Assalamualaikum
Kejap lagi lepas zohor akan bertolak ke Kuala Lumpur. Hmm..baru je last week pergi KL. Nak kena pergi lagi. Malas betul! Malas? Ada ke orang malas nak pergi konvo? huhu. Aku rasa perasaan nak attend konvo ni tak dapat lawan rasa happy aku masa punggah barang2 bawak masuk dalam kereta abah masa last day kat UIAM tu.. Entah mengapa. Not really excited..
Pre-Convo
Minggu lepas pergi kampus, ambil robe. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan. Walaupun aku dan Izzah tak bawa slip robe tu, tapi bisa diatur..Ada je slip tu kat tepi hall tu:) Pergi khamis malam, sampai dalam 4am di UIA. Lepas tu terus tidur sekejap dalam 2jam. Check in kat bilik Dinda Teha. Thank you tau! Hadiahnya, buli sekejap. hehehe..
8.45pagi terus menapak ke CAC, ambil robe, makan, bergambar, berchit chat.. :) 12pm, kami ke Greenwood, menanti kehadiran Abg Trans. Tq geng yang tolong hantarkan kami :) Jasa anda tak akan dibalas. hahaha Gurau jek! Sampai rumah dalam 6petang, aku rest sekejap. Lepas maghrib, aku tolong mak kat kedai serba sedikit..
Convo!
Hari ni inshaAllah mak, abah, wan dan adik2 ku akan meraikan aku. Namapun rai kan, jadi mesti bagi sesuatu hehehe.. Dari rumah lagi dah remind setiap orang mesti bagi hadiah! haha teruk betullah! Abang dan kak ipar tak dapat ikut serta. Sedih jugak. Tak kesampaian hajat nak bergambar penuh 1 family :( :( Tapi nak buat macam mana, keadaan tak mengizinkan. Kak ipar aku tak berapa sihat lately.. Maklumlah berbadan dua ni.
Apapun, aku harap segalanya berjalan lancar. Syukur ke hadrat Allah. Aku tak sangka sebenarnya aku dapat masuk UIA ni. Nak masuk form 6 dulu pun aku ingat aku tak lepas. Yelah, keputusan tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan geng2 SHAMS yang lain. 2 bulan aku tak pergi sekolah masa form5, jenuh jugak nak catch up tu. Tapi aku usaha setakat aku mampu dan peluang yang ada. Selebihnya, aku bertawakal penuh harapan. Alhamdulillah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Allah yang beri:) Alhamdulillah. Tamat sudah akhirnya usaha untuk mendapatkan segulung ijazah...Next???
No comments:
Post a Comment