Trinity College - "Music Exam"
Hari ini ialah hari kedua Trinity Guildhall College , Music Examination yang berlangsung di Prescot Metro In Hotel, Kajang. Seramai 110 orang murid menduduki peperiksaan tersebut dalam pelbagai peringkat; asas, gred 1, 2 dan seterusnya dalam pelbagai instrumen muzik seperti gitar, violin , drum, piano dll. Kemasukan peperiksaan itu diuruskan oleh guru-guru daripada beberapa buah sekolah muzik swasta seperti Ryma Music Centre, Kajang dll. Kebanyakan muridnya berusia antara 5 hingga 19 tahun. Peperiksaan yang diadakan setiap tahun di 25 buah pusat di seluruh Malaysia akan berakhir esok, 26 Nov 2010. "Exam & waiting Room" Mengikut rekod, Trinity College London pertama kali mengadakan peperiksaannya di Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) pada 1921 tetapi hanya dapat diteruskan selepas 1960-an disebabkan trajedi Peperangan Dunia Kedua. Kolej tersebut mempunyai lebih daripada 26 cawangan di seluruh dunia, menawarkan pelbagai genre muzik di peringkat sijil, diploma dan ij