CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

Showing posts with label Felt Craft. Show all posts
Showing posts with label Felt Craft. Show all posts

16 April 2011

Pencil toppers

Assalamualaikum kawan-kawan:)

1.50pagi.

Oh, mataku sangat segar bugar pagi ini. Pagilah kan.... huhu~ Jumaat ni macam biasa tolong mak di kedai. Orang lain mungkin berseronok jalan-jalan atau pulang ke kampung, tapi aku? Setia menemani ibu di dapur..huhu~ Tak sanggup rasa nak tengok kaki mak aku yang dah bengkak! Berdiri memasak terlalu lama...Demi mencari rezeki untuk anak-anak. Malu rasa sebab belum dapat berikan sepenuh kesenangan pada mak....sebab itulah aku gagahi jua membantu mak di kedai, basuh berbesen-besen pinggang mangkuk tadi..keseorangan sahaja. Pekerja tak ada..Tinggal seorang je:(( So sad bila basuh pinggan sorang-sorang

Esok pagi ada tuition kat sekolah. Beratnya nak pergi. Kalau ada teacher lain sanggup ajar, mungkin aku nak berhenti kot ajar tuition hari sabtu ni..Sebab banyak benda jugalah terjejas dan tak dapat involve sebab tuition hari sabtu. Last year 2 hours je, this year dah 4 hours! Lumayan memang lumayan tapi tak ada kepuasan diri bila wekend pun 'kerja'. Huhu~ Tengoklah nanti macam mana..Lagipun sekarang i really need extra money. Extra money akan datang bila buat extra work..kan?kan? huhu~~ Tidak mahu meminta dari sesiapa dah! Cukuplah zaman uia dulu duk minta duit mak abah tiap-tiap bulan huhu~

Oh ya, hari ni dalam kesibukan di kedai, dapat juga siapkan 10 jenis pencil toppers:)) Nak tengok? Nanti aku dah upload kat sini aku beritahu ya:) Seronok sangat buat benda alah tu..Supposely kecik2 lagi..tapi aku ni mana boleh nak jahit benda kecik2..mesti jadi besar juga akhirnya. Tapi takpelah, yang penting cute (ceh perasan sungguh ni..hehe). Ingat nak bagi hadiah kat anak murid yang alwways perform well in class. Nak jual juga sebenarnya (of course!). Nak jual harga berapa ek..sekali dengan pencil... pencil bekualiti aku pilih. Bukan yang bila sharp asyik patah je..hehe~ Harap2 ada yang berminat dan bulk order nanti(^-^) Ok, nak chow dulu. See ya!

01 January 2011

Another items:)

Paper clip; versi geng Ciksu Senah :P
Aciq order. Dia bagi design dan aku terjermahkannya menjadi nyata kui3
Cantik tak? Kalau berkenan, orderla satu ;))
Ni plak Izzah Ulfah order:) Aku decorate sendiri. She request pink & purple theme:)
Ni pun Izzah Ulfah jugak:) Saje tambah Helo Kitty. Dia sangat la ummu Hurairah kui3



28 December 2010

Siap dah:)

Alhamdulillah akhirnya siap juga tempahan-tempahan yang tak mampu aku nak buat selepas jalani pembedahan tu. Ada juga pass dekat my SIL sikit. Tapi kesian jugak dia..tu bila segar sikit, masuk hari ke5, aku terus menjahit dan meng'kreatif;kan diri. hehe~ Seronok rasa. Siap buat lagi barang lain untuk jual nanti:) Sekarang ni best sikit sebab sepupu-sepupu cinonet kat kampung suka benda2 aku buat ni:) Depa siap nak tolong jual, ambilkan order, macam-macam..Tak sangkalah plak. Tapi dah pesan dah jangan jual kat sekolah. Tunjuk je 2 3 jenis yang depa guna/pakai, then suruh datang rumah kalau nak beli. Hehehe~

Tempahan dari Areziey. Dia nak warna purple:)
Ni pun sama. Dia nak warna biru plak:)

HP straps bentuk love ni aku buat depan belakang warna berbeza:)
Tempahan dari budak Seberang Tayor:)

Donut with a choclate chips :P
HP straps tema; I Love Hijab:)

Tempahan dari Myza Kemaman. Nak depan belakang ada nama:)
Gift untuk sepupu2 aku yang rajin dan bersemangat sungguh tolong jual barang2 Q.O.S♥
Scarf tema; Riang ria butterfly;)

22 December 2010

Alhamdulillah











Antara yang terhasil 2 3 hari ni..banyak lagi..tengoklah kat sini kawan-kawan ye:))

19 December 2010

Order untuk budak 3 tahun:)



Alhamdulillah semalam ada order dari kak Halimaton Kemaman. Dia nak letak nama dekat sebuah beg yang aku jual. Beg tu murah je aku jual RM10. Cuma bila nak letak nama, tambah sikitlah. 1 huruf 50sen je:) Beg tu ada riben je mulanya tapi aku decorate..tambah-tambah itu ini sikit, maka berwajah cerialah sikit beg tu hehe~ Semalam dia order semalam juga aku siapkan. (Semangatnya! HAHA) tapi kalau tak ada orderpun memang aku mengadap jugak felt craft ni. Seronok~~~

17 December 2010

Tonsilitis

Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 semua? Aku sememangnya lately badan rasa tak sedap.. Kepala panas je. Entahla, susah nak explain. Bila sentuh, tak panas..tapi dalaman rasa panas je. Tekak memang sakit nak menelan. Aku ignore je. Mujur dah cuti sekolah, jadi tak perlu cakap banyak..tak perlu tinggikan volume. Huhu.. Secara ringkasnya, esok aku akan ke Kuantan Specialist. Nak set appointment dengan Doc untuk operation. Tonsilitis ni maskin menjadi2..:( Kalau dulu demam 2 kali sebulan..Tapi sekarang ni macam sepanjang bulan je. Huhu dalam sebulan ada la dalam 5-6 hari yang aku betul2 rasa sihat. Tak tahan dah.. Baik aku pergi buang je. Walaupun ada yang mengatakan ''Allah cipta tonsil mesti bersebab..jadi kenapa nak buang..usahalah cara lain.''. Masalahnya sekarangni tak jumpa cara.. Huhu~ Operate pun operatelah.. (Walaupun ada rasa gentar sedikit especially membayangkan saat selepas bius  hilang... Macam mana rasa pertama kali untuk menelan selepas operation........BERDEBARNYA!

Actually last Friday pun aku dah pergi Kuantan untuk jumpa pakar di ENT( Ear Nose and Throat). Alkisahnya aku pergi daftar dulu di bahagian pendaftaran Hospital Tengku Ampuan Afzan. Masuk bilik saringan pertama, aku serahkan surat doktor dari Klinik Syed Badarudin. Dalam surat tu memang suruh refer terus kepada ENT Clinic. Tapi nurse tu suruh aku pergi tunggu giliran untuk jumpa doktor.. Tunggu punya tunggu ada la dalam 1 jam setengah. Mengantuk amat!!! Boring tu toksah kiralah... Tapi insaflah juga melihat kesakitan hamba Allah yang lain..yang lebih parah dari aku.

Bila dah dapat jumpa doc, doc marah2. Dia nak marah kat nurse yang suruh aku tunggu giliran kat situ..Tapi of courselah akupun rasa terkena..Huhu~ Doc kata sepatutnya direct pergi ENT Clinic..Bukan datang sana. Habis tu..manalah aku tahu. Aku ingatkan memang macam tu prosedurnya. Rupa-rupanya direct je. Abah aku punyalah tak puas hati..terus pergi tegur bahagian pendaftaran. Abah tegur2 sampailah orang tu keluar perkataan ''Maaf Encik, memang kami tersilap'' baru abah ajak aku beredar... Huh~
Lastly, bila dah pergi ENT Clinic, tak sampai 2 minitpun, set appointment. Tahu tak bila dapat jumpa doc? 31Disember 2010! Wawawawawa 1 hari je lagi nak masuk tahun depan. Betapa lamanya harus aku menanti dan menahan kesakitan. Itupun baru appointment. Operate plak kena 'beratur'. Paling cepatpun mungkin dalam bulan 4 2011.. Allahu akbar.. Aku tak sanggup..Family aku lagi tak sanggup nak tengok aku dalam keadaan macam tu...Tu yang finally pergi juga private hospital :((

Oklah, nak beradu dah. By the way, kat bawah ni hasil tanganku petang tadi. Syukur Allah bagi idea:) Seronok dapat buat. Malam ni tak dapat buat sebab rasa letih..Tolong mak kat kedai kejap2 je tapi letih pelik. Hurm... Oklah, got to go. Kawan2 kalau berkenan boleh order ye:))

Ordered by Kak Da. Nak bagi
kepada anak saudaranya, 2months:)


Ni saja nak hadiahkan kpd cousin
yang dapat 5A UPSR haritu:)
Boleh buat keychain/bookmark


Ini bunga nak tepek kat scarf. Boleh juga jadi applique. Tampal kat baju

Hair clip

Hair clip

Ordered by Kak Linda..Nak letak kat kunci kereta baru katanya:)

Bookmark-emotion of frogs..ehehe. Nak satu set? boleh order ye:)

.I ♥ Khat.





Grab A Button