Assalamualaikum.
Seperti yang aku duk janjikan sebelum ni, nak
cerita soal check up di Pusrawi..jadi, marilah layan cerita aku ni. Sementara
ada mood untuk menaip dan refresh the memory:)
2nd check up
2nd time pergi check up, aku dapat
bersua dengan my gynae, Dr. Asmah Yun. Oh, sudah jatuh cinta dengan doc.
Haha..awal-awal lagi sudah suka dengan cara dia. Macam kawan aku cakap(Puan Wahida..tqsm Wa..), doc ni
sangat bagus sebab dia rajin explain kat kita. Yelah, kadang-kadang bila doc tanya ada soalan ke tak, kita tak sure nak tanya apa.. tapi dengan doc Asmah,
memang banyak juga dia aju soalan, tapi lebih kepada nak lihat pemahaman kita
betul ke tak, then dia akan explain mana yang kurang betul..oh, sangat banyak
yang kurang betul hahaha. Encik abng asyik sengih2 dan menyampuk bila doc banyak
explain kat aku apa kesilapan-kesilapan aku. Especially: bab minum ais! Tang ni
husband suka sangatlah :P sebab lama dah dia duk nasihat jangan minum ais, tapi
aku degil…huhu…
Masa scan baby, doc kata baby aku ni besar. Dia tanya
"suka minum ais ke?"
"Suka..selalu makan abc"
"Suka makan roti ke?"
"Suka
sangat..sebungkus tu 2 3 hari dah habis."
Confident sangat jawab. Rasa bangga pun ada
sebab amal makan roti rather than nasi. Konon-konon diet yang bagusla.. sekali…
“roti ni dia dah banyak kali proses..bila banyak
kali proses, dia halus dan mudah meyerap. Sebab tu babypun senang serap dan
senang membesar. Kenapa tak makan nasi? Kalau makan nasi, makan sesenduk,
lebihkan sayur dan lauk. Sayur ni nanti akan serap karbohidrat nasi tu..jadi
kuranglah sikit. Banyak serat. Amalkan makan nasi 2 kali sehari, tapi small
portion, lebihkan lauk..lebihkan sayur” explain doc sambil lukis-lukis lagi..
Lepas dapat tahu digalakkan makan nasi rather
than roti, oh aku sangat suka. Aku memang selalu terliur nasi, tapi bila fikir
dah makan nasi sekali, jadi takut nak makan kali kedua. Takut berat naik
sangat. Tu yang makan roti tu… rupa-rupanya diet saya salah! Haha. Doc tanya
juga mana awak tahu roti tu bagus. Akupun tunjuk kat belakang buku merah tu ada
pyramid makanan.. doc kata buku ni salah. Hahahaha…
Bab ais pula. Doc tanya pernah tak dengar mak
awak kata minum ais tak bagus..aku cakaplah pernah. Mak explain tak kenapa. Aku
kata mak cakap nanti urat kembang. Itu je.
“betul juga tu..urat kembang. Lepas bersalin
nanti lenguh-lenguh. Kalau kurang sihat macam mana awak nak jaga baby nanti?
Betul tak? Bila minum ais ni, baby akan rasa sejuk. Bila sejuk apa baby akan
buat? Dia ada selimut? Dia akan menebalkan lemak badan dia untuk tahan sejuk…
bila lemak menebal, baby jadi besar. So from now on, stop minum ais. Stop,
bukan kurangkan”
Ha…kesiannya baby ku selama 7 bulan ini huhu~
sangat banyak minum ais apatah lagi abc…maafkan ibu baby..ibu tak tahu
effectnya pada baby..maafkan ibu… terus insaf dan order air panas-panas je
lepas tu…
Check up untuk 31 weeks ni, doc kata air
ketuban banyak.. baby 2.1kg. sepatutnya kalau 31 minggu ni, berat dia dalam
1.6kg sahaja. Jadi kena jaga pemakanan. Nanti susah nak bersalin normal. Aku
baru je nak lega masa doc kata berat 2.1kg..sebab dah lebih 2kg, jadi kalau
terberanak awalpun, baby tu dah berat sikit.. rupa-rupanya terlebih sudah..
alahai, kena control plak ye. Huhu~ berat aku pun dah start naik 2 kg bila
masuk 7 bulan ni.
Masa scan ni doc kata tak clear sangat muka baby sebab ada tali pusat kat depan muka dia.. tapi doc kata ''bulatnya muka adik ni..." haha terus tengok encik abang..muka dia bulat :P |
buat kenangan..kalau baby dah lahir, tak upload dah gambar scan kan.. :) |
3rd check up
Baby 33weeks
Berat aku naik 1.8kg
Berat baby 2.1kg-2.5kg
Air ketuban ok, 19..sebelum ni 21. Doc cakap
ok, taklah macam hari tu Nampak air je banyak
Banyak mendapat puji-pujian untuk check up kali
ke3 ni..alhamdulillah sangat lega. Walaupun berat naik hampir 2 kg dalam
masa 2minggu saja, doc still kata ok sebab sebelum ni tak naik
banyakpun..hehe.. Jauh beza dengan check up lepas yang banyak kena brainwash.
Haha.. senyum sampai telinga. Doc kata
“baguslah dah stop minum ais.. saya
fikirkan awak je. Semua terpulang pada awak,. Kalau baby besar, ceaser..tapi
awak lah yang menanggung.. kurang-kurangkan aje..”
Ha, doc kata ‘kurangkan’
aje, maksudnya masih boleh minum ais tapi kurangkan…yey! Hahahaha
Check up kali ke 4 sepatutnya 17hb, Isnin.. tapi
aku tak nak lah pergi sendiri. Nak pergi dengan suami juga. Tak bestlah. Lepas
tu macam susah je kalau naik cab. Balik tu nak tunggu cab lagi…huhuh. Makanya
dah call Pusrawi dan minta tukar hari Sabtu. Walaupun nurse inform sangat ramai
hari Sabtu, tapi dia cakap datang jugalah sebab kalau tunda lagi, lewat sangat
dah memandangkan dah nak masuk 36minggu. Betul juga kan.. nurse nasihat datang
sebelum pukul 8, letak kad. Doc datang 9.30pagi.. patutla sebelum ni aku datang
8.30am pun, dah dapat number belas-belas.. maknanya yang awal-awal tu memang
datang sebelum pukul 8, tinggal kad dan pergi mana-mana dulu..agaknyalah.. hehe
comel tak gaya baby tidur? inilah gaya ibunya tidur. Tangan mesti nak letak kat pipi... hehe..doc kata" sihatnya baby..tengok tangan dia..montok!" haha |
sleeping beauty :) |
Begitulah serba sedikit perkongsian aku untuk antenatal check up ni..Mula-mula ragu-ragu juga nak bercerita ni..yelah, baby belum lahir ke duniakan.. tapi niat aku untuk berkongsi ilmnu dan pengalaman sahaja..dan hanya pada yang Maha Esa kupanjatkan doa agar diselamtkan segalanya...dimudahkan segalanya..Aameen.. mohon doakan juga ye kawan-kawan.. Mak selalu pesan buat biasa-biasa aje, jangan beriya.. aku usaha itu. InshaAllah, didoakan yang baik-baik saja. Aameen..
No comments:
Post a Comment