak bergambar penuh 1 family :( :( Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Kak ipar aku tak berapa sihat lately.. Maklumlah berbadan dua ni.

Apapun, aku harap segalanya berjalan lancar. Syukur ke hadrat Allah. Aku tak sangka sebenarnya aku dapat masuk UIA ni. Nak masuk form 6 dulu pun aku ingat aku tak lepas. Yelah, keputusan tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan geng2 SHAMS yang lain. 2 bulan aku tak pergi sekolah masa form5, jenuh jugak nak catch up tu. Tapi aku usaha setakat aku mampu dan peluang yang ada. Selebihnya, aku bertawakal penuh harapan. Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Allah yang beri:) Alhamdulillah. Tamat sudah akhirnya usaha untuk mendapatkan segulung ijazah...Next???

06 May 2009

Aktif

Assalamualaikum.

Cabaran


Alhamdulillah, semalam dah start kelas Population and Society. Masuk je kelas, muka-muka familiar je belaka. Maklumlah, kami batch akhir yang guna study plan 043... Jadi yang regist course tu semestinya geng-geng satu bacth belaka.. hehe. Generasi sekarang dah tak guna dah study plan ni. Mereka ada study plan tersendiri yang lebih sistematik, bombastik dan semua yang tik tik.. hehe. Sebab bila aku belek-belek study plan depa, bestlah, siap ada specialized lagi after majoring SOCA (Sociology and Anthroplogy). Semua ada practicum. Baguslah. Macam batch aku ni, terpulang kepada student. Kalau tak nak ambil, kena ambil another 2 subjects. Ramai pilih 2 subjek tu sebab senang, tak payah susah-susah nak prepare and hadapi prosedur untuk praktikal.. Tapi tetap merasa dunia luar beberapa ketika sebab ada sesetengah subjek yang ada fieldwork. Macam aku sendiri, alhamdulillah berpeluang buat fieldwork kat penempatan Orang Asli di Perak, Raudhatus Sakinah di Sg. Buloh, Asrama Sentosa di Sentul dan Sekolah Henry Gurney Melaka. Semuanya memberikan pengalaman dan ilmu yang amat berharga. Tak dapat dilupakan!

Berdebar-debar plak nak pergi kelas esok. Kenapa? Huuhuhu.. Sebabnya kelas kali ni, madam dah buat on-going participation mark and exercise.. Makanya, kami tak akan mengadap Midterm exam lah. Tapi kami kena betul-betul aktif involve dalam kelas. Setiap perbincangan, persoalan dan apa saja, kalau ia bernas, madam akan bagi marks. Kalau tak, cakap kosong jelah. No marks. huhu... Tahu berapa markahnya? 20markah! Wawawa.. Aku sanggup lagi buat assignment.. huhu. Bukan tak suka nak bercakap dalam kelas, tapi kalau sampai kena berebut-rebut, yang ni nak cakap, yang tu nak cakap, aku kureng sikit bab-bab ni.. selalu biarkan aje orang bercakap. Bagi peluang kat orang lain la kononnya.. Lepas tu depa yang dapat markah dan aku, terkebil-kebil cuma..

Apapun, segalanya mesti ditempuhi, nak tak nak, itulah ujian belajar. Doakanlah aku dapat participate dengan sebaik mungkin. Rasa tercabar betul kali ni... Sebab hanya isi yang bernas madam bagi markah. Kalau cakap kosong, 0 la dapat hehehe...

Walimah


Bulan mei dan jun agak banyak walimah yang mesti dihadiri. Tapi rasa macam tak mampupun ada. Apatah lagi aku dah mengajar tuisyen setiap hari Sabtu. Jadi.....macam mana nak attend kenduri sahabat-sahabat? huhuhu...

9.5.09 Kenduri Kak Dayah~ Temerloh
15.5.09 Akad nikah AbangLong dan Kak AC~ Kelantan
30.5.09 Kenduri Abang Tengku~ Terengganu
5.6.09 Kenduri Hidayah Rahmat~ Selangor
5.6.09 Kenduri Kak AC~ Kelantan
6.6.09 Kenduri AbangLong~ Kelantan
13.6.09 Kenduri Muakhahku..Kak Timah~ Kedah

Siapa lagi nak tambah??? hehehe..
Moga-moga Allah beri aku ruang, kesempatan , kekuatan dan kemurahan rezeki untuk hadir hari bermakna sahabat-sahabat. Andaikata wajahku tak muncul-muncul tu, jangan marah ye. Itu sememangnya tidak disengajakan.. huhu..

Buat Kak Dayah dan suaminya, selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga tenang selalu dengan setiap dugaan dan keadaan di alam rumahtangga :) Jadi isteri yang terbaik ye buat suamimu ♥ hehe~ Mohon maaf tak dapat pergi kenduri hari tu. Saya demam la kak... wuhuuu~

23 January 2009

PRO-M MENANG BERGAYA!

Wajah-wajah kesyukuran, keriangan, keharuan..eh betul ke keharuan ni? Terharu sebenarnya..huhu.. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Tak tahu nak katalah perasaan masa menunggu keputusan. Otw pergi experimental hall, aku cakap kat Ila & Ummi, aku tak ada perasaan apa-apa sekarang ni...Ternampak plak paknye duk kat luar. Termenung. Mesti dia lagi berdebar agaknya... Aku berlalu masuk ke hall. Masa nak announce result tu, first kerusi AIKOL..fuh...Brader kat belakang duk cakap 'kerusi panas! kerusi panas!' Aku ni 'kesejukan' gementar duk atas kerusi ni.. Perut mula rasa sebu semacam...huhu... Berlinang air mata tatkala mengetahui Pro-M menang walaupun baru 1st kerusi diumumkan.. huhuhu..... Tak sangka kita menang.....

Keputusan Penuh
GOMBAK CAMPUS

KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES

AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ -590 VOTES

KULLIYYAH OF ENGINEERING
NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
SHAZWANI – 724 VOTES
ZATIL – 2060 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)


Apalah perasaan menjadi calon ye? tak pernah rasa.. sahabat se sekolah aku, 'Alyaa, Hayyi.. pernahlah merasa..kali ni still ada wakil Ex-SHAMS jadi SRC, Kamarol! hehe..mulalah nak bangga ni!

Saat-saat penggerak jentera terasa sangat ringan 'dibahu' sebab dah tak ada 'batu besar' nak kena usung semalam, mesti calon-calon plak rasa bedebuk batu jatuh atas bahu..Mungkin atas seluruh tubuh badan... huhu.. Amanah besar mula digalas. Banyak perngorbanan yang dituntut nanti.. huhu.. Apapun, kita yang telah bersusah payah berusaha memenangkan calon kita, teruslah bersemangat juga membantu mereka MENGISI KEMENANGAN ini. Bagi aku mudah je nak tolong, terus ambil form COMMITTEE SRC dan ISI bila ada buka booth nanti. Tolong secara direct ni lagi mudah! Tak yah la malu-malu nak naik ofis SRC yang tinggi dipuncak awan.. hehe..(aku sebenarnya yang malu sangat nak masuk tu..tak tahu kenapa..tapi lama-lama, banyak kali masuk, tak malu dah la..)

Ok, nak gi GIANT ni..nak cari hadiah untuk pengantin:) Once again, TAHNIAH SEMUA! :)

22 January 2009

Sementara menanti result PRK

Dah 4.30petang. Setengah jam lagi Polling Station tutup. Mengantuk dah aku tercongok kat tepi Soca Lab. Aku bertugas dari jam 8.30pagi-10pagi. Bila adik-adik dah datang, terus aku cabut. Pergi mana? Pergi qadha' tidur. hahaha teruk betul! Hajatnya balik tadi nak prepare untuk presentation kelas Social Change petang ni.. Tapi tiba-tiba sangat sakit gigi huhu... Sepatutnya aku buat rawatan akar setahun lalu. Tapi aku tangguh(ignore sebenarnya) memandangkan kos agak yang agak tinggi. Apatah lagi waktu tu aku dah belanjakan hampir 500 untuk pembedahan gusi, rawatan akar, tampal dan lain-lain. huhu... hanya kerana 2 batang gigi yang sakit, sebanyak itu ku lihat duitku 'terbang melayang' huhu... Tapi mak marah sangat kalau cakap macam ni! mak kata kalau dah sakit, biarlah habis duit banyak manapun. Asalkan kita sihat.. Mak, sakit gigi datang semula ni! huhu... Aku tetap pergi kelas social change jam 2petang tanpa sebarang persediaan. Sakit sangat... Tak larat nak baca. Alhamdulillah, madam Pute kata kelas terpaksa cancel madam ada kerja penting. Silakan madam..Jangan serba salah nak cancel kelas hehehe...

Semalam aku berkempen bagi pihak temanku di KAED. hm..Kempen kali ni personally aku tak rasa kemeriahannya. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab student KAED tak ramai stay kat bilik time aku pergi. Depa ada HALAQAH kata roomates depa. Tapi mana yang aku dapat jumpa dan bagi cenderamata tu, sangatlah terharu mereka dibuatnya. Sampai tanya "Betul ke nak bagi kat saya ni? Untuk saya ke?" Lantas roomates yang kos lain merasa cemburu. hehehe... Nak bagi juga ke kalau kos lain? Huhu sayangla.... Sorry yep!

Kejap lagi dapat tahu result election! dup dap dup dap.... Tapi kita tawakal sajalah kan. Menang kalah memang adat. Tapi bila menang, ada petandanya. Bila kalahpun begitu. Dua-dua punyai HIKMAH yang Allah nak ajarkan pada kita. Teruskan saja pengharapan pada Allah. Apa yang akan diumumkan nanti, itulah yang terbaik buat kita! bismillahitawakkal alallah walahaulawalaquwwata illa billahil aliiyilazim... hasbunallahu wani'mal wakil...

Ikutkan hati nak balik terus malam ni! Nak balik Terengganu. Tapi...apakan daya. Mana ada tiket! Esok malam inshaAllah pergi Kelantan.. hmmm.... semangat nak ke Kelantan tak berapa wujud plak sekarang ni. Entahlah, mungkin sahabat2 senegeriku tak ikut sama, jadi tak semangat mana..huhu.. Tapi bila fikir balik, biarlah, bukan selalu ada peluang macam ni. Pergi rombongan kahwin ramai-ramai naik bas dari kampus! nanti dah grad, mesti rindukan saat2 begini.. Daripiada aku kempunan, baik aku pergi je! Aja! Aja! (nak pergi kelantanpun nak kena push semangat..hehehe malas nak berjalan jauh senarnya dan sangat homesick... :( )

20 January 2009

Gelombang PRK

Assalamualaikum.
Salam Pilihan Raya Kampus!

PRK dah mula. akupun dah mula jadi burung hantu semula. macam tahu-tahu je penyakit ni PRK dah mula. Sebenarnya dah pulih hari tu. tapi semenjak 3 4 hari nak berpilihan raya ni, dia dah datang semula. setiap malam walau penat macam mana sekalipun, tetap payah nak lelapkan mata. mulalah berjaga sampai jam 4 5 pagi. sunyi sepi waktu tu. rasa nak lepak luar bilik, nak duk tengah court, nak hirup udara paling segar! waktu nilah! tapi nanti terserempak dengan pak gad/ mak gad, pelik plak nanti hehe... kang ada kena bawak pergi 'hospital mental' hehe.

Apapun, aku mengharapkan PRK kali ini berjalan dengan baik. adil. saksama. telus. benar. dan semualah yang positive! Geng-geng yang rancak berkempen juga, aku mengharapkan semangat mereka berterusan! aku mengharapakan kesihatan mereka terjaga. aku mengharapkan mereka tak ponteng kelas(termasuk juga aku). tunjukkan kebijaksanaan kita dalam membahagikan masa time PRK ni. Jangan kerana PRK, nama baik kita tercemar sebab 'selalu' ponteng without MC, tak submit assignment, tak buat presentation dan sebagainya. ingat, jaga nama baik kita :) kekalkan rekod bersih yang ada hehe. Lagipun ni awal sem.... Moga-moga usaha geng-geng semua sebelum dan semasa PRK ini dikira jihad di sisi Allah. Aameen.

** Tak sabar nak tunggu hari Khamis!
**Jumaat inshaAllah akan ke Kelantan Darul Naim!
** Sabtu inshaAllah akan berada di HOME SWEET HOME! BAITI JANNATI hehe..

Salam PRK sekali lagi,
22 JANUARI 2009~ ELECTION!
Gambar kenangan PRK 07/08 :)



19 January 2009

Terima kasih Cikgu Lama anak beranak :)

Oh... sungguh aku terharu semalam hingga menitiskan air mata... siap teresak-esak lagi. kes terharu + lama tak menangis sebenarnya + melepaskan stress yang melanda. Hehe buruk benor orang 'tua' nangis. Semalam aku online kat musollah Asma'. Aku memang buka blog aku. Sekali bila aku balik bilik, aku on laptop semula, aku tak close blog aku masa online kat Asma' tadi..Tiba-tiba aku nampak cikgu lama update blog. Aku nampak gambar kecil. Aku nampak tajuk postingnya. Eh, untuk aku tu! tapi kat bilik aku tak dapat online. Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Takkan nak pergi online kat tv room mahallah time ni. Bahayalah.... Jadi aku paksa diri tidur dan bersabar untuk melihat apakah yang ummi 'lakukan' untuk aku... huhu... Aku tak sangka menerima 'hadiah bermakna' sebab sudah sebulan cikgu lama tiada sebarang coretan di blognya. Ku bayangkan pasti cikgu lama sangat busy. Tapi bila tengok kemunculan postingnya ditujukan untuk aku itu......... ;=(
Terima kasih ummi!

Just wanna be the last to wish u happy 24th birthday. may Allah bless each second of your life (; (kak cik)

**Sekarang nomination sedang berlangsung! Moga-moga Allah permudahkan! InshaAllah malam ni kita start kempen:)

16 January 2009

Lain kita rancang, lain yang jadi.

Sms seorang anak perempuan kepada Abahandanya:

Abah ada kat ni? uia cuti esk. kes air x de


otw mlaka. ok la tu.. Gaza xde mkn

betul 2! Allah uji kta skt baru...

so far m'sia d best place


Aku reply mms kat abah yang ada suara Upin Ipin kata ''betul betul betul...aaa...manyak betul..aaa" Kampus ketiadaan air kes accident lori tangki minyak kelapa sawit. Bila dapat tahu kena simpan air malam tu, hati sedikit gelisah.. malasnya nak tadah air, nak angkut air, lecehnya.... tapi alhamdulillah, mahallah aku tetap ada air seperti biasa. cuma semalam je air stop dalam waktu isya', bangun pagi tadi tengok air dah ada semula. Alhamdulillah. Air yang kami warga Safiyyah simpanpun kami guna sikit cuma. walaupun air dah ada hari ni, kampus tetap cuti. Dah isytihar cuti semalam. Tapi kalau kampus tak isytihar cutipun, aku memang cutipun.. Dah tak ada kelas hari Jumaat. Eh, ada kelas ganti Miss Aldila lah! Tapi dah isytihar cuti tu......so cancel jugalah kelas tu! yeeehaaaa!

Selepas pengumuman Jumaat cuti, dapat lagi satu pengumuman! Campus Election tunda hari Khamis depan. 22hb. sepatutnya Isnin ni dah, 19hb. Hari ni 16hb nomination. Tapi sekarang ni, Isnin ni 19hb nomination, election Khamis 22hb. Hmm... hari minggu yang dibayangkan sangat busy, akhirnya jadi tak tahu nak buat apa. Serius! hari ni jadi buntu nak buat apa. Kes PRK tunda lagi.Tapi bila difikirkan balik, ada hikmah semua tu. Bolehlah aku promote kawan aku kat kuliyyah. Tak payah susah payah pergi Mahallah yang confirm tak ada orang sangat. huhu... Allah dah rancang macam tu untuk kita...kita merancang juga, tapi akhirnya itu yang berlaku. pastu ada BAIKNYA! Akupun awal-awal lagi dah settle kerja sekolah, kemas apa yang patut, semuanya gara-gara nak hadapi weekend yang digambarkan busy itu. Tapi akhirnya, tak busy sangatpun. hehehe. Kelakar plak bila difikirkan balik. Jadi, NAK BUAT APA CUTI NI???

Kalau tahu PRK tunda, awal2 lagi aku beli tiket balik Terengganu. Boleh tengok suasana Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu esok! 17Januari 2008. Duk kampus ni, tak rasa mana bahang PRK KT tu... Apapun, doa terus dipohon moga-moga kemenangan berpihak kepada pemimpin yang ikhlas. Pemimpin yang berjuang kerana asasnya adalah Allah semata.Ingat pesan Ayah Cik, "Amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin. Ianya amanah kepada rakyat Terengganu untuk memilih pemimpin yang tepat". So buat semua pengundi, sebaik-baiknya lakukan istikharah jika ragu-ragu hendak memilih mana satu bakal pemimpin yang selayaknya. Biasalah, sekarang ni macam-macam isu ada. TV ni cakap macam ni, paper ni cakap macam tu.Kita selaku 'pemerhati' pun confuse juga kadang-kadang. Semoga undian kita nanti berasas dan jelas. Bukan sesuka hati pangkah je. Bukankah apa yang kita lakukan hari ini, semalam dan akan datang segalanya akan dipersoalkan 'kelak'? Aku ingatkan diri aku terlebih dahulu sebenarnya. Sekalipun aku tak mengundi kali ni. Aku orang Kemaman! hehe

IKLAN! JOM BOIKOT !




10 January 2009

DEMO PALESTIN SELURUH MAHASISWA MALAYSIA




Persiapan demo.

di LRT Putra.

Kami tiba awal di KLCC. Masih sempat bergambar bersama sakura nun jauh dibelakang.

Juga masih sempat untuk membuat'mayat anak kecil' yang telah dikafankan.

Palestin.....kami hanya mampu berdoa dari jauh...

Demo bermula usai solat jumaat di masjid As-Syakirin.

Mahasiswa seluruh negara berhimpun.

Saat berarak dalam setengah jam lebih ke Kedutaan Mesir. Masih mampu mengukir senyuman sekalipin kaki sangat penat dan diri bermandi peluh.


Abang2 pekerja juga menyertai demonstrasi kami. Bagus!

Di hadapan Kedutaan Mesir. Mengapa kami berdemo di sini? Rujuk di sini.

Pelbagai latar belakang...namun semua bersatu demi PALESTIN!

Bonde dan anak-anaknya: Nad, Farhan, Ku, Ummi, Kak Ainon, Dekda, Little, Ila, Bik 101, Izzah.
Demo dah tamat. Alhamdulillah, semua masih mampu bertahan dan gembira kerana urusan ini telah dimudahkan Allah. Terima kasih pakcik2 polis yang memberikan kerjasama kepada kami.


Semua mahasiswa kembali ke kampus masing2.

Aaarrghhh.. leganya dapat minum. Macam2 jenis minuman ada...lihatlah! :p

Yang ni penat sangat ni tapi tetap menyumbat makanan. :)

Menunggu LRT untuk kembali ke kampus. Sekalipun sangat penat dan bermandi peluh, tapi apalah sangat nak dibandingkan dengan perjuangan umat Islam di Palestin. Kita hanya bermandi peluh, berkorban tenaga tetapi mereka bermandi darah, berkorban nyawa.

07 January 2009

Masalah CABARAN bukan BEBAN

Assalamualaikum.
MasyaAllah dapat juga aku jenguk blog hari ni. Haisshh..semput rasa. Aku terpaksa masuk cc memandangkan ada masalah unutk online wireless. Depa duk upgrade system kot.

Btw, sepanjang 4 hari tak update ni, banyak sekali perkara yang berlaku.

Isnin:
Aku sempat ke PASTI Ilmi di Bandar Baru Selayang. Sahabatku kak Ainon dihantar di PASTI di Ampang. 7.30pagi kami dah tercongok kat 'tangga besar' kampus. Wah, seronok rasa dapat melayan budak-budak. Umur sekitar 4,5,6 tahun. Memang best! Rasa macam pergi buat terapi plak. Yelah, tengah keserabutan otak ni elok juga dapat bermanja mesra dengan budak. Eh, budak-budak yang bermanja dengan Cikgu 'Ain! hehe.

"cikgu, kita tak pandai pakai seluar..."
"cikgu, butang baju kita dah cabut..."
"cikgu, dia ketuk kepala kita.."
"cikgu, dia tak bagi kita makan kek tu.."
"cikgu, air tumpah..."
"cikgu, air tumpah lagi...."

Cikgu...itu...cikgu...ini...Mungkin sebab aku berada di sana hanya sejam lebih, jadi aku taklah rasa penat sangat melayan budak-budak ni. Kalau berhari-hari macam tu, hehe... Tak tahu nak cakap maa..'fenin' juga! Sah tak boleh jadi cikgu tadika aku ni. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi, belum cuba belum tahu kan. Tu baru pergi sejam lebih. Alhamdulillah murah rezeki aku hari tu, Pengarah PASTI bagi aku gaji hari. Huhu..banyak jugaklah, terharu ada, tak sampai hati nak ambilpun ada.. Tapi, rezekikan tak boleh kita tolak :)

Selasa:
Hari yang full dari pagi sampi ke pagi semula. Aku ditugaskan membuat poster, melakar banner, dan lain-lain lagi. Kelas? Ya, aku tetap pergi dan mesti pergi. itukan core-bussiness dikampus ni. Menuntut ilmu! Malangnya, dah kalut pergi kelas, kelas ditukarkan tarikh dan masa. Aaarrrgghhhh!!!! Rasa nak tendang je pintu yang tertera notis tu! Tapi, jauhi vandalism! huhu. Masa kelas tersebut bertembung dengan subjek lain. Sekarang memang masih dalam tempoh drop subjek. Tapi add??? huhu... Geram juga di saat-saat begini, dah 3rd week belajar, datang masalah macam ni. Subjek apa lagi yang boleh aku ambil? Apa prosedurnya? Dengan siapa harus aku jumpa? Masihkah wajar untuk add subjek lain memandangkan student lain dah belajar 3 minggu? huhuhu... Aku tak suka betul benda-benda macam ni. Walaupun mungkin tak rumit sebenarnya, tapi aku tak suka birokrasi. huhuhu... Aku harus hadapinya juga. Ingatkan diri sendiri, masalah bukan beban, tapi cabaran!

Malamnya Akuz adik aku datang juga. Kami lepak di HS Cafe. nak lepak dalam kelas sebenarnya, tapi bimbang pak guard marah kami. tahu jelah kami ni dah berapa kali kena sound di pak guard. depa ingat kami dating! kami adik beradik! walaupun suasan di HS Cafe sangat hiruk pikuk mengalahkan pasar, kami bertahan jua. rasa nak sumbat je mulut student yang duk gelak besar tu dengan roti canai kami!! :(

Alhamdulillah dapatlah bantu dia untuk persiapan final exam esok. kali ni bukan setakat perah otak, tapi mata, suara, tenaga...semua guna secara total. Adik aku minta tolong aku translate nota-nota english dia. semua berkait dengan sejarah Art and Design...Ayyoyo.. Best of luck to you Akuz!

Ok lah, dah nk masuk zohor ni, kita jumpa lgi lain kali ya! Jaga diri semua. Jemput juga ke:

03 January 2009

Gambar menyusul.

Ini saja beberapa gambar terpilih yang sempat saya snap. Nak lagi kena cari cameragirl hari tersebutlah :)





Persiapan pada malam sebelum Demo.



Gambar selingan. Lepas demo... :)

30 August 2008

3 BUAH KERETA POLIS HALANG MAHASISWA BANTAH KONSERT

29 Ogos 2008, Kuala Lumpur : Hampir 100 orang mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang berhimpun secara aman selepas Solat Jumaat di Masjid Negara tidak mempedulikan ‘gangguan’ polis Bukit Aman yang cuba menghalang himpunan membantah pemberian ‘permit’ oleh Jemaah Menteri Malaysia kepada terhadap kehadiran artis penuh kontroversi, Avril Lavigne walaupun ia telah mahu dibatalkan oleh pihak Jawatankuasa Permohonan Artis Luar (PUSPAL), Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KPKKW) sendiri.

Himpunan itu diadakan juga untuk memberi peringatan dan menasihati kerajaan Malaysia sekiranya konsert yang dijadualkan pada malam tersebut (29 Ogos) tidak memenuhi syarat-syarat yang telah diletakkan oleh kerajaan sendiri ketika meluluskan konsert ini, seluruh mahasiswa Islam di seluruh negara tidak akan teragak-agak untuk mengadakan demontrasi aman membantah tindakan kabinet yang telah meluluskan konsert tersebut ketika umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan dan bulan Kemerdekaan.

Ketua Lajnah Dakwah GAMIS selaku Pengerusi demontrasi aman itu, saudara Yusri ketika ditemui menyatakan rasa hairannya dengan sikap double standard polis ‘pengacau’ yang dilihat begitu ghairah untuk menyekat kebebasan bersuara mahasiswa selepas segenap cara perundingan dan diplomasi telah dilakukan mengikut prosedur oleh GAMIS. “Kami bukan pengganas. Kami mahasiswa yang bertindak berdasarkan ilmu, ambil inisiatif nak jaga negara ni dari penjajahan minda. Kenapa kami yang tak sampai 100 orang berhimpun nak cegah mungkar dihalang sedangkan 5000 mahasiswa UITM yang berhimpun untuk protes cadangan MB Selangor tanpa melalui proses dialog terlebih dahulu dengan beliau, tidak pula polis halang. Inikah gambaran yang akan berlaku selepas AUKU dipinda nanti ? Double standard !!! ” ujarnya.

Saudara Hilmi Khusairi ketika memberikan ucapan di hadapan Masjid Negara tersebut menyatakan dengan tegas bahawa Malaysia belum benar-benar ‘merdeka’ sekiranya agenda ‘pembaratan’ pemikiran (taghribul-fikri) ini masih dibiarkan berleluasa oleh kerajaan ketika anak-anak muda Melayu-Muslim semakin bertambah jumlah yang terbabit dengan masalah sosial, pergaulan bebas, perzinaan dan kes-kes jenayah berat yang menyebabkan mereka menjadi penghuni terbesar di penjara. Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kandungan khutbah Imam Masjid Negara petang tersebut yang menyeru supaya sidang jamaah meninggalkan perzinaan, pergaulan bebas dan tidak menutup aurat seakan tidak ‘disambut’ baik oleh kerajaan sendiri apabila artis yang menjadi icon pergaulan bebas, tatu, merokok, suka memberikan isyarat lucah dan mencarut seperti Avril Lavigne yang dipanggil ke Malaysia.

Saudari Rafidahjannah ketika ditemui membidas tindakan pihak polis mengganggu perjalanan perarakan mahasiswa secara aman di jalanraya dengan hujah kononnya mahasiswa perlu mengambil pendekatan berbincang terlebih dahulu dengan pihak-pihak yang terbabit. “Kami telah pergi berjumpa dengan wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur sendiri di DBKL. Kami telah pergi berbincang selama hampir sejam dengan pihak PUSPAL sendiri. Namun hasilnya Jemaah Menteri sendiri yang membenarkan konsert membabitkan artis yang dilihat tidak ada sedikitpun nilai positif dan berakhlak yang boleh diambil contoh oleh anak-anak remaja. Apa lagi salah kami dengan cara terakhir yang mampu kami lakukan ini ? “, katanya.

sumber:
www.gamisdaily.com/blog

lihat juga:
www.harakahdaily.net/

25 August 2008

BENAR-BENAR TERISI

Hari minggu yang dah berlalu, terasa sangatlah padat dan benar-benar terisi. Bermula subuh, diri ini tak henti-henti mengaktifkan diri. Aktifkan dirimu! Macam tagline maxis plak. Pagi sabtu dan ahad, dalam 8.30pagi aku dah merempit seorang diri ke institut memandu. Memang tak boleh bawa pemboncenglah dah akupun baru lessen L motor (ce..ce..tiba-tiba je mematuhi undang-undang jalan raya hehe.. padahal memang kena pergi sorangpun sebab Teha ada program sempena CONVEST) . Alhamdulillah, hari pertama pergi belajar motor, pergi pusat memandu sendiri, aku rasa oklah. Rasa jauh sangatpun ada bila bawa motor pergi sana. Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan dan Allah lindungi. Alhamdulillah. Hari kedua pergi, aku terlewat sikit. Dahla pergi tak pakai helmet. Motorpun aku pinjam. Helmet lagilah pinjam hehe. Tapi semalam helmet kawanku basah dek hujan. Jadi nak tak nak, redah je! Sampai skem, minyak habis. Hmm..macam mana nak pergi isi minyak kat Petronas tu tapi tak ada helmet? Mujurlah cikgu aku ada bawa helmet. Bolehlah aku pinjam seketika. Terima kasih cikgu.

Balik belajar motor, pergi beli barang-barang untuk sediakan air bagi parent masa konvo nanti. Tumpang Ku dan Kak Ha ke pasar borong Selayang dan Greenwood. Lepas tu aku dan sahabat-sahabat berkerjasama mengecat banner untuk wish kepada semua graduan UIAM. Khas dari SRC dan Ma’ruf Club. Best! Sebab rasa enjoy je bila bermain dengan warna. Jaga stall convest seketika cuma. Itupun selepas maghrib. Pelangganpun tak ramai lagi waktu tu. Jadi tak perlulah nak bermanis muka sangat kat stall tu. Badanpun dah letih sebab tahap kesihatan tak berapa memuaskan sepanjang mingguni. Bermula dengan sakit perut, demam, sakit mata dan latest, batuk….huhu. hapuskan dosaku ya Allah…Jumpa ‘Alyaa pun sekejap je. Kesian alyaa.. tak puas shopping lagi ya hehe.

Selalu macam nilah, bila minggu nak balik, mesti jadual harian sangat sibuk. Sehinggakan di saat-saat nak balik tu, ada lagi kerja-kerja yang terpaksa ditanggungkan selepas cuti. Ya, cuti memang betul-betul cuti. Buku dan nota tak bawa balik, kerja-kerja semua tinggal! Kita enjoy…! kata putri. Hehe..

Khas buat Abang Aby aka Abqari, mohon maaf sebab tak sama-sama sambut hari bersejarah dalam hidupmu....Sabtu- student KAED konvo! mesti Mak Ngah tertanya-tanya kenapa dak 'Ain tak muncul tiba. Macam mana la boleh tak teringat langsung yang aku ada sepupu yang juga konvo tahun ini huhuhu. sangat sedih! sibuk sampai...... huhu...maaf ya Abang Aby... Nanti 'Ain konvo jangan balas dendam plak tau! :(


Buat Ummi aka Rafidah & Shawal, selamat menempuh alam kerjaya..eh, Shawal belum lagi. Dia masih 1st year student! haha.. Kalau lecturer tak masuk, bolehla kita bergambar ramai2 kul 12 nanti :)

22 August 2008

COUNTDOWN

21/8/08-
OPENING CEREMONY OF CONVEST 2008 ( dah gi dah..:)
22/8/08-
CAREER TALK- cancel last minute atas faktor kematian salah seorang kaum keluarga speaker. AL-Fatihah.
23/8/08-
STUDENT LEADERS CONVENTION 2008
BELAJAR MOTOR
KELAS KHAT II
DATING DENGAN ADIK
DATING DENGAN 'ALYAA N IZZAH.
JAGA STALL CONVEST
24/8/08-
BELAJAR MOTOR LAGI
WELFARE-
UNTUK IBU BAPA DAN GRADUAN.( best! tak sabar nak beramah mesra dengan ibu bapa yang hadir)
25/8/08-
ANTI- CORRUPTION SECRETARIAT SHORT VIDEO COMPETITION
26/8/08-
LAST BELAJAR MOTOR
FORUM PERDANA EHWAL ISLAM ( mesti pergi)
27/8/08-
TEST MOTOR (berdebar jugak....)
ISLAMIC MEGA PERFORMANCES (dah beli tiket dah:)
28/8/08-
MOCK TRIAL 2008 (duk fikir lagi nak gi ke tak. tengok keadaan.)
29/8/08-
PRESENT EAP
PRESENT CMS
CERAMAH AUKU! (nak gi!)
ACARA KEMUNCAK--> BALIK TERENGGANU!!! HOME SWEET HOME! :)

11 August 2008

Hidup penuh warna

10 Ogos 2008
Belajar untuk ulangan ujian.
Aku harap ini adalah hari terakhir aku belajar kereta. Ya Allah, perkenankanlah. Agak teruk performance kurasakan. Langgar tiang masa last turn parking, enjin asyik mati, naik bukitpun salah masuk gear 3. Huhu teruk betul. Pening cikgu aku agaknya.. kesian.. dah la aku ni student terakhir. Mesti cikgupun dah hilang daya. Start dalam pukul 7pm habis dalam 7.45pm. Berhenti, terus pergi menunaikan kewajipan seorang Muslim. Dah kosong rupanya tempat belajar kereta tu. Tak ada orang dah.. yang ada anjing-anjing berkeliaran.ee…

Wireless.
Mungkin ramai dah student kampus ni dah menikmati nikmat yang dinantikan selama ini. Online di bilik! Yeke? Tapi aku tak berpeluangpun lagi merasai nikmat tersebut. Pagi tadi masuk cc 1jam. RM 2 kena bayar. Tapi kerja yang aku nak uruskan secepat mungkin langsung tak dapat diselesaikan. Lembap bangat! Huhu.. akhirnya aku minta tolong sahabat yang sedang online untuk publishkan satu artikel di salah satu blog. Hmm… nasib..nasib.. ke nak pakai broadband??? Aku try juga online berdekatan dengan ofis mahallah. Dah orang lain elok je dapat online. Tapi aku? Still tak dapat…mengapakah….

Minat & hobi
Apa hobi aku sebenarnya? Hobi sesuatu yang kita gemari dan kita lakukan di waktu lapang. Tapi bila masa lapangnya?huhu… Alhamdulillah bila ambil skill khat II, dapatlah aku memperuntukkan sedikit masa untuk menjayakan hobiku! Suka bangat dapat buat semua ni.. lama dah tak enjoy main benda-benda gini…









actually tak siappun lagi ni. bordernya hajat nak tampal2 kulit kayu manis. tapi bila plak nak gi pasar beli benda alah tu..hehe..

25 July 2008

j.o.l

JOURNEY OF LIFE- MA'RUF CLUB 07/08

antara hasil teamwork yang paling kreatif and kemas:)

nak autograf saya ke? hehehe..ni sesi soal jawab kuiz sebelum ke checkpoint seterusnya daa..

dah sampai ke penghujung..penat dan lapar huhu...

alhamdulillah aku selamat mendaki huhu. kasut dah haus. takut tergelincir weh. sape nak sambut??!

di terowong ini ukhuwwah bersemi..ecece..

adik-adik 1st year yang bersemangat ikuti xpdc ni.

subhanallah....
menikmati jacker sebagai sarapan pagi sebelum xpdc...


Hmm..dari mana nak mula ye? Oklah, ahad lepas aku join ma’ruf club-ekspedisi ke sungai pisang atau nama formalnya JOURNEY OF LIFE. Aku jadi comiti. Jaga checkpoint je. Tapi jadi komiti ke, peserta ke, sama je! Semua penat! Huhu. Ni sebenarnya 1st time aku pergi sungai ni selama hampir 4 tahun bermukim di sini hehe. Best! Paling suka sebab dapat hayati keindahan alam ciptaanNYA. Damai hati. Tenang fikiran. Hilang seketika segala kekusutan!

.I ♥ Khat.





Grab A Button