Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel maulidur rasul

200 Orang Hadir Perhimpunan Mulidur Rasul Sunway Semenyih

Imej
Kira-kira 200 orang hadir dalam perarakan dan perhimpunan 1Malaysia 1Ummah sempena sambutan Maulidur Rasul Surau Bandar Sunway Semenyih pagi ini. Perarakan yang disertai oleh penduduk taman tersebut, kanak-kanak Tadika dan sekolah agama sejauh satu kilometer turut disertai oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Serentak dengan sambutan itu,  unit ICU JPM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk menurap halaman surau tersebut. kerja-kerja berkaitan dijangka dilaksanakan tidak lama lagi. Sementara itu, Pengerusi Surau, Ustaz Rohfaizal mengajak sekalian penduduk menyertai aktiviti surau yang diadakan secara percuma termasuklah kelas-kelas pengajian al-Quran dan Fardhu Ain utnuk kanak-kanak.